21 Dec 2008

RASUAH DI MAJLIS PERBNADARAN KULIM - oleh Jin Brabus



Lama juga tak menulis dan menghantar artikel,maklumlah sibuk dengan kerja harian dalam mencari nafkah dan rezeki seharian. Rasa malas dah nak menulis setelah pembongkaran hal2 berkaitan mp dan adun pakatan rakyat terutama di Kulim. Tetapi dalam menjalani pekerjaan seharian sempat juga duduk bersantai sambil bersembang dengan teman2 bercerita tentang berbagai topik terutamanya tentang politik semasa khasnya berkenaan pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang akan berlansung pada bulan januari ini. Dalam sibuk bercerita tentang hal politik tiba2 ada teman menyampuk dan menceritakan tentang pembangunan yang terdapat disekitar pekan Kulim yang dilaksanakan oleh pihak Majlis Daerah Kulim,Kedah atau rengkasnya MPKK.Beliau menjelaskan tentang kerja2 menurap semula jalan2 di beberapa Taman seperti Taman Selasih, Taman Bersatu dan beberapa taman lagi di Pekan Lunas dan Padang serai. Bagi saya tak mahu membicarakan tentang Taman2 di Pekan Lunas dan Padang Serai kerana ianya jauh dimata tetapi sebagai penduduk di sekitar Taman Selasih dan Taman Bersatu jalan2 yang telah diturap baru ini setiap hari dilalui samada berkereta atau bermotosikal.Malah semasa kerja2 penurapan dibuat dapat dilihat dan diperhatikan didepan mata.

         
Sebagai penduduk ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MPKK kerana begitu perihatin terhadap pernasaalahan penduduk yang mana masih dapat menjalankan kerja2 infra ini walaupun semasa diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat.TETAPI...........saya juga berasa hairan mengapa kerja2 penurapan dibuat pada jalan2 yang masih elok sedangkan banyak lagi jalan2 yang berlubang sana sini tidak diturap sempurna tetapi hanya ditampung ala kadar seperti melepaskan batuk ditangga. Bagi saya dan teman2 lain yang perihatin merasa hairan mengapa perkara seperti ini boleh berlaku.Sebenarnya semasa proses pengeluaran tender dan proses pemilihan kontraktor untuk perlaksanaan kerja2 ini mempunyai ceritanya yang tersendiri seperti yang di khabarkan oleh beberapa Kontraktor yang merasa tidak puas hati terhadap penyerahan kerja ini oleh orang dalam atau pegawai2 MDKK yang berkuasa untuk menilai dan memilih kontraktor yang berkelayakan.Bagi saya adalah tidak menjadi hal jika kontraktor berjiwa UMNO untul menjalankan kerja2 tersebut tetapi apabila kebanyakan kerja2 di MPKK beliau yang buat ini menimbulkan rasa kurang senang pada lain2 kontraktor yang juga mempunyai keluarga dan pekerja yang perlu disara.

           
Berbagai cerita kurang enak yang di terangkan oleh beberapa kontraktor tersebut tentang bagaimana pemilihan dibuat oleh orang dalam yang seperti
mempunyai kuasa yang amat hebat di majlis tanpa memikirkan tentang kesan yang akan timbul akibat dari kerja2 kedurjanaan yang mereka buat. Mereka2 ini lansung seperti tidak menghormati Kerajaan Negeri yang memerintah sekarang ini seolah olah mereka lebih berkuasa dan perkara ini selalu di timbulkan oleh Ahli2 Majlis yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.Walau pun 3-4 kerat ini seperti dirasakan adalah penyokong kuat UMNO tetapi sedarlah yang memerintah Kedah sekarang adalah kerajaan Pakatan Rakyat. Teman Kontaktor kita menerangkan selepas tender ditutup seorang wakil yang berjawatan kerani biasa akan menalipon dan meghubungi kontraktor yang beliau kenali sambil membuat tawaran lisan kalau mahu kerja tersebut perlu memberi antara RM30 ribu ke RM 40 ribu kepada mereka secara tunai.. Bayangkan berapa ribukah yang akan di bedak oleh 3-4 kerat pegawai2 yang terbabit jika jumlah kerja yang dikeluarkan berjumlah 6 kerja. Satu kerja yang ditawarkan bernilai RM 180 ribu dan di tolak RM 40 ribu tinggal RM 140 ribu kepada kontraktor terbabit. Kontraktor ini pula akan membayar kepada sub con dengan nilai yang lagi berkurangan untuk memdapatkan keuntungan maksima. Maka hasilnya kerja buat atau penurapan premix yang dibuat tidak berkualiti. Penurapan
yang nipis dan menggunakan premix gred C yang mana tar kurang kerana dicampur dengan diesel yang banyak. Akibatnya jalan atau tar yang diturap akan bersepai berserakan apabila kereta melaluinya.Bayangkan kalau kereta membrek secara mendadak tayar kerata tak haus tetapi tar akan berterabur akibat kesan brek tersebut.TIADA KUALITI LANSUNG.Kalau disepak pun  premix tersebut akan berselerak.Bayangkan berapa lama jalan tersebut boleh bertahan
akibat dari kerja dan bahan2 yang tiada kualiti.
              
Jadi sebagai rakyat yang perihatin jangan kamu ingat kerja buat kamu di MDKK kami tidak tahu. Jika tiada tindakan susulan dibuat kami akan  mendedahkan nama2 pegawai terbabit selepas ini. Mereka ini hidup mewah hasil dari kerja buat mereaka selama beberapa tahun. Berkereta mewah malah ada yang sedang membina banglo di negeri sempadan. Sia2 apabila pimpinan Pakatan Rakyat melaungkan kempen ANTI  RASUAH jika masih ada lagi Pegawai2 kerajaan Negeri yang menjalankan kerja2 terkutuk ini.

Diharap pihak atasan MDKK perihatin dengan hal ini.Alasan mereka duit ini adalah duit dari Kerajaan Pusat. Rasuah tetap Rasuah tidak kira dari mana peruntukan yang diperolehi.

Akan ada lagi pendedahan selepas ini bagi Jabatan Lain di Daerah Kulim terutamanya JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN,KULIM.................
TUNGGU.......................................

 

JIN BRABUS....

21.12.2008