27 Feb 2009

Lawan Tunjuk

Hang tunjuk aku, aku tunjuk hang, mai kita lawan jari sapa besaq. Pak aku biasa kena kambus dalam tanah tapi tak mati. Pak hang depa hantaq peluru pun dah korai.
clipped from utusan.com.my
Gobind Singh Deo (gambar kiri) dan Megat Zulkarnain Omardin (gambar kanan) saling cabar mencabar ketika perbalahan di pintu masuk utama bangunan Parlimen semalam. – UTUSAN/Mohd. Naim Aziz

Suasana di pekarangan bangunan Parlimen semalam kecoh apabila kumpulan Pemuda UMNO Selangor mendesak Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Karpal Singh meminta maaf kerana melemparkan ungkapan ‘Pemuda UMNO celaka’ semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat kelmarin.

Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo bertindak menyerbu kumpulan tersebut sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara Gobind dan Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omardin.

Kekecohan itu bagaimanapun berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan Parlimen, anggota polis dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Datuk Seri Tiong King Sing yang bergegas ke tempat kejadian.

 blog it

Lagi Gambar WWE Royal Rumble Di Parlimen Malazia

Pendikar yang bernama Megat Zulkarnain, anak Omar Din, nak cari populariti, nak cuba kaedah DDT style gusti WWE di Parlimen.

Dia ada bertanding tak bulan March ni dalam pemilihan Pemuda UMNO? Ranking dia naik mencanak dalam list manusia bangang di Malaysia, tetapi masih jauh dibawah ranking Khir Toyo.
 blog it

Saterawan Negara Di Atas Pentas PAS

Dalam usaha menentang PPMSI, A. Samad Said mengunakan pantas PAS berceramah. UMNOmenuduh beliau telah dibeli oleh parti pembangkang.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah, A. Samad Said lah yang membeli parti pembangkang.
‘Saya pinjam pentas PAS’ - Dato’ A.Samad Said
Jadi apa lorongan yang tinggal dan kebetulan PAS memberikan pentasnya dan saya meminjam pentas itu.
 blog it

Samseng di Parlimen

Anak Omar Din yang nampak garang sangat tu. Keahlian PEKIDA dia nomber berapa yer?. Berani kerana ramai saja, kalau sorang sure kecut punya.
clipped from www1.mstar.com.my

MP, Pemuda Umno gaduh Parlimen dicemari
BERGELUT... Pertengkaran yang berlaku di antara Pemuda Umnno, menyebabkan ahli Parlimen, Segambut Lim Lip Eng ditarik bajunya. - foto The Star AZMAN GHANI.
DITENANGKAN... Ahli Parlimen Puchong, Govind Singh Deo yang juga anak Karpal Singh dihalang ketika pertengkaran dengan Pemuda Umno Selangor di bangunan Parlimen petang ini.
 blog it

23 Feb 2009

Sejarah Campur Tangan British Di Perak

Tahun 1857, Sultan Abdullah Mohammad Syah mangkat.
  • Raja Jaafar di lantik jadi sultan Perak.
  • Raja Ali dilantik sebagai Raja Muda.
  • Raja Ismail dilantik menjadi Raja Bendahara ( mendapat tentangan pembesar Perak)
  • Raja Yusuf kekal sebagai Raja Di Hilir (tak naik pangkat).
Tahun 1865, Raja Jaafar mangkat.
  • Raja Ali menjadi Sultan.
  • Raja Abdullah ( putra Raja Jaafar) menjadi Raja Muda.
  • Raja Ismail kekal sebagai Raja Bendahara (tak naik pangkat).
  • Raja Yusuf sebagai Raja Di Hilir (kekal, tak naik pangkat)

Perlantikkan Raja Abdullah sebagai Raja Muda mendapat tetangan dari Raja Ismail dan Raja Yusuf serta pembesar-pembesar Perak kerana tidak mengukit giliran sebenar.

Tahun 1871, Raja Ali mangkat.
  • Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raja Yusuf menuntut takhta Perak kerana kesemuanya menganggap mereka yang berhak.
  • Semasa pengkebumian Raja Ali di Sayong, pembesar-pembesar Perak melantik Raja Ismail sebagai Sultan kerana Raja Abdullah (Raja Muda Perak) tidak hazir dalam upacara itu (trick lama yang dipakai semuala sekarang). Ngah Ibrahim (menteri Larut) yang rancang semua ini dengan harapan beliau akan dilantik oleh Raja Ismail sebagai Raja Bendahara ( ada peluang nak jadi sultan nanti).
  • Raja Abdullah frust tak dapat jadi sultan. Tulis surat kpd Andrew Clarke minta bantuan British untuk jadi Sultan di Perak.

Tahun 1861, Perang Larut 1.
  • Kongsi gelap China, Ghee Hin dan Hai San bertempur berebut kawasan lombong bijih.
  • Ghee Hin kalah terok, ada yang lari ke Pulau Pinang.
  • Ngah Ibrahim sokong Hai San kerana depa menang.
Tahun 1865, Perang Larut 2.
  • Akibat tipu dalam main judi, Hai San rampas kedai-kedai Ghee Hin dan membunuh beerapa ahli Ghee Hin.
  • Ketua Ghee Hin nama So Ah Chiang ditangkap masa nak lari ke Pulau Pinang.
  • Pertempuran merebak sehingga ke Pulau Pinang.
  • Orang Melayu juga terlibat.

Tahun 1873, Perang Larut 3.
  • Hai San tetap nak balas dendam keatas Ghee Hin.
  • Ketua Ghee Hin ada hubungan sulit denga isteri (nota: bukan Altanthuya) kepada ketua Hai San.
  • Kedua mereka di tangkap oleh Hai San di letak dalam bubu, di rejam dalam air sampai mati ( time tu belum ada C4).
  • Ghee Hin tuntut bela, serang Hai San.
  • Hai San serang balas dengan mendapat pertolongan Ngah Ibrahim.

Tahun 1874, Perjanjian Pangkor.
  • British campur tangan (setelah di jumput oleh pembesar) untuk hentikan semua perbalahan.
  • Untuk memuktamadkan siapa sepatutnya jadi Sultan.
  • Perak akan di tadbir oleh Residen British.
  • Ketua kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San dilantik jadi Kapitan China.
  • 2 Nov 1875 JWW Bircth di bunuh oleh Datok Maharajalela.
Tahun 2008-2009, Perang Mengarut 1, di Perak.
  • Kongsi Gelap BN kalah di Perak.
  • Kerajaan demokratik sokongan rakyat di tubuh di Perak.
  • Tiga wakil rakyat lompat parti.
  • Speaker isytihar tiga kerusi DUN kosong.
  • SPR tolak dengan alasan speaker Perak tipu.
  • Sultan Perak tak mahu bubar DUN.
  • Seorang MB baru ketutunan mamak dilantik (mendapat tentangan rakyat Perak).
  • Speaker gantung MB dan Exco haram tak boleh masuk Sidang DUN.
  • UMNO hantar wakil ke London minta campur tangan British di Perak.
  • Demokrasi di bunuh Datok Maharajagila (Najib)
  • Perak di isytihar Darul Gamuda.
  • Pertempuran merebak hingga ke Selangor dan Kedah.


21 Feb 2009

Nenek Pidah pandai mengaji.

Qur'an dijadikan sebagai alat.

Fooooyooooo ada Quran letak kat depan masa mesyuarat. Gambar ini aku import dari http://manjanik.wordpress.com/2009/02/21/rafidah-hina-quran/

20 Feb 2009

Aik! dah tutup pun....




Pusat khidmat Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu di isytihar telah di tutup. Tuan ampunya pusat khidmat sendiri tak nak isytihar, biar aku kaki komplen ni yang tolong isytihar.

Gambar atas sekali tu adalah alamat pusat khidmat ini, ada terdapat dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com . Kejap tadi aku baru buka, masih ada maklumat pusat khidmat tu, alamat itu, nombor telefon itu. Semua tu maklumat auta jer, takleh pakai, pusat khidmat kat tingkat atas bangunan tu dah pun tutup. Masa buka dulu pun bukan nya berfungsi sangat, YB jarang sangat ada kat situ, yang ada dua tiga pembantu, entah siapa tak kenal pun. YB sibok sangat kat KL, kat Dubai, kat Mesir jumpa org Gaza. Orang Kulim dia tak perlu jumpa. Sewa pejabat, elaun kakitangan pun tak sempat nak bayar.

Larat ka orang jer nak sponsor kesemuanya. Pusat Khdimat pun nak orang sponsor. Orang lain pun ada anak bini nak kena bela. Gaji dan elaun YB tu buang kat mana, habis buat belanja ke Dubai kot. Kalau jadi ahli parlimen setakat guna remote control jer, buat arahan dari dari jauh, baik tak payah jadi ahli parlimen.

Nampaknya ini agaknya penggal pertama dan terakhir YB kat Kulim ni. Ramai orang dah mula bercakap pasal sikap YB sendiri, ranggi semacam jer. Kena la tukar perangai, jangan terbawa-bawa kelaku seorang peguam tu, kelaku ahli parlimen bukan macam tu.

Semakin hari semakin ramai yang jadi musuh YB di Kulim, di Kedah ni. Dengan ketua cawangan pun nak buat musuh. Baru-baru ni kutuk PAS Kedah dalam akhbar Sinar, kononnya suka buli wakil rakyat PKR. Apa la punya tuuurrrrrrr. Kalau nak cari populariti bukan macam tu caranya, buat malu aku orang Kulim jer, ada ahli parlimen yang low standard.

Kena la balajar dengan Aziz adik Kadiaq tu. Dia kalah dalam PRU 12 lepas. Tapi dia lebih menyerlah di Kulim Bandar Baharu walaupun kulit dia gelap. Orang kampong lebih kerap terjumpa atau dengar pasal program Aziz di kampong-kampong dari program ahli parlimen PKR.

Orang kampong kata, adik Kadiaq tu, walaupun tak menang tapi rajin melawat kawasan. Masa hari raya haritu, ada kain rentang adik Kadiaq ucap selamat hari raya, yang Zul punya tak nampak pun, Lim Soo Nee punya ada walaupun dia China. Musuh pun boleh jadi jadi kawan pasal Aziz ni hemoi, bukan kawan jadi musuh, macam YB PKR tu.

Aziz adik Kadiaq tu kalau datang kampung dia salam dengan semua orang, dia tegur dengan semua orang tak kira sapa, tapi mana pi Zul ni, hak kita penat-penat buat kerja masa pilihanraya dulu, tak nampak muka pun lepas menang. Kita buat kenduri sembelih kerbau pasal menang, dia cabut balik KL, tak mau mai.

Hari tu pi Mekah, naik haji, cerita dalam blog dia di mekah dok tangkap gambar dengan artis nu dengan artis ni la. Taraf apa agaknya mentaliti YB sorang ni.

Kalau bab bantuan kepada orang susah, Aziz adik Kadiaq lebih banyak buat sumbangan berbanding Zul. Dah la masa pilihanraya dulu duit peruntukkan pun tak dak, buat kempen orang kampong penyokong PAKATAN keluar belanja sendiri, lepas pilihanraya buat perangai pulak.

Tu kat pintu pusat khidmat tu, tak payah lah tulis PINDAH SEMENTARA, tukar kertas lain tulis PINDAH TERUS, MASA KEMPEN PRU 13 KITA JUMPA LAGI, HANGPA SIAP DUIT BANYAK-BANYAK, AKU TAK DAK DUIT.

19 Feb 2009

Parking tip



Kalau anda datang ke Seberang Perai memandu kereta, nak parking dalam bandar, dalam petak letak kerete MPSP, kena la pamir tiket parking di atas dash board dalam kereta. Satu jam parking kos 40 sen, iaitu satu keping tiket MPSP. Kita kena guris tiket parking, tahun berapa, bulan apa, berapa hari bulan dan seterusnya jam berapa.

Kalau letak satu tiket 40 sen maknanya boleh park satu jam, kalau lebih satu jam akan kena saman oleh penguat kuasa MPSP, RM 40.00. Kadang-kadang kita terlebih masa parking, letak satu tiket 40 sen paking satu jam lima belas minit. Surat saman kuning dah pun ada terselit kat cermin, nak kena pergi bayar saman RM 40 di pejabat MPSP Bandar Perda.

Tapi ada loophole kalau nak paking lebih masa. Guna tektik cara pamerkan tiket. Atas dash board kereta letak juga kopiah putih. Kalau kita parking lebih masa, datang penguat kuasa MPSP ronda, nak saman, dia tak sampai hati nak saman bila ternampak kopiah putih, tak sampai hati nak saman kereta tok haji.

Aku selalu guna tektik ini, letak kereta depan pejabat sehari suntuk, guna satu tiket 40 sen saja, tak kena saman. Penguat kuasa MPSP sebenarnya semuanya baik hati tak saman kereta pak haji.

Kalau anda berbangsa China atau India, belilah kopiah putih satu, letak sebelah tiket parking MPSP, tentu selamat tak kena saman kalau parking terlebih masa.

Moral cerita: belilah kopiah putih kerana ianya akan menyelamatkan anda dari kena saman.

Ada kasta walaupun di masjid

Ini adalah antara perkaran yang aku benci dalam dunia ni. Malaysia masih mengamalkan kasta dalam masyarakat.

Kalau kita baca sejarah dunia berkenaan India, budaya kasta dipraktik di sana sekitar zaman dulu. Sekarang dah pun terhakis walaupun masih ada saki baki budaya kasta dalam masyarakat di India. Rakyat dalam kasta rendah kena hormat kepada orang kasta atas. Orang kasta rendah tak boleh guna kemudahan yang disediakan khas untuk orang kasta atasan.

Di Malaysia masih ada amalan kasta, atau sekurang-kurangnya rakyat Malaysia berminda kasta dalam masyarakat. Rakyat biasa seperti petani, boroh, pekerja kilang di golongkan sebagai rakyat biasa. Pegawai kerjaan peringkat tinggi, wakil rakyat, golongan istana dalam golongan VIP. Kemudian ada pula kasta yang lebih tinggi yang di cipta, iaitu VVIP.

Budaya kasta ini bukan saja diamalkan oleh eksekutif pentadbiran awam, malahan parti-parti politik juga amalkannya. Selepas PAS menang di Kedah dalam PRU 12 lalu, ada kenduri di anjurkan oleh PAS oleh ADUN Bandar Baharu Kedah. Khemah yang disediakan ada dua kategori, satu untuk orang kebanyakkan, dan satu untuk VIP. Aku di jumput ke khemah VIP kerana boleh jadi aku ni kenalan dengan beberapa AJK kawasan. Tapi aku ambil keputusan nak makan di khemah bukan VIP. Kenapa mesti ada perbezaan darjat di kalangan manusia. Parti Islam sendiri pun amalkan fahaman kasta. Dalam majlis-majlis anjuran PAS memang ada pun amalan pengasingan kelas atasan dengan kelas bawahan, kerana terikut-ikut apa yang di buat oleh pihak-pihak munafik. Pihak atasan akan mendapat layanan istimewa. Pihak bawahan, lantak la kamu, pandai-pandai la bawa diri.

Memang ada pengasingan dalam Islam, pengasingan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dalam majlis atau khalayak ramai, bukan pengasingan mengikut kasta.

14 Feb 2009

Pengambaran Filem Jawa di Pulau Pinang


Khir Toyo dan beberapa pemuka UMNO Penang semalam melakonkan babak sebuah filem Jawa yang bertajuk "Tunjuk Perasaan Bantah Karpal".

Dalam babak tersebut, para pelakon di lihat telah di bawa ke balai polis Jalan Patani, Pulau Pinang untuk di ambil keterangan.

Adalah di percayai lakonan ini akan di tayangkan sebelum di adakan pemilihan Ketua Pemuda Umno bulan March depan.

Artis utama atau hero dalam lakonan ini, Khir Toyo, akan di nobatkan sebagai Pelakon Terbaik tahun 2009 dalam perhimpunan Umno tersebut.

MB dan 6 exco Perak di hadap Jawatankuasa Hak




IPOH:
Didakwa menghina Dewan Undangan Negeri (DUN), Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri kerajaan Barisan Nasional (BN) telah dipanggil supaya menghadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Rabu ini.

Notis saman hadir kepada Zambry dan kesemua enam Exco iaitu Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin telah dihantar pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.

Dalam reaksi segera, Zambry berkata, beliau belum melihat surat yang dikatakan dihantar oleh Sivakumar.

Kata beliau, Sivakumar perlu berfikir tentang apa yang dilakukannya.

"Beliau seharusnya tahu apa yang dilakukannya... Jangan melakukan sesuatu berdasarkan perasaan," kata beliau sambil menambah, BN telah merujuk beberapa kes kepadanya tetapi gagal mengambil tindakan sewajarnya.

Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning Wong Kah Woh Khamis lalu yang meminta supaya mereka dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina DUN.

Sivakumar juga merupakan Pengerusi jawatankuasa berkenaan.

"Setelah bersidang, pihak jawatankuasa berpendapat terdapat asas ataupun prima facie terhadap aduan yang dibuat oleh YB Wong Kah Woh.

"Oleh yang demikian jawatankuasa sebulat suara membuat keputusan untuk merujuk kesemua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Jelas beliau, jawatankuasa yang bersidang pada 12 Februari lepas telah dihadiri oleh beliau sendiri, Husin Din (ADUN Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham) manakala wakil tunggal daripada BN iaitu ADUN Temengor Datuk Hasbullah Osman tidak dapat hadir kerana mempunyai program di Gerik.

Hamidah merupakan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita, Ramly (Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air), Mah (Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam).

Saarani (Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan), Mohd Zahir (Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi) dan Zainol Fadzi (Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan).

Ditanya bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap Menteri Besar dan Exco berkenaan, Sivakumar berkata, jawatankuasa berkenaan akan hanya melakukan penyiasatan dan membentangkan laporan dan saranannya pada sidang DUN yang akan datang.

"Keputusan akan dibuat dalam Dewan," katanya.

Sivakumar enggan memperincikan aduan yang telah dikemukakan oleh Wong namun akhbar hari ini melaporkan ADUN Canning itu dalam surat aduannya kepada jawatankuasa berkenaan telah mendakwa proses pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar dan barisan Exconya telah mencabuli Undangundang Tubuh Negeri Perak.

Sementara itu pada sidang akhbar di Wisma DAP di sini, Pengerusi DAP Perak dan ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap Menteri Besar baru Perak dan enam Exco berkenaan jika mereka tidak hadir di hadapan jawatankuasa itu Rabu ini.

Beliau berkata, tindakan menggantung keahlian kesemua tujuh Adun BN berkenaan merupakan antara bentuk hukuman yang boleh dicadangkan oleh jawatankuasa berkenaan.



13 Feb 2009

Poooodaaah !

clipped from www1.mstar.com.my
KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj hari ini melahirkan perasaan amat kecewa dengan apa yang baginda sifatkan sebagai gelagat biadab terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini.
 blog it

Azmin Ali Nafi ADUN Kulim akan lompat keluar parti

clipped from www1.mstar.com.my

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat semalam menafikan dua Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN) daripada Kulim dan Pelabuhan Klang telah keluar daripada pakatan itu dan menyertai Barisan Nasional(BN).

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali semalam menafikan ADUN Kulim, Lim Soo Nee akan melompat parti itu.

"Saya baru balik dari Kedah di mana isu yang sama Lim Soo Nee nak melompat tapi Lim Soo Nee kata tidak, cuma dalam Pakatan Rakyat dalam kalangan DAP, PAS dan Keadilan kita boleh beri pandangan ... Lim Soo Nee sebagai ADUN Keadilan dia boleh tegur Menteri Besar," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata tanggapan bahawa Lim akan melompat parti adalah mainan politik pihak-pihak tertentu kerana perbuatan Lim menegur Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak memang tidak menjadi masalah di dalam Pakatan Rakyat untuk kebaikan negeri tetapi telah di salah anggap oleh pihak lain sebagai satu pergeseran dan mungkin Lim akan melompat keluar parti.

 blog it

Bukit Gantang & Bukit Selambau

Bagi kedua-dua bukit ini , hari penamaan calon adalah pada 29 March 2009, sementara hari pembuangan undi adalah pada 7 April 2009.

Persidangan UMNO laknatulaah tamat pada 28 March 2009. Hari penamaan calon dikedua tempat sehari selepas persidangan tamat. Dalam menentukan tarikh tu, SPR rujuk dengan UMNO dulu ke?

11 Feb 2009

Berita berkenaan ADUN Kulim, Kedah



Mengikut kata YB Lim, ADUN Kulim dari PKR, berita berkenaan ugutan beliau akan keluar dari menjadi ADUN Pakatan di Kedah hanyalah mainan politik BN. Beliau di lapurkan tidak berpuas hati dengan cara PAS mentadbir Kedah.

Akhbar China Press (online) hari ini menyiarkan berita tersebut di muka hadapan.

Sejak kebelakangan ini, beliau menerima tekanan dari pihak BN supaya lompat parti menyertai BN dengan tawaran yang lumayan.

Beliau adalah sasaran berikutnya selepas ADUN Bukit Selambau, V.Arumugam, yang telah pun melepaskan jawatan ADUN dan EXCO.

Baru-baru ini, YB Zulkifli Noordin ada membuat komen dalam akhbar Sinar Harian (versi utara) berkenaan YB Lim yang tidak berpuas hati kerana Ustaz Yaakob Husin dipanggil menyampaikan bantuan zakat kepada fakir miskin di Kulim. Dalam komen tersebut, YB Zul telah menyebut bahawa PAS Kedah mengamalkan dasar buli dalam pentadbiran Negeri Kedah.

Ustaz Yaakob adalah ADUN Bandar Baharu.

YB Lim Soo Nee menganggap perkara ini sebagai menghina beliau, ADUN Kulim.


Peristiwa 6 Feb di Kuala Kangsar.






10 Feb 2009

Dua Pilihan Raya Kecil Bakal Menyusul

Dalam tempoh 60 hari, Malaysia akan menghadapi dua PRK keranan kematian  ahli parlimen dari Perak dan perletakkan jawatan seorang ADUN di Kedah.

Kesemua jentera Pakatan Rakyat harus mula bersiap sedia bagi menjamin kemenangan kedua-dua PRK ini. Sekiranya BN tewas sudah tentu akan menjejaskan imej Najib, yang di nobatkan bakal PM Malaysia.

Kemungkinan besar persidangan UMNO yang dijadualkan March ini akan di tunda kerana bertindih tarikh dengan kedua PRK ini.

9 Feb 2009

YB Roslan Shaharum meninggal dunia.


Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum meninggal dunia akibat serangan jantung pagi ini ketika sedang menunggang basikal.

Media turut melaporkan pimpinan Pas, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung Pas Kamaruddin Jaafar mengesahkan bahawa Roslan meninggal pagi ini

Sebelum menjadi Ahli Parlimen,Allahyarham pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Pertanian Malaysia, Universiti Terbuka Malaysia dan Institut Teknologi Mara Perak.

Allayaham mempunyai Sarjana dari bidang Sains Pembangunan Sumber Manusia,Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengkususan Sains politik dan Psikologi UKM serta mempunyai Diploma Pengajian Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Safiah Harun dan 11 orang anak.

Bertanding atas tiket Pas pada pilihanraya ke 12, Allahyarham memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,566 undi.

Malam kelmarin, Allahyarham kelihatan berada di rumah MB di Ipoh sehingga selesai ceramah pada 12.00 malam.

Satu lagi pilihan raya kecil bakal berlaku di Parlimen Bukit Gantang.

Statistik PRU 12 Bukit Gantang

Bakal Exco Haram Perak.


Muka di atas adalah merupakan barisan exco haram yang dijangka akan dilantik esok oleh Mamak Bendahara Perak.

Hee Yit Fong turut tersenarai , tapi dimanakah Osman Jailu dan Jamaludin Md Razi, hanya akan menjadi pecacai sajakah?

ADUN Bukit Selambau, Kedah, letak jawatan !

ADUN Bukit Selambau, V Arumugam, 54, khabarnya telah mengemukakan surat perletakaan jawatan sebagai ADUN bagi memberi laluan unutk di adakan pilihan raya kecil bagi memilih ADUN baru.

Dalam PRU12 yang lalu beliau menang atas tiket bebas kerana calon dari PKR hilang kelayakkan bertanding dan beliau mendapat undi majoriti dari pengundi Pakatan Rakyat.

Difahamkan, Arumugam bertindakkan demikian kerana tidak tahan dengan tekanan berterusan dari pihak BN terhadapnya dan keluarga.

Arumugam mendakwa dirinya dan juga pegawainya menerima banyak ugutan. Lapuran polis juga pernah dibuat keatas ugutan-ugutan tersebut. Pihak TV3 juga pernah menyiarkan slot menggambarkan beliau tidak bermoral mempunyai perempuan simpanan.

Menurut Arumguman, semua tekanan ini bertujuan supaya beliau meninggalkan PKR dan menyertai BN disamping ditawar dengan tawaran lumayan.

Dewan undangan negeri Kedah mempunyai 36 kerusi, 22 dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam PRU12 lalu dan BN mempunyai 14 kerusi.

22 kerusi Pakatan Rakyat tersebut terdiri dari 16 PAS, 5 PKR, dan 1 DAP.


Statistik dari PRU 12 yang lalu:




8 Feb 2009

Perutusan MB Perak




BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri
secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

6 Feb 2009

NIZAR HITS OUT AT HUMILIATING TREATMENT

Humayun Kabir, The Sun

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin has accused the police and state secretariat officials of being high-handed, describing the reception hegot this morning when he turned up for work as "humiliating and bitter".

He and other exco members reported for work at the State Secretariat (SS) at 9.50am but the police guarding the gate refused to allow his car into the compound and there was a three-minute stand-off. This enraged PR supporters who shook the gates in an attempt to get in. Policemen then quickly opened the gates upon sensing the anger of the agitated crowd. About 100 reporters and photographers who were waiting outside then entered the compound together with the PR politicians.

Nizar and his exco members however could not enter their offices with the electronic door cards which had been deactivated by the SS officials on Thursday evening.

An SS official was called to open the door to Nizar’s office and upon entering his office at 10am, he found that all his official files, documents and personal items missing. However, he put on a brave front to hide his disappointment with SS officials.

At the press conference in his office, he said: “Ten months ago when we took control of the SS from the BN, this office was ransacked and left empty and now we see the same situation being repeated.”

While the press conference was going on, State Secretary Datuk Dr Abdul Rahman burst into the room, clapped his hands twice and said: "I want all the press to immediately leave the MB’s room now.”

Angry supporters rushed at him but he retreated and called in the police.

Before the police came, Nizar and his PR team had already left his office situated on the second floor and made their way to Datuk Ngeh Koo Ham’s office on the first floor.

During the second press conference at Ngeh’s office, Ipoh OCPD Azisman Alias and FRU personnel entered the room and ordered the press to clear the office and leave the SS building for security reasons.

This was followed by Nizar and his PR team who were escorted out of the SS by Azisman. Nizar then returned to his official residence. This exit of Nizar from the SS building spells the end of the 11-month PR rule of the state.

Later at a press conference at DAP headquarters here, Taiping MP Nga Kor Meng blasted the BN for the appointment of Datuk Dr Zambry Abdul Kadir as the new Mentri Besar of Perak while Nazir was still the legal Mentri Besar.

"Never in the history of the country have we had two Mentri Besar serving one state; this is an abuse of the democratic process", he said.

SUK Perak kurang ajar



petikkan dari http://idhamlim.blogspot.com/