26 Oct 2010

18 Oct 2010

Rosmah dapat RM111 juta, kakitangan kerajaan hanya dapat RM500.

Dibawah adalah email yang berligar dil kalangan kakitangan kerajaan. Dari kandungan email ini menunjukkan ramai kakitangan kerjaan yang tidak berpuas hati dengan Bajet 2011 yang baru di bentangkan Najib. email ini aku terima dari salah seorang kaki tangan kerajaan senoir di INTAN KL.

Rosmah dapat RM111 juta, kakitangan kerajaan hanya dapat RM500.

Aku tetap berpendirian jika masih ada orang Melayu yang mengundi UMNO dalam Pilihanraya akan datang tetap aku anggap sebagai "BODO!!". Oleh yang demikian cukuplah kita menjadi bodoh kerana diperbodohkan oleh kerajaan yang berketuakan UMNO ini. Kerajaan yang diperintahkan UMNO ini kelihatannya hanya mementingkan rakyat apabila mereka berhasrat kepada sokongan rakyat. Ramai yang mengatakan pilhanraya kian hampir. Sebab itulah kerajaan UMNO /BN ini kelihatan sepintas lalu begitu lunak dalam Bajet 11nya.
Namun demikian jika diamati Bajet 11 ini adalah Bajet untuk kroni dan untuk isteri yang suka membazir. Elaun JKKK dinaikkan sedangkan apa yang JKKK buat untuk orang Melayu di kampung-kampung? Bayangkan betapa tidak bertanggungjawabnya JKKK kerana ada kalangan JKKK yang menjadi broker tanah untuk dijual tanah orang Melayu kepada bangsa bukan Melayu yang kaya raya. Sekadar duduk 'bermesyuarat' yang tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat tempatan. Siapakah JKKK ini kalau tidak orang UMNO totok yang sering menganaktirikan kalangan penduduk yang berlainan fahaman politik. Dan banyak jugak projek-projek kecil luar bandar yang disapu oleh JKKK dan kroni. Inilah antara yang diiktiraf oleh kerajaan UMNO/BN kerana kerja-kerja mereka untuk UMNO bukan untuk rakyat.
Siapa pula kontrator kelas F? Walaupun ada yang tidak menyokong kerajaan namun majoritinya adalah dari kalangan pemuda UMNO/BN dan UMNO/BN bahagian yang mendapat 5 hingga 6 projek seorang! Inilah antara orang yang ditolong dalam Bajet 11 ini yang akhirnya akan menyumbang kepada UMNO. Orang UMNO juga yang diberi ganjaran! Rakyat yang tidak menyokong UMNO....padan muka! Apa yang Kelantan dapat dari Bajet 11 ini? Itulah UMNO sebenarnya.
Semua orang sayang isteri tetapi adalah melampau sayang isteri sehingga menidakkan peranan Kementerian yang berkenaan dan hak rakyat awam. Isteri dengan projek PERMATA yang di atas kerja sahaja untuk anak-anak genius miskin, namun realitinya, menjadi untuk anak-anak orang kaya juga, telah mendapat RM111 juta sedangkan Sekolah Agama Rakyat yang dipenuhi oleh ribuan rakyat miskin di seluruh negara hanya mendapat RM95 juta.
Paling hiba dan menyedihkan kakitangan awam yang bekerja tanpa mengenal penat dan lelah hanya mendapat ihsan anak sekolah tahun depan sebanyak RM500 ringgit seorang. Cukupkah RM500 tu? Kata seorang sahabat yang juga seorang kakitangan awam, " Muka aku ni dah dua tahun Najib jadikan muka RM500."
Aku hanya menjawab sinis, " Padan muka engkau..pangkah lagi... !".
Bajet 11 bajet untuk rakyat ?
Enhanced by Zemanta

14 Oct 2010

Last Sekali, Depa Lungguk Kat JKR Juga

..Ini la kerja Jabatan Pelajaran. Kerja baikpulih bangunan sekolah macam ni Jabatan Pelajaran yang buat. Pilih kontraktor kroni untuk dapat projek. Jabatan Pelajaran bukanya ada kakitangan teknikal untuk kendalikan projek kejuruteraan. Yang bertanggung jawab selia projek dari kalangan yang tak layak. Dulu kerja baik pulih macam ni JKR akan kendalikan. Sekarang tidak. Jabatan Pelajaran yang buat.
Jabatan Pelajaran sebenarnya sarang orang tertentu untuk songlap duit. Kalau tanya tukang buat rumah kampong pun depa akan gelak isu lantai sekolah runtuh macam ni. Ada ka simen nipis di turap atas lantai kayu lama. Bila siap nampak cantik. Kontraktor untung sakan, pegawai di jabatan pun dapat habuan. Lama kelamaan kayu lantai reput, lantai simen pun runtuh. Yang naya anak-anak yang cedera.
Bila dah runtuh macam ni  Jabatan Pelajaran tolak kat JKR. Masa nak buat dulu tak cari JKR pun.

Masaalah macam ni kita kena sekat. Takat nak repot kat SPRM tak payah la, buang masa saja. Tunggu PRU13, tukar kerajaan pusat lepas tu korek sikit-sikit bisul dan nanah dalam badan-badan kerajaan, termasuk bisul dan nanah dalam SPRM.

Kawasan Rekreasi Sidim Ada Hantu

.. Elok juga tempat ini ada hantu. Kalau hantu tak duduk disini, tempat mereka ak\an diambil alih oleh manusia berperangai macam hantu.
Kawasan Rekreasi Sidim ini sebenarnya adalah pusat malakukan maksiat. Menurut penduduk tempatan, pasangan dari luar sering datang kesini tujuan melakukan maksiat. Aduan telah di buat ke pihak berkuasa tetapi tiada tindakkan dilakukan.

Sebut saja nak siasat, terus kena tukar.

Kedua berita di bawah adalah dari Mstar Online:
Mula-mula berita in keluar;
Lepas tu berita ini pula;
Mungkin ada sesuatu yang tak kena apabila Datuk Abdul Rahman Osman mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakkan keatas ramai lagi yang terlibat berkaitan kemasukkan pendatang haram.

Datok Azhar kenalah minta maaf

.....Kalau nak tengok style nana tanjong bercakap, style lenggok kepala dan loghat penang, sila lihat YouTube dibawah:




6 Oct 2010

5 Oct 2010

Parti Gerakkan Menuju Kehancuran.

.Parti Gerakkan semakin tenat dengan krisis dalaman yang di hadapi. Petikkan dibawah adalah dari akhbar Star Online.
.
.
.
.
.

Isu Kenaikkan Tarif Air - Penjelasa Ust Azizan

2 Oct 2010

Kuliah Mingguan Ust Mutalib

Kuliah mingguan Ustaz Mutalib yang di adakan setiap Sabtu bermula pada hari ini setelah bercuti tiga minggu. Seterusnya, malam ini akan diadakan majlis rumah terbuka bertempat di hadapan Annadhoh Inn, Penanti. Semua di jumput hazir. Majlis bermula jam 8 mlm hingga 12 mlm.