27 Feb 2008

25 Feb 2008

Program Hari Ini


Hari ini, 25.02.2008, pukul 4.00 petang, program bersama Anwar Ibrahim di hadapan Hong Leong Bank, Kulim.

21 Feb 2008

Amaran buat rakyat Malaysia

Selepas pilihan raya ini maka kita akan saksikan pembentukan kerajaan baru. Kalau dahulu pilihan raya ini adalah untuk mendapatkan mandat buat Barisan Nasional tetapi kali ini adalah untuk mendapatkan mandat buat Khairy dan sekutunya memerintah Malaysia. Kerajaan Baru ini akan terdiri dari kroni-kroni Khairy Jamaluddin dan UMNO patut sedar bahawa keadaan ini pasti akan berlaku.Pilihan raya ini akan menyaksikan ramai orang Khairy yang akan bertanding dan akan membentuk kepimpinan baru di peringkat bahagian kelak.

Ini sebenarnya menjurus kepada pembentukan kerajaan baru yang akan dipimpin oleh orang-orang Khairy.Percayalah orang-orang Khairy akan menjadi mata dan telinga beliau di setiap negeri dan akan mengambil alih kepimpinan daripada pemimpin yang sedia ada. Inilah yang akan membentuk kerajaan baru Khairy Jamaluddin yang sebenarnya tidak akan membawa apa-apa manfaat selain dari kuasa yang ada dibolot oleh Khairy dalam perancangannya untuk mengambil alih Malaysia.

Orang UMNO perlu sedar sekarang bahawa banyak wakil rakyat akan dibolot oleh orang-orang Khairy dan mereka akan mempunyai kuasa di setiap bahagian kelak. Mereka akan jadi penentu untuk Khairy menjual negara kita ini.Kita dari UMNO perlu sedar kebinasaan yang akan berlaku kelak. Jalannya mudah – kita kena pastikan kalau Khairy bertanding – kita terpaksa berusaha mengalahkan beliau. Kita tidak mahu kerajaan baru khususnya kerajaan dalam kerajaan.

Malaysia sebenarnya dalam keadaan bahaya kalau membiarkan Khairy terus menerus bebas menyediakan kerajaa baru beliau – kerajaan dalam kerajaan dan ini MEMBUNUH kita sebagai rakyat Malaysia.

(petikkan dari http://antikhairy.blogspot.com/2008/02/amaran-buat-malaysia.html )

Zulkifli Nordin di Junjong jumaat ini


Program PAS Air Puteh Junjong

20 Feb 2008

VIDEO: Khir Toto & Samy Vellu di serang rakyat

SPR jangan jadikan Malaysia seperti Kenya!

Kenya, sebelum ini adalah sebuah negara Afrika yang aman damai dan juga negara yang paling stabil. Kekacauan dan pergaduhan puak berlaku selepas pilihan raya di negara tersebut.

Inilah padahnya jika rakyat tidak berpuas hati dengan badan yang mengendalikan penyelian pilihanraya di negara tersebut. Rakyat dapat merasakan penyelewengan dan penipuan berlaku dalam proses pilihanraya dan seterusnya dalam pengisytiharan kemenangan parti yang bertanding.

Parti pembangkan dinafikan kemenangan, sementara badan pengendali pilihanra bersetonkol dengan kerajaan sedia ada mengubah keputusan pilihanraya.

Wahai RASHIT SPR, mahukah anda melihat Malaysia jadi begini desebabkan oleh tindakkan kamu yang tidak jujur? Kamu akan menangggung derita dunia akhirat.

UMNO lawan BLOGGER

Seorang mantan menteri membuat kenyataan bahawa blogger di Malaysia perlu menjalani kursus budi bahasa.

CEO Google pernah menyifatkan ahli-ahli politik masih belum menghargai impak dunia cyber yang boleh memberi kesan kepada keputusan pilihanraya. Ramai ahli politik tidak memahami fenomena internet dengan baik disebabkan oleh faktor usia mereka yang lanjut dan malas membaca. Mereka perlu memahami masyarakat celik internet seluruh dunia, termasuk di Malaysia sdang mencorakkan masa depan menerusi ICT.

Abdullah dan menterinya gagal memahami blog adalah wadah komunikasi yang paling berkesan zaman ini. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa blogger di Malaysia sebahagiannya mempunyai kepakaran dalam bidang profesional.

Cyber trooper atau blogger upahan UMNO yang mendapat upah lumayan merupakan golongan maya yang merapu tak tentu hala. Ini kerana Ketua Penerangan UMNO sendiri pun tak faham apa itu blog dan kepentingannya.

UMNO di era Abdullah sebenarnya gagal memahami fenomena blog yang merupakan ledakkan baru dalam dunia ICT. Menteri Penerangan UMNO pun selalu menjadi bahan ketawa apabila komen beliau di keluarkan berkenaan blogger.

Tsu Koon bertanding di Batu Kawan



Koh Tsu Koon akan bertanding di parlimen Batu Kawan, bukannya di parlimen Bukit Bendera sebagaimana spekulasi sebelum ini.

Batu kawan mempunyai 47,378 pengundi terdiri dari 55.57% China, 20.4% Melayu, 23.66% india dan 0.37% lain-lain. Sekiranya beliau menang, beliau akan dilantik sebagai menteri di peringkat kerajaan pusat. Parlimen Batu Kawan terdiri dari DUN Bukit Tengah, Bukit Tambun dan Perai.

Spekulasi sebelum ini juga mengaitkan perpindahan Tsu Kun ke parlimen ada kaitannya denga isu Penang Global City Centre. Tsu Kun tidak memberi sokongan kepada projek PGCC yang di rancang oleh Patrick Lim, a.k.a Patrick Badawi, dan Khairi Jamaludin, menantu "The sleeping" Pak Lah.

Sekiranya BN kalah di Pulau Pinang pada PRU 12 kali ini, Patrick Lim dan Khairi Jamaludin akan menerima tamparan hebat kerana cita-cita untuk menguasai projek di Pulau Pinang akan menjadi sukar. Terangganu adalah merupakann negeri dibawah BN yang di kuasai oleh kedua "Berok" ini.

Petikkan dari Forum Gerak Reformasi


Kang Semak
Persempadanan Semula Makan Tuan
Wed Feb 20, 2008 9:19AM

Pilihanraya kali ini Menurut maklumat yang boleh dipercayai nampaknya perubahan mendadak akan berlaku...Kawasan Selamat bagi pembangkang ialah Semua kawasan..Kawasan Selamat bagi BN ialah kawasan yang ramai pengundi POs.Dulu semasa orng melayu 60% sokong pembangkang...SPR buat persempadanan semula...Kawasan yang ramai org melayu di belah dua...dicampur kawsn cina, india atau siam...dan kwsn ini jadi kwsan selamat bagi BN...Tahun ini lain ceritanya..sokongan org melayu masih 40% kpd kerajaan...60% kpd pembangkang tetapi org atas pagar condong ke pembangkang...org cina 70-80% sokong pembangkang...hindu 90% sokong pembangkang..siam 50% pembangkang...Jadi tak ada kwsn selamat bagi BN...terutama dinegeri selangor Kelantan Kedah Perak PPinang dan Terengganu.....Kenaikan Harga minyak yang penyebab BN barang naik menyebabkan org atas pagar condong kpd pembangkang...



Oleh: Baginda razak
Tajuk: Antara Orang Utan dan Ibrahim Ali
Wed Feb 20, 2008 12:32AM


A'kum... bagiku org2 Umno tidak perlu melatah bila digelar orang Utan kerana walaupun pd pendapat i tidak semua mereka tu boleh dilabelkan orang utan, tapi ada juga yang boleh diumpamakan 'bagai orang utan merebut pisang' terutama dekat2 pilihanraya ni. Paham2 aje lah ye. Ada juga yg dilapurkan berjumpa bomoh dan ini boleh membawa kepada syirik pula. Semoga mereka ni insaf sebelum mati, dan menjadi manusia yg soleh & tidak perlu diumpamakan dgn. org. utan lagi.Adapun perumpamaan orang utan ini tidak sesuai untuk Ibrahim Ali, kerana orang utan tabiatnya tidak melompat macam tupai tapi bergayut dari dahan ke dahan. Aku tidak mahu pula mengumpamakan Ibrahim sebagai katak kerana lebih sesuai dipanggil tupai atau 'anak tupa' sebuah lagu dikir barat terkenal. Tapi mungkin lompatan Ibrahim Ali kali ini lompatan yang betul... sekurang2nya dapat menyelamatkan Kelantan drp. BN yang sudah tentu akan membawa masuk berbagai macam kemungkaran jika sekiranya mereka menang.I juga ingin menolong kerajaan Pas Kelantan insyaAllah, kerana aku mendaftar di sana tapi dengan secara 'low-profile' kerana idola aku adalah wali2 Allah yg. Low profile bukan yg menonjolkan diri. Wallahua'lam.






Oleh: VANQLENZ
Tajuk: MENANTU PUAKA MENUDUH BLOGER BEROK , KENAPA KAU BISU SAJA?
Tue Feb 19, 2008 11:34PM

MENANTU PUAKA TELAH DISINDIR OLEH KETUA KETUA MAFIA AMNO SENDIRI BILA SYAITAN WAL IBLIS INI MENYALAK MENYERANG AMIRUL MUKMININ KERNA AMIRUL MUKMININ MENAMAKAN AHLI AHLI AMNO AL ORANG UTAN , MEDIA SANGAT TERUJA MENGHENTAM AMIRULMUKMININ . BAIKLAH AKAU CABAR SYAITAN WAL IBLIS INI MENYERANG MENANTU PUAKA KESAYANGAN AL BADAWI KETIKA SI MAFIA JR,INI MENUDUH BLOGGER SEBAGAI BEROK! AYUH KENAPA KALIAN MENJADI SYAITAN BISU? KALIAN ( TALIBARUT AMNO) ADALAH DAYUS DAN BERTARAF PONDAN DI MATA KU! SYABAS AMIRULMUKMININ KERNA GELARAN ORANG UTAN TELAH MENYEBABKAN BERATUS RATUS ORANG UTAN TERBANGUN DARI TIDUR.




VANQLENZ
HOI MENATU PUAKA , ADAKAH KAU PAKAR EKONOMI!
Tue Feb 19, 2008 11:45PM

MENANTU PUAKA AL BEROKI TELAH MERAPU MENGATAKAN KADAR INFLASI AKAN NAIK 12 PERATUS JIKA MALAISIA MENGAMALKAN DASR NEGARA KEBAJIKAN. CEH SUNGGUH BODOH HUJJAH SI BEROK INI! APPAKAH SI BEROK INI PAKAR EKONOMI? SETAU AKAU SI BEROK INI TAHU BIDANG SAINS POLITIK AJA, WAHOI SI BODOH , LUPAKAH KAU YANG DATU SERI ANWAR IBRAHIM ITU SEORANG BEKAS MENTERI KEWANGAN? BELIAU LEBIH MEMAHAMI EKONOMI DARI KAU HOI SI BEROK CEME , KERNA MATA KAU MEMANG CEME SEBELAH IAITU TANDA SYAITAN YANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, BAGAIMANA BISA JIKA KEBAJIKAN MENJADI AGENDA NEGARA , MALAISIA BISA REPOT! BUKANKAH ALLAH SENDIRI MENYURUH PEMIMPIN MEMBUAT KEBAJIKAN TERHADAP RAKYAT WAIMA SEEKOR SEMUT PUN WAJIB DILAYAN SEBAIK MUNGKIN. FIKIRKAN LAH WAHAI UMAT MANUSIA . PILIHLAH JAUHARI JANGAN KAU PILI KAIRI AL BEROKI ITU,



VANQLENZ
KETUA KETUA MAFIA AMNO KAYA KAYA BELAKA , KAU APA DAPAT!
Wed Feb 20, 2008 6:50AM


KETUA KETUA UNITED MAFIA NOMBOR ONE ADALAH BERTARAF JUTAWAN KESEMUA NYA. SI DAJAL DAJAL INI MENGAUT SEGALA RUANG UNTUK MENDAPAT WANG JUTA JUTA DENGAN CARA KEJI . KOMISEN DITERIMA ATAS SATU SATU PROJEK. SI DAJAL DAJAL INI MENCIPTA BERBAGAI BAGAI PROJEK DEMI HABUAN DUNIA HINGGA SANGGUP MEMBUNUH. KHIR TOYO AL TEMPEH UDAH LULUS TAPISAN BPR KRERNA BPR PUN TELAH DISUAP JUTAAN RINGGIT. SALAH SEORANG ADEK BERADEK AL TEMPEH PUN KAYA KAYA BELAKA, ADEK AL TEMPEH INI MEMPUNYAI PERDANA V6 DAN LEXUS WALAUPUN KERJANYA MEMETIK KELAPA SAWIT. ORANG ORANG UTAN BAWAHAN APA DAPAT? SUNGGUH BODOH ORANG UTAN BAWAHAN INI . WALAUPUN KEHIDUPAN MEREKA SEMAKIN TERHIMPIT MEREKA TETAP JUGA MENGUNDI KETUA KETUA MAFIA. WAHAI RAKYAT MALAISIA YANG BERMARUAH MARILAH KALAIN BERSERTA KAMI MENGHUKUM KETUA KETUA MAFIA INI DALAM PRU INI. INILAH MASA YANG TERBAIK.




tetapi pengundi melayu... samy chauvinist.
bukan pengundi india menentukan samy velu
Wed Feb 20, 2008 2:16AM

hanya india saja boleh suruh saya turun... orang luar (cina, melayu dll) jgn masuk campur... bro monyet lupa dia duduk atas ehsan melayu sungai siput. monyet nih sudah celupar dan buat kurang hajar terhadap melayu. Apa pengundi sungai siput nak simpan orang macam nih lagi ker?



Anonymous
Masjid kristal sungguh mahal hingga ianya tidak berguna...
Wed Feb 20, 2008 8:02AM

menurut sejarah org2 kg losong bhw pulau Wan Man adalah sebuah pulau jadian tempat JIN bertandang sudahlah kiblatnya salah. Takbir ~ yahoo hodohri.

19 Feb 2008

Senari Calon BN belum muktamat - ABDULLAH

‘‘Belum lagi. Jadi sebarang kenyataan yang dibuat oleh sesiapa pun mengenai pencalonan tidak boleh diterima sebagai muktamad,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kampus induk Kolej SEGi di Kota Damansara.

Merujuk kepada kenyaaan Abdullah di atas, senarai calon BN masih belum muktamad.

Spekulasi calon BN di Kulim Bandar Baharu juga masih samar. Khabarnya, mantan ahli parlimen Tan Sri Kadir melobi adiknya mantan ADUN Kuala Ketil untuk menggantikan tempat beliau bertanding kerusi parlimen KBB. Kadir mungkin akan menggunakan alasan adiknya, Aziz, pernah berjasa kepada Khairi Jamaluddin dengan memberi laluan mudah kepada KJ menjawat jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Walaubagaimana pun, kerusi parlimen KBB ini juga menjadi idaman Datuk Azimi Daim, mantan ADUN Serdang. Azimi berkeyakinan beliau akan di calonkan sebagai calon BN untuk perlimen Kulim Bandar Baharu.

Azimi, Ketua Penerangan Umno Malaysia, dianggap sebagai orang Hishammdin, bukannya dari tim Khairi Jamaludin. Azimi juga tidak sehaluan dengan Kadir di bahagian Umno KBB. Azimi juga adalah ketua pemuda Umno KBB.

Cik Gu Husin Abd Rahman, balaci Kadir, yang pernah menjagi ADUN serdang, juga ada menyimpan cita-cita nama beliau akan termasuk dalam senarai yang akan ke umumkan oleh Abdullah kelak. Tetapi, Cik Gu Husin kurang di senangi oleh penduduk tempatan dan juga sebahagian ahli Umno KBB kerana sifat hipokrit beliau, dan sifat mengampu pemimpin atasan untuk kepentingan peribadi.

Dalam pilihanraya tahun 2004, Azimi memenangi DUN Serdang dengan mengalahkan Ustaz Yaakob Husin dari PAS. Kemenangan Azimi sedikit sebanyak adalah faktor sokongan dari pihak PEKIDA yang di pergunakan untuk berkempen bagi pihak beliau.

Kerusi Parlimen Kulim Bndar Baharu adalah merupakan kerusi selamat buat BN.

AMARAN: PAS Akan Guna Pendekatan CITIZEN ARREST Jika BN Biadap!

By TARMIZI MOHD JAM


PAS memberi amaran keras, akan bertindak sendiri jika BN menggunakan jentera atau bangunan milik kerajaan sepanjang tempoh kempen pilihan raya kali ini.

"Jika kami terjumpa dengannya, kami akan membuat laporan polis. Jika polis tidak bertindak dalam masa dua hari, kami akan bertindak mengikut Perlembagaan Malaysia termasuk menggunakan pendekatan 'citizen arrest'," kata Naib Presiden PAS, Mohd Sabu kepada akhbar Siasah.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya bersama Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa semalam.


Amaran ini dilihat sebagai ketegasan PAS membendung penyalahgunaan dan penyelewengan BN disemua peringkat. Ia menjelaskan lagi, bahawa pertandingan pilihan raya adalah pertarungan antara parti dengan parti.


Sejak merdeka lagi, BN akan terus memperalatkan jentera kerajaan dan bangunan milik kerajaan seperti dewan serbaguna dan dewan orang ramai sebagai bilik gerakan mereka.


Para petugas PAS memandang serius sejak sekian lama amalan biadap BN ini dan pada kali ini, nampaknya mereka akan bertindak tegas jika laporan polis yang dibuat tidak diberi respon adil oleh polis dalam tempoh dua hari.


Jika tidak, seperti amaran keras Haji Mohd Sabu, PAS akan bertindak mengikut Perlembagaan Malaysia termasuk menggunakan pendekatan 'citizen arrest'!


"Jangan salahkan PAS atau BA, jika polis gagal memberikan keadilan setelah report dibuat. Polis juga diingatkan jangan jadi sebahagian jentera pilihan raya BN!" celah seorang rakan apabila membaca komen Mohd Sabu itu.

18 Feb 2008

Wajah misteri di Masjid Kristal Kuala Terangganu

Tengku Razaleigh Tolak Pujukan Annuar Untuk Jadi Pengarah Pilihan Raya

(Suntingan dari http://msomelayu.blogspot.com/2008/02/berita-pagi.html)

BOHONG orang yang memberi tahu maka bohonglah saya. Saya percaya berita ini benar dan tidak ada gunanya kalau kawan yang memberi tahu itu untuk berbohong kerana tidak ada apa-apa keuntungan kalau dia berbuat demikian.


Cerita begini, pada Rabu lalu Annuar Musa ada mengunjungi Tengku Razaleigh Hamzah di kedimannya di Langgak Golf, Ampang. Tidak dijelas pula apa kunjungan itu bersendirian - pertemuan empat biji mata ataupun ada mata-mata lain yang mengikutinya.


Mauduknya ialah Annuar telah meminta Tengku Razaleigh agar menjadi Pengarah pilihan raya bersama di Kelantan. Annuar membuat tawaran itu kononnya ada suruhan Abdullah Ahmad Badawi. Betul ke atau pandai-pandai Annuar sahaja?


Kita tahu kenapa Annuar sanggup menemui Tengku Razaleigh dan menawarkan 'jawatan' itu kerana keadaan Umno hari ini sangat terdesak. Umno mahu menang dan menubuhkan Kerajaan di Kelantan tetapi keupayana untuk menang tidak ada. Annuar sendiri tidak yakin Umno boleh menang.


Kalau Annuar yakin dia mampu merebahkan Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau tidak akan mengunjungi Tengku Razaleigh. Beliau tidak meminta tali hayat dengan bekas Menteri Kewangan itu. Beliau akan hadapi sendiri bersama teman-teman Tiga Botaknya - Awang Adek Husin dan Mustapa Mohamad.


Namun kerana keadaan sudah terdesak maka beliau sanggup mengadai air mukanya, memujuk Tengku Razaleigh. Perlu diingat sebelum ini Annuar membuat cadangan untuk menurun Tengku Razaleigh ke DUN tetapi ditolak oleh Tengku Razaleigh Hamzah.


Apa kata Tengku Razaleigh berhubung tawaran itu? Menurut kata kawan itu Tengku Razaleigh tidak menerima pelawaan Annuar atas suuruhan Abdullah itu. Alasannya, menurut kawan itu kata Tengku Razaleigh kenapa disaat-saat akhir baru datang menemuinya. Setelah Umno lemas dan sesak nafas baru minta pertolongannya.


Kesimpulannya kunjungan Annuar Musa itu tidak berhasil. Tengku Razsaleigh tidak bersedia untuk terus jadi gurka dalam Umno selepas membubarkan Semangat 46. Barangkali beliau sudah serit menjadi gurka kepada Dr Mahathir lebih 10 tahun lalu tanpa sebarang upaya yang berbaloi.


Yang menariknya Tengku Razaleigh masih berpegang kepada ramalannya bahawa Umno tidak akan mampu menumbangkan Kerajaan Pas.


Menurut kata kawan itu Tengku Razaleigh menyatakan setakat ini hanya sembilan (9) saja kerusi selamat bagi Umno. Manakala dari 14 kerusi Parelimen Umno hanya boleh menang di dua kerusi saja termasuk Gua Musang yang akan ditandingi Tengku Razaleigh Hamzah

16 Feb 2008

Koh Tsu Koon bertanding di Bukit Bendera


Ketua Menteri Kerajaan Sementara Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga pemangku presiden parti Gerakan berkemungkinan besar akan mempertaruhkan masa depan politiknya di kawasan undi Parlimen Bukit Bendera.
Kerusi Bukit Bendera yang mempunyai jumlah pengundi Cina hampir 75 peratus, Melayu 14 peratus dan India serta kaum lain 11 peratus, merupakan kerusi 'paling selamat' untuk Tsu Koon di Pulau Pinang. Tiga kerusi lain yang diperuntukkan kepada Gerakan agak kurang selamat iaitu Tanjong, Jelutong dan Batu Kawan.
Parlimen Bukit Bendera mempunyai empat kawasan undi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjong Bunga, yang sebelum ini diwakili oleh Tsu Koon, Air Putih, Kebun Bunga dan Pulau Tikus. Pada pilihan raya lepas, Gerakan menguasai kerusi Parlimen Bukit Bendera dan kerusi DUN Pulau Tikus, Kebun Bunga dan Tanjong Bunga manakala kerusi Air Putih oleh MCA.
Pengundi Melayu akan berperanan sebagai penentu pada pilihan raya kali ini memandangkan sejumlah besar undi Cina diramalkan akan memihak kepada DAP. Pada pilihan raya 2004, DAP meletakkan calon Melayu, iaitu Zulkifli Mohd Noor, dan beliau memperolehi 17,564 undi manakala calon BN dari Gerakan Chia Kwang Chye meraih 28,281 undi. Sekiranya DAP meletakkan calon keturunan Cina, parti itu boleh merampas kerusi Bukit Bendera.
Mampukah Tsu Koon mengulangi kejayaan BN di Bukit Bendera sekiranya dia bertanding di situ? Semuanya bergantung kepada siapakah calon lawan yang akan bertanding di situ.

Anwar sahkan Wan Azizah akan pertahan Permatang Pauh



RANTAU: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wan Azizah Wan Ismail sah akan bertanding untuk pilihan raya umum kali ini sementara anaknya, Nurul Izzah Anwar mungkin akan mengumumkan pencalonan dirinya pada bila-bila masa sekarang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua PKR menyatakan, isterinya Wan Azizah akan terus mempertahankan kerusinya di Permatang Pauh, kerusi yang pernah diduduki oleh Anwar sendiri.
"Ada permintaan dari ahli-ahli lain supaya Nurul Izzah bertanding tetapi beliau keberatan," katanya kepada pemberita selepas satu ceramah pembangkang di sini hari ini.
Katanya, Nurul Izzah yang sekarang ini menjadi Koordinator Politik beliau ada meminta pandangannya tetapi Anwar menyerah kembali kepada Nurul untuk menentukan keputusannya sendiri.
Nurul bagaimanapun akan membantu kempen kali ini, katanya.
Katanya, PKR akan mengumumkan calon-calonnya dalam pilihan raya kali ini seawal-awalnya Isnin ini secara berperingkat.
Beliau meramalkan pilihan raya kali ini cukup baik dan akan berpihak kepada PKR dan pembangkang.

Tian, Amjal dan Ginie dtangkap: Polis bertindak keras di Balai Brickfields

(Petikkan dari Suara Keadilan)


Kuala Lumpur, 15 Feb - Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua dan aktivis reformasi Jalaluddin Abdul Manap (juga dikenali sebagai Pak Amjal) telah ditahan polis jam 4 petang tadi ketika menyerah memorandum kepada pejabat DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong menuntut sistem pilihanraya yang adil dan bersih.

Kira-kira sepuluh aktivis dan pemimpin Bersih, termasuk Mohamad Sabu dan Dr Hatta Ramli turut bersama dalam program tersebut. Difahamkan empat trak FRU dan trak water cannon serta lebih kurang 200 orang anggota polis berkawal di Istana Negara ketika itu,

Tian Chua dan Pak Amjal telah dibawa ke IPD Brickfields.Kira-kira pukul 9 malam, polis telah selesai mengambil kenyataan daripada kedua-duanya, tetapi mereka masih tidak dibebaskan. Mereka yang ditempatkan dibilik tamu tanpa bergari turut dikunjungi oleh Penyelaras Suaram Yap Swee Seng dan Korodinator Media KeADILan Ginie Lim. Pada ketika ini Tian dberitahu oleh Pengawai Penyiasat ASP Hidayat bahawa beliau mendapat arahan supaya menahan beliau di dalam lokap.

“Awak nak tangkap saya atas kesalahan apa. Awak telah mengambil kenyataan dari saya, jadi bebaskan saya,” kata Tian. Hidayat tetap berkeras dan berkata beliau menerima arahan. Apabila Hidayat berkata dia tidak dapat memberi alasan penangkapan, Tian meminta untuk bercakap dengan orang yang memberi arahan tersebut.

Hidayat kemudian masuk ke dalam bilik dan mengarahkan dua pegawai yang tak beruniform untuk menahan Tian, tetapi Tian berkata dia masih mahu bercakap dengan orang yang memberi arahan untuk mendapat alasan penahanan. Kedua-dua pegawai polis itu kemudiannya meninggalkan Tian dan kembali ke pejabat.

Mereka datang semula setengah jam kemudian bersama kira-kira lapan orang pegawai polis beruniform dan tujuh orang pegawai polis yang tak beruniform. Kali in mereka datang dengan kasar, aggresif dan gaya seperti ingin menangkap penjanayah. Dua orang dari mereka mula menengking dengan amat kuat dan menolak Yap serta Ginie keluar dari bilik. Mereka kemudian beramai-ramai menarik Tian dengan kasar dan tidak berperikemanusiaan dan menggari tangannya.

Peguam Sivarasa yang dihubungi sebelum itu tiba tetapi gagal mendapat apa-apa penjelasan dari pihak polis melainkan diberitahu Tian akan dibawa ke lokap balai polis Jalan Pantai. Kemudian Tian diheret dengan kasar dan dibawa oleh lebih sepuluh anggota polis menuju ke van yang sedang menunggu di halaman. Ginie cuba mengambil gambar aksi-aksi samseng polis ini, tetapi ketika ini Hidayat mengarahkan Ginie ditangkap atas alasan ‘menghalang tugas polis’.

Apabila peguam cuba meminta penjelasan, seorang pegawai polis memberitahu bahawa Ginie akan ditahan dilokap Jalan Travers. Ketika berita ini ditulis jam 1 pagi, Ginie masih lagi ditahan di Balai Brickfields. Mereka dijangka akan direman pagi esok.

Tian, Amjal dan Ginie dtangkap: Polis bertindak keras di Balai Brickfields

(Petikkan dari Suara Keadilan)



Kuala Lumpur, 15 Feb - Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua dan aktivis reformasi Jalaluddin Abdul Manap (juga dikenali sebagai Pak Amjal) telah ditahan polis jam 4 petang tadi ketika menyerah memorandum kepada pejabat DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong menuntut sistem pilihanraya yang adil dan bersih.

Kira-kira sepuluh aktivis dan pemimpin Bersih, termasuk Mohamad Sabu dan Dr Hatta Ramli turut bersama dalam program tersebut. Difahamkan empat trak FRU dan trak water cannon serta lebih kurang 200 orang anggota polis berkawal di Istana Negara ketika itu,

Tian Chua dan Pak Amjal telah dibawa ke IPD Brickfields.Kira-kira pukul 9 malam, polis telah selesai mengambil kenyataan daripada kedua-duanya, tetapi mereka masih tidak dibebaskan. Mereka yang ditempatkan dibilik tamu tanpa bergari turut dikunjungi oleh Penyelaras Suaram Yap Swee Seng dan Korodinator Media KeADILan Ginie Lim. Pada ketika ini Tian dberitahu oleh Pengawai Penyiasat ASP Hidayat bahawa beliau mendapat arahan supaya menahan beliau di dalam lokap.

“Awak nak tangkap saya atas kesalahan apa. Awak telah mengambil kenyataan dari saya, jadi bebaskan saya,” kata Tian. Hidayat tetap berkeras dan berkata beliau menerima arahan. Apabila Hidayat berkata dia tidak dapat memberi alasan penangkapan, Tian meminta untuk bercakap dengan orang yang memberi arahan tersebut.

Hidayat kemudian masuk ke dalam bilik dan mengarahkan dua pegawai yang tak beruniform untuk menahan Tian, tetapi Tian berkata dia masih mahu bercakap dengan orang yang memberi arahan untuk mendapat alasan penahanan. Kedua-dua pegawai polis itu kemudiannya meninggalkan Tian dan kembali ke pejabat.

Mereka datang semula setengah jam kemudian bersama kira-kira lapan orang pegawai polis beruniform dan tujuh orang pegawai polis yang tak beruniform. Kali in mereka datang dengan kasar, aggresif dan gaya seperti ingin menangkap penjanayah. Dua orang dari mereka mula menengking dengan amat kuat dan menolak Yap serta Ginie keluar dari bilik. Mereka kemudian beramai-ramai menarik Tian dengan kasar dan tidak berperikemanusiaan dan menggari tangannya.

Peguam Sivarasa yang dihubungi sebelum itu tiba tetapi gagal mendapat apa-apa penjelasan dari pihak polis melainkan diberitahu Tian akan dibawa ke lokap balai polis Jalan Pantai. Kemudian Tian diheret dengan kasar dan dibawa oleh lebih sepuluh anggota polis menuju ke van yang sedang menunggu di halaman. Ginie cuba mengambil gambar aksi-aksi samseng polis ini, tetapi ketika ini Hidayat mengarahkan Ginie ditangkap atas alasan ‘menghalang tugas polis’.

Apabila peguam cuba meminta penjelasan, seorang pegawai polis memberitahu bahawa Ginie akan ditahan dilokap Jalan Travers. Ketika berita ini ditulis jam 1 pagi, Ginie masih lagi ditahan di Balai Brickfields. Mereka dijangka akan direman pagi esok.

15 Feb 2008

Khairy Jamaluddin Sebagai Menteri Pelajaran?


(Suntingan dari blog Ketua Perusuh)

Saya sebenarnya tidak mahu mengulas akan perkara ini namun hasil desakan rakan-rakan terpaksa juga saya mengulas akan kemungkinan Khairy Jamaluddin dinaikkan menjadi Menteri Pelajaran jika Barisan Nasional menang besar pada Pilihanraya Umum ke-12 kali ini.

Mengikut perkhabarannya Khairy Jamaluddin dijangka akan bertanding di DUN Rembau namun namanya juga dikhabarkan akan dicalonkan pada pemilihan kerusi Parlimen di Putrajaya. Jika di DUN Rembau Khairy akan berhadapan dengan saingan sengit dari Barisan Alternatif (Pembangkang) namun di Parlimen Putrajaya Khairy Jamaluddin dijangka akan mendapat laluan mudah.


Ini sekaligus akan memberikan laluan kepada Khairy Jamaluddin dilantik menjadi Menteri Pelajaran menggantikan Hishamuddin Tun Hussein bilamana Hishamuddin dijangka diangkat menjadi Menteri Besar Johor. Desas-desus peringkat tertinggi telah memberikan petunjuk bahawa Abdul Ghani Othman dikehendaki bertanding di kerusi Parlimen pastinya akan terjawab tidak lama lagi.


Jika Khairy Jamaluddin dilantik menjadi Menteri Pelajaran maka ianya akan memberikan beliau langkah setapak untuk memegang tampuk Ketua Pemuda UMNO dengan mudah. Ini juga sebenarnya adalah satu daripada laluan yang perlu Khairy Jamaluddin lalui untuk menyediakan dirinya menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak lama lagi. Itupun kalau rakyat Malaysia mengizinkannya dengan mengundi beliau.


Apa yang pastinya, urusan Kementerian Pelajaran dan sebagainya akan menjadi caca-marba atau kacau bilau sekiranya Khairy Jamaluddin dilantik menjadi Menteri Pelajaran. Khairy Jamaluddin pastilah akan memperkudakan Kementerian Pelajaran dalam semua aspek dan seteruskan akan memperketatkan AUKU untuk mengekang semua ancaman kepada dirinya dimasa akan datang.<,p>Kita semua boleh tunggu dan lihat atau ambil tindakan menyekat daripada ianya berlaku. Pilihan semua adalah ditangan kita semua. Undilah dengan bijaksana. Anda penentu masa depan negara dan bangsa Malaysia.


Tian & Aktivis Bersih ditahan

.
Kuala Lumpur, 15 Feb - Polis hari ini telah menghalang Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) daripada mengadakan sidang media di depan Istana Negara and menahan Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua dan Ahli PAS Jalaluddin Abdul Manap.
Rombongan ketua-ketua Bersih telah menyampaikan nota bantahan kepada Yang Dipertuan Agong mengenai Pilihanraya Mac 8 akan datang.


Polis mengambil tindakan selepas penyerahan nota dibuat. Jalaluddin ditahan selepas enggan menurut perintah untuk berhenti mengedarkan risalah Bersih.
Turut hadir di Istana adalah Dr Zulkifli Ahmad, Dr Syed Azman Syed Ahmad, Hatta Ramli dan Mat Sabu.

Manifesto PAS Malaysia


8 Hadiah Pak Lah Dari 2004

Pertama: Kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat

Kedua: Keselamatan rakyat yang mengancam kehidupan

Ketiga: Tanggungjawab terhadap rakyat yang semakin terabai

Keempat: Jurang antara kaya dan miskin yang semakin melebar

Kelima: Khidmat kesihatan dan pendidikan diperniagakan untuk keuntungan

Keenam: Penyelewengan kuasa dan rasuah menjadi parah dan membarah

Ketujuh: Khazanah dan kekayaan negara terus dibolot oleh kroni

Kelapan: Prinsip demokrasi dicabuli dan hak asasi rakyat dinafikan





Tawaran Manifesto PAS dlm PRU-12

1. Membela Kebajikan rakyat serta kepentingan negara melalui pengurusan ekonomi yang bijak dan pembangunan seimbang, mesra-manusia dan mesra- alam.

2. Melindungi Keselamatan seluruh lapisan rakyat khususnya kaum wanita dan kanak-kanak, dari ancaman jenayah.

3. Mengembalikan amalan Demokrasi Tulen dan pilihanraya bebas, adil & bersih.

4. Memulihkan maruah dan integriti negara dengan membenteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

5. Mempertahankan keluhuran dan kedaulatan undang- undang dengan mengembalikan integriti institusi kehakiman.

6. Menamatkan keangkuhan dan penguasaan kuasa mutlak Umno/BN.


PENGGUNA

1. Menurunkan harga bahan bakar (Petrol dan Disel) dengan pendekatan ‘subsidi’ bagi menangani ‘inflasi’ harga barang keperluan dan seluruh kos perkhidmatan.

2. Menghapuskan Tol dan kerajaan mengambil- alih lebuhraya-lebuhraya dengan pampasan yang menasabah bagi menjamin kebajikan rakyat dan kepentingan negara.

3. Meneliti kembali pemberian Permit Impot (AP) bagi barangan makanan (foodstuffs) utama seperti gandum, gula dan beras supaya tidak berlaku Monopoli dan Pakatan (Cartels) yang mencekik pengguna dengan pelbagai kaedah manipulasi seperti penyorokan, pengedaran, pengangkutan kepada peruncit


WANITA

1. Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari tanpa had bilangan anak.

2. Elaun Khas buat ibu tunggal dan memperkenalkan Takaful Armalah

3. Untuk kesihatan dan kegiatan sukan, PAS akan mewujudkan Pusat Sukan dan Rekreasi Khusus untuk kaum wanita.

4. Memperkenalkan konsep bekerja dari rumah untuk para wanita dengan memberikan pelepasan cukai kepada syarikat untuk perbelanjaan membeli peralatan pejabat dan komunikasi.

5. Waktu kerja Anjal akan terus diperkasakan bagi memenafaat serta tidak mengorbankan kepentingan institusi keluarga.

6. Mengenalkan Undang-undang bagi mengelakkan wanita dieksploitasi untuk kepentingan komersial.


PENDIDIKAN

1. Menghapus kira semua pinjaman tertunggak PTPTN

2. Mengembalikan pendidikan percuma di peringkat IPTA.

3. Mengembalikan semula pemberian biasiswa sebagaimana yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

4. Melindungi ‘Pendemokrasian Pendidikan’ dengan kewujudan pilihan sekolah-sekolah termasuk pendidikan Islam Sek Agama Rakyat (SAR), serta bahasa ibunda (Cina dan Tamil).

5. Mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ibunda masing- masing. Memberi sejumlah peruntukan kepada SAR dan sekolah swasta jenis Cina berdasarkan jumlah pelajar.

6. Memansuhkan beberapa peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mengongkong hak dan kebebasan mahasiswa dan tenaga akademik.


KESIHATAN, GAJI, CUKAI

1. Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional (SPKN) setiap rakyat yang tidak mempunyai Skim Perlindungan Kesihatan daripada majikan masing-masing agar dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang berkualiti di semua hospital kerajaan atau pun swasta.

2. Melaksanakan Akta Gaji Minima berdasarkan permuafakatan di antara majikan dan kesatuan sekerja, sesuai jenis pekerjaan dan dengan keperluan tuntutan kualiti hidup yang munasabah serta bersejajaran dengan amalan negara Asean.

3. Potongan/Pelepasan cukai untuk individu adalah sebanyak RM12,000 setahun

4. Merapatkan jurang agihan kekayaan antara kaya- miskin dalam kaum dan antara kaum dengan menekankan aspek pendidikan dan peningkatan sumber pendapatan.


PERTANIAN,PERIKANAN

1. Meningkatkan kualiti hidup nelayan pantai dengan menyediakan perumahan tersusun serta peluang baru pekerjaan di dalam kegiatan perikanan tajaan Kerajaan atau Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) agar pendapatan bulanan melebihi RM1200 sebulan.

2. Mewujudkan dasar pertanian sebagai industri yang menjamin Dasar Makanan yang memelihara ‘Kemerdekaan dan Keselamatan Negara’ supaya tidak terdedah dan terjejas kepada manipulasi kuasa dunia dan ‘kartel’ atau pakatan konglomerat besar tempatan dan antarabangsa.

3. Menolak sebarang bentuk Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang mengancam pelbagai industri khususnya pertanian dan pelbagai aspek urus-tadbir pemerintahan dalam negara.


KERAJAAN ADIL,BERSIH & BERAMANAH

1. Menegaskan penghayatan Islam sebagai Ad-Deen bagi ummat Islam di negara ini.

2. Memperkasakan amalan ‘Pemisahan Kuasa’ Legislatif, Kehakiman dan Eksekutif, supaya Demokrasi Berfungsi dan Berkesan serta tidak dicerobohi dan dipintas oleh pihak Eksekutif.

3. Menyegerakan kelulusan ’Rang Undang-Undang Hak Mendapatkan Maklumat’ bagi memperkasakan rakyat bermaklumat dan berpengetahuan.

4. Melindungi kedudukan Pelapor atau ”Whistleblowers” dengan jaminan kerahsian demi mempertahankan kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat

5. Memperkukuh agensi-agensi (Watchdog) ’Pemantau’ seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR), Ketua Audit Negara, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

6. Menjamin perlaksanaan peruntukan-peruntukan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta mengatasi konflik perundangan.

7. Meminda dan/atau menghapuskan Akta-Akta Zalim yang menyekat Hak dan Kebebasan Rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Polis, Akta Percetakan dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti.

8. Menjamin sistem Pilihanraya yang Bebas, Adil dan Bersih dengan reformasi sistem dan proses Pilihanraya secara menyeluruh seperti yang dituntut oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH)


URUSTADBIR NEGARA, PETRONAS

1. Meningkat amalan urus-tadbir kerajaan berpandukan amalan terbaik (Best Practice) di jabatan-jabatan awam, agensi-agensi serta syarikat yang berkaitan kerajaan serta mengamalkan tender terbuka khususnya dalam projek mega dengan penubuhan Badan Tender Bebas di bawah kuasa Parlimen.

2. Meletakkan PETRONAS di bawah seliaan Parlimen (dan bukan lagi di bawah Perdana Menteri) seperti trend terkini dibeberapa buah negara atas perkiraan ketelusan dan pertanggungjawaban.

3. Menumpukan kekayaan hasil minyak untuk pembangunan potensi insan serta penyelidikan dan pembangunan R&D termasuk sumber tenaga alternatif.

4. Menekankan pembangunan seimbang mengikut prioriti serta yang menjana pekerjaan dan faedah kesan berganda bagi memangkin pertumbuhan yang berterusan. (sustainable).


POLIS & KEHAKIMAN

1. Menubuhkan segera dan memperkasakan Suruhanjaya Bebas Salah-Laku Polis dan Komplain –IPCMC serta menolak Rang Undang- undang Suruhanjaya Aduan Khas (SCC) yang membelakangi 125 cadangan-cadangan Suruhanjaya Pembaikan Polis.

2. Menjadikan PDRM sebuah Pasukan Keselamatan yang profesional, mesra-rakyat, bebas dari pengaruh politik serta meningkatkan kemampuan membenteras jenayah dan mengembalikan keselamatan kepada rakyat.

3. Menekankan pembangunan seimbang mengikut prioriti serta yang menjana pekerjaan dan faedah kesan berganda bagi memangkin pertumbuhan yang berterusan. (sustainable).

4. Menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman di bawah Parlimen yang bertanggungjawab melantik Hakim-Hakim berdasarkan merit dan integriti serta menambahbaik pengurusan bagi meningkatkan kewibawaan institusi Kehakiman dengan menguatkuasakan etika kehakiman yang saksama.


MASJID, HAK BERAGAMA, KAUM, MEDIA

1. Memastikan Masjid dimakmurkankan oleh masyarakat tempatan dan tempat-tempat ibadat tidak boleh dimusnahkan tanpa perundingan dan kelulusan masyarakat setempat.

2. Memperkasa perlaksanaan etika media massa di kalangan khalayak media, stake holder-pemilik media dan rakyat.

3. Mengarus-perdanakan konsep ketelusan media amalan dan operasi media massa untuk meningkatkan kebijaksanaan rakyat bagi mengamalkan serta membudayakan politik- berteraskan-pengetahuan

4. Menjamin penubuhan sebuah Majlis Perundingan penganut agama-agama (selain Islam) oleh Kerajaan bagi mempastikan hak- hak setiap kelompok penganut agama untuk melaksanakan tuntutan upacara ibadat dan budaya masing- masing.

5. Merangka dasar perpaduan yang diperkukuhkan dengan sikap saling hormat- menghormati atas dasar saling mengetahui tuntutan agama terhadap penganut agama masing-masing.

6. Mencadangkan penubuhan satu Majlis Dailog ke arah memperkukuhkan permuafakatan dan perpaduan nasional merentasi semua kaum


KAKITANGAN KERAJAAN

1. Menghapuskan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan menggantikannya dengan suatu sistem baru yang dipersetujui bersama dengan Kesatuan Sekerja

2. Memastikan kakitangan kerajaan boleh mengikuti perkembangan politik termasuk menjadi ahli mana-mana parti politik pilihannya tanpa kongkongan selagi mana kualiti kerja tidak terjejas.

3. Menghapuskan Akujanji di kalangan kakitangan kerajaan.


TAWARAN KAMI:
KERAJAAN BERAMANAH, ADIL, BERSIH DAN NEGARA BERKEBAJIKAN

PRU- 12 : Pengendali laman web, bloggers sedia gempur BN

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - Laman web dan bloggers pro pembangkang sudah pasti akan menggunakan internet sebagai medium utama dalam menghadapi propaganda Barisan Nasional sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 12 ini.

Di sebalik pelbagai usaha BN untuk menyekat kebebasan penyebaran maklumat, ia ternyata gagal menghalang kemaraan rakyat yang semakin sedar dengan pelbagai salahlaku serta penyelewengan pemimpin kerajaan.
Walaupun internet terhad kepada segmen tertentu dari kalangan pengundi, namun perkembangan pesat teknologi maklumat serta peningkatan rakyat celik IT amat membimbangkan BN, terutamanya menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.
Pengendali laman web terkenal, Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin berpendapat, internet tetap digunakan secara konsisten dan lebih aktif oleh rakyat Malaysia sejak pilihan raya umum 2004 setelah tercetusnya gelombang reformasi kebangkitan rakyat akibat tangkapan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
"Kita telah bersedia dengan strategi di peringkat bloggers untuk berhadapan dengan pihak Umno sejak 10 tahun yang lalu, bukan hanya dalam jangka masa mendekati pilihan raya ini,"
Tegasnya, meskipun ramai yang mempunyai tanggapan mengenai kepentingan web tersebut yang masih dipandang rendah akan keberkesanannya kepada pengundi, Raja Petra memaklumkan bahawa terdapat sebilangan pengundi yang berusia dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun yang tidak pernah mengundi sebelum ini mendaftar untuk mengundi dalam pilihan raya kali ini selepas terkesan dengan pengaruh maklumat pada laman web.
"Mereka ini adalah pengundi yang tidak pernah mendaftar, tetapi setelah mendapat maklumat daripada laman-laman web mereka mengambil keputusan untuk mengubah kerajaan yang ada kerana telah 'fed-up',"
Selain itu, beliau menyatakan bahawa terdapat lebih kurang 11 juta bilangan pengguna internet berdaftar di Malaysia yang aktif menggunakan teknologi 'broadband' atau jalur lebar sepanjang tahun.
"Ini bermakna sebahagian besar daripada mereka merupakan pengundi dalam pilihan raya ini, walaupun kita mengetahui bahawa orang bandar kurang berminat untuk mengundi berbanding orang kampung. Sebab itu Umno-BN mensasarkan orang kampung yang pada pandangan mereka lebih mudah untuk digula-gulakan,"
Dalam pada itu, pihaknya juga mendapat maklumat bahawa Umno-BN telah mengadakan banyak perbincangan bagi mengatur strategi khusus memerangi laman web dan blog pembangkang namun kesemuanya menemui kegagalan.
"Mereka telah kaji cara untuk tangani 'cyber war' menjelang pilihan raya dengan menubuhkan kumpulan 'cyber-troopers' di bawah kelolaan Dato' Azalina dan Dato' Norza, tetapi semuanya gagal kerana kita telah tahu taktik mereka yang menghantar komen-komen yang membanjiri blog dan laman web kita sebagai perangkap,"
Jelasnya, usaha yang mereka jalankan sejak 1998 itu gagal menyaingi kumpulan pengendali laman web dan blog alternatif.
Sementara itu, seorang lagi penulis blog yang sensasi, Jeff Ooi pula merasakan sungguhpun kempen menggunakan internet sebagai medium mempengaruhi pengundi tidak relevan dengan kawasan luar bandar, ia tidak bermakna ia harus dikesampingkan.
"Sememangnya kempen siber memang tidak relevan dengan kawasan luar bandar kerana tiada akses internet yang mantap. Tetapi parti-parti politik telah lama menggunakan saluran tersebut untuk menyampaikan agenda kepada pengundi,"
Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa rakyat Kelantan adalah antara pengguna internet yang agresif.
"Internet telah biasa digunakan secara agresif di Kelantan. ketika saya singgah di sebuah warung di tepi jalan sebuah pekan kecil, saya sangat terkejut kerana ia mempunyai akses internet tanpa wayar (wireless)," katanya.
Dengan tidak menafikan bahawa terdapat halangan serta kekurangan kempen menggunakan saluran internet ini, beliau masih menyatakan bahawa ia merupakan suatu ruang yang seharusnya dimanafaatkan secara maksimum oleh jentera parti yang bertanding.
Hal ini sekaligus menangkis dakwaan yang dibuat oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy, yang menyatakan bahawa laman web dan blog tidak akan menjadi faktor penentu dalam pilihan raya kali ini
Bagaimanapun, beliau melihat ia akan menjadi ' jentera ' yang lebih penting bagi menghadapi pilihan raya selepas ini.
Selain itu, Khairy turut mengakui pasukan dalam alam siber Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia masih gagal menyaingi jentera siber pro pembangkang namun ia sudah ada permulaan yang agresif.
"Saya nampak pasukan kita masih belum dapat bersaing tetapi sudah ada permulaan dan saya nampak perkara ini penting bukan untuk pilihan raya kali ini tetapi pada pilihan raya selepas ini," kata Khairy pada Agendadaily ketika ditemui selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gopeng, dekat Sungai Rapat Ipoh, Perak petang Sabtu.
Beliau menganggap ketika ini amat penting bagi jentera perang alam siber pemuda digerakkan berlatih menghadapi pilihan raya secara ' realiti ' untuk tujuan membina kekuatan bagi menghadapi 'peperangan' sebenar dalam pilihan raya ke 13.
Katanya, "kalau kita ketinggalan kali ini, kita tidak ada latihan, kita tidak dapat praktis. Saya nampak alternatif media ini tidak akan menjadi satu faktor penentu di pilihan raya kali ini tapi pada pilihan raya akan datang atau seterusnya faktor media alternatif ini akan menjadi lebih penting".
"Kalau kita tidak menggunakan kesempatan ini untuk 'berlatih' dalam alternatif media ini, kita akan kehilangan satu peluang yang baik. Kita sekarang kena dry run disamping kita cuba menangkis segala tohmahan dalam internet tapi kita akui mereka jauh mendahului kita dalam internet tetapi inilah juga masa yang baik untuk kita cuba dry run. " - mr

14 Feb 2008

Tarikh Mengundi

SPR telah mengumumkan tarikh penamaan calon adalah pada Ahad, 24hb Februari 2008 sementara tarikh hari pembuangan undi adalah pada Sabtu, 8hb March 2008.

Program PAS Kedah


Calon Pilihanraya Kulim / Bandar Baharu

.......................................
KULIM

Zulkifli Nordin, seorang peguam terkenal mungkin akan diletakkan sebagai calon parlimen Kulim / Bandar Baharu di Kedah, sebagai calon Parti Keadilan Rakyat. Sdr. Zulkifli Nordin adalah seorang ahli PAS bagaimana pun akan bertanding atas tiket PKR.

Calon ADUN Kulim pula mungkin dari PKR berbangsa China, sementara calon PAS akan diletakkan bertanding di ADUN Serdang.

Penyandang wakil Parlimen kawasan ini adalah Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir. Beliau telah mewakili Parlimen KBB selama enam penggal. Sama ada beliau akan terus di calonkan oleh BN atau tidak masih belum dapat di pastikan. Ada khabar angin mengatakan adik beliau mungkin akan di calonkan menggantikan beliau, iaitu Sdr Aziz Sheikh Fadzir, iaitu ADUN Kuala Ketil ketika ini.

Sebelum ini Aziz pernah menjawat Timbalan Ketua Pemuda UMNO pusat, telah memberi laluan mudah kepada Khairi Jamaluddin untuk mengambil alih jawatan tersebut. Mungkin jasa beliau kepada KJ tersebut akan diganjarkan untuk menjadi calon Parlimen di sini.

Nasib ADUN Serdang, iaitu Datuk Azimi Daim, Ketua Penerangan Pemuda UMNO pusat, masih belum di ketahui kedudukkannya memandangkan beliau bukannya "orang Khairi Jamuludin". Dalam UMNO KBB, Azimi juga di beritakan tidak sehaluan dengan Tan Sri Kadir.

Kawasan Parlimen Kulim / Bandar Baharu adalah merupakan kawasan selamat bagi Barisan Nasional. Walaubagaimana pun Daerah Bandar Baharu adalah merupakan antara daerah yang termundur dalam Negeri Kedah.