29 Sep 2010

Lapuran Awal Siasatan SPRM kes cubaan rasuah ADUN Kulim

.............
video






 http://malaysia-today.net/mtcolumns/34848-proof-that-the-macc-is-a-component-member-of-barisan-nasional

UPSR, jawapan bocor di Terangganu


..............
Dari email:
Petang tadi saya berkesempatan minum dan makan roti canai dengan beberapa orang kawan yang bekerja sebagai guru.
Mendengar daripada topik perbualan mereka, kisah dan cerita yang berlaku di dalam sistem pendidikan negara ini amat membimbangkan saya. Daripada markah lulus (passing mark) untuk subjek sains dan matematik yang diubah-ubah untuk mencapai target peratusan lulus sehinggalah kepada soalan UPSR yang bocor hampir setiap tahun.
Menurut seorang kawan saya ini, beberapa pelajar yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang seperti mendapat "A" di dalam semua subjek di dalam peperiksaan UPSR mereka telah diterima masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi selepas beberapa bulan, mereka dinasihatkan supaya menukar ke sekolah biasa kerana didapati masih tidak menguasai asas pembacaan, penulisan dan pengiraan.
Bayangkan, pelajar yang mendapat semua "A" dalam UPSR dinasihatkan keluar dari sekolah berasrama penuh kerana tahap sebenar mereka tidak menggambarkan keputusan UPSR mereka.
Menurut kawan-kawan guru ini, projek "menolong Melayu" (kononnya) ini bermula selepas pencapaian markah yang teruk di dalam subjek sains dan matematik di kalangan pelajar Melayu apabila pengajaran dalam bahasa Inggeris mula-mula diperkenalkan untuk kedua-dua subjek ini.
Pada mulanya, langkah menurunkan markah lulus dilakukan hanya sebagai 'quick fix' sahaja kerana untuk mengelakkan kejutan dan menjaga air muka jabatan dan kementerian pendidikan.
Tetapi amalan mengubah-mengubah markah lulus sudah menjadi budaya dan mula sebati di dalam sistem. Menurut kawan-kawan guru ini, mereka terkejut bagaimana ramai murid yang mereka mengajar setiap hari boleh mendapat "A" di dalam peperiksaan sebenar UPSR sedangkan markah kebiasaan yang diperolehi sepanjang ujian dan peperiksaan percubaan hanya sekitar 25 peratus sahaja.
Menurut kawan-kawan guru, golongan atasan di dalam Jabatan Pendidikan amat menjaga "KPI" mereka yang berdasarkan kepada peratusan kelulusan dan juga peratusan mendapat "A". Lagi pun ini untuk "membantu Melayu", kata mereka.
Penyakit ini ditambah juga oleh satu barah yang lain, iaitu soalan peperiksaan UPSR yang bocor setiap tahun.
Kebocoran kertas soalan UPSR inilah yang menghasilkan pelajar yang layak masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi masih terkial-kial untuk menulis dan membaca.
Menurut kawan-kawan guru ini, 10 tahun yang lalu, mereka senang untuk meramalkan pelajar yang akan mendapat keputusan yang cemerlang atau yang gagal di dalam UPSR kerana keputusan peperiksaan sebenar juga lebih menyerupai keputusan ujian dan peperiksaan percubaan yang dilakukan oleh
pihak sekolah. Tetapi pada hari ini, keputusan UPSR mengejutkan mereka. Pelajar yang tidak pernah lulus di dalam peperiksaan di sekolah sepanjang tahun tiba-tiba mendapat "A" di dalam UPSR.
Menurut kawan-kawan guru ini, kebiasaanya Terengganu ialah negeri di mana bermulanya soalan UPSR yang bocor. Ini kerana kertas peperiksaan UPSR akan tiba lebih awal di atas pulau-pulau yang mempunyai sekolah-sekolah.
Mampus lah kita macam ni...
Komen:
Wak dapat email ni dari kawan2 yang prihatin akan masaalah yang melanda sistem Pendidikan kita kini.Jika benar dan berkemungkinan benar kerana komuniti ditampat Wak ni pun telah mengalami situasi ni 3 ke 4 tahun lepas.Budak-budak yang sering gagal dalam peperiksaan sekolah biasa(rendah)tup-tup jer dapat 5A..4A dan mendapat tawran belajar di Asrama Penuh..selang 2 ke 3 bulan balik ke sekolah berdekatan ..Bila ditanya jauhlah,si Ibu tak tahan rindu danpelbagai alasan remeh dengan menafikan bahawa anak mereka sebenarnya tiada kemampuan yang sebenarnya menghadapi situasi sebenarnya.
Jika begini Wak tak heranlah jika Universiti kita dipenuhi anak-anak muda yang bukan sahaja rendah akhlak malah akademik mereka juga ditahap yang meragukan.Patut benar mereka tiada daya tahan menghadapi pancaroba di alam pekerjaan.Berapa ramai mereka yang konon bijak pandai ini terjebak ke dalam masaalah sosial sehingga kes-kes buang anak terjadi dari golongan mereka.Sepatutnya Kementerian yang bertanggungjawab lebih prihatin akan masalah ini dengan mengkaji akar ubinya dan menjalankan post mortem yang dapat membasmi gejala ini dari terus berlualasa.
Enhanced by Zemanta

24 Sep 2010

Laluan Feri Yang Rosak

Isnin lepas laluan atau ramp kereta untuk menaikki feri telah pecah. Berlaku di Pangkalan Raja Uda, disebelah George Town sana, berth no.3.

Feri yang berlabuh sedang menanti kereta masuk. Setelah separuh kereta yang akan ke Butterworth masuk, ramp yang di gerakkan dengan kawalan hidrolik telah pecah pin yang sebelah kiri. Masaalahnya kereta sudah tidak selamat melalui ramp tersebut. Malangnya lagi, ramp pula sudak tidak boleh dinagkat oleh sistem hidrolik kerana pin yang pecah tersebut. Oleh kerana ferri tidak dapat berlepas, kereta yang dah masuk kedalam feri terpaksa menuggu disitu sementara pihak Pelabuhan Pulau Pinang mencari jalan penyelesaian.

Lima unit Chain Block di gunakan untuk menarik balik ramp yang ranggang ke posisi yang selamat. Setelah dua jam kerja pembaikkan sementara dijalankan baru lah kereta yang terperangkap dalam feri debenarkan keluar untuk menggunakan feri lain bagi meneruskan perjalanan ke Butterworth.

Pin baru sedang dibina di bengkel, dua hari lagi mungkin siap. Dijangka 26 Sept 2010 baru dapat Berth No.3 berfungsi semula.

Pangkalan feri di sebelah George Town di beri nama Pangkalan Raja Tun Uda, sempena nama gavenor Pulau Pinang yang petama. Sementara di sebelah Butterworth di beri nama Pangkalan Sultan Abdul Halim, sempena nama sultan Kedah sekarang.

10 Sep 2010

Solat Aidil Fitri di AnNadhoh, Penanti

Solat di imami oleh Ustaz Abdul Mutalib Maarof sendiri seterusnya menyampaikan khutbah. Jamaah lelaki dan wanita lebih kurang 300 orang. Dewan madrasah yang biasanya dapat memuatkan 5000 jamaah setiap kuliah hari Sabtu.

Sumbangan Kerusi Roda dari Ustaz Hassan Razak kepada ahli Kelab Penyokong PAS


Kesibokkan dalam bulan Ramadhan bukan penghalang untuk melakukan kerja amal. Pada 29 Ramadhan 1431 yang lalu, Ustaz Hassan Razak melakukan kunjungan kerumah seorang ahli Kelab Penyokong PAS berbangsa India di Kulim untuk menyampaikan sumbangan kerusi roda.
Walau pun di sebelah malam sibok dengan tazkirah dan kuliah subuh di merata masjid, Ustaz Hassan selaku Yang Di Pertua PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu tetap menjalankan kerja amal pada siang hari  mengunjungi ahli masyarakat yang kurang bernasib baik. Sumbangan yang dihulurkan oleh beliau sedikit sebanyak mengurangkan beban golongan yang kurang bernasib baik ini menjelang syawal yang bakal menjelma. Bukan saja orang melayu di kawasan Kulim Bandar Baharu tetapi juga kaum India dan China tidak ketingalan.

4 Sep 2010

Tazkirah

Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Hafiz Adnin Zulkifli sedang berlangsung di Masjid AnNur, Junjong. Antara intisari tazkirah ialah: 1) Golongan yg berpuasa bersungguh-sungguh akan mendapat keampunan Allah.
2) Org Islam yg selamat ialah golongan yang menegakkan hukum Allah. 3) Segala perintah Allah ditujukan kpd org beriman. 4) Ilmu agama perlu di dalami untuk menjadi mukmin yang sejati. 5) Ibubapa yang bertakwa akan melahirkan anak-anak yang bertakwa. 6) Kes kes jenayah akan berkurangan kalau kita kembali kepada hukum agama. 7) Puasa rohani dan puasa jasmani, keduanya perlu di lakukan dalam bulan Ramadhan. 8) Manusia yang mempunyai nilai disisi Allah ialah yang bertakwa. 9) usahakan segala perbuatan kita menghasilkan pahala.

2 Sep 2010

Teo Nie Ching dapatkan penjelasan Nik Aziz

Puteri UMNO guna surau.


Umno silalah gunakan surau dan masjid untuk acara politik, tak apa, tak jadi kudis pun. Tak sapa akan halang kalau tujuan majlis memberi manafaat pada masyarakat. Lagi pun UMNO mana ada bangunan sendiri nak buat majlis, kena la menumpang di bangunan lain. Lain la PAS, ada pejabat cawangan sendiri, ada markas sediri, boleh buat apa saja majlis di bangunan harta sendiri.

Kalau majlis ni di buat di Selangor sudah tentu tak boleh pasai sultan Selangor dah bagi warning, masjid tak boleh guna untuk majlis politik. Junjong bukannya di Selangor, Junjong di Kedah, Sultan Kedah tak murka. Walaupun UMNO adalah parti pembangkang di Kedah, tak siapa halang majlis ini berjalan.

Bayangkan kalau Kedah bawah UMNO macam sebelum 2008, PAS buat program macam ni di surau, tentu riuh tiga hari tiga malam dalam TV dan koran ( koran= akhbar, guna istilah Indonesia sikit), tak dak kisah lain, kisah salah guna surau untuk tujuan politik.
 
Dengan ini orang ramai boleh bandingkan mentaliti orang UMNO dengan PAS. Sapa yang lebih matured? Kalau PAS la pembangkang buat majlis macam ni di surau, orang UMNO akan lompat tak tentu hala tahap gila babi. Tapi UMNO, sekarang pembangkang di KEDAH, buat majlis guna surau tak dak sapa pun halang. Geng geng atas pagar tu cuba timbang tengok, pilihanraya ke 13 nanti agaknya nak undi sapa?
Enhanced by Zemanta