20 Mar 2008

Zulkifli Noordin sajakah tidak hantar penyata kewangan?

Oleh: Subky Abdul Latif ( Harakah Daily)

Barisan Nasional dipercayai akan mengemukakan petisi terhadap pencalonan Zulkifli Nordin dari KeADILan yang menang di kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu apabila keputusan pilihan raya itu digezetkan nanti.

Petisi itu dibuat kerana Zulkifli dikatakan tidak mengemukakan penyata kewangan pilihan raya 2004 yang disertainya dulu. Jika disabitkan maka kerusi itu terpaksa dikosongkan.

Memang ada peraturan mana-mana calon yang tidak mengemukakan penyata kewangan itu hilang kelayakan untuk menjadi calon.

Tetapi siapa yang tahu jika calon gagal mengemukakan penyata itu? Tentulah SPR sendiri. Calon BN tidak membantahnya pada hari penamaan calon dipercayai tiada yang tahu hal itu. Mungkin calon BN membuat kaji selidik selepas itu atau SPR yang bekerja untuk BN memaklumkannya.

Kita tunggu keputusan mahkamah kiranya ada petisi itu.

Mengikut penghakiman Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim atas petisi calon BN atas calon DAP di Bukit Bintang satu masa dulu, bukan sekadar kerusi yang dimenangi DAP itu dikosongkan, malah calon BN yang kalah dalam pilihan raya itu diisytiharkan menang tanpa bertanding.

Lain-lain penghakiman terhadap petisi sebelum itu jika disabitkan, mahkamah mengisytiharkan diadakah pilihan raya semula bagi kawasan berkenaan.

Jika Kulim-Bandar Baharu terpaksa mengadakan pilihan raya kecil nanti, tidak perlulah Datin Seri Wan Azizah, Presiden KeADILan mengosongkan kerusinya di Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang pernah disebutnya sebelum ini.

Kiranya pilihan raya kecil itu diadakan selepas selesai tempoh pantang bertanding Anwar, maka boleh Anwar saja yang bertanding di Kulim-Bandar Baharu. Tak payah lagi Wan Azizah meletak jawatan. Permatang Pauh dan Kulim-Bandar Baharu hanya bersempadan atau dipisahkan oleh kawasan Bukit Mertajam saja.

Tempoh pantang bertanding Anwar akan berakhir bulan April ini. Kalau cadangan BN mempetisi pencalonan Zulkifli diteruskan, maka ia mungkin selesai sekitar Mei. Entahlah kalau ia tidak disegerakan. Jangkaan masa itu sesuai sangat dengan tamat tempoh pantang Anwar.

Dalam pilihan raya umum baru-baru ini, Zulkifli Nordin menang dengan majoriti lebih 5,500. Majoriti itu sangat selesa bagi Anwar untuk mengulangi kemenangan Zulkifli itu. Tempoh yang begitu dekat antara pilihan raya umum dan pilihan raya kecil jika diadakan tentunya tidak mengubah banyak kecenderungan mengundi di kawasan itu.

Cadangan BN untuk mempetisi Zulkifli itu adalah satu ikhtiarnya untuk mendapatkan semula kerusi yang ditinggalkan oleh Dato’ Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Tidaklah salah tektik itu diambil oleh BN. Begitulah politik, mencari apa juga peluang yang boleh menguntungkan.

Tetapi diketahuinya ia seperti mahu menguji Anwar, maka besar cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Umno, BN dan pimpinan Perdana Menteri yang serba goyah sekarang.

Rata-rata pimpinan BN mahu menyegerakan pilihan raya umum baru-baru ini adalah untuk mengelakkan risiko berhadapan dengan Anwar. Ia disegerakan kerana tidak mahu orang tua itu menyertai pilihan raya itu. Hanya Perdana Menteri yang bersedia menghadapi Anwar yang selesai pantang.

Kerana yang lain-lainnya risau akan risiko itu, maka Pak Lah mendengar pandangan mereka. Rupanya yang dibimbangkan itu ada asasnya.

Jika boleh dalam suasana serba goyah itu, jangan ada kejadian besar yang boleh menggelorakan politik dan pimpinan Perdana Menteri. Jika pilihan raya kecil bagi membeli laluan kepada Anwar disebabkan oleh perletakan jawatan Dr. Wan Azizah, maka ia suatu yang bukan dicari oleh pemimpin BN. Tetapi kalau pilihan raya itu natijah dari petisi BN terhadap Zulkifli, maka BN sengaja mencari keributan.

Anwar memang mencari kesempatan seperti itu. Dia hendak sangat berdepan dengan Pak Lah dan kalau boleh biar Pak Lah bersekali dengan Dr. Mahathir. Kalau pun peluang itu tidak ada, tetapi pilihan raya kecil segera di Kulim-Bandar Baharu seperti memberi medan yang sangat dikehendakinya.

Kesempatan seperti itu seperti rakyat Pakistan menunggu kepulangan Benazir Bhutto. Pak Lah dan Najib akan jadi macam Parvez Musharraf. Itulah yang dapat dijangkakan.

Anwar dipercayai masih banyak bekal. Masih banyak yang belum dilepaskannya. Akan jadilah Kulim-Bandar Baharu medan yang ditunggu oleh dunia. Dan akan banyak lagi kecederaan yang terpaksa dihadapi oleh Perdana Menteri dan Timbalannya.

Kesan pilihan raya umum belum selesai. Jika datang pula bom jangka, teruklah pimpinan BN untuk menangkisnya.

Modal yang tinggal bagi BN hanya hikmat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Itu saja senjata keramatnya bagi membalun DAP dan sekutu pembangkangnya akan terkena badinya. Tetapi Anwar sudah menyebut tentang satu pelan ekonomi yang lebih elok dari DEB.

Pilihan raya kecil itu akan jadi medan menjelaskan dakwaannya itu. Jika ia dapat memukau orang ramai, akan tawarlah hikmat DEB itu. DEB ada manis tetapi semut saja yang baru merasa nikmatnya. Yang lain seperti mendengar guruh.

Demikianlah degup yang ditunggu tentang kerusi Zulkifli Nordin. Siapa yang memberitahu BN bahawa Zulkifli tidak menghantar laporan kewangan pilihan rayanya dulu? Yang tahu hanya SPR. Agaknya SPRlah yang memberitahu BN kerana kesetiaan SPR itu adalah di situ.

Tapi adakah Zulkifli saja yang melakukan kelemahan itu jika ia benar? Tidakkah ada yang lain sepertinya terutama dari kalangan pimpinan BN? Maka mungkin tiba masanya pelajar universiti membuat kes kajian bagi calon-calon yang tidak membuat penyata perbelanjaan pilihan raya untuk ijazahnya.

19 Mar 2008

Kemelut terkini dalam UMNO

  1. Radzi Sheikh Ahmad, Setiausaha Agong UMNO megumumkan meletakkan semua jawatan dalam UMNO dan Barisan Nasional. Tengku Adnan Tengku Mansor telah dilantik menggantikan beliau.
  2. Wakil parlimen Jerantut, Tengku Azlan dan wakil parlimen Kimanis, Anifah Aman mengumumkan penolakkan perlantikkan sebagai Timbalan Menteri dalam kabinet.
  3. Rafidah Aziz aka mengadakan sidang akhbar jam 3.00 petang ini. Beliau di jangka akan mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO dan ahli parlimen Kuala Kangsar.

12 Mar 2008

Penjelasan berkenaan lapuran polis SPR


Penjelasan oleh Zulkifli Noordin berkenaan lapuran polis yang di buat oleh SPR berkenaan kelayakkan beliau bertanding dalam PRU 12

Dua Timbalan Ketua Menteri Di Pulau Pinang


ADUN Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR dan ADUN Perai, Prof Dr P.Ramasamy dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Mereka akan mengangkar sumpah di hadapan Yand Di Pertua esok.


Perlantikkan dua Timbalan Ketua Menteri adalah bagi mewakili rakyat berbagai kaum negeri ini. Sementara itu empat ADUN DAP dan tiga ADUN PKR dilantik sebagai exco.

EXCO Kedah yang baru di lantik

1. Ir Fakhrurazzi b Mohd.zawawi,


2. MohdTaulan md.Rasul,


3. Ir Amiruddin Hamzah


4. Ustzh .Siti Aishah Hj Ghazali


5. DrHamdan MohdKhalid


6. Abdullah b Jusoh


7. Dr Ismail b Salleh


8. Arumugam .


9. Mohd Radhi b Salleh


10 .Tan Wei Shu.

11 Mar 2008

Tahniahh PAS Kedah

Kemenangan PAS di Kedah sehingga dapat membentuk kerajaan negeri sungguh manis. Alangkah manisnya lagi sekiranya Ustaz Fazil Nor masih bersama kita meraikan kemenangan ini. Tetapi Allah lebih menyayanginya.

10 Mar 2008

Petikkan dari FORUM GERAK REFORMASI

..................................................................................
Panglima Nayan
Tahniah Bloggers , forumers
Mon Mar 10, 2008 9:09AM

Pertama kali diucapkan tahniah diatas segala usaha , masa dan tenaga kepada bloggers dan forumers yang tidak pernah kenal lelah dalam menyampaikan kebenaran . Kalau nak diharapakan bahan dari media arus pertama sudah pasti saya sendiri tetap akan memangkah dacing tua (yang dah tak relevan - sekarang orang guna elektronik punya).

Malangnya , penembusan internet masih rendah terutama di Sabah dan Sarawak ... kalau kita dapat memastikan sekurangnya 60% kawasan Sabah dan Sarawak terutama pendalaman dapat capaian ke Internet terutama ruangan forum ini , insyaallah ... Sinaran Purnama akan sampai ke Malaysia Timur ..


TAKBIRRR !!
..................................................................................

Anonymous
Guano jadi lagu ni?
Mon Mar 10, 2008 9:03AM

Bawa pulang pengundi luar satu kesilapan
kosmo

KOTA BHARU - Strategi membawa pengundi Kelantan di luar pulang adalah suatu kesilapan kerana mereka yang terdiri dari golongan muda gagal memberi undi kepada BN.

Demikian ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa yang membuat kesimpulan mengenai kekalahan teruk parti itu di tangan Pas.

"Lebih 100,000 pengundi Kelantan dari luar pulang namun, mereka yang sepatutnya membantu kemenangan BN sebaliknya menjadi faktor kekalahan BN.

"Kita sudah menjalankan kempen yang baik untuk kawasan setempat tetapi pengundi luar ini pulang dengan 'virus-virus" politik dari luar yang menolak BN secara total," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di sini semalam.

Tambahnya, pada pilihan raya 2004, golongan muda dan pengundi luar adalah faktor kemenangan BN di Kelantan namun, kali ini berlaku sebaliknya.

"Berdasarkan analisis, kita kalah teruk di saluran muda pada semua peti undi dan ini menunjukkan golongan muda Kelantan dari luar menolak BN," ujarnya.

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada calon muda dan manifesto BN menjadi punca kekalahan, beliau menjawab:

"Bukan sebab calon, tapi fenomena politik bersifat nasional menyebabkan Kelantan turut menerima tempiasnya sementara kurangnya keyakinan terhadap BN menyebabkan situasi ini berlaku.

"Kita terima dengan hati terbuka dan ini bukanlah waktu untuk semua ahli UMNO dan BN berpecah tetapi kita perlu duduk dan fikirkan sesuatu yang mampu dibuat dengan kekuatan yang masih ada," jelasnya.

Jelas Annuar, beliau tidak pernah memikirkan kepentingan sendiri dan ketika ini tumpuan utama untuk membantu parti dan kerajaan.
.................................................................................

Anonymous
Persempadanan semula olih SPR sudah nampak kesan
Mon Mar 10, 2008 8:00AM
60.53.163.26

Akibat sokongan orang Melayu pada pembangkang tahun 1990, SPR telah membuat persempadanan semula kawasan pilihanraya utk tahun 2004. Mat Sabu telah bagi ingatan cara SPR buat sempadanan semula ini akan merugikan Melayu pada masa akan datang.

Sekarang jelas nampak kesan nya, apabila bukan Melayu menyokong pembangkang mereka ada banyak kerusi terutama melalui DAP.

Akibat SPR hendak mudah menangkan BN tahun itu sekarang rasa lah kesan nya, perbuatan tangan mereka itu.
.................................................................................

mekyah
yg dikejar tak dapat, yg dikendong keciciran
Mon Mar 10, 2008 7:15AM
60.48.60.145

rasanya dah 2 malam Pak Lah tak leh nak pejam mata sdgkan sebelum ni kejap2 tertidur. dok fikir2 apa salah aku sampai macam ni jadinya. dok berulang alik ke kelantan dgn najib berganti hari, kelantan terlepas juga, 4 negeri diambil org.
tidak pernah sebelum ni saluran media digunakan utk tunjuk lambang dacing dan pangkah, maka zaman pak lah berlaku dgn berleluasa. saluran media bukan sahaja digunakan utk kempen berat sebelah, tetapi juga utk menghina rakyat yg tak memilih BN. Sedangkan rakyat memerhati , melihat bahawasanya negeri dan rakyat yg dihinanya itu takde susah apa pun, pemimpin tak buat jahat apapun, takde rasuah takde salahlaku dari sudut akhlak dan moral. Dan negeri tu pun maju makmur rakyat bahagia.

ini juga berkat doa yg tak putus2 kpd Allah swt .
................................................................................

puas hati
TERIMA KASIH DAP
Mon Mar 10, 2008 7:13AM
60.53.238.143


Niat UNDI DI MAKBULKAN.....

"Sahaja aku keluar barisan ikut ROKET Menuju BULAN Demi KEADILAN"

Re: Wakil PAS Ir Nizar Jamaluddin, MB Perak baru (Score: 1)
by anugerahh2008 on Sunday, March 09 @ 17:31:35 MYT
(User Info | Send a Message)
Alhamdulillah, DAP khususnya memberi kepercayaan kepada PAS untuk memimpin negeri Perak sedangkan Pas 6 kerusi saja, Keadilan 7, DAP 18.

Peristiwa ini sungguh dramatik, kerana PAS sebelum ini, sehingga hari pengundian pun, tidak pernah bercita-cita untuk memerintah Perak. Yang selalu disebut adalah Kelantan, Trg, Kedah dan Perlis sahaja.....

DAP yang menjadi parti terbesar, perlu mengelak untuk jawatan Menteri Besar kerana jawatan ini perlu diisi seorang Islam. DAP kalau difikir secara logik, lebih selesa mengangkat wakil dari PKR untuk jawatan MB. Wakil PKR juga ada 2-3 orang yang beragama Islam... Tetapi yang mengejutkan, PAS dilantik menjadi MB walau hanya dengan 6 kerusi...

Ini semua adalah hasil perjuangan PAS yang terbaik di Kelantan yang menjadi model negeri kebajikan, amanah dan untuk semua kaum dan agama.

TAHNIAH DIUCAPKAN
..................................................................................

Anynomous
Boleh ke percaya dia tak letak jawatan kerana tiada tekanan?
Mon Mar 10, 2008 3:56AM

yang jelas hari ini kata tak bubar parlimen tup-tup tengaharinya bubar, kata nak guna dakwat tup-tup lagi dua hari nak undi dakwat batal. Kita kena sedia menerima kata-kata PM ni ya, yang tidak dia kata ya..maknanya dia rasa ada tekanan dan dia akan letak jawatan. penggantinya DSAI lah...setuju tak?
..................................................................................

AISAMA
SEBAB2 GAGAL
Sun Mar 9, 2008 11:58PM

Antara sebab MB KEDAH gagal dalam profession yang diceburi adalah kerana dia memang tak layak jadi MB. dia gagal dalam mengawal kawan-kawan sama spt syed razak dulu.

Memang jenis kaum suka menipu sakit teruk dan hampir... pun kata sakit biasa..... macamlah kesihatan dia boleh menjejaskan saham.... perasan !!!

Mahadir ni memang ada skandal .... kita sergah dia bila dia cuma buat yg bukan2 kat dalam dewan U N kedah nanti.

dia perlu belajar untuk jadi PEMBANGKANG,,
...............................................................................

TENTALUM NAK RECOMMEND
SAPA ADA KERJA KOSONG???
Sun Mar 9, 2008 11:12PM

kawan saya umur 72
berbangsa india
berpengalaman 30 tahun kutip tol
pakar manupulate saham
taukeh imported samseng
buat masa ini beliau sedang berehat
kerana takut diserang telor busuk
daripada kaum india sendiri
yang telah dinafikan haq kehidupan mereka cselama 50 tahun.

5 Mar 2008

Skandal Menteri Besar - Ketua Puteri UMNO, Kedah


Kalangan penyokong Umno di Kedah, rata-rata mendesak agar kisah hubungan sulit antara Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid dan Ketua Puteri Umno Negeri, Shahanim Mohd Yusuf didedahkan segera."Kami dah meluat tengok sikap mengada-ngada Shahanim dan hairan mengapa Mahdzir menafikan hubungan sulit mereka berdua," tegas mereka.

Seorang tokoh perniagaan antarabangsa berbangsa Cina pula memberitahu, dia mempunyai cukup bukti tentang tempat dan tarikh pertemuan dua sejoli ini terutamanya di Macau termasuk nama hotel yang diinapi mereka berdua.

Dalam perkembangan yang sama, di serata negeri ini berbunyi bahawa vcd kisah cinta mereka berdua akan disebarkan, Harakah sendiri sering menerima panggilan telefon daripada mereka yang mahu tahu kesahihan cerita yang mereka dengar.

Tokoh perniagaan Cina itu juga menyebut ada sebuah hotel terkenal di bandar Alor Star turut dijadikan lokasi pertemuan sulit Mahdzir-Shahanim, katanya, selang beberapa minit selepas MB itu masuk ikut pintu utama hotel, Shahanim akan masuk ikut base-ment dan naik ikut pintu belakang.

Harakah sendiri pernah dihubungi oleh beberapa orang yang ada kepentingan dengan Mahdzir memberitahu bahawa Mahdzir pernah menafikan kisah cinta mereka berdua di hadapan khalayak yang tidak begitu ramai.

"Itu cerita lama, lani depa dah tak dak apa-apa hubungan," kata pemanggil itu.

Bagaimanapun, beberapa pimpinan utama Puteri Umno di Sungai Petani dan Merbok mengakui mereka tahu Shahanim memang mempunyai hubungan istimewa dengan Mahdzir.

Sementara seorang rakan memberitahu, beberapa hari sebelum menjelangnya hari pembubaran Parlimen, Shahanim yang bertugas sebagai Setiausaha Khas MB telah menghadiahkan sebuah kereta Honda CRV baru kepada suaminya yang bertugas di institusi kewangan.

Banyak pula duit seorang pegawai khas MB sehingga boleh menghadiahkan sebuah kereta baru kepada sumainya, kata rakan tadi.

Sedutan dari FORUM GERAK REFORMASI

...............................................................................
AISAMA
LAWAN
Wed Mar 5, 2008 12:05PM

Dalam masa 3 hari ni akan banyak lagi perancangan B end akan dilaksanakan, keadaan makin terdesak.lapuran yang diterima oleh pihak atasan MT sangat negative dengan demikian mereka akan laksanakan beberapa rancangan yang agak diluar jangkaan. contohnya semalam PEMBATALAN penggunaan dakwat kekal.... dengan alasan "lori bawa dakwat terbalik" suatu alasan yang telah disepakati dan dicipta oleh SURUH-APA-SAJA pilihan raya.Kenapa SPR banyak sangat alasan dan kerenah sedangkan semua saranan dan cadangan yang diberikan adalah untuk BERSEH dan boleh diterima akal.AGENDA JAHAT YANG PERLU DISEKAT...- Beberapa GUNI duit telah pun keluar dari K.Lumpur katanya menuju negeri sebelah utara terutama KELANTAN - Sumber dari MINDEF. Mungkin kerja NAJIB sebab boleh arah anggota ATM yang ada pangkat pulak tu.- Menghantar lebih ramai ORANG LUAR kekawasan PANAS konon sebagai sokongan kepada calon B END sebenarnya hanya untuk kelirukan pandangan umum.- Pondok panas akan ditegah sehari sebelum hari mengundi dan arahan akan ditarik balik pada malamnya.- Lebih banyak laporan Polis dibuat untuk gambarkan kesalahan pihak pembangkang sedangkan PIHAK B END yang buat.- BILA TIBA HARI MENGUNDI, BANYAK PERKARA LAGI.UNTUK MENYEKAT MEREKA KAEDAH SPT lunas HENDAKLAH DILAKSANAKAN, IKUT PERGERAKAN MEREKA SEHINGGA MEMBILANG UNDI DAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN.

.....................................................................................................

mamat
Kedua-duanya Pembohong.
Wed Mar 5, 2008 11:09AM

C.Muzafar dan Abdullah kedunya pembohong bila mereka menuduh Anwar Ibrahim tak buat suatu apa pun ketika jadi Menteri pelajaran.Ingtkah anda : Falsafah Pendidikan Negara? dan KBSR /KBSM .Bukankah itu cetusan idea Anwar.Juga; kalau sebutan baku Bahasa Malayu diamalkan seperti masa Anwar.Bahasa Melayu tidak akan jadi Bahasa carca merba seperti sekarang ini Bahasa Pak Lah pun lebih teratur..

....................................................................................................

HINDRAF
MONE MONEY
Wed Mar 5, 2008 6:41AM

dr chandra menfitnah anwar supaya orang cina dan india tak suka anwar.mereka amat takut dengan anwar.all malaysians vote pkr because bn want to enjoy taking the rakyat money non stop.this is not about relegion,races or bla bla bla but this is all about big among of money.The rakyat is going to pay it.TEACH THEM A LESSON

.......................................................................................................

4 Mar 2008

Gambar atas: Aktivis Barisan Rakyat bermesyuarat mengatur gerak kerja. Perpaduan kaum antara Melayu dan China terserlah.

Gambar bawah: Zulkifli Noordin beredar ke lokasi kempen.


Kulim = FADASON Incorporated

.................................................................
Datuk Kadir Sheikh Fadhir bercita-cita terus kekal bertapak di Kulim Bandar Baharu, tapi malangnya nama tidak disenaraikan sebagai calon parlimen PRU 12. Walaupun beliau bukannya anak tempatan Kulim tetapi Kadir telah menerajui UMNO Kulim Bandar baharu sudah hampir 30 tahun. Sudah enam penggal menjadi wakil parlimen Kulim Bandar Baharu.

Rasa terkilan kali ini, dalam PRU12 sedikit terubat apabila adik beliau, Aziz, tersenarai sebagai calon parlimen Barisan Nasional. Aziz, sebelum ini adalah ADUN Kuala Ketil. Dengan usaha Kadir melobi atasan UMNO, Aziz dapat di bawa ke KBB. Dengan ini bermakna dinasti FADASON akan terus kekal di Kulim.

Musuh dalam UMNO Kadir, Azimi Daim pula bertanding di DUN Bandar Baharu. Sepatutnya Azimi lah yang akan bertanding di kerusi parlimen, tetapi dengan usaha licik Kadir, Azimi hanya berupaya bertanding di ADUN Bandar Baharu.

Kadir amat memusuhi Azimi. Dalam banyak perjumpaan UMNO Kulim Bandar Baharu, Kadir sering mentohmah Azimi dengan pelbagai tuduhan. Kadir mahu tengok Azimi berkubur terus dari UMNO. Kalau boleh Azimi tidak mahu di jadikan calon ADUN, Kadir mahu Azimi tidak disenaraikan. Tetapi nama Azimi ada dalam senarai calon BN untuk DUN Bandar Baharu yang di menanginya dalam PRU 11 lalu.

Walaupun Azimi menjadi calon, Kadir masih tidak berpuas hati. Kadir mahu Azimi kalah kali ini.

Dengan itu Kadir telah menaja calon bebas untuk bertanding. Ya, calon bebas DUN Bandar Baharu adalah di taja oleh Kadir. Tujuannya adalah untuk memecah undi. Sebahagian undi UMNO akan beralih kepada calon bebas tajaan Kadir.

Dengan kemelut yang melanda UMNO Kulim Bandar Baharu ini, akan memberi peluang luas kepaca calon DUN dari PAS iaitu Sdr Yaakob Husin. InsyaAllah beliau akan menempa sejarah, menang di DUN Bandar Baharu. Lebih-lebih lagi dengan sokongan dari kaum China dan India kepada calon Barisan Rakyat, Yaakob akan menang.

Aziz, adik Kadir kalau kalah kali ini, bermakna akan berakhir lah juga dinasti FADASON di Kulim. Semua orang tahu, dan UMNO juga tahu, Kadir menaja calon bebas. Mungkin Kadir akan dikenakan tindakkan disiplin oleh UMNO pusat.

Agak sukar juga bagi Kadir untuk berkempen menyuruh pengundi Bandar Baharu mengundi BEBAS untuk memilih ADUN dan mengundi BN (adik beliau) di kerusi parlimen. Ahli UMNO Bandar Baharu bukanya cerdik sangat.

Zulkifli Noordin akan mendapat manafaat juga dalam krisis UMNO KBB ini. Pergeseren dalaman UMNO Kulim Bandar Baharu mempermudahkan lagi kerja kempen PKR. Pos BN di perlimen Kulim Bandar Baharu kelihatan lesu tak bermaya jika di bandinkan dengan pos-pos ADIL dan PAS.

8hb March nanti kita akan lihat sejarah di tempa di Kulim Bandar Baharu. Kubu kuat BN di Kedah akan tumpas di tangan "Makkal Sakhti".