5 Mar 2008

Skandal Menteri Besar - Ketua Puteri UMNO, Kedah


Kalangan penyokong Umno di Kedah, rata-rata mendesak agar kisah hubungan sulit antara Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid dan Ketua Puteri Umno Negeri, Shahanim Mohd Yusuf didedahkan segera."Kami dah meluat tengok sikap mengada-ngada Shahanim dan hairan mengapa Mahdzir menafikan hubungan sulit mereka berdua," tegas mereka.

Seorang tokoh perniagaan antarabangsa berbangsa Cina pula memberitahu, dia mempunyai cukup bukti tentang tempat dan tarikh pertemuan dua sejoli ini terutamanya di Macau termasuk nama hotel yang diinapi mereka berdua.

Dalam perkembangan yang sama, di serata negeri ini berbunyi bahawa vcd kisah cinta mereka berdua akan disebarkan, Harakah sendiri sering menerima panggilan telefon daripada mereka yang mahu tahu kesahihan cerita yang mereka dengar.

Tokoh perniagaan Cina itu juga menyebut ada sebuah hotel terkenal di bandar Alor Star turut dijadikan lokasi pertemuan sulit Mahdzir-Shahanim, katanya, selang beberapa minit selepas MB itu masuk ikut pintu utama hotel, Shahanim akan masuk ikut base-ment dan naik ikut pintu belakang.

Harakah sendiri pernah dihubungi oleh beberapa orang yang ada kepentingan dengan Mahdzir memberitahu bahawa Mahdzir pernah menafikan kisah cinta mereka berdua di hadapan khalayak yang tidak begitu ramai.

"Itu cerita lama, lani depa dah tak dak apa-apa hubungan," kata pemanggil itu.

Bagaimanapun, beberapa pimpinan utama Puteri Umno di Sungai Petani dan Merbok mengakui mereka tahu Shahanim memang mempunyai hubungan istimewa dengan Mahdzir.

Sementara seorang rakan memberitahu, beberapa hari sebelum menjelangnya hari pembubaran Parlimen, Shahanim yang bertugas sebagai Setiausaha Khas MB telah menghadiahkan sebuah kereta Honda CRV baru kepada suaminya yang bertugas di institusi kewangan.

Banyak pula duit seorang pegawai khas MB sehingga boleh menghadiahkan sebuah kereta baru kepada sumainya, kata rakan tadi.