4 Mar 2008

Kulim = FADASON Incorporated

.................................................................
Datuk Kadir Sheikh Fadhir bercita-cita terus kekal bertapak di Kulim Bandar Baharu, tapi malangnya nama tidak disenaraikan sebagai calon parlimen PRU 12. Walaupun beliau bukannya anak tempatan Kulim tetapi Kadir telah menerajui UMNO Kulim Bandar baharu sudah hampir 30 tahun. Sudah enam penggal menjadi wakil parlimen Kulim Bandar Baharu.

Rasa terkilan kali ini, dalam PRU12 sedikit terubat apabila adik beliau, Aziz, tersenarai sebagai calon parlimen Barisan Nasional. Aziz, sebelum ini adalah ADUN Kuala Ketil. Dengan usaha Kadir melobi atasan UMNO, Aziz dapat di bawa ke KBB. Dengan ini bermakna dinasti FADASON akan terus kekal di Kulim.

Musuh dalam UMNO Kadir, Azimi Daim pula bertanding di DUN Bandar Baharu. Sepatutnya Azimi lah yang akan bertanding di kerusi parlimen, tetapi dengan usaha licik Kadir, Azimi hanya berupaya bertanding di ADUN Bandar Baharu.

Kadir amat memusuhi Azimi. Dalam banyak perjumpaan UMNO Kulim Bandar Baharu, Kadir sering mentohmah Azimi dengan pelbagai tuduhan. Kadir mahu tengok Azimi berkubur terus dari UMNO. Kalau boleh Azimi tidak mahu di jadikan calon ADUN, Kadir mahu Azimi tidak disenaraikan. Tetapi nama Azimi ada dalam senarai calon BN untuk DUN Bandar Baharu yang di menanginya dalam PRU 11 lalu.

Walaupun Azimi menjadi calon, Kadir masih tidak berpuas hati. Kadir mahu Azimi kalah kali ini.

Dengan itu Kadir telah menaja calon bebas untuk bertanding. Ya, calon bebas DUN Bandar Baharu adalah di taja oleh Kadir. Tujuannya adalah untuk memecah undi. Sebahagian undi UMNO akan beralih kepada calon bebas tajaan Kadir.

Dengan kemelut yang melanda UMNO Kulim Bandar Baharu ini, akan memberi peluang luas kepaca calon DUN dari PAS iaitu Sdr Yaakob Husin. InsyaAllah beliau akan menempa sejarah, menang di DUN Bandar Baharu. Lebih-lebih lagi dengan sokongan dari kaum China dan India kepada calon Barisan Rakyat, Yaakob akan menang.

Aziz, adik Kadir kalau kalah kali ini, bermakna akan berakhir lah juga dinasti FADASON di Kulim. Semua orang tahu, dan UMNO juga tahu, Kadir menaja calon bebas. Mungkin Kadir akan dikenakan tindakkan disiplin oleh UMNO pusat.

Agak sukar juga bagi Kadir untuk berkempen menyuruh pengundi Bandar Baharu mengundi BEBAS untuk memilih ADUN dan mengundi BN (adik beliau) di kerusi parlimen. Ahli UMNO Bandar Baharu bukanya cerdik sangat.

Zulkifli Noordin akan mendapat manafaat juga dalam krisis UMNO KBB ini. Pergeseren dalaman UMNO Kulim Bandar Baharu mempermudahkan lagi kerja kempen PKR. Pos BN di perlimen Kulim Bandar Baharu kelihatan lesu tak bermaya jika di bandinkan dengan pos-pos ADIL dan PAS.

8hb March nanti kita akan lihat sejarah di tempa di Kulim Bandar Baharu. Kubu kuat BN di Kedah akan tumpas di tangan "Makkal Sakhti".