31 Aug 2009

MERDEKA, negara ku, mamola moon

video
Mamola Moon di ciplak kemudian dinamakan lagu Negara Ku.

Kalau nak dengar versi lengkap, sila klik sini http://www.youtube.com/watch?v=VsFIhqj6_MY

Foto Demo Lunas pagi 31Ogos2009

















Sila klik gambar untuk paparan lebih besar.
Kalau nak tengok video, tengok posting sebelum ni.

Demo tuntut Radhi letak jawatan

Isnin, 31.8.2009, Lunas, Kulim Kedah.


video

29 Aug 2009

Tazkirah Ramazan Ust Hassan Razak

Sabtu, 28.8.2009
Masjid AnNur Junjong, Kulim

Di antara perkara yang disentuh oleh beliau adalah:
- Tazkirah bertujuan memberi peringatan kpd siapa yg lupa.
- Solat boleh mencegah kpd perkara keji dan mungkar.
- Antara perkara keji ialah, derhaka kpd ibubapa, zina.
- Solat adalah merupakan hubungan peribadi antara makhluk dgn Allah.
- Kata Hasan Basri "Agongkanlah urusan Allah nescaya Allah akan mengagongkan urusan kita".
- Puasa, menahan dari makan dan minum yang halal kerna hubungan dgn Allah lebih penting dari makan dan minum.
- Perjalanan menuju kpd Allah perlukan bekalan TAQWA yakni puasa.
- Puasa boleh membentuk manusia yang mempunyai nilai.
- Puasa menjadi benteng dari serangan gejala maksiat.
- Sedekah menghapuskan kesalahan lalu bagai air yg memadam api.

Tiga perkara, Allah tidak tolak doanya, amir yg adil, orang yg berpuasa ketika berbuka, doa orang yang dizalimi.

28 Aug 2009

Hmmmm Rohaizat lagi............

Habeh la hang Rohaizat oi kalau macam ni. Rumah siap, pahat dok bunyi lagi.

PRU13 nanti tak dah chan la nama hang naik naik. UMNO kata, hang ni calon terbaik depa. Kalau yang terbaik pun terok sampai lagu ni, calon yang kurang baik tu tak tau la terok sampai lagu mana.


'Terima Rafizah isteri kedua atau cerai'

Mohamad Ali Abdullah masih lagi menuntut Rohaizat Othman, bekas calon BN di Permatang Pasir, agar menyelesaikan isu anak perempuannya Rafizah dengan pemimpin Umno itu.
Peneroka Felda dari Jengka, Pahang itu meminta setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh itu menghubunginya bila-bila masa untuk menyelesaikan dengan wanita itu yang didakwa isteri keduanya.
Bapa wanita itu hujung minggu lalu menuntut Rohaizat membuat pengakuan terbuka agar mengaku Rafizah isterinya itu yang dikahwini pada 2005.
Mohamad Ali yang mendakwa mewalikan perkahwinan Rafizah-Rohaizat di pejabat kadi daerah Pekan dan didaftarkan di situ pada tahun tersebut.
 blog it

Nasib Rohaizat selepas PRK Ptg Pasir.

Semasa kempen tempoh hari, dia ni terok kena hentam dengan Pakatan Rakyat. Bila dah kalah dalam PRK lepas, dia kena hentam dengan UMNO pulak dah.

Kesianla kat dia, jangan hentam lagi. Nak balik rumah pun dah tak berani, takut kena lecture dengan bini no.1 pasai rahsia dah terbongkar. Bini dia tu kan ka lecturer!
(NST) GEORGE TOWN: Permatang Pauh Umno division chief Datuk Abdul Jalil Abdul Majid said the Barisan Nasional candidate for Permatang Pasir Rohaizat Othman should have been honest with party leaders about his background and the issues surrounding his candidacy.
"If he had informed me (about all this), I would have objected to his candidacy ... instead, he chose to keep the truth to himself. "He was not honest and has put Umno and the BN in a bad light." Jalil said the division should, therefore, not be blamed for the Barisan Nasional's defeat in the Permatang Pasir state by-election on Tuesday.
In this regard, the division would also review Rohaizat's position as the Permatang Pauh division secretary, he said.Jalil also pointed out that Rohaizat's candidacy was not decided by the division leaders.
blog it

MCA sedang menuju kehancuran?

clipped from nst.com.my
    Puchong MCA division vice-chief Datuk Theng Book (seated, second from left) and supporters of Datuk Seri Dr Chua Soi Lek at the press conference  yesterday.
Puchong MCA division vice-chief Datuk Theng Book (seated, second from left) and supporters of Datuk Seri Dr Chua Soi Lek at the press conference yesterday.

PETALING JAYA: A nationwide campaign to convene an extraordinary general meeting is under way in MCA to oust party president Datuk Seri Ong Tee Keat and to reinstate his sacked deputy, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, all within two to three weeks.

The campaign seeks to get signatures of one-third, or 800, central delegates of the party.

The EGM has two motions on its agenda — to call for a vote of no-confidence in Ong and to reverse the decision of the presidential council and reinstate Dr Chua.

Please come forward to save MCA,” he said at a press conference yesterday, which was attended by 20 pro-Dr Chua supporters, including leaders from Petaling Jaya Utara, Petaling Jaya Selatan, Puchong and Ampang divisions.

 blog it

Petikkan dari Forum Gerak Reformasi

FGR http://disc.yourwebapps.com/Indices/29561.html

Luahan rasa tidak senang hati dengan prestasi Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu yang pada keseluruhannya mempunyai prestasi perkhidmatan yang terok.
anti umno
Zul - Radhi 2 X 5
Fri Aug 28, 2009 12:51am
Zulkifli Kulim sokong tindakan Radhi Salleh keluar PKR konon atas kesedaran demi perpaduan Melayu.

Sudahlah Zul, hangpa berdua tu serupa saja, sorang ULAR BOA sorang lagi ULAR SAWA dari spesis yang sama.

Dulu akupun respek habis sama hang, ingat kot baguih la sorang loyar, ustaz pulak. Rupanya la ni selepas menang hang dok mentedarah duit haram. Kawasan parlimen langsung hang tak turun. Yang tahu hang dok minta nak mai baca khutbah Jumaat di masjid. Awat hang ingat kerja wakil rakyat, baca khutbah saja ka...?

Bila hang pulak nak masuk Umno...?
 blog it

27 Aug 2009

Pendedahan ADUN Kulim

video

ADUN Kulim, YB Lim Soo Nee mendedahkan percubaan untuk merasuah ADUN Pakaran Rakyat supaya melompat ke Barisan Nasional.

Cerita ceriti katak.

http://img1.ifilmpro.com/resize/image/stills/films/resize/istd/2904740.jpg

Semalam hujan lebat, yang lebat tu masa tengah dok sembahyang tarawikh belum pun lapan rakaat. Lama dah tak dengar katak berbunyi, almaklumla sebelum puasa dulu kan musim kemarau. Musim kemarau katak pi rehat di Dubai kot. Musim hujan macam ni musim katak mengawan. Lepas hujan bunyi katak bersahut-sahutan sana sini.

Dah jadi tradisi katak. Sahut menyahut dari kalangan katak. Kalau burung yang berbunyi, katak tak akan sahut. Bila katak yang relek dalam longkang berbunyi, katak yang dalam kolam pun mula menyampuk. Hanya katak yang akan menyampuk katak, sebab ada kesamaan dalam kejadian, rupa, keinginan dan cintakan fulus. Jenis spesis yang sama.

Agak bising juga bunyi katak di Kulim ni. Sahut menyahut bila dengar katak kat Lunas berbunyi. Katak Kulim berbunyi dengan nada membela katak Lunas. Tapi katak Kulim ni pandai menyamar, walaupun hati katak tapi body masih cover, orang tak sangka dia tu katak.

Mai kita pakat tengok lepas ni, katak Kulim nak buat apa. Aku rasa kalau ada offer fulus tebal katak Kulim akan lompat, lompatan yang lebih tinggi dari katak Lunas. Ada caya ka?

ADIOS....... alamak katak pun padai cakap sepanyol la.

PAS menang kes saman keatas POLIS

KUANTAN, 26 Ogos – Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan bahawa tindakan polis membuat tangkapan kerana mengadakan ceramah di rumah persendirian adalah menyalahi undang-undang.

Serentak dengan itu mahkamah juga mengarahkan pihak polis membayar gantirugi kepada Dr Hatta Ramli dan dua lagi yang menyaman polis kerana itu.

Keputusan ini dibuat Mahkamah Tinggi Kuantan selepas menerima saman yang dibuat oleh Dr Hatta Ramli yang ketika itu ialah AJK Pas Pusat, bersama Mazlan Mohd Yasin (Timbalan YDP Pas Rompin) dan Nazri Ahmad (Ketua Pemuda Pas Rompin) terhadap Ketua Polis Daerah Rompin.

Ketiga-tiga mereka telah ditangkap oleh polis dalam satu majlis ceramah yang diadakan di Markas PAS di Bandar Muadzam Shah pada 10 Jun 2004 dan ditahan di lokap polis Rompin selama 12 jam.

Dengan keputusan Mahkamah ini PAS berpendapat sebarang bentuk ceramah di mana premis parti atau premis persendirian yang lain adalah sah dan tidak memerlukan permit polis.

 blog it

Konspirasi PKFZ

Lima pihak terlibat. Setakat ini tak ada pihak Meno yang disebut.

Meno telah selamat kongsi sesama sendiri habuan komisyen kapal selam dan jet sukhoi.
clipped from thestar.com.my

PUTRAJAYA: Port Klang Authority chairman Datuk Lee Hwa Beng revealed there was possible conspiracy among five parties in connection with the Port Klang Free Zone scandal.

The five are Kuala Dimensi Sdn Bhd, its CEO Datuk Seri Tiong King Sing, former PKA general manager Datin Paduka O.C. Phang, BTA Architect and the consultant for development work Bernard Tan Seng Swee.

He also revealed that some of the parties had made unsubstantiated claims amounting to about RM1.5bil.

Lee revealed this in his report to the Malaysian Anti-Corruption Com­m­ission against the five here yesterday.

Various organisations welcomed Lee’s move, saying the MACC should probe the matter because it involved public funds.

 blog it

26 Aug 2009

Salleh Man ketuai MAIPP


ADUN Permatang Pasir yang baru dipilih Mohd Salleh Man dijangka dilantik sebagai yang dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pelantikan itu dipersetujui mesyuarat Exco hari ini.
Beliau berkata pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri Abdul Malik Abul Kassim akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong dan gabenor Pulau Pinang mengenai pelantikan itu.
Jawatan itu kini disandang oleh ADUN Permatang Berangan, Shahbudin Yahya, yang tempoh perkhidmatannya akan tamat Disember ini.
 blog it

Lim Soo Nee, ADUN Kulim jadi EXCO Perlancungan

Sultan Kedah telah perkenan permohonan MB Kedah untuk melucutkan jawatan EXCO Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia yang dijawat oleh Mohd Radzhi Salleh, setelah dia mengisytiharkan keluar daripada PKR dan menjadi ADUN bebas.
Oleh itu... kita ucapkan selamat jalan kepada Radzhi Salleh. Dan.... pada masa yang sama kita ucapkan selamat datang.... welcome aboard kepada ADUN Kulim, YB Lim Soo Nee. YB Lim Soo Nee telah dipilih untuk mengisi kekosongan jawatan EXCO Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia bagi menggantikan si katak Radzhi Salleh.
YB Lim Soo Nee dijangka mengangkat sumpah jawatan pada minggu hadapan. Harapan kita..... agar dia akan melaksanakan tugas baru beliau dengan penuh komited, dedikasi, amanah dan telus bagi memajukan lagi rakyat dan negeri Kedah Darul Aman.
 blog it

25 Aug 2009

Terbongkalah Konspirasi Menjatuhkan Kedah.

Assalammualaikum..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat berpuasa.

Kelmarin kita dikejutkan dengan pengumuman keluar parti oleh Adun Lunas Radhi bin Salleh.. Kononnya mengistiharkan sebagai Adun Bebas tetapi menyokong kepimpinan PM 1 Malaysia. Pemimpin gerombolan la tu...Kalau kita amati hal ini mirip pada lompatan katak2 di perak tempohhari. Keluar pakatan dan menjadi bebas tapi menyokong gerombolan. Sama saja. Mungkin mendapat arahan dari pengarah yang sama dan menggunakan skrip lapuk yang sama.Cuma di Perak 3 adun dalam sidang media tapi kali ini 1 adun dan 2 balaci beruk makyeh dikiri kanan adun lunas tersebut. Dalam soal jawab dengan wartawan bertanya adakah beliau dibayar untuk melompat dan dengan tergagap beliau menjawab behawa kalau beliau dibayar kenapa beliau memilih untuk menjadi bebas. Adun Lunas ni ingat orang malaysia ni bengong macam dia kot. Tak reti nak menilai sesuatu. Kalau tanpa dibayar masakan membuat sidang akhbar di hotel 5 bintang. Kenapa tak dibuat di bilik gerakan dia di lunas tak pun buat di rumah cikgu Mid. Kalau tak ada orang mengaturkan acara tersebut mana mungkin mangkuk hayun 3 ekoq tau hotel tersebut.

http://4.bp.blogspot.com/_iuFxon5h7gY/SfRaw5h-9VI/AAAAAAAAAfk/kOtzS0IKBI8/S240/YB+Radzhi.jpg Saya telah beberapa kali menulis artikel tentang pemgkianatan adun2 Kedah terutama dari PKR ini. Sejak berakhirnya pilihanraya umum ke 12 yang lalu yang mana tak kurang dari 3 atau 4 artikel yang dihantar kepada kedahlanie apabila sahaja mendapat maklumat dari rakan2 terdekat serta sumber maklumat terus akan menaip dan mengwar warkannya agar pimpinan Negeri mengambil perhatian dan tindakan keraana tiada modium untuk menyampaikan maklumat kerana sebagai golongan marhain mana mungkin pimpinan akan mempercayainya,namun kini telah terbukti juga kebenarannya. Ini adalah satu permulaan dan ianya tak akan berakhir sampai disini sahaja kerana masih lagi pihak tertentu akan menjalankan kerja2 memujuk adun2 yang lain untuk bersama mereka dan seterusnya meranapkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Kali ini alasannya adalah kerana hilang kepercayaan mereka kepada pimpinan tertinggi PKR dan perjuangan PKR telah menyimpang dari landasannya. Kononnya mereka tak marah pada PAS seeperti SMS terakhir Radhi kepada Setpol MB Kedah. Tapi pada hakikatnya seperti yang diperolehi dari adun lain yang di pujuk adalah kerana marahnya mereka kepada Pimpinan PAS negeri yang kononnya menganaktirikan mereka dari PKR dan juga ketidak retian MB yang ada memerintah Kedah.Aduhhh.....mana satu yang kita nak percaya ni. Begitulah bila nak melompat dan mengaut keuntungan duniawai jadi macam2 alasan diberi dan dijadikan hujah untuk menghalalkan tindakan mereka.

Sebenarnya yang paling jahat antara katak be3 ini adalah si Elias aka songkok tinggi ini.Siapa yang tak kenal beliau di kawasan Lunas terutamanya di Taman Selasih,Kulim. Tengok songkok dia kita dah tau betapa karatnya dan tebalnya sifat2 keumnoan beliau. Bagi aktivis2 lama cukup terkejut bagaimana mudahnya dia menyusup masuk ke kem PKR Padang Serai bila barlakunya PRU lalu. Ramai yang terkejut beruk. Mengelinting pimpinan PKR Kedah sihingga dilantik menjadi ahli majlis.Pandai sungguh memperdayakan pimpinan. Dapat sahaja jawatan terus menjalankan kerja beliau dengan menusuk jarum bisa agar pakat2 menjadi pengkianat pada parti seperti di dedahkan perjumpaan segelintir pimpinan PKR Kedah dengan wakil Ameno di Pekan Danork. Berbincang sambil berhibur. Kata teman2lain kemain lagi dia di apit kiri kanan dengan jalang siam.Deklerasinya adalah kononnya untuk menekan Pimpinan Pas Negeri.Si Elias ni lah yang menjadi jurucakap kepada Adun Lunas sejak dari dulu. Yang pastinya keahlian PKRnya pun belum diluluskan lagi rasanya. Begitulah hebatnya pengkianatan terancang beliau sebagaimana kalau kita membaca Sinar Harian boleh dikatakan hanya beliau sahajalah yang menjalankan kerja sehingga setiap hari keluar mukanya. Sampai ada yang memanggilnya artis.Maka terpinggirlah ahli2 Majlis yang lain seolah tidak membuat kerja.Dan yang pastinya kecundanglah bekas Ketua Bahagian Padang Serai iaitu Cik Gu Mid akibat termakan hasutan si Elias Songkok tinggi ini. Maka jadilah kupang tembaga tekontang kanting seorang diri. Begitu juga kecudang seorang lagi ahli majlis Kulim iaitu Lan Gemuk juga mainan dan hasutan kononnya juga untuk memberi tekanan kepada Kerajaan PAS. Sehinggakan Cabang PKR Padang Serai digantung oleh PKR Negeri dan Pusat.

Dalam sidang media Keluar PKR tersebut pemangku Ketua Cabang Padang Serai memaklumkan bahawa Cabang Padang Serai dibubarkan...Kahkahkah... Lawak2. Nak bubar pasai apa sedangkan cabang Padang Serai telah di gantung dan diambil alih oleh PKR Negeri. Apa kuasa si Din Komando ni nak bubarkan parti. Kononnya 200 ahli dan 14 ajk cabang juga keluar bersama beliau. Piiiirah....hampa keluaqlah be3. Orang lain tak kelapaq nak ikut hampa. Hampa makan lah duit tu. Lepas ni hampa tau la orang dok maki dan sumpah hampa. Hampa ingat hampala yang memenangkan Adun Lunas tu......Hampa kena ingat kebangkitan Rakyat yang meluat dan menolak gerombolan Ameno. Kemana hampa nak pi lepas ni. Dengaq kata Adun lain walau pun termakan dengan hasutan hampa juga kabarnya juga tak kelapaq nak ikut hampa..........

Insyaallah Pakatan Rakyat akan semakin kuat selepas ini bila tak ada lagi musuh dalam selimut dan guntimg dalam lipatan. MB tak pening lagi dengan kerenah Adun Lunas ni. Banyak sangat skandal, kesalah lakuan dan lemah prestasi kerjanya. Buat tuntutan bulanan yang tidak munasabah. Sehingga tuntutan terakhirnya mencecah 44 ribu ringgit. Pelancong mai pun tak tara mana.Kononya dengan pengumuman keluaq parti ni ada serampang 2 mata iaitu nak menjatuhkan Lerajaan Pakatan Rakyat Kedah dan Nak Mengalahkan PAS di PRK Permatang Pasir. Tapi rakyat telah sedar dan tidak termakan dengan peristiwa tersebut. Dengan keizinan yang Maha Esa Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah Tetap Utuh dan Pas akan Menang Besar di PRK Permatang Pasir esok......Insyaallah.

Suara Rakyat Suara Keramat.



Jin Brabus.

PRK Ptg Pasir: Koleksi foto di Kubang Semang

Selasa, 25.08.2008

video

PRK Ptg Pasir: Provokasi geng baju kuning.

PRU Ptg Pasir: Kecoh di Kubang Semang

Selasa 25.08.2009, 10.30 pagi

video

Suasana agak tegang di Kubang Semang

Selasa, 25.08.2009, 10 pagi

Di Kubang Semang sausana agak sikit tegang, kehaziran FRU dan polis yang mengasak penyokong Pakatan Rakyat tidak disenangi.

24 Aug 2009

24.8.2009 Sidang Media PAS, siri 1

video

Ustaz Salleh Man akan dilaktik mengetuai Majlis Agama Islam Pulau Pinang selepas menang PRK esok.

23 Aug 2009

Sembang santai bersama YB Dr Zul

video

Warkah TG Nik Aziz kepada pengundi DUN Permatang Pasir.

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” (Sebahagian dari Ayat 5 : Surah Al Bayyinah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali, itu pun di Batang Ai, Sarawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.

Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal. Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular, agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu, begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu, nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita. Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.

Melihatkan trend sokongan non- muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan. Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.

Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini 1Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.

Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan. Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.

“Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.”

EXCO Lunas keluar PKR

PKR lagi. Otak UMNO yang ada dalam kepala orang PKR ni kena tune balik. Setakat ini wakil rakyat dari PKR lah senang dibeli berbanding dengan wakil rakyat dari PAS.
ADUN Lunas, Mohd Radhi Salleh bertindak keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau, yang juga exco pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan.
Pemangku ketua PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan, juga bertindak meninggalkan parti itu dan seterusnya mengumumkan membubarkan bahagian tersebut.
 blog it