19 Aug 2009

PERMATANG PASir: Sidang akhbar 19.8.200

Terlambat 10 minit sampai ke sidang media harian di Pusat Khidmat PAS Permatang Pasir. Sempat ambil gambar kat bawah ni.










Pemberita dan blogger ramai kat sidang akhbar ni. Warta Permatang Pasir siri 1 diedarkan kepada pemberita beserta jadual aktiviti calon pada hari ini. Sidang media harian ini diadakan setiap hari jam 11.00 pagi.

Hari ini hari kedua dibuat sidang media. Bermula hari khamis nanti hingga ke hari mengundi pada 25.8.2009 nanti di jangka lebih ramai rakan media yang akan membanjiri DUN Permatang Pasir.

Antara intisari sidang akhbar yang di buat oleh Salahudin Ayob seperti berikut:


1. UBN telah meletakkan calon yang sah ada kes pecah amanah.
2. Hari ini adalah hari ke 3 kempen. Rakyat Permatang Pasir sangat menghargai jasa peninggalan arwah YB Hamdan sebagai wakil rakyat mereka. Di samping itu calon yang bertanding, Ust Saleh Man amat disenangi oleh penduduk tempatan.
3. Pihak Pakatan Rakyat menyeru kerjasama dari semua untuk mengekalkan kemenangan PAS di kerusi Permatang Pasir.


Antara soalan yang ditanya kepada YB Salahuddin ialah, UMNO mengunakan kor perubatan tentera dalam kempen, sama macam di Manek Urai. Soalan seterusnya, Pemuda UMNO juga membangkit kan ada ramai pengundi hantu PAS (banner UMNO kat Permatang Pauh terpapar angka 3855 pegundi hantu PAS).