20hb Ogos 2009, 10.00 pagi
Bertempat di Yayasan Aman Penanti, Sdr Yusri Isahak, bekas rakan kongsi Calon BN PRK Permatang Pasir, menjelaskan hal berkenaan tohmahan salah guna wang Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang.
Sdr Yusri menyangkal lapuran Utusan OnLine 19 Ogos 2009, menyatakan Rohaizat tidak terlibat dalam salah guna wang KPGPP.
Bertempat di Yayasan Aman Penanti, Sdr Yusri Isahak, bekas rakan kongsi Calon BN PRK Permatang Pasir, menjelaskan hal berkenaan tohmahan salah guna wang Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang.
- Tahun 2002, koperasi tersebut melantik syarikat guaman Rohaizat untuk urusan pembelian sebidang tanah.
- Koperasi telah mendapat pinjaman RM 320,000.00 dari Jabatan Pembangunan Koperasi dan wang pinjaman tersebut di masukkan dalam akaun klien di firma guaman Rohaizat.
- Urusan pembelian tanah tidak dapat diteruskan kerana pemilik yang berada di Acheh sukar untuk dihubungi.
- Koperasi Pekeun kecil mengeluarkan RM 100,000.00 dan baki RM 220,000.00 ada tersimpan dalam akaun firma guaman.
- Rohaizat memberi pinjaman RM 100,000.00 kepada rakannya untuk membeli tanah mengunakan yang KPGPP.
- Rakan Rohaizat tersebut gagal membayar balik pinjaman tersebut, firma guamannya mengambil alih tanah tersebut dibuat lot untuk dijual, tapi gagal menjual semua lot. Akibatnya wang koperasi tak boleh di ganti.
- Baki wang pelanggan dalam akaun syarikat guaman di beri pinjam kepada pengarah syarikat pemaju perumahan, juga rakan Rohaizat.
Sdr Yusri menyangkal lapuran Utusan OnLine 19 Ogos 2009, menyatakan Rohaizat tidak terlibat dalam salah guna wang KPGPP.