PKR lagi. Otak UMNO yang ada dalam kepala orang PKR ni kena tune balik. Setakat ini wakil rakyat dari PKR lah senang dibeli berbanding dengan wakil rakyat dari PAS.
ADUN Lunas, Mohd Radhi Salleh bertindak keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau, yang juga exco pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan.
Pemangku ketua PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan, juga bertindak meninggalkan parti itu dan seterusnya mengumumkan membubarkan bahagian tersebut.
|