Assalammualaikum
Pagi2 sabtu ni dengan cuaca yang tak menentu kekadang panas dan sekejab hujan perut pun terasa lapaq sangat. Stat motor p la nak pekena teh tarik kat kedai mamak manan. Sambil hirup teh tarik mata dok perati surat habaq utusan melayau......puhhhh rasa macam nak tesemboq ayaq teh dalam mulut bila baca berita yang ditulis dalam tiap2 helaian surat habaq tersebut. Semua cerita membalun dan menggodam Pakatan Rakyat. Baik cerita selangoq dengan isu araknya, Pulau Pinang dengan Kg Buah Pala dan berbagai isu lagi yang menyakitkan mata dan menggegarkan otak. Kita pun heran sebenarnya siapakah yang menyebabkan isu2 ini menggegar sekarang dan diam kelu membisu sewaktu UBN memerintah. Siapa yang meluluskan lesen2 jualan arak ini kalau bukan Kementerian Kewangan. Tiba2 pakar saraf gerombolan berjaya mencipta isu ini akibat dari kealpaan Pimpinan Pakatan Rakyat sendiri.Yang seronoknya tetiba pemuda gerombolan mahu menjadi hero dalam isu arak di Selangor. Sensitif sungguh la pimpinan mereka dengan arak atau air kencing syaitan ni seolah olah menjadi satu kudis atau wabak yang amat merbahaya kepada orang melayu dan Islam.Tapi ya laa....depa bising kerana mempertahankan MBSA kerana kalau tak dijual arak2 ini pun tak apa bagi mereka kerana pimpinan mereka tidak pun meminum arak jenama murah low class yang dijual dikawasan Shah Alam ini. Jenama tiger dan carlsbergs tidak masuk dalam menu harian mereka. Jenama kegemaran mereka seperti black level. civass,jack daniel dan lain2 arak jenama mahal yang mereka hirup dan menjadi darah dalam badan mereka. Maka di upah lah juak2 mereka mengangkat sepanduk mempertahankan apa yang dilaksanakan oleh MBSA dan kononnya juga menyokong tindakan Dato Hassan Ali Pesuruhjaya Pas Selangor dan Kita bernasib baik isu ini tidak disambut oleh Pimpinan Pemuda Pas Negeri.Semasa gerombolan berkuasa dulu mengapa isu ini tidak diutamakan dan dibiarkan saja kerana kesibukan pimpinan mereka membalun dan menagihkan kekayaan negeri Selangor sesama mereka hingga terlupa soal akidah umat Islam yang ada dan kini terpaksalah Pimpinan Pakatan Rakyat menyelasaikan isu ini sehingga terpaksa melukakan hati sesama sendiri. Diharap Pemimpin Pakatan di Selangor dapat menyelesaikan hal ini secara berhemah kerana kita tahu Gerombolan semakin lemah di Selangor dan terpaksa memainkan isu yang sensitif walau pun kecil demi menyembunyikan kurap dan pekong mereka yang semakin membarah.
Juga kita heran bila raja sesumpah Ezam md Nor juga diberi publisiti yang cukup hebat bila melompat keluar dari Kapal PKR. Kononnya sanggup jadi saksi dalam kes yang melibatkan DSAI. Kalau dulu sanggup bermatian mempertahankan bekas boosnya tapi kini ada saja agenda untuk menjatuhkan kredebiliti dan ketokohan Anwar. Begitulah betapa dendamnya si Ezam ini pada DSAI sejak Anwar dibebaskan dari penjara. DSAI tidak menyanjung dan memuji dan menanyakan makan minum beliau sehinggakan sanggup melakukan apa saja demi untuk menjatuhkan Anwar. Padahal dihati kecil beliau amat arif siapakah pengkianat sebenar kepada orang melayu dan rakyat Malaysia amnya seperti yang diceritakan kepada rakyat diatas pentas ceramah semasa menjadi Ketua Pemuda Keadilan dulu. Takkan dia sanggup meminum dan menghirup muntah dan kahak yang diluahkan dulu!!!!!!. Jadi bagi kita Rakyat Malaysia tidak akan sanggup menerima raja sesumpah ini sebagai saksi yang akan berlaku adil. Hanya sebagai saksi yang hanya mahu melepaskan dendam dan kebencian yang amat mendalam terhadap DSAI. Dan orang Umeno juga tahu bahawa raja sesumpah ini sebenarnya menjadi libeliti dan bebanan kepada Gerombolan UBN. Jadi kita nantikan beliau hadir ke PRK Permatang Pasir kelak dimana setiap PRK yang beliau dan rakan2nya hadir memberi ceraamah setiap tempat akan tewas dengan undi yang meningkat.
Di Pulau Pinang diwar2kan bahawa kononnya Kerajaan Pulau Pinang tak perihatin akan nasib yang menimpa penduduk Kg.Buah Pala yang mana rumah mereka akan diroboh oleh pemaju. Umum tahu bahawa kerja penjualan tanah dibuat semasa pemerintahan Gerombolan UBN dulu, Kerajaan negeri sekarang dapat menyelesaikan masalah penduduk dengan pemaju sanggup untuk memberikan rumah teres 2 tingkat kepada penduduk. Inilah cara penyelesaian bijak yang dibuat oleh kerajaan pakatan rakyat Pulau Pinang dan ini berbeza dengan kejadian di bawah pemerintahan Kerajaan Gerombolan UBN dulu. Lihat apa yang berlaku pada Kg Berembang dan Plentong. Mereka dihambat seperti binatang tanpa ada pembelaan dari keraajan Pemerintah. Yang pastinya pemimpin gerobolan mendapat munafaat dari kerja pengusiran tersebut.Ini adalah faktor2 kekalahan total mereka pada PRU ke 12 yang lalu.Kita juga dikejutkan dengan isu dimana kenyataan Jeff Oii yang mana beliau melebelkan Pertubuhan JIM sebagai pelampau Islam dan orang yang mula2 melalak mempertikaikan kenyataan tersebut adalah Zulkifli noordin. Kononnya pembela Islam. Tiap kali ada saja kontroversi beliau lah yang akan melalak dulu dalam blognya. Sibuk dengan isu2 begitu tetapi kawasan parlimen sendiri dibiarkan tanpa turun untuk menjalankan amanah yang diberi pada PRU yang lalu. Pimpinan pakatan rakyat Kulim Bandar Baharu cukup menyampah dah dengan beliau ni. Cukup menyusahkan. Pengundi dok bertanya pasal lansung tak nampak muka. Awat pasai Kulim Bandar Baharu kebih besaq dan lebih luas pada Melaka kot. Atau tuan ruumah dah tukaq kunci hang tak boleh masuk dan bermalam free. Buat lah kenyataan berhemah tanpa melukakan hati sesiapa. Atau memang agenda untuk menghuru harakan Pakatan. Sudahlah Zul, orang luaq mungkin tak tau perangai hang tapi kami di Kulim Bandar Baharu dah masak dengan perangai hang yang hodoh tu..........
PRK Permatang Pasir akan menjelma tak lama lagi. Jadi dapatlah Pimpinan Pakatan Rakyat yang arif menyelesaikan dan menenangkan segala keributan yang berlaku yang di Provokasikan oleh Gerombolan. Mereka semakin lemah dan Lesu. Kebangkitan rakyat sedang memuncak seperti mana pada perhimpunan rakyat atau demonstrasi yang rakyat tunjukan semasa kempen memansuhkan akta kejam ISA baru2 ini yang mana saya juga hadir bersama. Puluhan ribu rakyat menghantar mesej yang cukup jelas pada Pimpinan Gerombolan 1Malaysia.Macam biasa mereka menggunankan ahli komponen mereka PDRM untuk berhadapan dengan KUASA RAKYAT. Yang pastinya pimpinan gerombolan UBN dah kecut teloq la ni.Masa berbulan madu mereka sudah hampir tamat. Marilah ramai2 kita turun ke Permatang Pasir pada PRK kali ini. Sama2 kita kuburkan UBN disana..............!!!!!
Wassalam.
Jin Brabus