1 Aug 2009

Woit polis.... hampa buat kerja apa?

clipped from www.hmetro.com.my

1 jam samun dua rumah

AMPANG: Hanya dalam tempoh tidak sampai sejam, sekumpulan penjenayah merompak dua kediaman dan melarikan pelbagai barang berharga serta wang tunai membabitkan kerugian mencecah lebih RM500,000 dalam rompakan di Taman Muda, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Bergerak secara berkumpulan antara lima hingga enam orang, kumpulan penjenayah terbabit yang bersenjatakan parang menjadikan awal pagi sebagai masa sesuai menjalankan kegiatan.

Dalam kejadian pertama yang berlaku jam 5 pagi, seorang peniaga berusia 38 tahun dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan penjenayah terbabit ketika dia bersama keluarga sedang tidur di rumah mereka di Jalan Bunga Kemboja.

Menurut sumber polis, kumpulan penjenayah itu mengumpil pintu belakang sebelum memasuki rumah mangsa.

 blog it