Lepas Permatang Pasir, Jerlun pula? Letih la macam ni kalau kerap sangat PRK.
ALOR SETAR: Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail mahu satu pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi Kota Siputeh yang dianggapnya kosong kerana mendakwa penyandangnya melanggar Artikel 51 UndangUndang Tubuh Kerajaan Negeri.
Datuk Abu Hassan Sarif daripada Barisan Nasional, yang menjadi wakil rakyat Kota Siputeh selama penggal keempat berturut-turut, didapati tidak menghadiri dua kali berturut-turut persidangan DUN pada 9 April dan 9 Ogos lepas tanpa kebenaran, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya Artikel 51 menetapkan bahawa jika mana-mana ahli Dewan Negeri tidak hadir dengan kebenaran Speaker dua kali mesyuarat berturut-turut, maka tempatnya hendaklah menjadi kosong.
"Dalam keadaan ini, YB Kota Siputeh telah dengan jelas melanggar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan pilihan raya kecil hendaklah diadakan," kata Abdul Isa.
|