4 Sep 2010

Tazkirah

Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Hafiz Adnin Zulkifli sedang berlangsung di Masjid AnNur, Junjong. Antara intisari tazkirah ialah: 1) Golongan yg berpuasa bersungguh-sungguh akan mendapat keampunan Allah.
2) Org Islam yg selamat ialah golongan yang menegakkan hukum Allah. 3) Segala perintah Allah ditujukan kpd org beriman. 4) Ilmu agama perlu di dalami untuk menjadi mukmin yang sejati. 5) Ibubapa yang bertakwa akan melahirkan anak-anak yang bertakwa. 6) Kes kes jenayah akan berkurangan kalau kita kembali kepada hukum agama. 7) Puasa rohani dan puasa jasmani, keduanya perlu di lakukan dalam bulan Ramadhan. 8) Manusia yang mempunyai nilai disisi Allah ialah yang bertakwa. 9) usahakan segala perbuatan kita menghasilkan pahala.