10 Sep 2010

Sumbangan Kerusi Roda dari Ustaz Hassan Razak kepada ahli Kelab Penyokong PAS


Kesibokkan dalam bulan Ramadhan bukan penghalang untuk melakukan kerja amal. Pada 29 Ramadhan 1431 yang lalu, Ustaz Hassan Razak melakukan kunjungan kerumah seorang ahli Kelab Penyokong PAS berbangsa India di Kulim untuk menyampaikan sumbangan kerusi roda.
Walau pun di sebelah malam sibok dengan tazkirah dan kuliah subuh di merata masjid, Ustaz Hassan selaku Yang Di Pertua PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu tetap menjalankan kerja amal pada siang hari  mengunjungi ahli masyarakat yang kurang bernasib baik. Sumbangan yang dihulurkan oleh beliau sedikit sebanyak mengurangkan beban golongan yang kurang bernasib baik ini menjelang syawal yang bakal menjelma. Bukan saja orang melayu di kawasan Kulim Bandar Baharu tetapi juga kaum India dan China tidak ketingalan.