28 Feb 2010

Forum

28:02:2010 (10:30pm) Live from Masjid Annur, Junjong. Sedang berlangsung forum. Moderator ialah Ust Azizi Abdullah, ahli panel terdiri dari Ust Abdul Mutalib Maarof, Ust Md Isa Abdullah dan Ust Md Isa.

26 Feb 2010

Kuliah Jumaat

Kuliah hari Jumaat swdang dismapikan oleh Ust Zulkifli Mutalib. Beliau menyentuh berkenaan kecintaan kepada Rasulallah s.a.w sempena hari maulud nabi. Jangan menjadi macam Abu Jahal, seronak semasa kelahiran Nabi s.a.w tetapi menjadi orang yang ingkar dengan ajaran yang disampaikan oleh Nabi.

18 Feb 2010

Kes disiplin Zulkifli Noordin

Malam tadi (17 Februari 2010) Biro Politik KEADILAN mengadakan mesyuarat mingguan biasanya. Biro membincangkan beberapa perkara termasuk kes-kes disiplin.

Berhubung kes Zulkifli Noordin, Biro menyerahkan kepada Lembaga Disiplin untuk membuat keputusan dan menyampaikannya kepada Parti dengan seberapa segera. Lembaga diminta oleh Biro Politik untuk mengambil kira semua kenyataan melalui media yang telah dibuat oleh Zulkifli selepas surat tunjuk sebab dihantar kepadanya.

Biro Politik mengambil perhatian bahawa Lembaga Disiplin telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Zulkifli pada 8 Februari 2010 melalui faks, emel dan surat berdaftar. Beliau diminta menjawab sebelum 12 Februari 2010 dan memberitahu sebelum 15 Februari 2010, pilihan beliau untuk tarikh pendengaran kes yang dicadangkan oleh Lembaga, iaitu 18 atau 23 Februari 2010.

Lembaga Disiplin tidak mendapat apa-apa jawapan daripada Zulkifli apabila kedua-dua tarikh 12 dan 15 Februari luput. Pada 16 Februari 2010 Zulkifli memberitahu melalui media beliau tidak dapat hadir kerana ke Korea dan kenyataan beliau kemudian disalinkan kepada Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution.

Zulkifli pergi ke Korea atas urusan sendiri dan bukan dihantar oleh Parti. Parti tidak tahu-menahu tentang pemergian beliau. Beliau tidak pernah memberitahu Lembaga Disiplin mengenainya. Beliau juga tidak pernah mencadangkan tarikh lain untuk pendengaran.

Ini nampaknya menjadi cara biasa Zulkifli. Dalam kes yang lalu beliau memberi alasan tidak berada di Kuala Lumpur juga untuk mengelak hadir mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Disiplin ketika itu.

Zulkifli memilih untuk lebih mementingkan urusan peribadinya ke Korea daripada hadir di hadapan Lembaga Disiplin untuk penyiasatan dan membela diri. Beliau tidak harus menyalahkan mana-mana pihak.

17 Feb 2010

Antara yang terkaya di Malaysia

Datuk Mokhzani Mahathir – anak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – tersenarai dalam 20 orang terkaya di Malaysia, demikian menurut hasil kaji selidik majalah Malaysian Business.

Sehingga 15 Januari lalu, Mokhzani dari Kencana Petroleum, disenaraikan dengan kekayaan sebanyak RM1.075 bilion untuk menduduki tangga ke-20 orang terkaya di Malaysia.

Jutawan Melayu lain yang disenaraikan ialah Tan Seri Syed Mokhtar AlBukhary dari Yayasan AlBukhary, dengan kekayaan sebanyak RM6.01 bilion di tangga ke tujuh.

Manakala Tan Sri Azman dari Arab-Malaysian Corp di senaraikan di tangga ke-11 dengan kekayaan se banyak RM2.8 bilion.

Datuk Seri Nazir Razak – adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak – dari Kumpulan CIMB, turut disenaraikan antara 40 orang terkaya di Malaysia.

Sementara itu, Bernama melaporkan, menurut kaji selidik Malaysian Business, kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia mencatat peningkatan terkumpul bernilai RM156.7 bilion pada 15 Januari atau 63 peratus lebih RM96.3 bilion, berikutan pemulihan dalam pasaran saham.

Bagaimanapun, menurut kenyataan majalah itu yang dikeluarkan hari ini, kekayaan terkumpul mereka masih kurang daripada RM171.9 bilion yang direkodkan pada 2008.

Penanda aras FBM KLCI telah meningkat 44.3 peratus sejak kaji selidik terakhir ketika masyarakat dunia berusaha bangkit semula berikutan krisis kewangan global.

Senarai penuh 40 orang terkaya dan maklumat mengenai kekayaan mereka telah diterbitkan dalam majalah itu dalam keluaran 16 Februari. Seperti tahun lepas, kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Jan tahun ini.

Kaji selidik itu juga menunjukkan hampir separuh daripada senarai yang tercatat tahun ini melonjak 50 peratus atau lebih.

Ada lebih jutawan tahun ini – 22 orang iaitu lebih lapan orang berbanding tahun lepas.
Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya “Raja Gula” tahun lepas, masih mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.

Hartawan telekomunikasi Ananda Krishnan berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan RM27 bilion.
Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd menduduki tempat ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion diikuti ahli perbankan terkemuka Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaannya berjumlah RM10.86 bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dengan kekayaan bernilai RM10.38 bilion, melonjak kepada kedudukan kelima. Ini kerana beliau mewarisi sejumlah besar kekayaan daripada mendiang bapanya Tan Sri Lim Goh Tong.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong menduduki tempat keenam dengan RM7.09 bilion.
Jutawan lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah balu Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.

Lima muka baru dalam senarai itu ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun.

 -Malaysiakini
Reblog this post [with Zemanta]

10 Feb 2010

Rosmah tidak akan disambung sebagai canselor UNISEL

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan dilantik semula sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) apabila tamat tempohnya Jun ini, kata exco negeri, Dr Xavier Jayakumar.

"Kita tidak berhentikan dia. Kita cuma tidak melantiknya semula," katanya ketika ditemui di perkarangan kompleks mahkamah di Jalan Duta hari ini.

Menurutnya, ia belum diputuskan secara rasmi oleh kerajaan negeri.

"Tapi ia sudah dibincangkan secara tidak formal bersama menteri besar," katanya lagi ketika diminta menjelaskan satu tulisan ringkasnya di twitter mengenainya.

Sebelum ini, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan pelajar Unisel sendiri telah mendesak kerajaan supaya menggugurkan Rosmah sebagai canselor universiti berkenaan. - Malaysiakini

 blog it

7 Feb 2010

Tok Guru Nik Aziz Perjelas Kenyataan Pelawa Umno Berbincang Dengan PAS



KOTA BAHARU:
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan kenyataannya mempelawa Umno untuk duduk semeja berbincang dengan PAS, adalah semata-mata untuk menyelesaikan isu agama Islam yang diperjuangkan parti pembangkang itu.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, perkara berkenaan bukannya baru dan pernah disarankan sejak berpuluh tahun lalu.
"Dalam perbincangan itu, kita menumpukan kepada dua perkara utama saja, iaitu kenapa Umno tidak boleh terima Islam sebagai dasar parti itu, dan apakah salahnya Islam yang diperjuangkan oleh PAS," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau tidak mahu ada pihak yang menyalahtafsirkan pelawaannya hingga menimbulkan salah faham di kalangan pimpinan Umno dan PAS sendiri.

"Saya memang nak berunding atau bermuzakarah lama dah, malah surat yang saya hantar (untuk tujuan itu) kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)tiga bulan lepas, belum terjawab," katanya.

PAS sebelum ini pernah dilanda polemik apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan disokong beberapa pimpinan tertinggi parti itu, termasuk Timbalannya, Nasarudin Mat Isa dan Setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali, menyarankan untuk bekerjasama dengan Umno ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan di negara ini.

Tindakan pemimpin itu dikecam hebat oleh Nik Aziz yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan menyarankan supaya diadakan muktamar agung khas bagi menjernihkan kemelut dalaman PAS.

Bagaimanapun, beliau berterima kasih kepada beberapa pemimpin Umno yang menyambut baik pelawaannya dan rata-rata menyifatkan sebagai perkembangan positif.BERNAMA


Dari Wisma Darul Aman - Ucapan Perasmian

7 Januari 2010. YAB Menteri Besar sedang berucap dalam ucapan perasmian. Program yang sepatutnya dijadualkan pada jam 11pagi terlewat hampir 40 minit.

Pelancaran Skim Kifalah Kedah.

SKK merupakan program kerajaan negeri Kedah kepada rakyat miskin bagi meringankan bebanan jika berlaku kematian tak kira kaum.
Jumlah dana yang telah diluluskan sejumlah 4juta ringgit.
Ketika ini YB Aisyah sedang berucap memberi taklimat. Majlis ini dijalankan di Wisma Darul Aman, Alor Setar, dihaziri oleh ramai Pengerusi MKK dari seluruh Kedah.
YAB menteri Besar akan berucap pada sessi berikut.

5 Feb 2010

Ceramah di Cherok Meranti

Malam semalam Cikgu Bard berceramah di Cherok Meranti, Mahang, Kulim. Lokasi Cherok Meranti merupakan kawasan terpencil, ketinggalan dari segi pembangunan. Rata-rata penduduk adalah dari golongan penoreh dan petani.
Sebelum Cikgu Bard, Ust Hassan Razak menyampaikan ceramah ringkas. Manakala Ustaz Taib Azamudin adalah penceramah terakhir.
Hanya melalui ceramah begini maklumat dapat disampaikan terus ke akar umbi. Tahniah kepada Cikgu Bard kerana sanggup meluangkan masa datang kekawasan terpencil untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat.