28 Jan 2009

STRUKTUR LAMA MENGANCAM BAHAYA KEPADA ORANG AWAM, DI BANDAR KULIM



Gambar diatas menunjukkan sebuah bangunan lama yang sudah tidak digunakan lagi, terbiar dan tidak di terurus. Bangunan ini terletak bersebelahan bangunan Tabung Haji dan Pejabat Pos Kulim. Kawasan lapang di antara bangunan lama ini dan bangunan Pejabat Pos digunakan oleh orang awam untuk meletak kereta apabila datang beruruan di pejabat pos.

Bangunan ini dipercayai dibina sejak zaman kolonial lagi dan keadaan struktur bangunan dalam keadaan daif atau uzur. Terdapat beberapa keretakkan pada dinding bata yang memungkinkan ianya akan runtuh lebih-lebih lagi jika dalam keadaan cuaca buruk.

Dinding bata di sebelah kawasan lapang yang digunakan untuk meletak kereta jika runtuh akan menghempap kenderaan disitu. Kemungkinan akan melibatkan kehilangan nyawa orang awam dan kerosakkan keatas kenderaan.

Pihak Majlis Perbandaran Kulim mesti melakukan sesuatu sebelum berlaku sebarang trajidi yang akan melibatkan kehilangan nyawa orang awam. Bangunan ini perlu diruntuhkan oleh pemilik atau sekurang-kurangnya kawasan bersebelahan bangunan ini dipagar bagi menjauhkan orang awam menghampiri kawasan ini.

Langkah untuk beringat atau berwaspada perlu diambil sebelum ditimpa sebarang kecelakaan.

Saya cuba melawat ke laman web Majlis Perbandaran Kulim, tetapi malangnya laman web ini tidak mesra pengunjung. Tidak ada ruangan untuk menghantar komen kepada pihak Majlis, malahan tidak ada email yang staf dipaparkan. Mungkin Majlis Perbandaran Kulim masih belum mesra IT ! Laman web hanya dipenuhi hiasan grafik tetapi tidak memaparkan maklumat penting.