Assalammualaikum....
Bila tamat sahaja isu kerajaan perpaduan kita ingatkan boleh lah menarik nafas lega sementara menanti pilihanraya kecil manik urai yang akan berlangsung tak lama lagi. Rupa2nya banyak lagi isu yang makin mencabar yang mendatang. Sebagai warga yang perihatin kepada politik Malaysia serta penyokong Pakatan Rakyat setiap hari kami berbicara dan berbincang hala tuju politik semasa merasa amat teruja dengan beberapa isu yang berlaku dalam hari2 yang lalu. Kekecohan yang berlaku walau pun dianggap tidak lah meruncingkan tetapi keadaan yang berku ini di manipulasikan oleh berita arus perdana secara menggila dan seolah olah peristiwa yang berlaku telah menggoncangkan negeri negeri pakatan Rakyat. Tujuan utamanya agar menghilangkan keyakinan rakyat kepada pemimpin pakatan rakyat. Namun atas kepintaran dan sikap terbuka Pimpinan Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah yang di hadapi secara bersama menyebabkan media arus perdana terkedu dan terus menggelapkan berita cerita tersebut kerana bagi mereka berita sebegini tidak mempunyai nilai komersial atas arahan pimpinan Ameno.
Di Kedah antara yang menggairahkan media adalah isu meruntuhkan tempat penyembelihan babi yang mana tempat ini lansung tidak menjadi isu semasa pemerintahan UBN dulu. Samada mereka membiarkan saja untuk mendapat sokongan murahan atau kes terpencil ini tidak mendatangkan laba bagi pimpinan UBN masa itu. Bayangkan berapa lama penduduk sekitar yang menderita akibat pencemaran yang berlaku selama tempat penyembelihan itu ujud. Pemberita lansung tidak menyiarkan persetujuan perobohan tempat tersebut dari penduduk sekitar tetapi yang ditunjukkan adalah protes dari dua tiga kerat pemimpin desprado yang cuba menjadi jaguh kaum mereka walau pun majoriti penduduk dari kaum tersebut pun bersetuju tempat tersebut di robohkan dan dipindahkan ketempat lain yang lebih sesuai. Antara yang kuat melompat untuk menjadi jaguh adalah Adun Kulim yang cukup kuat dasar perkaumannya dan sebenarnya tidak sesuai menjadi adun Pakatan Rakyat. Salah saorang Adun yang mungkin mencari helah atau boleh menghalalkannya melompat dengan sentiasa mencari isu walaupun sekecil kuman. Saya tertarik juga dengan artikel ketua penerangan Pas pusat ustaz Idris Ahmad yang lalu mengatakan Ameno menikus di kedah dengan kebijaksanaan Menteri Besar Kedah sekarang. Bagi Saya Ameno bukan nya menikus tetapi Ameno sekarang di Kedah seperti harimau yang lapar yang bersembunyi disebalik lalang yang akan menerkam mangsanya yang lalu didepannya. Percayalah kerja pujuk memujuk masih berlaku sehingga kesaat ini. Mereka tidak akan berhenti sehingga mereka berjaya merialisasikan impian mereka. Walaupun Kedah antara negeri termiskin di Malaysia tetapi Kedah kaya dengan sumber alam yang berharga untuk diniagakan. Pemimpin pakatan lain sibuk mendengar taklimat di Mentaloon tentang kes DSAI tapi ada Adun kita sibuk dengan perancangan mereka di Rumah Adun Ameno di Baling. Juga yang tidak hadir ke majlis taklimat tersebut adalah antara Adun2 yang disyakki mau berpaling tadah. Mereka ini lansung sudah hilang penghormatannya pada DSAI kerana pada majlis sepenting ini pun mereka tidak hadir. Setelah menang mereka lupa pada jasa dan pengorbanan DSAI. Sepatutnya mereka lah orang yang patut paling kuat menyokong dan bersimpati pada DSAI bila pertuduhan dan fitnah melanda kepada beliau. Kalau tak kerana jasa DSAI mereka tidak naik sampai kepuncak ini sekarang. Saya masih ingat DSAI berkempen pada PRU ke12 lalu. Komitmen DSAI datang berkempen walau pun sejam dua tapi menyemarakkan sokongan kepada tempat yang ditandingi PKR dulu. Tapi 3-4 kerat Adun ini seolah olah lupa atau sengaja buat2 lupa apabila nampak harta dan habuan dunia didepan mata. Cukup cepat kelabu mata kata orang utara. Mereka merasakan diri mereka cukup hebat sekarang. Tak apalah hampa tunggu PRU akan datang samada hampa dipilih atau tidak. Pengundi hampa dok sesal undi hampa dulu. Pelaq sungguh....................
Di Pulau Pinang keadaan mungkin telah reda sikit kot. Mungkin masalah Kg Buah Pala akan diselesaikan oeh KM Pulau Pinang sikit masa nanti. Bacalah media gila UBN memainkan isu seolah olah KM melepaskan tangan tidak membantu penduduk Kampung tersebut. Hal tersebut bukanlah boleh diselesaikan semudah itu kerana membabitkan akta akta yang perlu dikaji dengan mendalam. Media gila tiga suku tidak menjelaskan dan menceritakan bagaimana perkara sebenar berlaku dan bila ianya telah dijual kepada pemaju. Tetapi yang diceritakan kenapa Pimpinan Kerajaan Pakatan rakyat tidak mengambil tindakan agar tanah tersebut dapat diselamatkan. Berdentam dentum media UBN memainkan isu tersebut. Tambahan pula kempen PRK Manek Urai sedang berlaku. Konon ingin menunjukkan Pakatan Rakyat tidak perihatin kepada permasaalahan rakyat. Syukurlah masalah ini dijangka akan dapat diatasi dalam waktu terdekat. Begitu juga dengan hal pemecatan ahli majlis MPSP sdr Johari Kassim. Dengan permuafakatan Pimpinan Pakatan rakyat dapat menyelesaikan hal tersebut antara KM dengan PKR Negeri. Ibarat menarik rambut dalam tepung rambut ditarik elok tapi tepung tidak berselerak. Diharap pengkritik Sdr Johari Kassim dapat menerima kes tersebut dengan hati terbuka. Kalau asyik dok bongkar dalam rumah tangga sendiri satu hari kelak berantakan rumah tangga sendiri. Nanti di pihak Johari Kassim pula kata " takpa la hari ini hari aku,nanti satu hari ada hari engkau pula". Maka sampai bila kerja dok bongkar ini akan selesai demi melepaskan dendam masing2. Lainlah kalau dok bengkarkan kerja2 pengkianatan kepada Parti dan Negeri. Jadikanlah perkara yang telah berlaku sebagai ikhtibar untuk mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat. Rakyat marhaen dan rakyat Malaysia tidak boleh mengharapkan lagi dengan UBN untuk memerintah Malaysia. Lagi lama mereka memerintah lagi banyak Malaysia yang akan mereka JUAL.......Nak hapuskan PPSMI pun kena tunggu sehingga tahun 2012....Lamanyer.............. .....
Suara Rakyat Suara Keramat.
Jin Brabus.