1 Nov 2009

Kemajuan di Kedah - Penerangan oleh Ust Hassan Razak.



Dalam usaha untuk menyampaikan maklumat sehingga ke peringkat akar umbi, PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu telah telah mengadakan lawatan ke peringkat cawangan bertujuan menyampaikan maklumat terkini berkaitan pentadbiran negeri Kedah.


The state arms of Kedah. Note the different ba...Image via Wikipedia
Memang la maklumat tak sampai. TV dan radio tak lapur apakah kemajuan dan pembaharuan yang telah berlaku  di Kedah. Tambahan pula lokasi Kulim Bandar Baharu, jauh di selatan, jauh dari Alor Setar, lagi la susah nak dengar berita.


Yang DiPertua PAS Kawasan, Ustaz Hassan Razak yang juga pegawai khas kepada Menteri Besar Kedah melakukan usaha yang tepat. Turun sendiri ke peringkat akar umbi untuk menyampaikan penerangan. You Tube diatas cuma sedutan dari penerangan panjang lebar yang disampaikan. Rakaman dalam bentuk DVD akan diedarkan kepada orang ramai.

Ustaz Hassan sememangnya seorang pemimpin parti yang sentiasa bekerja keras. Dalam bulan Ramadhan lalu Ustaz Hassan membelanjakan hampir RM 10,000.00 untuk memberi sumbangan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan. Sepuluh ribu ringgit ini bukannya peruntukkan dari kerajaan negeri, bukan dari sponsor pihak tertentu, tetapi dari duit poket beliau sendiri. Berkat untung perniagaan beliau, marhaen di Kulim Bandar Baharu pun dapat manfaat. Kakitangan di pejabat perhubungan PAS negeri di Alor Setar pun dapat duit raya RM50.00 seorang dari Ustaz.


Balai NobatImage via Wikipedia
Macam tu la selayaknya pemimpim parti Islam. Jawatan dalam parti bukannya tiket untuk boroikan perut. InsyaAllah Kedah akan terus maju dan sejahtera di bawah kepimpinan PAS.