30 Apr 2010

P094...Hulu Bernam.....SUATU CERITA DAN PERISTIWA



Assalammualaikum,

Tamatlah sudah PRK Hulu Selangor P094.....pemenangnya seperti kita tau...UBN menang dengan majoriti 1725 undi. Apalah sangat undi yang diperolehi sebanyak itu kalau nak dibandingkan dengan lebih RM150 juta yang telah ditabur dan dihambur sebagai janji pilihanraya yang juga disebut rasuah pilihanraya. Tetapi ketua gerombolan UBN menafikan ianya adalah rasuah tapi menyatakan ianya ada tanggung jawab kerajaan untuk dilaksanakan kepada rakyat. Piiraaah...kenapa sebelun ini tidak dilaksanakan tanggung jawab tersebut. Setiap kali ada PRK maka setiap kali lah berbagai janji dengan pembangunan dibuat. Oleh kerana itu rakyat la ni ramai yang mendoakan lebih ramai YB2 meninggal. Lebih kerap PRK maka lagi cepat kawasan yang akan diadakan PRK tersebut membangun secara mendadak atau projek macam mee segera. Tapi malangnya terlalu rapatnya masa PRK banyak janji yang tidak tertunai dan terlaksana. Akhirnya rakyat yakni pengundi kawasan tersebut tersebut tertipu dengan janji2 yang dibuat. Seperti yang telah berlaku di Dun Bagan Pinang, Manek Urai dan lain2 tempat. Tetapi sekurang kurangnya rakyat mendapat hak mereka setelah dinafikan sebelum ini. Walau pun Dato' Zaid Ibrahim tewas tapi PKR jelas mendapat pertambahan undi dan sokongan Rakyat. Kita menang disatu Dun dan pasti menang sekiranya 13,868 pengundi tidak di kucar kacirkan tempat pengundian mereka dan hampir 1,200 orang telah dipindahkan oleh SPR ke Tg Malim Perak dan Rawang Selangor malah ada seorang mak cik telah dipindahkan namanya ke Langkawi walau pun seumur hidupnya tidak pernah kesana.

Bagi pengamatan saya sebagai rakyat marhaen juga terbabit dengan PRK P094 di Dun Hulu Bernam ingin menulis dan menyatakan beberapa perkara yang dilalui melalui pengalaman tersebut. Yang nyata mungkin akan menyinggung perasaan beberapa individu dan Pimpinan Parti. Walau pun pahit tetapi perkara ini perlu didedah dan  diatasi segera olek pimpinan atasan parti terutamanya DSAI yang telah mencetuskan kesedaran kepada rakyat tetapi oleh kerana mungkin dek jawatan ada yang sanggup membiarkan atau seolah olah mahukan PKR kalah dalam PRK kali ini. Dengan kekalahan ini seolah olah ingin memberi satu isyarat kepada Tan Sri Khalid Ibrahim supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Tapi paling ketara dalam peperangan di Hulu selangor ini adalah peperangan Pilihanraya yang amat berat sebelah. PKR bertanding kalau dalam bahasa kasarnya menggunakan air liur kalau nak dibandingkan dengan gerombolan UBN. PKR berperang dengan ibarat hanya menggunakan senapang patah. Tapi gerombolan UBN menggunakan senjata canggih automatik, M16 siap pelancar bom tangan. Dibantu oleh pasukan berkereta kebal...xcukup dengan itu dibantu pula oleh pasukan alteleri dengan mengebom medan peperangan bertalu talu sambil dibantu oleh tentera diudara dengan helicopter jenis apache yang melancarkan roket dari udara...mana mungkin dalam peperangan sebegini pasukan yang hanya bersenjatakan senapang patah boleh menang dalam pertempuran ini kecuali jika ada keajaipan atau pertolongan dari langit. Walau pun semangat juang membara tetapi oleh kerana kecanggihan dan kelengkapan peperangan pastilah dapat mengalahkan pasukan yang lemah persenjataannya. Begitulah dengan PRK kali ini, gerombolan UBN dibantu oleh setiap komponennya iaitu SPR,polis dan seluruh jabatan yang ada seperti JHEOA, Jabatan Penerangan serta seluruh jentera dan instrumen kerajaan yang ada. Cuma yang pihak gerombolan lupa adalah KEBANGKITAN  dan KESEDARAN RAKYAT.....

Berbalik kepada cerita diatas dari pengamatan saya dan rakan2 punca utama yang menyebabkan kekalahan adalah faktor dalaman PKR sendiri. Jentera di Hulu Bernam tidak menjalankan gerak kerja dengan berkesan. Saya tidak mahu menghuraikan di 2 Dun yang lain kerana ketiadaan fakta untuk menjelaskan perkara tersebut. Apa yang saya nampak melalui mata dan pengalaman sendiri di Hulu Bernam adalah jelas. Perkara ini amat mendukacitakan seolah olah ada kerja2 mensabotaj agar kekalahan yang diinginkan.
Bilik Gerakan Penyelaras Dun Hulu Bernam tidak berfungsi malah 3 khemah yang terletak di Cangkat Asa(2 khemah) dan Taman Nakhoda tidak digunakan lansung sehingga 20hb. walau pun telah dipasang seminggu sebelum itu. Selama 3hari selepas penamaan calun semua perbelanjaan dibilik gerakan penyelaras Dun Hulu Bernam menggunakan wang sendiri termasuk pembelian peta kawasan PRK. Lansung tiada sokongan logistik dari negeri. Penyelaras dun pula bukan orang Hulu Bernam dan datang hanya cerita duit pilihanraya tak ada, barang tak ada dan asyik menyalahkan bilik gerakan negeri dan pengarah pilihanraya. Jawatan kuasa hanya ujud pada nama sahaja dan begitu juga disemua JDM. Tiada statistik dan memang tiada jawatankuasa. Hanya 4 JDM dari 15 yang ada dilihat ada jawatankuasa dan mampu merancang serta menghidupkan bilik gerakan.

Tiada aktiviti dibuat sehinggalah hari ke 5 selepas penamaan calun.selepas diambil alih oleh sukarelawan Pasir Salak dari Kampar,Perak. Bilik gerakan diubah ke Kabin di Cangkat Asa.Team inilah mula mengambil alih terus dan memulakan kerja tanpa sokongan dari penyelaras malah disabotaj supaya program gagal. Barulah ada ceramah politik untuk menjelaskan isu semasa kepada pengundi dikawasan tersebut. Kegagalan ketara adalah apabila calun sampai untuk bertemu pengundi pada pagi jumaat tetapi tiada seorang pun pengundi dan penduduk sekitar yang hadir  untuk bertemu calun PKR. Alangkah malang dan malunya apabila keadaan ini berlaku yang akhirnya calun terpaksa kekedai makan berhadapan bilik gerakan Dun Hulu Bernam untuk minum bagi memenohi program yang tidak menjadi. Boleh dikatakan tiada lansung pimpinan tempatan dalam bilik gerakan Dun Hulu Bernam. Kalau ada pun seorang dua yang juga sibuk di JDM sendiri atau mungkin sudah dibeli....Jadi bagaimana petugas dan sukarelawan dari luar dapat menyampaikan maklumat dan menifesto parti kepada pengundi. Gerak kerja dirancang dan dilaksanakan oleh orang luar malah semua program ceramah dibantu oleh Tim YDP Kelana Jaya yang menyediakan alat siar raya atau pa sistem bagi progrem ceramah dibuat sambil membantu mencari penceramah. Sekalung tahniah kepada Tim YDP Kelana Jaya bersama petugasnya bekerja sepenuh hati tanpa upah dan habuan.

Begitulah lemahnya organisasi dibilik gerakan Dun Hulu Bernam. Saya tidak tahu kenapa dalam PRK yang sebegini penting boleh berlaku. Penyaluran maklumat kepada para pengundi dikeseluruhan kawasan mengundi tidak dapat disampaikan dengan berkesan. Akhirnya oleh kerana tiada maklumat yang diberikan terutamanya dikawasan Felda dan kawasan pendalaman yang lain yang majoritinya pengundi melayu tiada pilihan selain mengundi calun gerombolan UBN. Saya yang datang dari luar Selangor tidak faham adakah ini kesilapan dan kelemahan PKR Selangor atau hal ini saja dibuat untuk mensabotaj PRK Hulu Selangor ini dengan tujuan untuk memalukan Pimpinan Negeri. Mana mungkin maklumat dan menifesto dapat disalurkan kepada pengundi jika tiada bantuan dari pimpinan tempatan yang lebih arif tentang persekitaran. Pimpinan tempatan kabarnya bercelaru dan berkelahi sesama sendiri. Aku ada dia tak ada...dia ada aku tak ada. Tak boleh bertentang muka jadi yang hancur PKR sendiri seolah 1 kapal 2 nakhoda. Kapal pun boleh tenggelam. Mana mungkin boleh bertempur dengan gerombolan  jika bersituasi begini. Walau kita tahu Dun Hulu Bernam adalah kubu kuat Umngok tapi jika gerak kerja pilihanraya dijalankan dengan efektif dan sempurna PR boleh merobohkan kubu tersebut. Bagi pimpinan PKR Pusat dan Negeri yang lain juga lebih menumpukan  di 2 Dun yang lain dan mengabaikan Dun Hulu Bernam. Maklumlah DSAI banyak memberi tumpuan disana. Sepatutnya mereka perlu kerap turun dan memberi tumpuan di Hulu Bernam kerana disinilah Umngok kuat meneburkan propoganda mereka sehinggakan orang melayu yang majoritinya penduduk disini benar2 percaya apa yang dimomokkan oleh Umngok seperti Dato' Zaid adalah kaki botol malahan kaki perempuan juga. Mana mungkin PAS dapat menangkis propoganda tersebut kesaorangan tanpa bantuan dari PKR. Begitu juga dengan kekurangan bahan2 kempen seperti poster dan flyers untuk edaran kepada pengundi dan hanya ada dan sampai si saat2 akhir kempen. Juga kekurangan dana yang cukup ketara lalu perkara ini ditohmahkan bahawa Selangor negeri yang kaya dan diperintah PR tetapi dana untuk pekerja parti dan sukarelawan tidak dibantu dan kalau ada hanyalah ala kadar sahaja....yang bercakap ni orang kuat PKR negeri dabilik gerakan utama. Kadang2 terfikir betul juga.....mana mungkin dalam keadaan sekarang bertempur dengan gerombolan UBN hanya menggunakan semangat,air liur dan keikhlasan tanpa bantuan dana secukupnya.

Saya sempat berbual dengan golongan muda penduduk tempatan. Mereka ini adalah penyokong PR sebenarnya, tetapi oleh kerana peringkat cabang sendiri bercelaru dan setiap JDM dibantu oleh orang luar Hulu Bernam mereka berasa segan dan malu untuk membantu jentera kempen PR. Semangat mereka kuat dan membara tetapi punah akibat perebutan jawatan yang tak seberapa. Mereka juga faham PR tidak membayar upah lumayan untuk kerja pilihanraya tapi sekurang kurangnya memberi mereka semangat dan saguhati berupa barangan parti seperti kemeja t dan topi adalah mencukupi tetapi hampas semuanya tak ada, Kalau ada pun hanyalah barangan lama lebihan dari PRK ditempat lain. Kemeja t bergambarkan calun bertanding pun tidak kelihatan. Adakah hal sebegini sengaja atau dibiarkan tidak diadakan???...amatlah malang bagi PKR tidak menggunakan tenaga anak2 muda ini dan membiarkan mereka menjadi pemerhatu dari jauh sahaja...mana dia Ketua Pemuda PKR yang sepatutnya mengambil inisiatif dengan menganjurkan program untuk anak2 muda yang bersemangat ini agar sama2 mengembeling tenaga untuk berhadapan dengan gerombolan UBN. Malahan boleh dikatakan jentera AMK pusat dab Negeri kaku dan layu di Hulu Bernam. Cukup banyak kelemahan jentera PKR kalau hendak disenaraikan. Cukuplah apa yang dituliskan kerana lagi banyak ditulis lagi banyak pekung dan aib akan keluar dan terdedah. Dan yang nyatanya terdapat unsur2 kurang sihat dari beberapa kerat individu yang tidak menjalankan amanah yang diberikan dengan berkesan. Mereka juga dikelilingi balaci dan kaki bodek dan menyebabkan keberkesanan tumpuan menjadi terbantut. Mereka ini menjadikan PRK tempat mencari tambahan duit poket untuk memenuhi tembolok sendiri.......

Kesimpulannya walau pun jentera PKR ada dan kekuatan jentera PAS lebih menonjol tetapi pos mortem atau bedah siasat perlu dibuat oleh Pimpinan atasan PKR untuk menyiasat adakah perkara mensabotaj parti ini benar2 berlaku kerana dalam pengamatan saya yang marhaen iniperkara tersebut memang ujud walau mungkin tidak disedari oleh mereka. Jentera pilihanraya dibiarkan menjadi lemah sehingga kesaat saat akhir dihari pengundian. Makan minum pekerja parti hanyalah ala kadar sahaja hinggakan mendapat rungutan..aduuuuss....fikir2kan lah wahai Pemimpin atasan PKR!!!. Kalau lah takdir Allah ada lagi PRK selepas ini mungkin ada yang telah serik untuk membantu lagi. Pastikan lah pemimpin yang akan dilantik untuk mengetuai jentera PRK nanti adalah yang betul2 bersemangat dan tidak berkepentingan.....bagi pemimpin Cabang  mungkin telah dibeli oleh Umngok tetapi pimpinan negeri yang lain juga perlu disiasat oleh Pimpinan PKR samaada perkara ini banar2 belaku. Kerana ada  yang ketawa gembira bila Dato' Zaid di istiharkan kalah dalam pertarungan tersebut malah ada mesej yang dihantar keputusan ini khas untuk Tan Sri Khalid yang mereka panggil Sahak.....

Saya dan rakan2 berpendapat bahawa PRK Hulu Selangor ini telah digunakan oleh orang tertentu dalam PKR Selangor untuk menjatuhkan kepimpinan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor. Rangkaian mereka kuat tetapi mood dan kebangkitan rakyat juga semakin kuat. Andainya jentera pilihanraya kuat saya rasa Dato' Zaid pasti memnangi PRK Hulu Selangor ini. Pengalaman PRK Hulu selangor juga mengajar saya dan rakan2 beserta dengan Ketua Y team kami menjadi pejuang tulen yang bekesan. Terima kasih atas sokongan perbadi Naib Presiden Sdr. Mustafa Kamil Ayub, YB Suhaimi dan Zakaria dan Yahya Sahri disepanjang saya dan rakan2 melaksanakan tugas sukarelawan PRK....walau pun kami tahu selepas ini dah ada orang yang bersedia untuk menjadi MB Selangor. Juga PR Selangor juga wajiblah bersedia untuk PRU umum yang ke 13 kerana pihak Gerombolan telah sedia untuk mengambil alih Selangor dari Pakatan Rakyat dengan bantuan SPR...Lebih 300ribu pengundi baru akan didaftarkan untuk kerja kerja tersebut....TAK PERCAYA????....Tunggulah PROJEK TAWAN SELANGOR mereka!!!

Wallahualam

Lawan Tetap Lawan


Jin Brabus

28 Apr 2010

French Legal Team in Malaysia to Probe Sub Deal

(Asia Sentinel) Massive corruption suspected in billion-dollar deal tied to Prime Minister Najib


Joseph Breham, a member of a French legal team that filed complaints in a Paris court in connection with a potentially explosive scandal over the billion-dollar purchase of French submarines by Malaysia is due to land in Kuala Lumpur today, April 28, to seek further information on the case and to speak with local officials and their clients, the Malaysia human rights organization Suaram.


As Asia Sentinel has reported at length, the deal was engineered by then-Defense Minister Najib Tun Razak, now Malaysia's Prime Minister, in 2002 and resulted in a massive $114 million (US$151.1 million at current exchange rates) commission for one of Najib's closest associates, Abdul Razak Baginda. The purchase price included two Scorpene-class diesel submarines built by Armaris, a subsidiary of the French defense giant DCN (formerly Direction des Constructions Navales) and the lease of a third retired submarine manufactured by a joint venture between DCN and Spanish company Agosta.


Breham, one of the three lawyers who filed the case with Parisian prosecutors on behalf of Suaram, told Asia Sentinel the French court has opened a preliminary investigation into the matter and that he would be advising his clients on the next steps. Breham said he will also hold a press conference in Kuala Lumpur today to give some details to local reporters. Breham, Renaud Semerdjian and William Bourdon, the lead lawyer, filed the request to investigate bribery and kickback allegations against DCN first in December and filed additional documents in February.


The case has been making headlines in Malaysia - although few in the mainstream media, which are owned by the country's leading political parties -- since the gruesome October 2006 murder of Altantuya Shaariibuu, a Mongolian translator and spurned lover of Razak Baginda who had accompanied him to France on some of the transactions over the submarines. Altantuya was shot in the head and her body was blown up with military explosives in a patch of jungle outside of Kuala Lumpur. Two of Najib's bodyguards, who were directed to intercede with her by Musa Safri, Najib's chief of staff, have been convicted of the killing. Neither Najib nor Musa has ever been questioned by law enforcement officials about the case.


Although records showed Najib was in France at the same time as Altantuya and Razak Baginda, he has repeatedly sworn to Allah that he had never known the beauteous Mongolian. One report filed by a private detective hired by Razak Baginda said she had been Najib's lover first. After she was killed, authorities discovered a letter she had written saying she was blackmailing Razak Altantuya for US$500,000, although she did not say why.


In addition to the cost of the submarines and the whopping "commission" fee, it has now emerged that under the terms of the original contract, the vessels were basically bare of armaments and detection devices. The Malaysian military must pay an additional $130 million to equip them.


"You mean we bought bare metal?" wrote one incredulous and anonymous military official in an email to Asia Sentinel.


The charges go well beyond the Malaysian purchase. Judges in the Paris Prosecution Office have been probing a wide range of corruption charges involving similar submarine sales and the possibility of bribery and kickbacks to top officials in France, Pakistan and other countries. The Malaysian piece of the puzzle was added in two filings, on Dec. 4, 2009 and Feb. 23 this year.


French politicians seem to have a knack for backhanders. On October 26, in a trial that centered on illegal arms sales to Angola, Jean-Christophe Mitterrand, the son of the late president Francois Mitterand, was given a two-year suspended sentence and ordered to pay a $375,000 fine for receiving embezzled funds. The court ruled that he had accepted millions of euros in "consultant fees" on the arms deals between 1993 and 1998. In the dock with him were 42 people accused of selling weapons to Angola in defiance of a UN arms embargo, or of taking payments from the arms dealers and using their influence to facilitate the sales.


The trial, it was said, shined a light into a murky world of secret payments made in cash and discreet deals linking Parisian high society with one of Africa's longest-running wars. But it hasn't shined a light on what happened elsewhere with contracts concluded by the representatives of France, and particularly by DCN.


For instance, 11 French engineers employed by DCN, which peddled subs to Pakistan, were blown up in a bus bombing in 2002 which was first thought to have been perpetrated by Islamic militants. The 11 were in Karachi to work on three Agosta 90 B submarines that the Pakistani military had bought in 1994, with payment to be spread over a decade. According to Reuters, commissions were promised to middlemen including Pakistani and Saudi Arabian nationals. Agosta is a subsidiary of DCN. It is believed that Pakistani military officials blew up the bus in retaliation for the cancellation of the payments.


In the Taiwan case, the French company Thales, formerly Thompson-CSF sold six DCN-built La Fayette-class 'stealth' frigates to Taiwan in 1992 for US$2.8 billion. At least six people connected with the case have died under suspicious circumstances including a Taiwanese naval captain named Yin Ching-feng, who was believed to have been killed because he planned to go to the authorities about fraud connected with the case. His nephew, who was also pursuing the case, a Thomson employee in Taiwan and a French intelligence agent were also among the dead. It gradually emerged that some $600 million in commissions had been paid into various Swiss accounts set up by Andrew Wang Chuan-pu, the Taiwan agent for Thomson-CSF. In October 2008 a French judge finally ruled that no one could be prosecuted because of lack of evidence.


The Malaysian allegations revolve around the $114 million payment to a Malaysia-based company called Perimekar for support services surrounding the sale of the submarines. Perimekar was wholly owned by another company, KS Ombak Laut Sdn Bhd, which in turn was controlled by Najib's best friend, Razak Baginda, whose wife Mazalinda, a lawyer and former magistrate, was the principal shareholder, according to the French lawyers.


In the complaints filed in Paris, the issue revolves around what, if anything, Razak Baginda's Perimekar company did to deserve $114 million. Zainal Abidin, the deputy defense minister at the time of the sale, told parliament that Perimekar had received the amount - 11 percent of the sale price of the submarines - for "coordination and support services." The Paris filing alleges that there were neither support nor services.


Perimekar was registered in 2001, a few months before the signing of the contracts for the sale, the Paris complaint states. The company, it said flatly, "did not have the financial resources to complete the contract." A review of the accounts in 2001 and 2002, the complaint said, "makes it an obvious fact that this corporation had absolutely no capacity, or legal means or financial ability and/or expertise to support such a contract."


"None of the directors and shareholders of Perimekar have the slightest experience in the construction, maintenance or submarine logistics," the complaint adds. "Under the terms of the contract, $114 million were related to the different stages of construction of the submarines." The apparent consideration, supposedly on the part of Perimekar, "would be per diem and Malaysian crews and accommodation costs during their training. There is therefore no link between billing steps and stages of completion of the consideration."

22 Apr 2010

Zul4Kulim jilat Najib masa di AS.


Baru ni Zul4Kulim pi Amerika ikut Najib, selepas dia kena tendang dari PR. Hampa nak tahu apa dia dengan Zaharin buat tiap-tiap malam? Baca kat atas tu, Najib tolong cerita kat kita. Apa lah punya rendah maruah diri, tiap-tiap malam pi bilik Najib bodek sana bodek sini. Tak takut big mama hempap ka? kalau kena hempap lemas mampoih.

18 Apr 2010

Ustaz Mutalib tempelak Ezam



Petikkan video diatas adalah dari kuliah tafsir Nurul Ikhsan oleh Ustaz Mutalib Maarof di Yayasan Annadhoh Penanti. Kitab yang di rujuk adalah Tafsir Nurul Ikhsan (surah alBaqoroh ayat 204 hingga 207).

12 Apr 2010

Video ribut di Kuala Ketil pada 5 April lalu.




Ribut yang melanda pada Kuala Ketil Kedah pada 5hb April 2010 lalu telah merosakkan bumbung rumah dalam kawasan perumahan, menyebabkan kerugian kepada penduduk.

Pemimpin tempatan meluangkan masa meninjau kerosakkan yang berlaku dan menghulurkan bantuan kecemasan kepada yang terlibat. Menteri Besar Kedah juga turut turun padang.





Reblog this post [with Zemanta]

7 Apr 2010

Gempa bumi di Acheh

Gempa bumi sekuat 7.2 telah melanda Acheh, Indonesia, menjelang subuh semalam, jam 5.15 pagi.
Dibawah adalah bacaan sismograf yang di rekod di stesen Kulim, Kedah berkaitan gempa tersebut.








6 Apr 2010

1 Apr 2010

Perkara beginilah yang selalu berlaku di Malezia

Berita buruk buat UMNO

Langkah tambahan akan di perkenalkan oleh kerajaan bagi mempertingkatkan integriti kerajaan, memerangi rasuah. Ini bernakna berita kurang menyenangkan bagi juak-juak UMNO yang selama ini hidup mewah dengan hasil wang rasuah yang diperolehi.

Adakah ini cuma kosmetik, alat solek, umpama bedak yang disapu kemuka untuk melindungi kedut supaya nampak lebih cantik diluar tapi pada hakikatnya tetep berkedut.


Bukankan kah semua rakyat Malaysia dah tahu, UMNO dan RASUAH berpisah tiada!