Apabila rasuah telah bermaharaja lela, kekayaan negara hanya berlegar di kalangan kroni dan kaum keluarga pemimpin, harga barangan melambung sedangkan pendapatan rakyat tidak miningkat, polis dan tentera dipergunakan oleh ahli politik untuk memberi tekanan kepada rakyat, maka rakyat akan bangkit bertindak kerana penyelengan yang dilakukan oleh pemerintah.
Peristiwa ini sedang berlaku di Tunisia. Presiden dah pun cabut lari, Menteri Dalam Negeri pula telah ditangkap dan ditahan oleh rakyat. Keadaan kacau bilau dan tak menentu.
Janganlah perkara begini terjadi di Malaysia.
Pemimpin di Malaysia, janganlah rasuah, janganlah songlap wang negara sesuka hati, janganlah gunakan polis dan tentera untuk menekan rakyat, jangan hanya utamakan kroni dan sanak saudara.
SPR janganlah jadi baruah, mahkamah jadilah adil jangan jadi sial.
Rakyat sedang memerhati. Janganlah Malaysia jadi macam Tunisia.