17 Apr 2011
Sujud Sahwi - kuliah oleh Ust Abdul Mutalib Maarof.
Kebanyakkan daripada kita tidak mahir sagat dalam bab sujud sahwi ni. Oleh kerana jarang berlaku kesilapan atau terlupa dalam sembahyang kita tak begitu ambil berat perkara ini.
Kuliah dari Ustaz Abdul Mutalib Maarof di Annadhoh, Penanti pada hari Sabtu 16 April 2011 lepas menjelaskan persoalan sekitar masaalah Sujud Sahwi ini. Setiap individu yang beragama Islam eloklah isi ilmu fiqah bab sujud sahwi ini dalam pengetahuan. Kadang-kadang kita terlupa atau tersilap dalam solat, jadi dengan panduan dari kuliah ini bolehlah kita putuskan apa perlu dilakukan. Sebagai seorang mukmin, tambah lagi sebagai pejuang Islam, pengetahuan fiqah yang mendalam amat perlu.