20 Oct 2008

Manifesto Najib Razak

Berikut adalah antara isi kandungan didalam manifesto Najib Razak untuk kempen sebagai Presiden UMNO yang di petik dari Pahang Daily.
........................................................................

Saya telah diserang oleh musuh-musuh saya kononnya saya mengamalkan upacara agama Hindu. Semua bolehlah merujuk kepada Dato' Sri S Samy Vellu yang mana beliau boleh mengesahkan bahawa saya tidak pernah bersama-sama dengan beliau di sebarang majlis upacara agama Hindu. Saya sanggup bersumpah dengan nama Tuhan bahawa saya adalah seorang Muslim yang beriman denganNya.

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya berkenaan dakwaan saya terlibat dalam skandal perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725. Ianya dibuat melalui proses dan peraturan seperti yang ditetapkan. Kementerian Pertahanan menerima keputusan dan persetujuan dari Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter dan Kementerian Pertahanan mengeluarkan LOI kepada penender itu pada 15 September 2008. LOI boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan secara kebetulan ia dikeluarkan pada 15 September 2008. Saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk disiasat oleh PAC atau BPR!.

Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Perwakilan khususnya amat bijak dalam membuat pilihan mereka untuk menentukan pemimpin pada Mac depan. Mereka bijak menilai siapakah pemimpin sebenar yang membela bangsa dan siapakah yang pernah belot kepada perjuangan UMNO dan menjadi agen negara asing

Tawaran Saya Sebagai Presiden UMNO

Saya akan mempertahankan ketuanan Melayu sehingga ke titisan darah yang terakhir sekiranya saya mendapat mandat Perwakilan Umno sebagai Presiden UMNO pada Pemilihan Mac 2009. Inilah janji dan ikrar saya kepada Almarhum ayahanda saya sebelum beliau meninggal dunia. Saya akan membentuk Majlis Penasihat Presiden dengan dianggotai oleh tokoh-tokoh Umno yang telah bersara terutamanya Bekas Perdana Menteri bagi menghargai pandangan dan idea mereka dalam membawa negara mencapai Wawasan 2020. Saya akan memastikan bahawa keluarga saya tidak akan terlibat dalam perniagaan atau campur tangan dalam urusan pentadbiran negara. Saya akan menunaikan tanggungjawab saya tanpa sebarang pengaruh negara luar.

Kita sedar bahawa BN agak tercalar sedikit dalam keputusan Pilihanraya Umum Mac lepas. Saya akan melakukan apa sahaja bagi mengembalikan kegemilangan UMNO dan Barisan Nasional. Saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan apa cara sekalipun bagi menghapuskan elemen-elemen perosak kestabilan dan keamanan dalam negara. Akhir sekali saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk bekerjasama dengan mana-mana pemimpin Umno yang mendapat mandat Perwakilan Mac depan. Masa depan bangsa yang bersifat "Glokal" akan terus megah berdiri dalam mengharungi arus globalisasi. Kepada Tuhan saya berserah!

...............................................................
Najib bersumpah lagi, dengan nama Tuhan dia tidak mengamalkan upacara agama Hindu seperti tuduhan yang terkandung dalam Akuan Bersumpah seorang pemandu.Manifesto ini diakhiri dengan Kepada Tuhan saya berserah!

Nampaknya Naiib lebih selesa menggunakan perkataan Tuhan berbanding dengan perkataan Allah. Tuhan, perkataan bahasa Melayu, sangat luas pengertiannya. Tuhan boleh di ertikan atau dipakai kepada tuhan agama-agama lain juga, Kristian, Budha, Yahudi, Majusi dan Hindu juga.

Pergerakkan Arqam yang telah diharamkan pun selesa menggunakan perkataan TUHAN dalam buku-buku, artikel dan syarahan mereka. Ashaari sendiri pun gemar menggunaan perkataan TUHAN dalam ucapannya, jarang sangat beliau sebut perkataan ALLAH. Kalau nak kepastian cuba rujuk buku-buku yang pernah diterbitkan oleh alArqam.

Ayah Pin, ketua Kerajaan Langit, tak tahu la pula, mungkin dia guna perkataan TUHAN kerana dia adalah ketua bagi banyak agama. Kalau guna perkataan ALLAH tak sesuai sangat untuk merujuk kepada ramai Tuhan yang lain lagi.

Manifesto Najib ni mungkin di tulis oleh bekas orang Arqam atau oleh Ayah Pin sendiri kot!

19 Oct 2008

Kuliah Ust Idrus di Junjong

2008, Okt 19. Kuliah Ust Idrus, Imam Masjid Kulim.

Ringkasan kuliah bulanan yang di adakan di masjid Annur Junjong adalah seperti berikut:
1. Pada akhir zaman amanah akan hilang dari kalangan manusia. Amanah akan hilang sedikit demi sedikit dalam masyarakat.
2. Setiap manusia ada perkara diamanahkan, umpamanya amanah sebagai ketua keluarga, sebagai suami dll. Manusia hendaklah menunaikan amanah ini.
3. Manusia juga mempunyai amanah dengan Allah, janganlah khianati akan amanah ini. Orang yang mengkhianati amanah dengan Allah sudah tentu juga tidak akan amanah dalam perkara lain.
4) Setiap orang juga adalah pemimpin dan akan disoal kelak akan amanah sebagai pemimpin.
5) Seterusnya beliau juga menyentuh akan pentadbiran masjid yang cemerlang contohnya seperti Masjid Bandar Kajang dan masjid di Singapura. AJK dan pegawai masjid hendaklah menyontohi pentadbiran masjid ini sebagai tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.

15 Oct 2008

Nik Aziz yakin tubuh kerajaan baru pusat, setuju pilih Anwar

From Junjungan Mulia

KOTA BAHRU: Murysidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mengetuai Kelantan sejak 1990, masih yakin Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat sambil menekankan bahawa pihaknya akan tetap memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Keputusan memilih Anwar jika pembangkang berkuasa di peringkat persekutuan, kata Nik Aziz, sudah lama dipersetujui oleh pembangkang.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, pembangkang telah memutuskan demikian semasa pihaknya bersetuju untuk mewujudkan barisan alternatif sembilan tahun lalu.
"Cerita Anwar (dipilih sebagai Perdana Menteri) sudah lama... belum pada ini kita ada APU (Angkatan Perpaduan Ummah), lepas itu Barisan Alternatif, masa kita buat (bentuk) BA, kita dah buat keputusan, Perdana Menterinya Anwar... bukan cerita baru," kata beliau ketika ditemui di kediaman beliau di sini baru-baru ini.
Barisan alternatif dibentuk oleh pembangkang ketika menghadapi pilihan raya umum 1999 dan 2004.
Selepas pilihan raya umum Mac lalu pihaknya menamakan ikatan pembangkang sebagai Pakatan Rakyat.
Nama itu diumumkan pada 1 April lalu dengan menyasarkan 16 September bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.
Bagaimanapun pada tarikh tersebut kerajaan baru tidak dibentuk, sebaliknya Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat meminta diadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Malah Anwar juga meminta supaya diadakan sidang khas Parlimen untuk membincangkan sokongan anggota Dewan Rakyat pada 23 September lalu.
Kedua-dua permintaan itu telah ditolak oleh Abdulllah.
Ketika ditanya tentang peluang dan kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat, Nik Aziz berkata: "Kami mesti ambil alih kecuali dia (kerajaan) kacau, diguna ISA, ditangkap, itu lainlah."
Tambah beliau, jika demokrasi dilaksana dengan sepenuhnya, sudah lama Umno digantikan dengan kerajaan baru.
"Kami yakin, syaratnya demokrasi diberi peluang penuh, tiada gangguan ISA, tiada ditangkap, kecuali dia ditangkap macam komunis," katanya.
Apabila ditanya mengenai perbezaan pandangan dan tidak puas hati dalam isu pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat dan diketuai Anwar jika menjadi, Nik Aziz berkata, masalah itu tidak wujud secara keseluruhan.
Cuma, jelas Nik Aziz, wujud sedikit perasaan ragu-ragu memandangkan Anwar dituduh kerana dituduh liwat sedangkan mahkamah sudah lepaskan beliau.
Anwar, kini Ketua Pembangkang di Parlimen, pernah berhadapan dengan kes liwat 10 tahun lalu tetapi dibebaskan dan berhadapan dengan tuduhan buat kali kedua Ogos lalu.

14 Oct 2008

dari Mstar - Zul Noordin tidak akan sertai UMNO


KUALA LUMPUR:Sehari selepas disahkan bebas daripada cabaran perundangan, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin menafikan beliau ada ditawarkan supaya menyertai Umno.
Sebaliknya tegas wakil rakyat itu beliau masih bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen hari ini, Zulkifli juga menegaskan beliau akan bersama dengan parti yang memperjuangkan Islam.
Ekoran keputusan mahkamah semalam banyak pihak membuat andaian bahawa beliau akan menyertai Umno.
Malah komen pengunjung blognya juga menyentuh kemungkinan tersebut.
Menurut beliau, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menegaskan parti itu masih memperjuangkan Islam.
"Setakat ini belum lagi (tawaran dari Umno). Saya ambil pendirian dan konsisten dengan pendirian saya untuk memartabatkan Islam dan mana-mana platform yang memperjuangkan Islam.
"Kalau DAP memperjuangkan Islam, saya pilih bersama DAP” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.
Ditanya sama ada kenyataannya itu bermakna beliau akan menyertai PAS, Zulkifli berkata, beliau tidak bermaksud demikian.
"Saya masih duduk di kerusi PKR. Cuma ada sedikit hiccup atas perjuangan dengan Islam tapi tak timbul soal melompat parti.
"Saya masih berhubung dengan Datuk Seri Anwar dan beliau memberi jaminan pada saya yang perjuangan Islam masih diiktiraf," katanya.

13 Oct 2008

Lagi artikel berkenaan YB Zulkifli Noordin

Berikut adalah artikel yang di petik dari http://tunpadukatuan.blogspot.com/
...................................................

Assamualaikum... Apa cerita dan apa dah jadi dengan ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru, Zulkifli Noordin. Senyap saja? Kenapa beliau menyepi ghaib tanpa berita? Melari dan menyembunyikan diri lagikah? Apa yang ditakut dan dibimbangi?
Berita terakhir tentang beliau, beliau diberikan surat tunjuk oleh Jawatan Displin PKR ekoran tindakannya 'menyerang' majlis Peguam sewaktu majlis itu mengadakan forum mengenai keluar Islam tidak lama dulu. Tindakan Zulkifli tidak disenangi oleh partinya lantas memberi surat tunjuk sebab kerana bertindak diluar arahan dan 'kesukaan' parti.
Zulkifili Nordin mempertahankan tindakannya atas prinsip dan atas nama jihad Islamnya. Dalam blognya beliau mencatat beliau bukan Islam yang baik tetapi akan melakukan terbaik untuk Islam. Tegas, berani dan iltizamnya tinggi kepada Islam. Baguslah, setiap insan Islam harus bersikap begitu meletakkan kepentingan agama dari atas segala-galanya. Berani mati untuk mempertahankan kesucian dan keagungan agama.
PKR sendiri tidak elok kalau bertindak kepada Zulkifli Noordin kerana kesalahan itu. Nampak sangat songsangnya PKR kalau mengambil tindakan itu. PKR tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana jua pihak yang cuba mengusik dan menganggu Islam. Apa lagi kalau meletakkan kepentingan politik melebihi tanggungjawab kepada agama.
Pada saya tindakan Zulkfili menganggu majlis peguam itu bukan alasan tepat dan besar. Sebaliknya ada alasan lain yang lebih besar untuk bertindak ke atas ahli Parlimen berbadan kecil ini. Dari maklumat dalaman mengatakan beliau kini sedang berura-ura untuk menyelamatkan kerusi Kulim - Bandar Baru. Beliau dikatakan sayang kepada kerusi berkenaan dan bercadang untuk menjadikannya sebagai mata pencarian!
Kerana itu apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim minta agar beliau kosongkan kerusi berkenaan (surrender) dengan petisyen dibuat Datuk Abdul Aziz Fadzil, Zulkifi berhelah dengan macam-macam cara. Tenguklah petisyen itu ditangguh beberapa kali sehingga kini. Akhirnya kerana Anwar sudah terdesak terpaksa meminta isterinya mengosongkan kerusi Permatang Pauh.
Penangguhan perbicaraan petisyen itu ada ceritanya. Khabarnya untuk menyelamatkan kerusi itu Zulkifli sudah berunding dengan pemimpin tertinggi Umno. Katanya beliau telah sekurang-kurang dua kali menemui Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Ada logik dan benarnya cerita ini. Kerana sampai kini petisyen untuk kerusi itu ditangguh dan tidak bergerak langsung sedang petisyen untuk kerusi lain sudah selesai. Selain itu Zulkifli juga tidak rancak seperti dulu turun berceramah atau menghadiri majlis-majlis anjuran PKR atau Pakatan Rakyat. Menyepi saja.
Semasa majlis terbuka Hari Raya, Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah bersama pemimpin PKR di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru semalam kelibat Zulkifli tidak nampak langsung. Biasanya dalam majlis seumpama itu beliaulah yang menyibuk dan ke depan.
Kawan seprofesyennya, Pak Wan Cik Marican ketika ditanya juga menggeleng kepala lebih daripada 10 kali. "Tak tahu ke mana menghilangnya si Zul... dia ni anih dan ganjil sikit," begitulah kata Pak Wan.
Kalau Zulkifli benar bercadang nak tinggalkan PKR demi menyelamatkan kerusinya elok juga beliau percepatkan agendanya itu. Tidaklah pula orang ternanti-nanti mengenai tindakannya itu. Dan tindakan paling baik dan bermaruah ialah kosongkan kerusi berkenaan kalau sudah tidak berminat jadi wakil rakyat. Masih banyak orang lain yang layak untuk mengisi kerusi berkenaan.
Dengan cara dilakukan sekarang ini menyusahkan banyak orang. Khabarnya pengundi di Kulim juga sudah mula bertanya dan mengeluh kesal dengan sikap dan karektor wakil rakyat mereka. Ada yang dikatakan sedang menunggu kepulangan Zulkifli dengan batang kayu!
Dan jika Zulkifili tidak bersama Pakatan Rakyat ini bermakna Pakatan Rakyat hilang satu lagi kerusi setelah tidak dapat mempercayai kerusi Bebas di Pasir Mas berpihak kepadanya. Angka 30 untuk menumbangkan kerajaan BN akan bertambah menjadi 32! - TPT 9/08

2006: SMS antara Najib dgn Shafee



TERJEMAHAN INI AKU CEDOK DARI BLOG ISHAM PASAI DIA RAJIN TERJEMAH. - Junjungan Mulia.
------------------------------------------
Ini adalah terjemahan saya tentang pesanan ringkas diantara talipon Najib 012-214-31-77 dengan Shafee 012-325-70-52.

Tulisan ini telah saya ambil dari laman MalaysiaKini yang telah memungutnya dari laman MalaysiaToday. Saya terjemahkan kerana saya merasa kecewa dan teryanya-tanya kenapa Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menterjemahkan perbualan pesanan ringkas yang besejarah ini.

Saya melakukan terjemahan ini kerana saya adalah pecinta Bahasa Melayu. .

Terjemahan ini adalah sumbangan saya kepada para penulis skrip yang akan datang, agar dapat belajar untuk menghayati cara menulis kata bual seperti ini. Ini adalah kata-kata bual yang suci lagi murni dalam sebauh drama yang seharusnya di namakan Saekor Barua Dengan Tuannya.

Saya menterjemahkan tulisan ini kerana ini sajalah sumbangan yang dapat saya lakukan sebagai pencinta Bahasa Melayu. Kalau terjemahan ini salah maka kesilapan itu bukan kerana pesanan ringkas itu salah tetapi saya yang bebal menterjemah.

Banyak enjaan asli tidak saya ganggu untuk memperlihatkan keaslian.

Bagaimana salinan pesanan ringkas ini didapati, saya pun tidak tahu. Hanya munkee saya yang mahamengetahui.Saya hanya menterjemah.

Walau apa pun ini terimalah sumbangan saya untuk memutabak Bahasa Melayu dan mengolo-gologlobalkan Bahasa Ibunda. Hidup Bahasa Melayu – let’s speak English!

NOTA : SpN = Shafee pada Najib
NpS = Najib pada Shafee
RB = Razak Baginda


RABU 8/11/2006

SpN : 8/11/2006 02:59:31
--> Dato Seri, Pekara Razak Baginda ni menghantui saya. Boleh saya bantu ? Salam, Shafee

NpS : 8/11/2006 03:45:05
--> Kita bincang lewat malam ini.

SpN : 8/11/2006 03:45:31
--> Terima kasih

SpN : 8/11/2006 06:28:56
--> Jumpa pengawai penyiasat hari ini. Kedaan agak Razak Baginda (RB) agar serious. Ke tiga-tiga mereka terlibat. Kes RB ini boleh kita lawan. Ada banyak pekara yang boleh membantu dia. Tapi, Datuk Seri, kita wajib berjumpa kerana banyak perkara yang masih di awang-awang. Tetapi tidak perlu risau. Salam > Shafee

NpS : 8/11/2006 21:06:11
--> Saya telah bercakap degan Ketua Polis Negara. Kamu boleh mewakili dia dan jumpa RB di mahmakah.


KHAMIS 9/11/2006

NpS : 9/11/2006 12:45:30
--> Kalau Rb kena reman hingga hari Ahad, apakah ini bermakna dia akan didakwa pada hari Jumaat atau di bebaskan? Saya harap dia ada harapan yang baik.

SpN : 9/11/2006 13:11:23
--> 3 pekara akan berlaku. Pertama, pendakwa akan meminta tambah masa reman. Kita akan lawan. Kedua, mereka akan bebaskan dia hari Jumaat atau tiga dia akan dituduh pada Jumaat ini. Polis telah membawa dia ke pejabatnya untuk mendapatkan dokumen. Tidak ada apa yang mencurigakan ditemui. Sekarang polis sedang merakam kenyataan dia.Kemudian memeriksa rumahnya. Hingga sekarang semua terkawal, Dato Seri. Salam, shafee

SpN : 9/11/2006 14:09:03
--> Dato Seri, Rujuk: RB – perlu kita berjumpa hari ini. shafee

NpS : 9/11/2006 14:17:47
--> 630 petang di rumah saya di PJ petang ini.

SpN : 9/11/2006 14:18:21
--> Terima kasih

JUMAAT 10/11/2006

NpS : 10/11/2006 15:14:31
--> Ada apa-apa berita tentang RB ?

SpN: 10/11/2006 15:19:40

--> Dato Seri, sedang mengurus untuk pembebasan berjamin. Kalau tidak polis memerlukan 2 atau 3 hari lagi tambahan. Saya rasa ini dilakukan untuk orang ramai agar pihak polis tidak dilihat berat sebelah terhadap VIP yang selalu diberi layanan istimewa. Jadi VIP dalam keadaan ini menjadi satu beban.Kalau tidak kita dilandasan seperti yang kita rancang. Salam, Shafee

NpS : 10/11/2006 15:27:01
--> Terima kasih, dia merasa tertekan mengikut cerita isterinya dan bantuan terbaik ialah jika dia dapat dibebas dengan jaminan secepat Ahad ini.

NpS : 10/11/2006 21:35:52
--> Melihat berita di tv. RB dihantar untuk DNA. Tidak pasti apakah ini perlu.

SpN Date: 10/11/2006 21:40:19
--> Tidak perlu. Tapi saya fikir kerana radang paru-paru. Dia baru sahaja di hantar ke HUKM. Kita akan tahu lebih jelas dari orang dalam kita disana.

SABTU 11/11/2006

SpN: 11/11/2006 03:17:56
--> Dato Seri, Saya telah berada di ccu tingkat 4 hkl. RB telah dimasukkan kerana radang paru-paru, sedikit selsema dan sesak bernafas. Inilah yang menyebabkan dia sakit dada dan batuk berbulan-bulnn yang tak tahu dari mana puncanya. Dia dibawah jagaan seorang physician Dato Dr Jeyaindran Sinnadurai (ketua Jabatan Perubatan) Adalah baik dia berehat disana dan tidak rumah pasong. Dna telah dilakukan untuk melupuskan bahawa dia berada di tempat jenayah dilakukan (pembakaan tidak bersangkaut paut) Perlu berjumpa Dato Seri ada beberapa hal yang timbul. Salam. Shafee

NpS : 11/11/2006 08:54:17
--> Ada peluang dia bebas pada hari Ahad?

SpN : 11/11/2006 08:58:14
--> Polis sepatutnya telah membebaskan dia di tarikh itu kecuali pada hemah saya polis telah diganggu oleh media dan tekanan orang ramai.Ada beberapa fakta yang perlu disampaikan secara pribadi kepada Dato Seri. Dalam hal-hal siasatan, kita masih diatas landasan untuk pembebasan dia.

SpN : 11/11/2006 09:26:52
--> Telah jelas Polis akan meminta sambungan reman esok. Saya akan menentang sekerasnya kerana semua siasatan telah selesai dan siasatan yang memerlukan RB berada dalam tahanan telah juga selesai. Kedua, semenjak kelmarin polis tidak melakukan apa-apa keculi dna. Ketiga, saya merasa kecewa kerana kecuaian polis yang membenarkan 3 tertuduh bercampur bebas justeru merosakan kenyataan yang akan dibuat nanti kemudian kerana mungkin mereka telah ‘dididik bercakap secara berkumpul’. Tetapi ini juga bukti bahawa polis tidak perlu mengurung yang dituduh. Walau pun RB telah digari ke Bilik Siasatan. Salam. Shafee

NpS : 11/11/2006 11:46:48
--> Boleh saya jumpa awak hari ini di rumah Taman Duta saya jam 6 petang.

SpN : 11/11/2006 11:59:08
--> OK Dato Seri.Insyaallah saya akan ke sana.

AHAD 12/11/2006

SPN : 12/11/2006 13:53:41
--> 2 hari penyambungan hingga ke Selasa. Mereka seharusnya telah membebaskan dia di tarikh itu mungkin dengan bersyarat. Polis meminta 14 hari perbicaraan. Dia ada maklumat.

SPN : 12/11/2006 14:06:23
--> Akan sampaikan pada Dato Seri tidak lama lagi.

SpN : 12/11/2006 15:10:17
--> 0320949418

ISNIN 13/11/2006

SpN : 13/11/2006 15:53:36
--> Saya di pejabat sekarang. Sekali lagi pengeledahan. Peguam Negara tidak mahu mendakwa dan kalah satu lagi kes. Adalah satu lagi pandangan yang baik untuk di cadangkan agar teruskan siasatan dan Razak di bebas dengan jaminan Bond.

NpS Tel: 60122143177 Date: 13/11/2006 16:23:29
--> Macam mana dengan pengeledahan itu ?

S2N : 13/11/2006 16:25:56
--> Kami beri mereka macam-macam barang termasuk kertas lama dan buku nota lama dan beberapa kertas bil. Tidak ada apa-apa yang bolih menjadi bahan bukti.

RABU 15/11/2006

SpN 15/11/2006 13:21:32
--> Semuanya seperti yang dijangka. 2 pegawai lelaki dituduh membunuh dengan niat yang sama.Nama Razak tidak disebut. Pegawai wanita dibebas tetapi ditangkap kembali di bawah Undang-Undang Darurat untuk digunakan sebagai saksi pendakwa (tepat seperti yang telah saya nujumkan). Saya berharap RB akan dibebaskan dengan jaminan Bond. Empat orang peguam saya sedang menjadi pemerhati dalm kes bunuh ini.Pekara Rb mungkin timbul esok. Tolong talipon. Shafee. Ps telah pulang dari Taipei

NpS : 15/11/2006 23:31:09
--> Jadi, harap-harapkan dia dibebaskan esok?

SpN : 15/11/2006 23:34:38
--> Dato Seri, saya memandu dari Singapura, tidak ada lagi kapal terbang ke KL malam ini. Harapkan semuanya baik. Ada apa-apa tanda? Shafee

NpS : 15/11/2006 23:36:52
--> Tidak ada dengar apa tentang hal itu hingga kini.

KHAMIS 16/11/2006

SpN : 16/11/2006 10:52:43
--> Ada apa-apa Dato Seri? Saya telah berada di Mahkamah..

NpS: 16/11/2006 10:53:50
--> Minta tolong jangan bercakap dengan media. Saya akan terangkan kemudian. RB akan didakwa atas satu tuduhan yang lain tetapi bukan semuanya gagal.

SpN : 16/11/2006 10:54:30
--> OK, Terima Kaseh

JUMAAT 17/11/2006

SpN : 17/11/2006 10:50:30
--> Dato Seri, adalah amat mustahak untuk bercakap dengan Yusoff Zainal Abidin kerana dia lebih arif dalam perundangan dalam Chambers. Saya cukup yakin dia juga merasa terganggu kerana tidak ada bukti terhadap Razak. Kes Raja Mahani dan Tengku Ariston seharusnya dijadikan panduan untuk Peguam Negara. Mereka tidak perlu menerima satu tamparan lagi setelah kalah yang memalukan dalam kess Pendakwaan Norita, Ariston, Dato Balwant dan yang lain-lain.

NpS : 17/11/2006 11:39:46
--> OK saya akan cuba. Dalam masa yang sama tolong redakan isterinya. Perempuan itu macam dirasuk.

SpN : 17/11/2006 11:41:29
--> Saya sedar Dato Seri. Saya akan lakukan apa sahaja. Salam, Shafee

SpN : 17/11/2006 12:57:49
--> Dato Seri, Razak belum dihantar ke Hospital. Dia masih kurang sihat. Dia enggan mengambil ubatan penjara kerana takut dikhianati.Pengarah Physician GHKL Dato Dr Jaya Sinnadurai terperanjat kerana mereka tidak membawa Razak sekali lagi ke GHKL. Saya telah bercakap dengan Haji Darussalam, Pengarah Penjara . Boleh atau tidak bisikkan pekara ini kepada Dato Radzi Shek Ahmad? Perlu kita berjumpa kerana ada sesuatu yang saya fikirkan telah terjadi sehingga menyebabkan perempuan itu mati. Cukup memeranjatkan jika saya betul. Shafee

SpN : 17/11/2006 15:45:34
--> Dato Seri, saya berada di penjara Sg Buloh. Saya telah mengatur agar Razak di bawa ke HUKL. Dia dalam perjalanan sekarang. Pengarah Hj Darussallam dan timbalan nya Supt Gunasegaran memberi bantuan. Shafee

NpS : 17/11/2006 21:27:02
--> Salam saya untuk dia. Dia sentiasa dalam ingatan saya.

SpN Date: 17/11/2006 21:34:44
--> Akan beritahu pada dia

AHAD 19/11/2006

SpN : 19/11/2006 16:25:08
--> Dato Seri, saya perlukan Dsp Musa , ADC ini perlu menerangkan beberapa pekara. Dia enggan menjawab. Shafee

ISNIN 20/11/2006

SpN : 20/11/2006 13:02:33
--> Ada apa-apa perkembangan Dato Seri? Shafee

NpS : 20/11/2006 14:30:20
--> Belum lagi

SpN : 20/11/2006 14:30:38
--> Terima kaseh

SpN : 20/11/2006 21:05:17
--> Dato Seri, Razak akan dipindahkan ke Sg. Buloh esok. Bolehkah Dr. Jaya melakukan sesuatu?

NpS : 20/11/2006 23:04:50
--> Bila dia akan dipindahkan?

SpN : 20/11/2006 23:05:48
--> Esok

NpSe: 20/11/2006 23:07:01
--> Jam berapa?

SpN : 20/11/2006 23:08:01
--> Kemungkinan lewat pagi

KHAMIS 23/11/2006

NpS Tel: 60122143177 : 23/11/2006 13:46:51
--> Pesanan kamu dibaca " Najib bebas dengan jaminan diri!”.

SpN : 23/11/2006 13:50:00
--> Razak dibebaskan dengan jaminan 1 juta. Diatas bond pribadi. Shafee? Saya minta maaf banyak-banyak kerana kesilapan itu. Sepanjang malam tak tidur menyediakan kes. Minta ampun dan maaf Sir. salam. shafee

NpS : 23/11/2006 14:00:25
--> ALhamdullillah , setidak-tidaknya dia mendapat jamin. Satu kelegaan yang maha besar untuk dia dan keluarganya.

SpN : 23/11/2006 14:02:02
--> Dato, Saya perlu memberi penerangan sebelum bercakap dengan dia.Shafee

NpS Date: 23/11/2006 14:12:32
--> OK tetapi belum ada niat hendak bercakap dengan dia buat masa ini.

SABTU 2/12/2006

SpN : 2/12/2006 18:59:15
--> Dato Seri, telah mendapat maklumat yang agak menakutkan. Dijangkan serious. Akan berada di Taman Duta? Boleh kita berjumpa? Salam, Shafee

SIAPA agaknya Ps yang baru pulang dari Taipei??