8 Nov 2011

Syria masih bergolak !

Keganasan demi keganasan yang berlaku kebanyakkan berlaku di negara Islam. Bukan saja musuh umat Islam dari luar, malahan anasir dalaman sendiri yang meyebabkan keganasan berlaku.

Kita sendiri tidak faham apa yang sedang berlaku di Syria. Dari sudut pandangan mata kasar, pemerintah Syria sendiri yang mengganasi rakyat. Pembunuhan demi pembunuhan rakyat dapat dibaca dari pelbagai sumber berita. Pemerintah Islam yang membunuh rakyat sendiri yang beragama Islam. Persoalannya, kenapa dunia Islam hanya berdiam diri.