23 Jul 2010

Cerita Hantu dari Lim Guan Eng.



In a press conference at Dewan Sri Pinang on 14 July 2010, Chief Minister described UMNO as 'Hantu pun dia, manusia pun dia' because he said on one hand, UMNO is portraying themselves as saviour of Malay kampungs. However, on the other hand, he claimed UMNO merely played up issues of two Malay kampungs while ignoring the other six kampungs in Jelutong which are not Malay populated.

CM Lim asserted that the issue in the eight kampungs in Jelutong is in court and the state cannot intervene at this moment or it will be seen as contempt of court. The land belong to the developers and they have taken the matter to the courts. 

However, Lim said the state will look at it from the social angle and is concerned with the problem.

He also pointed out to the press the problem in Kampung Tanjong Tokong where the land belongs to UDA and the eviction and demolition of the kampung is under UDA. Yet, the state is accused of their action.

8 Jul 2010

Zulkifli Nordin Yang Terus Busuk

petikkan dari:  http://msomelayu.blogspot.com/2010/07/susupan-pagi.html

KEBUSUKAN itu kalau sudah terlalu sangat ia tidak dapat disembunyikan lagi. Usahalah macam mana sekali pun hendak melindunginya ia tetap juga akan berbau. Sebaliknya makin ditutup ia makin melarat. Sudah menjadi sunatulah, bahawa kebatilan itu tidak boleh ditegakkan.

Begitulah apa yang dapat disimpulkan dengan sikap dan tindak tanduk ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin. Busuknya bukan setakat memualkan tetapi sudah ke peringkat memuntahkan. Semasa berlaku tsunami di Aceh dulu saya tiba ke negeri berkenaan ketika mayat bermembekak dan bergelimpangan. Bau mayat Tuhan saja yang tahu. Betapa pun busuk namun bau itu terpinggir juga dari deria rasa dan ingatan saya. Namun kebusukan Zulkifli Nordin ini tidak mahu beralih dari saraf pengalaman saya mengenainya.

Semalam di parlimen tanpa didesak dan diminta sesiapa dia sendiri mengakui berbohong kepada orang ramai di sepanjang kerjaya politiknya. Dia mengakui berbohong mengenai Anwar Ibrahim diracun dengan arsenik. Dia memberi tahu dunia segala apa yang dilemparkan kepada kerajaan sebelum ini ada strategi yang diatur dan disusun oleh Anwar. Nauzubilahimina zalik.

Dia mengakui dialah yang membawa isu Anwar dirancun dengan arsenik. Dia mengakui dia ke depan dalam isu berkenaan. Dakwaan itu betul, cuma yang beluknya dia meletakkan kesalahan itu kepada Anwar Ibrahim yang membuat strategi itu. Dia kata dia disuruh berbuat demikian. Kalau benar Anwar menyuruh dari situ orang sudah dapat merasakan betapa ahli parlimen ini seorang yang pandir dan tidak bertindak mengikut akal yang sihat.

Soalnya benarkan Anwar yang menyuruhnya?

Apa yang diperkatakan Zulkifli dulu, kini dan selamanya (pinjam slogan Umno) adalah temberang besar yang mungkin sudah tercatat di langit akhirat mengenai Zulkifli Nordin.
Catatan ini kabur untuk dilihat hari ini tetapi ia akan menjadi besar dan terang bersama segugusan pembohongan beliau yang akan datang dari masa ke semasa. Tengoklah...apa yang berlaku seterusnya.

Hari ini dia mengakui dia silap dan telah menyesali atas apa yang berlaku. Betulkah dia menyesali dan insaf. Saya yang mengenali dia secara peribadi tidak fikir dia akan insaf. Kalau dia benar-benar kesal dan sudah bertaubat dia tidak permainankan Tuhannya. Kerana hari ini dia terus galak dan mencipta pembohongan demi pembohongan baru bagi menghidupkan aksi politik munafiknya. Semoga Tuhan akan memaafi saya kerana pernah membawa manusia ini berteleku di hadapan Kabbah 12 tahun lalu.

Apakah wakil rakyat bebas ini sudah memohon keampunan atas apa yang berlaku? Mungkin! Tetapi bila sekali lagi dia menyalahkan Anwar terhadap tindak tanduknya itu, menyebabkan kita keliru apakah dia insaf atau pun bertaubat atas perbuatan beliau itu.

Apa yang berlaku ke atas Zulkifli itu umpama tangki najis di belakang rumah yang sudah penuh dengan tahi. Ia sudah sebak dan melimpah. Walaupun ditutup tetapi ia membuak-buak ke atas juga. Kita percaya Zulkifli cuba menutup segala kebusukan sejak beliau berpaling tadah dan pelahap dengan wang dari UBN dan demi mengekalkan kedudukannya sebagai ahli parlimen.

Tetapi kerana ia terlalu banyak menyebabkan tidak mampu melindungi. Beranikah dia menanfikan beberapa perjanjian dan persetujuan yang beliau sebut dan buat dengan Najib Razak, dan seorang menteri? Saya dengar dan saya ingat semuanya. Buat masa ini saya tidak tergamak untuk memperkatakannya.

Umpama tangki najis tadi ia melimpah dan terkena ke atas batang hidungnya sendiri. Sebab itu saya kata dia ini umpama bunga kembang pagi saja. Molek dan cantiknya setakat pukul lapan, tetapi akan kecut menjelang tengah hari dan akan hancur bila tiba waktu Asar. Kini periodenya untuk menempuh kehancuran. Habis saja penggal parlimen ke 12 ini maka masuk kuburlah Zulkifli bersama geng-geng bebas yang lain. Usah risau saat itu nanti sama-samalah kita mentalqinkan mereka.

Mengenai kebejatan dan kebajiangan politik beliau ini saya sudah meramlkan setahun sebelum beliau membuat onar melarikan diri. (Baca semua posting saya mengenainya). Malangnya ada penyokong Pakatan Rakyat yang otak kemetot menuduh saya membuat fitnah. Hari ini dunia mengetahui apakah yang saya spekulasi itu fitnah atau apa?

Teringin saya mendengar ulasan si otak kemetot berhubung dengan kedudukan Zulkifli Nordin hari ini ataupun tentang maruah dan wibawa politiknya. Apakah dia masih balik ke Kulim dan masih memegang tongkat di mimbar menyampaikan khutbah Jumaat? Atau pun masih mengadakan ceramah dan kuliah agama di serata surau dan pejabat kerajaan dan swasta dengan mendapat wang seratus dua yang kononnya untuk diberikan kepada parti? Ceritalah.

Dengan gelagat dan kebusukan yang Zulkifli lumurkan sendiri pada dirinya itu, marilah kita tutup kisah si budak kecil ini. Biarlah dia bermain dengan guli-guli politiknya di bawah rumah. Penyokong Pakatan Rakyat khasnya dan rakyat umumnya jangan terkilan dan sedih atas apa yang berlaku. Sama-sama kita dengar suatu hari nanti mengenai berita Zulkifli Nordin terlekat biji guli di tengkok dan akan diketawakan di segenap jalan yang dilewatinya.

6 Jul 2010

Malaysia Bankrap - suatu fakta

http://tukartiub.blogspot.com/2010/07/satu-pandangan-tentang-ekonomi.html

Idris Jala berkata bahawa dalam masa yang tidak lama lagi negara kita ini boleh jatuh bangkrap atau muflis. Sebenarnya ini satu kenyataan yang jujur. Susuk yang bernama Idris Jala ini bukan orang politik. Susuk ini tidak diundi oleh orang ramai untuk dijadikan pemimpin. Susuk ini seorang birokrat. Justeru apa yang disuarakan adalah pandangan seorang professional birokrat bukan huh hah huh hah dari seorang politikus.

Tidak ada perhitungan politik dalam kenyataan Idris Jala. Apa yang di luahkan adalah hasil dari rumusan pembacaan angka dan fakta. Angka dan fakta yang dianalisa untuk memberikan pandangan masa depan ke atas ekonomi negara ini. Pandangan Idris Jala ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan politik ketua Umno bahagian Bacok atau berkait dengan cita-cita bekas Mufti Perlis menghantar kuda-kudanya menyelam ke dalam Umno.

Kenyataan Idris Jala ini telah disangkal. Diperlekeh. Dipertikai. Ramai diantara kita kurang sedar bahawa kebenaran jika kita tidak menyedarinya tidak bermakna kebenaran itu tidak wujud. Kebenaran itu tetap wujud tanpa kita sedar atu tidak.

Banyak warga terlupa kenyataan Najib Razak ketika bahan bakar minyak petrol hendak dinaikkan empat tahun dahulu. Najib telah mengajukan agar kita mengubah gaya hidup. Tapi yang amat penting dalam kenyataan ini ialah negara Malaysia akan menjadi negara pengimpot minyak pada tahun 2016. Ini bererti ‘Puncak Minyak – Peak Oil’ telah melintasi Malaysia.

Saya telah menulis banyak tentang ‘ Puncak Minyak’ dan Hubbert Peak Oil Theory. Saya telah meneliti fakta, angka dan kenyataan dari orang-orang penting yang bersangkutan dengan minyak. Orang-orang ini juga mengendalikan risikan pertahanan, kelengkapan ketenteraan yang berkait rapat dengan pengeluaran bahan bakar petrol. Semua yang saya baca dan fakta yang ditemui telah meyakinkan saya bahawa dunia telah melintasi puncak minyak.

Melintasi puncak minyak bermakna bekalan bahan bakar minyak semakin susut dan berkurangan. Jumlah bekalan minyak ini kian susut hari demi hari. Satu demi satu negara pengeluar dan pengekspot minyak kini berubah menjadi negara pengimpot minyak. Pada tahun 2016 malah mungkin lebih awal lagi – kita juga akan menjadi negara pengimpot minyak.

Apa sangkut paut minyak, Hubbert Peak Oil Theory atau risikan perang dengan kenyataan Idris Jala yang mengatakan Malaysia akan jatuh bangkrap? Jawabnya: semua ini sangkut bersangkut dan kait mengait.

Memahami politik dan ekonomi sebenarnya adalah keupayaan kita untuk menyambungkait - fakta ekonomi, fakta politik, kenyataan resmi, babak politik dan ucapan ucapan dari ahli politik dan dari pakar ekonomi. Semua ini bukan fakta atau angka-angka rahsia. Kita boleh membacanya dan meneliti data-data dari media arus perdana. Memang betul kalau kita kurang arif maka kita akan melihat fakta ekonomi, kenyataan politik dan ucapan politikus ini terpisah-pisah, bersimpang siur tidak tentu hala. Sebenarnya tidak.

Apa yang wajib kita lakukan ialah menyambungkan semua ini - menyusun dan mengaturnya secara linear untuk menjadi satu cerita. Dalam keilmuan moden - naratif /cerita ini dipanggil political ekonomi - satu cabang ilmu dimana politik dan ekonomi tidak dapat dipisah-pisahkan. Malah politik itu dilihat sebagai jurumudi untuk ekonomi.

Dari pengamatan dan pembacaan – saya cukup yakin bahawa ekonomi kapitalis hari ini sedang mengalami satu krisis yang paling tenat. Bila saya katakan krisis ekonomi kapitalis ini yang menjadi jurutunjuknya ialah ekonomi Amerika Syarikat. Krisis yang melanda ekonomi Amerika Syarikat hari ini lebih tenat dari krisis di zaman ‘Depression’ atau zaman meleset tahun 1929 dahulu.

Semenjak September 2008 dahulu sistem ekonomi kapitalis telah diserang oleh satu demi satu permasaalahan. Bermula dengan bocornya dana cagaran – apabila si pehutang pembeli rumah tidak lagi sanggup membayar. Rumah-rumah dirampas oleh bank. Rumah-rumah yang dimiliki oleh bank ini bertimbun-timbun sehingga memufliskan bank. Ini dipanggil fenemona ‘sub-prime loans’.

Sesudah bank jatuh bankrap, diikuti pula dengan tertutupnya lembaga dana gergasi – Goldman Sachs - yang selama ini menjalar dan menelan keuntungan berbilion dollar. Kedudukan Wall Street menjadi goncang – bank pelaburan dan ‘hedge fund’ jatuh muflis. Tidak cukup dengan ini timbul pula masaalah bank tidak cukup kecairan ringgit dan sen untuk terus beroperasi dengan pelanggan.

Seorang Mamat telah dilanggar kereta , apabila dibawa ke hospital ambulan pula berlanggar, sesampai ke hospital – hospital terbakar. Cari tuan doktor tak jumpa-jumpa kerana semua tuan doktor telah membunuh diri. Metapora ini pun masih belum cukup penuh untuk menggambarkan betapa besarnya krisis ekonomi Amerika Syarikat hari ini.

Lihat dan baca - G8, G10, G 37, G200, G3000 dan pelbagai macam G telah dan sedang bersidang dalam usaha mencari jalan untuk menyelesaikan masaalah ekonomi kapitalis ini. Mesyuarat demi mesyuarat. Konferensi demi konferensi. Persidangan demi persidangan telah diadakan.

Pelbagai cadangan telah diajukan. Beberapa cadangan telah diterima dan dijalankan. Kongres Amerika telah meluluskan 700 bilion dollar untuk menutup hutang yang bocor. Banyak syarikat telah jatuh muflis. Duit sebanyak ini hanya menangguh kan bisul yang akhirnya akan meletus. Akhirnya masalah yang sama telah melimpah ruah ke Eropah.

Pada ketika ini Bank Dunia, IMF dan lembaga-lembaga pemikir puak kanan telah mencadangkan agar dasar - berjimat cermat – dijalankan untuk meredakan keadaan gawat ekonomi yang berpanjangn ini. Di Eropah, negara pertama yang jadikan ‘ tikus percubaan ‘ ialah Greece kerana negara ini dikatakan ekonominya hampir lungkup. Hutang negara telah bertimbun tambah dan Greece tidak ada keupayaan untuk membayar bukan ibu hutang tetapi bunga. Jika Greece tidak diselamatkan penyakit ini akan merebak ke Sepanyol dan Itali.

Apa sebenarnya dasar ‘berjimat cermat’ ini? Jimat cermat bermakna kaum buruh dan warga Greece yang bekerja tidak ada lagi ‘overtime’, tidak ada lagi cuti bergaji, bayaran insuran perubatan dinaikkan, duit pencen dipotong, sumbangan KWSP majikan dikurangkan, banyak sokongan ekonomi akan dilupuskan. Belanjawan negara akan dikurangkan – semaksimun yang boleh.

Bila ‘berjimat cermat’ ini diajukan jawapan rakyat Grece ialah turun ke jalan raya. Ini kerana rakyat biasa merasakan yang mereka telah dipaksa mengikat perut walhal bank-bank, syarikat besar dan gedung-gedung perniagaan tidak pula dinaikan cukai. Malah diketahui umum syarikat-syrikat ini ada pelbagai cara untuk mengelak dari membayar cukai. Malah syarikat-syarikat inilah yang sering melakukan pembocoran ekonomi.

Bila sampai ke babak ini maka kita bertemu kembali dengan al-kesah Idris Jala. Susuk yang bernama Idris Jalan ini sedia memahami bahawa bencana ekonomi yang sedang dihadapi oleh Greece akan sampai juga ke Malaysia. Hanya masa yang akan menentukan.

Seperti di Greece kita sedang melihat beberapa suara telah mencadangkan ajenda ‘berjimat cermat’ dan ‘mengikat perut’. Menteri Telor dan Gula Sabri Yacob telah beberapa kali menyatakan bahawa subsidi akan di tarik balik. Najib juga telah berkata bahawa berbilion ringgit duit yang digunakna untuk subsidi tidak baik untuk ekonomi negara. Suara suara sumbang menyokong langkah ‘berjimat cermat; ini telah mula kedengaran. Berkali-kali rakyat seluruh Malaysia dingatkan bahawa subsidi bahan bakar minyak akan menempangkan ekonomi negara.

Austerity atau dasar berjimat cermat adalah ajenda IMF dan Bank Dunia. Dasar ini diajukan - atau dipaksakan - kepada kerajaan. Kerajaan akan dipaksa untuk mengurangkan perbelanjaan negara. Mengikut sefer IMF dan Bank Dunia perbelanjaan kerajaan memberi subsisdi kepada rakyat ini tidak sehat untuk perkembangan ekonomi.

Dalam sistem ekonomi kapitalis tidak harus ada subsidi – subsidi merosakan pasaran. Mengikut IMF pasaran akan mencari harga dan memberi penilaian terhadap barang-barang – inilah apa yang dikenali sebagai perdagangan bebas atau ‘free trade’.

Idris Jala pasti telah melihat data, angka dan statistik ekonomi negara dengan lebih teperinci. Angka dan statistik negara yang sulit-sulit juga pasti telah berada diatas meja Idris Jala. Dia juga pasti telah menghitung hutang negara, bond yang telah sampai masa untuk dibayar, duit simpanan negara dan emas negara. Setelah meneliti semua ini maka adalah tidak silap apabila Idris Jala membawa berita bahawa Malaysia boleh jadi macam Greece dalam masa beberapa tahun lagi.

Sayangnya politikus akan menembak mati si pembawa berita – jika berita itu tidak sedap didengar. Atau jika berita itu menganggu keseronokan politikus yang sedang berpesta mengelentong orang ramai. (TT)

2 Jul 2010

Najib penakut ke?



Tukar SUK, Pegawai Kewangan dan Penghulu

Di Kedah bukan setakat SUK yang kena tukar tapi juga penghulu mukim. Penghulu di Kedah sekarang adalah lantikkan oleh kerajaan BN yang lalu. Kalau bukan penyokong kuat UMNO tak kan dapat jadi penghulu. Bila PR menawan kedah dalam PRU lalu penghulu-penghulu ini tetap kekal, dibayar gaji oleh kerjaan negeri, tapi kesetiaan masih berkhiblat kepada UMNO.

Dah banyak rahsia pentadbiran kerajaan negeri yang di bocorkan oleh mereka.

(http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/)



J CODE

Jika J-code ini dilaksanakan agaknya kes pembunuhan Altantuya akan masuk dalam senarai atau tidak?