31 Jul 2009

Promosi perhimpunan anti ISA 1 Ogos 09

clipped from www.youtube.com
 blog it

H1N1 menular di Seberang Perai

clipped from www.utaraonline.net
" SELURUH warga Seberang Perai harus berhati-hati kerana HINI telah menular hebat di kawasan tersebut. Menurut sumber yang boleh dipercayai, kini terdapat 17 orang mangsa yang sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya.
Menurut sumber itu kesemua mangsa itu datangnya daripada Politeknik Seberang Perai dan kini seorang mangsa dikatakan kritikal. Sehubungan itu Politeknik Seberang Perai telah ditutup.
Selain Politeknik Seberang Perai, UITM di Permatang Pauh, Maktab Rendah Sains Mara di Kepala Batas, Sekolah Teknik Nibong Tebal dan sebuah sekolah di Telok Air Tawar juga ditutup.
 blog it

28 Jul 2009

Selangor Menanti Kedah Pula Menunggu.

Assalammualaikum
 
Dalam minggu yang berlalu bermula dari PRK Manek Urai hingga kepada kes kematian mendiang Teo Beng Hock setpol kepada Exco selangor yang juga merangkap Adun Seri Kembangan di Pejabat SPRM di Bangunan Masalam Shah Alam. Maka rancaklah media samada dari Bloggers dan Media Gila gerombolan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia. Banyak Pro dan kontranya. Yang pastinya telah terbongkarnya satu konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan pakatan rakyat Selangor.

Ameno dan gerombolan ini menggunakan modus operandi yang sama sebagaimana mereka menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak iaitu isu RASUAH. Tiada isu lain yang boleh memerangkap Adun Pakatan Rakyat. Nak menggunakan isu skandal sex tak ada Adun Pakatan yang maniac atau pun yang kaki sex cuma ada pun yang terselak kain sikit sahaja dan bila isu ini dimainkan tidak meninggalkan kesan atau tidak menjadi kudis bisul sebagaimana Pimpinan gerombolan yang bisulnya bukan sahaja pecah tapi nanahnya memancut keluar membusuk seperti dalam rakaman DVD yang tersebar.

Jadi isu yang perlu dimainkan adalah rasuah walau pun kononnya rasuah menggunakan wang peruntukan Negeri yang amatlah ciput tapi diwar warkan seolah olah satu kesalahan yang amat besar seperti yang didedahkan oleh DSAI di Yayasan Al Nadoh Penanti baru2 ini.Kononnya rasuah adalah  pembelian bendera yang berjumlah RM 2,380.00. Punyalah ciput dan mangkuk ayun sungguh  bagi yang melapurkan kesalahan tersebut pada SPRM sehingga berlakunya kes kematian seorang pembantu Adun seperti yang dilapurkan.

Apalah kesalahan kes ini kalau nak dibandingkan dengan nilai pembinaan sebuah mahligai Bekas Menteri Besar Selangor yang berjumlah RM 24 juta seperti yang didedahkan oleh Adun Sekincan tapi tidak pula disiasat begitu juga dengan penyalah gunaan serta boros wang peruntukan Negeri selangor sebanyak RM23 juta yang dihabiskan dalam tempoh 3 bulan sebelum Selangor jatuh pada Pakatan Rakyat.Senyap sunyi SPRM.......Maka dengan kejadian kematian Setpol Adun Seri Kembangan itu menyebabkan Gerombolan terkedu sementara dengan cita2 mereka untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
 
             Walau pun mereka terkedu dan tersentot sementara di Selangor tapi cita2 besar mereka masih berjalan dan menjalar. Tumpuan Gerombolan adalah KEDAH. Negeri yang bakal menjadi kaya apabila HUB Petroleum yang bernilai berbilion ringgit akan diujudkan di Daerah Yan,Kedah. Maka meleleh lah air liur basi pimpinan gerombolan bila terbayangkan pendapatan yang bakal diperolehi oleh kerajaan Negeri Kedah kelak. Dan mengikut perkiraan mereka Kedah lagi mudah ditawan kerana ada Adun2 yang telah sedia untuk melompat macam katak pisang yang melekat di dedaun pisang. Tambahan pula juga terdapatnya Adun Pakatan yang telah disoal siasat oleh SPRM diantara 2 atau 3 kali. Pejabat Adun merangkap Exco itu juga telah diserbu.

Jadi makin mudahlah kerja buat gerombolan ini. Tapi yang menariknya diakhir akhir ini bukan sahaja khabar2 angin ini bertiup merangkumi hanya Adun2 PKR sahaja. Khabarnya terdapat 3 Adun PAS juga telah dipancing agar melompat sama agar Kerajaan  Pakatan Rakyat tumbang di Kedah. Bunyinya macam tak munasabah tetapi tidak mustahil perkara ini berlaku. Jadi Pesanan dibuat agar Pimpinan PAS Negeri memerhatikan setiap Adun mereka terutamanya yang bermasaalah samada di peringkat Kawasan atau DUN masing2.

Terutama Adun yang kalah dalam perebutan untuk menjadi Yang DiPertua Kawasan. Tapi terpulanglah pada Pimpinan Negeri untuk mempercayai perkara ini. Kalau dulu Gerombolan memerlukan 5 Adun untuk mengambil alih negeri tetapi kini seramai 8 Adun telah dihubungi untuk merealisasikan impian Pimpinan Ameno yang diterajui oleh Ketua Perhubungan Negeri Kedah yang baru.

Jadi awasilah semua adun Pakatan agar jangan terbabit dengan Rasuah atau penyalah gunaan wang dan kuasa yang telah diberi walaupun sekecil zarah agar tidak akan diambil kesempatan oleh pihak Gerombolan Ameno dengan kerjasama SPRM dan ahli komponen mereka yang lain.Kerana bagi gerombolan isu RASUAH dan SKANDAL SEX adalah perangkap mudah mereka untuk menjatuhkan musuh politik mereka. Walau pun Rakyat tau perkara keji ini adalah kerja buat, amalan dan mainan pemimpin mereka sendiri. Ingatlah jika DSAI didapati bersalah dan dipenjarakan maka akan memudahkan lagi tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Pelanduk selalu melupakan jerat yang dipasang tetapi jerat tidak akan melupakan pelanduk selamanya. Berkidmatlah untuk rakyat yang memilih kamu semasa PRU 12 yang lalu.Jangan ada lagi wakil Rakyat seperti ahli Parlimen Kulim. Gerombolan ketawa berdekah dekah kononnya mereka akan menang mudah pada PRU ke 13 yang akan datang dengan perangai MP yang ada. Jadi renung dan fikir2kan lah........
 
 
Jin Brabus



22 Jul 2009

Apa yang cuba dilakukan oleh SPRM di Selangor




Sebahagian dari anda mungkin merasakan bahawa video MACC Downfall Parody tidak sesuai ditayangkan. Maksud saya, kita sepatutnya menghormati beliau, bukan mempersendakan kematian beliau. Ya, ia merupakan satu keputusan yang sukar sama ada perlu atau tidak video itu sisiarkan. Tetapi kami melakukannya juga, bukan dengan niat untuk mempersendakan..tetapi untuk menyatakan keadaan yang sebenarnya berlaku disebalik kematiannya. Dan video tersebut menceritakan dengan jelas disebalik apa yang terjadi.

Beberapa bulan lalu, sebaik sahaja selepas kejatuhan Perak, malaysia Today mendedahkan satu perancangan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Malangnya, Pakatan rakyat tidak mengambil langkah-langkah untuk memperkuatkan Pakatan, sebaliknya terlibat dalam persengketaaan sesama sendiri. Dan kebanyakan daripada sengketa tersebut adalah soal-soal remeh yang melibatkan ego dan personaliti masing-masing.

Perak hanya lah permulaan, Selangor, Penang dan Kedah akan menyusul. Akhirnya, semua negeri dibawah Pakatan rakyat, kecuali Kelantan akan kembali jatuh ketangan Barisan Nasional.

Perancangan di Selangor mudah saja. Menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa EXCO yang lain akan ditangkap dan didakwa atas alasan-alasan rasuah. Mereka akan ditahan selama mungkin beberapa hari didalam lokap dan kemudiannya dibawa kemahkamah. Perbicaraan akan berlangsung sepantas kilat, dimana mereka perlu meletak jawatan atau pun hilang kelayakan. Dengan itu, tamatlah riwayat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Modus Operandi yang dibuat sama dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Seseorang itu tidak perlu menerima wang ataupun mendapat keuntungan kewangan untuk disabitkan dengan rasuah. Malah kalau pejabat anda digunakan untuk mengarahkan seseorang untuk melakukan sesuatu - walaupun tidak ada transaksi kewangan - itu pun boleh dianggap rasuah dan anda boleh dipenjarakan.

SPRM telah diarahkan untuk mencipta kes terhadap beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Selangor. dari Menteri Besar hingga lah kepada Ahli EXCO. Dan untuk mensabitkan pemimpin ini dengan rasuah, pegawai-pegawai yang lebih junior akan ditahan dan dipaksa membuat kenyataan bahawa ketua mereka telah mengarahkan mereka ‘melakukan sesuatu’. Ini akan digunakan sebagai bukti untuk menangkap dan mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat.

Perlu diingat, Anwar Ibrahim telah ditangkap, didakwa, didapati bersalah dan dipenjara selama 6 tahun dengan cara yang serupa! Apa yang perlu mereka lakukan ialah dengan mendedahkan bahawa Anwar telah mengarahkan Cawangan Khas untuk ‘campurtangan’ dalam siasatan polis. Dan itu sudah merupakan bukti yang kuat untuk menghantar Anwar ke penjara.

Semua ini terdedah semasa perbicaraan Anwar pada tahun 1998 walaupun ramai tidak memahami akibatnya waktu itu. Pegawai cawangan Khas memberi keterangan bahawa Anwar telah memanggil mereka kepejabatnya. Dan semasa didalam pejabat Anwar, mereka berbincang. Dan perbincangan tersebut berkisar tentang Anwar mengarah Cawangan Khas untuk memaksa Azizan Abu Bakar untuk menarik balik tuduhan liwatnya.

Setiausaha politik Anwar pada masa itu, Azmin Ali, memberi keterangan bahawa Anwar tidak memanggil pegawai cawangan Khas kepejabatnya. Mereka sebenarnya datang kepejabat Anwar dan memohon untuk berjumpa Anwar. Azmin memberitahu bahawa Anwar sibuk dan tidak dapat menemui mereka tetapi mereka memberitahu Azmin bahawa perkara itu penting dan mendesak supaya mereka dibenarkan berjumpa Anwar.

Dan apabila mereka berjumpa Anwar, mereka cuba untuk mempengaruhi Anwar untuk membenarkan mereka menahan azizan supaya mereka boleh menyoalsiasat dan mengetahui siapakah ‘kuasa’ dibelakang tuduhan liwat tersebut. Tetapi Anwar keberatan untuk membenarkan mereka dan memberitahu bahawa dia memerlukan masa untuk memikirkannya.
Anwar kemudiannya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dr. mahathir dan meminta nasihat. Mahathir menasihatkan Anwar untuk membiarkan saja tuduhan tersebut. Mahathir mengatakan, kalau Anwar mahu bertindak pada setiap tuduhan, mana mungkin mampu melakukan kerja-kerja yang lain.

Pegawai Cawangan Khas kembali menemui Anwar dan Anwar memberitahu mereka apa yang dikatakan oleh Mahathir. Pegawai cawangan Khas, walaubagaimanapun, berkeras meminta Anwar membenarkan mereka menahan Azizan. Perkara ini melibatkan ‘keselamatan negara’. Ia bukannya tentang Anwar tetapi tentang ‘beberapa kuasa’ yang merancang untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri dan adalah penting untuk polis mengetahuinya demi keselamatan negara.

Akhirnya Anwar tidak mempunyai pilihan melainkan bersetuju.

Isunya mudah. Adakah Anwar mengarahkan Cawangan Khas kepejabatnya atau mereka yang datang berjumpa Anwar? Dan adakah Anwar yang mengarahkan mereka menahan Azizan atau Cawangan Khas yang meminta kebenaran untuk menahan Azizan?

Anwar and Azmin said it was the Special Branch officers who came to Anwar’s office and it was they who insisted that they meet Anwar. Anwar did not summon them to his office. And Anwar did not agree for them to arrest Azizan. It was the Special Branch that insisted Anwar allow them to arrest Azizan. But before they could do that Anwar would first have to make a police report.

Anwar dan Azmin memberitahu bahawa pegawai Cawangan Khas yang datang kepejabat Anwar dan merekalah yang mendesak untuk berjumpa Anwar. Anwar tidak menjemput mereka dan Anwar tidak bersetuju untuk mereka menangkap Azizan. Sebenarnya, Cawangan Khas lah yang mendesak untuk membenarkan mereka menahan Azizan Tetapi sebelum mereka melakukan perkara tersebut, Anwar perlu membuat laporan polis terlebih dahulu.

Mahkamah menerima hujah Cawangan Khas, bukan hujah Anwar dan Azmin walaupun semasa perbicaraan, pegawai Cawangan Khas menyatakan bahawa mereka sanggup menipu kalau diarahkan berbuat demikian. Apapun, Anwar didapati bersalah dan dihantar kepenjara.

Tak susah untuk menghatra seseorang kepenjara kerana rasuah. Apa yang diperlukan ialah untuk mendapatkan seseorang untuk memberi keterangan bahawa seseorang telah mengarahkan dia untuk ‘melakukan sesuatu’. Dan sekiranya ’sesuatu’ itu dianggap menyalahgunakan kuasa, seseorang itu boleh dipenjarakan.

SPRM mahukan Teoh berkata bahawa dia juga telah diarahkan untuk melakukan ’sesuatu’ oleh mereka didalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Sekiranya dia berkata sesuatu, maka SPRM mempunyai kes terhadap pemimpin Pakatan Rakyat. Dan mereka mahukan semua ini dilakukan dengan cepat. Ianya mesti diselesaikan sebelum Jumaat kerana itu merupakan hari dimana Tan Sri Khalid dan beberapa ahli EXCO akan ditangkap.

SPRM terpaksa bekerja overtime. Tarikh akhir ialah Jumaat. Mereka mahukan Tan Sri Khalid ditangkap pada hari tersebut. Dan mereka akan melakukan kekerasan terhadap Teoh, jika perlu, untuk memaksa Teoh melakukan apa yang dimahukan oleh SPRM.
Dan didalam keghairahan mereka untuk memaksa Teoh…mereka membunuhnya. Saksi terpenting kini sudah mati. Dan mereka tidak dapat menangkap Tan Sri Khalid dan ahli-ahli EXCOnya pada hari Jumaat seperti yang dirancangkan.

Kini…SPRM terpaksa merancang kembali. Mereka kini memerlukan seorang ’saksi’ baru. Beberapa pegawai junior didalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor perlu ditahan sebagai saksi dan mereka akan dipaksa memberi keterangan bahawa mereka telah di’arahkan’ untuk melakukan sesuatu oleh ‘pemimpin tertentu.’ Kemudian, ‘pemimpin’ tertentu ini akan ditahan dan didakwa kerana rasuah. Ketika itu, Pakatan rakyat selangor akan digulingkan.

Ya…tontonilah MACC Downfall Parody sekali lagi. Ada banyak kebenaran dalam gurauan tersebut. Video tersebut mungkin lucu seolah-olah satu gurauan. Tetapi ia bukanlah sebenarnya lucu terutama dalam usaha SPRM untuk menumbangkan Pakatan Rakyat Selangor.

Konspirasi ke-2, fakta yang perlu kita tahu.


Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun 1998, kini berulang sekali lagi dan adalah merupakan kesinambungan agenda jahat segelintir pihak polis dan pendakwaan tertentu. Jika kita teliti, terdapatnya hubungkait yang jelas diantara kes-kes tahun 1998 dengan Kes Terkini yang mendakwa kononnya Dato' Seri Anwar Ibrahim meliwat Mohd Saiful Bukhari. Taktik tipu helah dan pemerdayaan telah digunakan di dalam Kes Terkini sepertimana digunakan sejak tahun 1998 bagi memenjarakan Dato' Seri Anwar dengan apa cara sekali pun. Ini adalah konspirasi politik yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi di dalam negara yang tidak mahu kerja-kerja kotor mereka didedahkan oleh Dato' Seri Anwar kepada rakyat.

Berikut didedahkan kisah sebenar konspirasi politik yang perlu diketahui rakyat Malaysia agar mereka tidak terus tertipu dengan pemerdayaan serta tipu helah fakta sebenar melalui media massa yang dimanipulasi oleh pihak tertentu.

Semuanya bermula dari tahun 1998, pada era pemerintahan Tun Mahathir Mohamad.

Pada sekitar tahun 1998, Dato' Seri Anwar telah dijadikan mangsa politik dengan dipertuduhkan dengan pertuduhan-pertuduhan rasuah serta kes liwat yang mana salah satu daripadanya pun tiada kebenarannya.

Pertuduhan-pertuduhan tersebut bermaksud mematikan karier politik Dato' Seri Anwar dengan melakukan pelbagai cubaan yang berniat jahat. Pelbagai percubaan-percubaan dan tindakan-tindakan memalsukan keterangan dilakukan dengan memperalatkan institusi-institusi kerajaan seperti Polis, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kimia dan lain-lain.

Selain dari Dato' Seri Anwar, beberapa sahabat serta kenalan beliau iaitu Dato' Nallakaruppan, Sukma Darmawan, Munawar Ahmad Anees dan Mior Abdul Razak telah menjadi mangsa politik jahat dengan tujuan menganiaya Dato' Seri Anwar. Mereka ini telah diperlakukan seperti binatang dan dizalimi secukupnya bagi mencapai matlamat pihak pendakwaan.

Pada tahun 1998 semasa siasatan Kes Rasuah, pihak pendakwaan dengan kerjasama pihak polis telah menggunakan tipu helah dan pemerdayaan untuk mendapatkan sampel darah Dato' Seri Anwar. Semasa di Hospital Kuala Lumpur, Dato' Seri Anwar telah memaklumkan Dr Halim Bin Mansar bahawa beliau enggan beri sampel darah bagi tujuan analisa DNA, ini adalah kerana beliau telah mensyaki akan berlakunya pemalsuan dan perekaan keterangan. Dato' Seri Anwar kemudiannya bersetuju memberikan sampel darah apabila diberitahu Dr Halim bahawa ianya hanya untuk ujian HIV, Hepatitis B dan VDRL sahaja dan bukan untuk tujuan lain.

Seorang pakar forensik dari hospital yang sama juga iaitu Dr Zahari bin Noor telah memberi keterangan bahawa beliau telah menasihati pihak polis agar tidak menggunakan sampel darah tersebut untuk analisa DNA. Pihak polis yang penuh dengan muslihat tetap menggunakannnya walaupun keizinan Dato' Seri Anwar hanya terhad untuk ujian HIV, Hepatitis B dan VDRL. Sampel darah tersebut telah diambil tanpa kebenaran Dr Zahari oleh pegawai polis bernama Mohd Rodwan Mohd Yusof. Ini adalah jelas bahawa sampel darah tersebut telah diperolehi melalui tipu helah serta pemerdayaan untuk tipu helah dan pemerdayaan seterusnya.

Dengan menggunakan sampel DNA tersebut, pihak pendakwaan mengemukakan keterangan untuk membuktikan bahawa Dato' Seri Anwar kononnya pernah menjalinkan hubungan seksual dengan wanita lain dan mengemukakan satu tilam yang kononnya mempunyai kesan-kesan seminal yang mengandungi profil DNA lelaki dan perempuan. Semasa pemeriksaan balas, keterangan ahli forensik Lim Kong Boon telah diputar belitkan serta dikeluarkan dari rekod mahkamah. Ini adalah kerana wujudnya kenyataan yang meragukan oleh ahli forensik tersebut bahawa sampel DNA tersebut mungkin telah diletakkan (planted) oleh pihak ketiga ke atas tilam tersebut. Dalam erti kata lain, beliau tidak dapat mengesahkan samada kesan-kesan tersebut adalah melalui aktiviti hubungan seksual ataupun tidak serta mengakui keterangan mengenai kononnya terdapat kesan air mani itu bukanlah berasaskan pemeriksaan saintifik tetapi melalui keterangan dengar-kata pihak polis.

Barisan peguam Dato' Seri Anwar kemudiannya telah mengemukakan keterangan serta berjaya mencabar kredibiliti saksi-saksi pendakwaan. Antaranya:
  • keterangan berhubung konspirasi politik
  • keterangan berhubung kredibiliti saksi pendakwaan khususnya Ummi Hafilda; dan
  • keterangan berhubung dengan pemalsuan keterangan
Namun, Mahkamah memutuskan keterangan-keterangan tersebut adalah tidak relevan dan membuat keputusan mengeluarkannya daripada rekod Mahkamah. Tindakan tersebut dengan jelas menunjukkan percubaan memastikan Dato' Seri Anwar disabitkan kesalahan dengan apa cara sekali pun.

Di dalam Kes Liwat, keterangan Azizan Abu Bakar yang penuh palsu telah diperolehi melalui manipulasi dan tipu helah oleh pihak polis dan pendakwaan. Ini jelas dilihat apabila pihak pendakwa berulang-kali meminda pertuduhan dan tarikh kejadian dalam pertuduhan tersebut semata-mata untuk mendapatkan sabitan palsu. Dalam kes tersebut, kejadian dalam pertuduhan awal di Tivoli Villa merupakan tarikh dakwaan yang dinyatakan, walaupun Tivoli Villa belum wujud. Akhirnya pembohongan Azizan tidak diterima Mahkamah Persekutuan serta mengenepikan hukuman ke atas Dato' Seri Anwar.

Di dalam Kes Nalla, semasa Nalla telah dipertuduhkan di bawah Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa hukuman mati, terdapat percubaan memalsukan keterangan dari pihak pendakwaan iaitu Gani Patail dan juga Dato' Azahar Mohamed yang pada ketika itu merupakan Timbalan Pendakwa Raya. Dengan menggunakan Nalla, mereka meminta Nalla untuk memberi keterangan palsu terhadap Dato' Seri Anwar dengan mengatakan bahawa kononnya Dato' Seri Anwar mempunyai hubungan dengan beberapa wanita. Sekiranya Nalla bersetuju untuk bersubahat dengan mereka dan memfitnah Dato' Seri Anwar, maka beliau akan terselamat dengan semata-mata dikenakan dengan pertuduhan yang lebih ringan.

Di dalam Kes Sukma, beliau dituduh dibawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan dimana pihak pendakwaan secara mala fide cuba mengaitkan Dato' Seri Anwar dengan perlakuan liwat ke atas Sukma. Di peringkat Mahkamah Sesyen, Sukma telah diwakili oleh peguam yang dilantik pihak polis, iaitu En. Mohamed Noor Bin Dom. Oleh kerana Sukma telah didera dan diperlakukan tanpa peri-kemanusiaan, beliau berada dalam keadaan tertekan (duress), maka Sukma telah mengaku salah terhadap pertuduhan dan dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan, walaupun beliau sebenarnya tidak bersalah!

Sukma kemudiannya telah memfailkan Notis Rayuan terhadap sabitan dan hukuman atas alasan bahawa pengakuan bersalah yang dibuat olehnya adalah akibat deraan dan layanan buruk yang diberikan oleh pihak polis semasa tahanan reman.

Pada 10.12.1998, Sukma memfailkan permohonan lanjutan masa untuk memfailkan Petisyen Rayuan bersama Afidavit Sokongannya yang menyatakan:
  • Beliau telah dibogelkan didalam bilik berhawa dingin, dikasari, digari oleh 6 pegawai polis, dimalukan, didera dan dipukul;
  • Beliau telah ditelanjangi, diambil gambar di hadapan doktor forensik semasa beberapa sampel diambil dari beliau.
  • Beliau telah diugut dan dikasari melainkan beliau mengakui pernah melakukan hubungan homoseksual dengan Dato' Seri Anwar.
  • Apabila beliau telah mengada-adakan cerita yang tidak benar dan memberitahu mengenai hubungan homoseksual yang palsu dengan Dato' Seri Anwar yang akhirnya dijadikan sebagai satu pengakuan palsu barulah Sukma diberikan layanan yang baik, gari beliau dibuka dan beliau dibenarkan memakai pakaian semula.
  • Beliau telah dinafikan hak untuk melantik peguam pilihannya dan telah diugut agar tidak menggunakan peguam yang dilantik oleh keluarganya dan diugut bahawa beliau akan didakwa dengan kesalahan yang lebih berat melainkan beliau menggunakan khidmat peguam yang dilantik oleh polis.
  • Beliau ingin melantik Karpal Singh sebagai peguamnya tetapi tidak berupaya untuk berbuat sedemikian. Sebaliknya polis telah meminta beliau untuk membuat laporan polis mengatakan beliau tidak pernah melantik mana-mana peguam.
  • Beliau telah dipaksa untuk mengaitkan Dato' Seri Anwar terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau dan pengakuan bersalah beliau adalah bukan secara sukarela tetapi adalah kerana tekanan keterlaluan.

Dr Zahari, doktor yang memeriksa Sukma pada 9.9.1998, menegaskan dalam afidavit yang diikrarkan olehnya pada 22.1.1999 bahawa tidak berlakunya sebarang hubungan homoseksual di antara Dato' Seri Anwar dengan Sukma. Apabila perkara ini dirayu kepada Mahkamah Rayuan, rayuan Sukma dibenarkan dan penghakimannnya telah menyatakan wujudnya penyembunyian keterangan yang material oleh pihak pendakwaan. Mahkamah Rayuan kemudiannya memerintahkan agar kes Sukma dibicarakan semula dan dihantar semula ke Mahkamah Sesyen. Pihak pendakwaan kemudiannya telah menarik balik pertuduhan terhadap Sukma.

Dalam Kes Munawar dan Mior pula, pihak polis telah menggunakan modus operandi yang sama seperti dalam Kes Sukma iaitu deraan dan seksaan bagi mendapatkan pengakuan palsu.

Usaha pihak pendakwaan, khususnya Gani Patail untuk menganiaya juga dapat dilihat pada insiden 20.9.1998 di mana Dato' Seri Anwar telah dicederakan dan menjadi mangsa kekejaman pihak polis dalam tahanan polis. Insiden tersebut kini dikenali sebagai 'insiden mata lebam'. Suatu penyiasatan telahpun dijalankan, tetapi terdapatnya tipu helah dan pemerdayaan yang sekali lagi dalam proses penyiasatan tersebut, yang sekali lagi melibatkan siapa lagi, kalau bukan Gani Patail.

Pada 20.9.1998, jam 9 malam, ACP Koh Hong Sun atas dakwaan Kes Liwat, Dato' Seri Anwar telah dibawa ke Bukit Aman. Lebih kurang pukul 10.30 malam, bertempat di dalam lokap, Dato' Seri Anwar telah dikenakan serangan fizikal yang serius di mana Dato' Seri Anwar telah ditampar dan ditumbuk dengan kuat dan juga telah dipukul secara 'karate chop' berkali-kali sehingga separa tidak sedarkan diri oleh Tan Sri Rahim Noor, Ketua Polis Negara pada ketika itu.

Gani Patail dan juga Tan Sri Musa Hasan, Ketua Polis Negara masa kini, ada bersama-sama dengan Rahim Noor serta beberapa pegawai polis lain pada malam tersebut di tingkat 30 Bukit Aman. Dato' Seri Anwar kemudiannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) agar beliau tidak perlu dihadapkan ke Mahkamah. Satu laporan palsu telah dilaporkan ACP Koh pada 21.9.1998 bagi merealisasikan penahanan tersebut.

Selepas diserang dan dipukul, Dato' Seri Anwar berada dalam keadaan separa-sedar dan telah dinafikan rawatan perubatan selama lima hari dan hanya pada 24 / 25.9.1998, barulah beliau dirawat tanpa pemeriksaan oleh Dr Vasantah Ponniah.

Dato' Seri Anwar kemudiannya dibenarkan membuat laporan polis pada 27.9.1998 dan pada tarikh yang sama, Dato' Mat Zain Bin Ibrahim telah dilantik menjadi pegawai penyiasat. Selepas tengah hari, Mat Zain telah membawa dua pakar forensik iaitu Dr Halim dan Dr Zahari untuk memeriksa Dato' Seri Anwar.

Sepanjang siasatan dilakukan, laporan-laporan Mat Zain telah dimanipulasi oleh Gani Patail dengan membawa Dr Abdul Rahman Yusof yang menyediakan laporan perubatan. Mat Zain telah melahirkan kecurigaannya berikutan kejadian tersebut. Tambahan pula, Dr Rahman yang mengeluarkan laporan perubatan tidak pernah memeriksa Dato' Seri Anwar.

Pada 6.11.1998, Tan Sri Mohtar Abdullah, Peguam Negara ketika itu, membuat kenyataan media bahawa beliau masih belum menerima kertas siasatan berhubung insiden mata lebam dan pada 20.11.1998, Mohtar membuat kenyataan bahawa kertas siasatan telah diserahkan pada 19.11.1998, walhal Mat Zain telahpun menyerahkan pada 30.10.1998.

Rentetan insiden mata lebam, dengan jelasnya menunjukkan bahawa Gani Patail dan Musa Hasan terlibat dan merupakan sebahagian konspirasi menyediakan laporan polis palsu yang dibuat oleh ACP Koh berhubung penangkapan Dato' Seri Anwar serta konspirasi menyediakan Laporan Perubatan Dr Rahman yang palsu kerana beliau tidak pernah memeriksa Dato' Seri Anwar secara fizikal.

Berikutan dari Laporan polis Dato' Seri Anwar, Mat Zain memfailkan tindakan fitnah yang berlaku. Dalam Pernyataan Tuntutannnya, Mat Zain menghuraikan apa yang sebenarnya berlaku semasa siasatan insiden mata lebam. Beliau juga menjelaskan tujuan laporan Dr Rahman diadakan adalah untuk menjejaskan laporan perubatan sedia ada serta bertujuan menunjukkan bahawa kecederaan yang dialami Dato' Seri Anwar adalah "self-inflicted".

Cerita konspirasi terhadap Dato' Seri Anwar bukanlah sesuatu yang sengaja diada-adakan, sebaliknya benar-benar berlaku sepertimana didedahkan dalam Video Klip VK Lingam yang disahkan ketulenannya oleh siasatan Suruhanjaya Di Raja.

Rentetan peristiwa sejak 1998, Gani Patail dan Musa Hasan kini telah diberi ganjaran atas peranan mereka dan kini menjawat jawatan tertinggi masing-masing selaku Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.

Di dalam Kes Terkini, selain Gani Patail dan Musa Hasan, Dato' Seri Najib Razak, juga memainkan peranan di dalam konspirasi khususnya untuk memastikan agar Dato' Seri Anwar tidak menggugat kerjaya politik Najib.

Di dalam Kes Terkini, pengadu yang membuat laporan palsu terhadap Dato' Seri Anwar adalah Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan. Melalui apa yang telah dilaporkan didalam media-media cetak dan elektronik serta sumber-sumber yang dipercayai, Saiful ada berjumpa Najib sebelum laporan palsu dibuat olehnya. Najib yang pada mulanya menafikan pernah bertemu dengan Saiful akhirnya mengakui bahawa beliau ada berjumpa dengan Saiful sebelum Saiful membuat laporan palsu.

Dato' Seri Anwar menegaskan bahawa adalah suatu yang tidak munasabah dan tidak selaras dengan undang-undang yang sedia ada untuk seseorang yang mendakwa dirinya menjadi mangsa kesalahan seksual untuk berjumpa Timbalan Perdana Menteri yang tidak mempunyai sebarang bidangkuasa untuk menerima sebarang aduan, secara formal ataupun tidak, berhubung kesalahan jenayah.

Mengapakah Saiful tidak terus membuat laporan polis sekiranya benar dia telah diliwat yang didakwa serta-merta? Apakah perlunya beliau berjumpa Najib?

Bagi melancarkan konspirasi yang telah dirancang, Najib telah memberi nombor telefon Musa Hasan kepada Saiful yang kemudiannya mengarahkan Rodwan (pegawai di bawah Musa Hasan yang merupakan pegawai polis yang sama mencuri sampel darah Dato' Seri Anwar bagi tujuan analisa DNA dalam Kes Rasuah 1998) untuk mengendalikan proses membuat laporan polis sebelum dari tarikh insiden liwat 26.6.2008 yang didakwa berlaku.

Selanjutnya Saiful ada bertemu dengan Rodwan sehari sebelum kejadian liwat dikatakan berlaku di Bilik 619, Hotel Concorde. Apakah perlunya Saiful berjumpa Rodwan sehari sebelum insiden liwat dikatakan berlaku di bilik hotel? Saiful juga pernah menghubungi Rodwan beberapa kali sebelum tarikh insiden liwat dikatakan berlaku.

Siapakah Saiful sebenarnya? Saiful telah lama mempunyai hubungan akrab dengan pegawai khas Najib, Khairil Anas.

Jelas menunjukkan bahawa ada konspirasi di dalam Kes Terkini di mana watak-watak utama di dalam kes tahun 1998 juga memainkan peranan mereka di dalam Kes Terkini.

Dalang-dalang disebalik konspirasi juga menggunakan Masjid sebagai salah satu cara untuk menyebarkan fitnah. Ini berlaku apabila pihak berkuasa mengaturkan upacara di Masjid Wilayah membenarkan Saiful membawa sumpah palsunya pada 15.8.2008.

Upacara tersebut telah dirancang dengan kerjasama Pengarah JAWI. Salah seorang imam Masjid Wilayah tersebut, Ustaz Ramlang Bin Porigi telah diarahkan Pengarah JAWI, Dato' Che Mat Bin Che Ali untuk menyaksikan upacara sumpah palsu tersebut.

Ustaz Ramlang telah mengikrarkan satu Akuan Bersumpah pada tarikh 6.9.2008 menyatakan beliau telah terperangkap dengan situasi yang tidak diduga serta upacara sumpah palsu tersebut diaturkan dengan izin Che Mat selaku Pengarah JAWI.

Ustaz Ramlang menegaskan pengakuan sumpah tersebut tidak berlandaskan syarak dan tidak menepati kehendak usul fiqh dan berpendapat sumpah sedemikian adalah sumpah laknat.

Selepas pendedahan Ustaz Ramlang, beliau telah ditukarkan ke bahagian kewangan walaupun beliau seorang tahfiz Al-Quran dan tiada kelayakan relevan dengn kewangan dan kemudiannya dihantar satu surat tunjuk-sebab bertarikh 20.1.2009 atas alasan menjejaskan nama baik perkhidmatan awam dan akhirnya disingkirkan dari perkhidmatan pada 21.5.2009. Apabila kerajaan dipimpini oleh pemimpin-pemimpin yang corrupt serta tidak berperi kemanusiaan, inilah yang berlaku, kerjaya serta nyawa manusia menjadi buah catur politik dan permainan mereka.

Konspirasi terhadap Dato' Seri Anwar berterusan walaupun setelah pertuduhan dikemukakan. Dato' Seri Anwar telah berkali-kali memohon kepada pihak Responden agar dibekalkan dengan dokumen-dokumen bagi tujuan pembelaan, antaranya pernyataan-pernyataan saksi-saksi relevan yang telah dirakamkan polis, segala keterangan dokumentari yang akan digunakan di dalam perbicaraan dan sampel-sampel analisa DNA berkaitan pertuduhan tersebut. Dato' Seri Anwar melalui peguamcaranya telah memohon kepada pihak Pendakwaan dibekalkan dokumen-dokumen serta barangan sepatutnya.

Namun demikian, sehingga kini, pihak pendakwaan gagal, enggan membekalkan kesemua perkara-perkara yang dipohon. Keengganan dan kegagalan pihak pendakwaan membekalkan kesemua dokumen-dokumen, barangan-barangan serta sampel-sampel yang dipohon adalah bercanggah dengan piagam dan polisi pihak pendakwaan. Secara jelasnya menidakkan hak Dato' Seri Anwar.

Didalam laporan perubatan Saiful dari Hospital Pusrawi, jelas membuktikan bahawa tidak ada sebarang kemasukan atau penetrasi berlaku pada lubang dubur Saiful. Tiada apa-apa yang berlaku pada duburnya. Laporan Pusrawi ini jelas membuktikan bahawa dakwaan Saiful adalah palsu dan Dato' Seri Anwar tidak bersalah. Namun demikian, laporan Pusrawi tersebut turut tidak dibekalkan kepada Dato' Seri Anwar mahupun penguamcara beliau.

Selain dari laporan Pusrawi, terdapat Laporan Hospital Kuala Lumpur bertarikh 13.7.2008 oleh tiga pakar Hospital Kuala Lumpur yang mengesahkan bahawa tidak ada tanda-tanda kemasukan atau penetrasi pada lubang dubur Saiful.

Laporan HKL ini jelas menyokong laporan Pusrawi yang menolak adanya sebarang kemungkinan ada berlakunya penderaan dan kejadian liwat.

Memandangkan Kes Terkini adalah satu komplot jahat, Dato' Seri Anwar telah membuat laporan Qazaf kepada bahagian Penguatkuasaan JAWI pada 9.7.2008 terhadap Saiful berhubung dengan fitnah dan dakwaan palsu beliau bahawa beliau telah diliwat. Berikutan laporan Qazaf tersebut, Dato' Seri Anwar telah memberi keterangan kepada pihak JAWI pada 30.7.2008 dengan memaklumkan bahawa Saiful telah memfitnah dengan membuat tuduhan palsu dan mengaibkan Dato' Seri Anwar.

Dato' Seri Anwar melalui peguam syarie telah berkali-kali menghantar surat kepada penguatkuasaan JAWI meminta agar Saiful didakwa atas tuduhan palsunya. Namun apa yang berlaku adalah, kelewatan. Kelewatan meneruskan pendakwaan terhadap Saiful adalah tidak munasabah dan bercanggah dengan kemurnian prinsip Islam yang mengutamakan keadilan. Kelengahan ini akan hanya memperkukuh persepsi rakyat atas wujudnya campurtangan politik dalam urusan Mahkamah Syariah. Kelewatan ini juga disengajakan untuk melindungi Saiful yang menjadi saksi utama dalam konspirasi.

Pada 10.9.2008, Kes Terkini ditetapkan sebutan di Mahkamah Sesyen. Pada tarikh tersebut, pihak pendakwaan telah mengemukakan satu sijil bertarikh 9.9.2008 yang dikeluarkan di bawah Seksyen 418A(1) Kanun Prosedur Jenayah dengan tujuan memindahkan Kes Terkini dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Sijil tersebut telah ditandatangani sendiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Gani Patail lagi?!

Barisan peguam Dato' Seri Anwar membantah pemindahan kes tersebut dan secara khususnya terhadap Sijil tersebut. Alasan utama adalah peranan yang dimainkan Gani Patail dalam menandatangani Sijil tersebut, walhal beliau telahpun dikecualikan dari melibatkan diri di dalam sebarang penyiasatan dan pendakwaan terhadap Dato' Seri Anwar. Kenapa perlu beliau libatkan diri? Apa yang cuba beliau pengaruhi? Apa yang beliau cuba sembunyikan? Jika tidak ada angin masakan pokok bergoyang?

Mahkamah Sesyen kemudiannya menetapkan 24.9.2008 untuk mendengar hujahan-hujahan berhubung dengan bantahan yang dibangkitkan oleh barisan peguam Dato' Seri Anwar.

Pada 22.9.2008, Dato' Seri Anwar mengikrarkan dan memfailkan Afidavit memperincikan fakta-fakta dan melampirkan ekshibit-ekshibit menunjukkan sebab Gani Patail tidak harus terlibat dalam penyiasatan dan pendakwaan terhadap Dato' Seri Anwar di dalam Kes Terkini.

Alasan tersebut adalah:
  • Penglibatan dan peranan Peguam Negara di dalam pemalsuan keterangan terhadap Dato' Seri Anwar berhubung 'insiden mata lebam' yang merupakan isu yang masih diteruskan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • Wujudnya prasangka Gani Patail terhadap Dato' Seri Anwar.
  • Atas sebab wujudnya ketegangan dan permusuhan di antara Gani Patail terhadap Dato' Seri Anwar dan terdapatnya dakwaan pemalsuan keterangan oleh Gani Patail, maka Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi membuat pengumuman umum bahawa Gani Patail tidak akan terlibat sama sekali dalam penyiasatan dan pendakwaan Kes Terkini.
Pihak pendakwaan kemudiannya memfailkan Afidavit Jawapan terhadap Afidavit 22.9.8 yang diikrarkan oleh Peguamcara Negara, Datuk Idrus bin Harun pada 8.10.08. Di dalam Afidavit Jawapan tersebut, pihak pendakwaan tidak menafikan penegasan-penegasan yang dibuat Dato' Seri Anwar berhubung dengan peranan yang dimainkan oleh Gani Patail. Pada 29.10.2008 Dato' Seri Anwar dan Dato' Seri Wan Azizah mengikrarkan jawapan terhadap Afidavit Jawapan Idrus.

Pada 7.10.2008, Mahkamah Sesyen kemudian memutuskan bahawa Sijil tersebut tidak sah dan tidak memindahkan Kes Terkini ke Mahkamah Tinggi.

Tetapi pada 5.3.2009, Mahkamah Tinggi membenarkan Permohonan Semakan oleh pihak pendakwaan dan memerintahkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dato' Seri Anwar kemudiannya memfailkan rayuan ke mahkamah Rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi tersebut.

Dan terkini, rayuannya ditolak. Bolehkah kita sebagai rakyat meneruskan kepercayaan kita bahawa institusi penghakiman dan mahkamah di negara ini bebas dari sebarang pengaruh? Ini jelas membuktikan adanya campur tangan politik serta salah guna kuasa bagi mengekalkan kuasa mereka yang diberi kepercayaan oleh rakyat. Kepercayaan rakyat telah dicabul. Dato' Seri Anwar telah dianiaya dan dizalimi.

Berdasarkan kepada apa yang telah dibentangkan dan dihuraikan di atas, jelas terbukti bahawa pendakwaan terhadap Dato' Seri Anwar dalam Kes Terkini yang kononnya Saiful diliwat adalah merupakan pendakwaan mala fide dan penyalahgunaan proses undang-undang yang ketara pada peringkat tertinggi bagi memenjarakan Dato' Seri Anwar dengan apa cara sekalipun serta melindungi penjenayah-penjenayah konspirasi yang masih berleluasa diluar sana bagi mengelakkan terdedahnya kes-kes rasuah serta salah laku pucuk pimpinan tertinggi UMNO-BN daripada pengetahuan rakyat.


Rakyat Malaysia Perlu Tahu Kisah Sebenar Konspirasi Jahat Terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim,



Konspirasi SPRM

Dipetik dari artikal Mat Saman Kati (MSK)

Tanya lah kepada orang-orang Pakatan Rakyat di Perak…”Siapakah yang menyebabkan kerajaan PR Perak jatuh?”. Jawapanya hampir serupa. Hampir seratus peratus akan menyalahkan Jamal dan Osman. Kerana itulah yang dimainkan disetiap ceramah dan perjumpaan.

Orang-orang Pakatan Rakyat sudah lupa bagaimana BPR (Sekarang SPRM) memainkan peranan menjatuhkan Pakatan Rakyat Perak.

Tiga bulan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Perak, Umno masih gagal memujuk Jamal dan Osman…malah beberapa lagi ADUN PKR untuk berpaling tadah. Umno sudah hilang kesabaran dan mula menggunakan khidmat BPR untuk membantu menjatuhkan PR Perak. Dan perancangan pun dimulakan untuk memerangkap Jamal dan Osman, dua orang ADUN PKR yang bermasalah.

Dengan menggunakan Imran sebagai ejen, BPR berjaya memerangkap Jamal dan Osman …dan satu operasi dijalankan. Skrip operasi tersebut disediakan oleh BPR Putrajaya, tanpa pengetahuan Pengarah BPR Perak, Datuk Shamsiah.

Pada hari operasi tersebut dijalankan, Datuk Shamsiah hanya membaca skrip yang disediakan oleh BPR Putrajaya…dan nyata skrip dan apa yang terjadi berlainan sama sekali. Datuk Shamsiah naik marah dan melawan. Akhirnya beliau ditukarkan ke Sarawak.

Tangkapan yang dilakukan terhadap Jamal dan Osman bukan kerana mereka benar-benar bersalah..tetapi hanya untuk digunakan sebagai ugutan terhadap mereka. Sehingga kini, walaupun kerajaan Perak sudah bertukar tangan..namun kes mereka masih lagi tertunggak-tunggak dimahkamah.

Dakwaan yang dilakukan terhadap Jamal dan Osman digunakan sebagai umpan untuk meruntuhkan kerajaan PR Perak. Kalau Jamal dan Osman bersedia untuk menyokong BN, maka dakwaan mereka akan ditarik balik. Ini kerja SPRM!! Komponen ke 17 Barisan Nasional.

Jamal memilih untuk tidak terjatuh dari Tingkat 14 Bangunan SPRM sebaliknya belot dan menyokong BN. Jamal dan Osman terselamat dari maut tetapi kerajaan PR Perak runtuh. Semuanya kerja SPRM.

Setelah berjaya di Perak, SPRM melebarkan aktivitinya ke Pulau Pinang. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairudin juga bermasaalah. Tak perlu sesiapa pun yang melaporkan kepada SPRM, sebaliknya SPRM begitu ghairah membenteras rasuah dinegeri-negeri Pakatan Rakyat. 500 juta rasuah kapal selam terlalu kecil bagi mereka. 12.5 billion skandal PKFZ juga masih kecil bagi mereka.

Bukti-bukti terhadap Fairus memang jelas. Dan Anwar melakukan ‘pre-emptive strike’ dengan meminta Fairus meletak jawatan. Tetapi bukan itu yang dimahukan oleh SPRM!! SPRM tidak mahu Fairus meletak jawatan sebaliknya mengharapkan Fairus akan menjadi Jamal dan Osman.

SPR melengah-lengahkan keputusan untuk mengadakan pilihanraya kecil. Malah SPR juga cuba mengelak PRK diadakan. Seminggu kemudian, SPRM memutuskan Fairus tidak bersalah. Tidak ada kes terhadap Fairus.

Semasa keputusan SPRM Putrajaya mengumumkan Fairus bersih seperti kain putih, aku berada di Penanti bersama beberapa pemimpin PKR untuk persiapan PRK Penanti. Bila aku tanya…bagaimana kalau Fairus tidak bersalah dan menarik balik surat perletakan jawatannya…mereka senyum. Tak mungkin!! SPRM Pulau Pinang sudah memaklumkan kepada pemimpin PKR Pulau Pinang bahawa Fairus tidak boleh lepas.

Bila aku bagi tau kepada salah seorang pemimpin PKR disitu, tentang laporan Malaysiakini, dia terus menghubungi kawannya di SPRM Penang. SPRM Pulau Penang tak tahu menahu tentang pengumuman tersebut!! Malah kertas siasatan masih berada di Pulau Pinang!! Bagaimana SPRM Putrajaya boleh membuat pengumuman sedangkan kertas siasatan masih belum siap dan masih lagi di Pulau Pinang? Macam tu lah kerja SPRM. Mereka membuat kerja bukan untuk membenteras rasuah tetapi membuat kerja-kerja kotor Umno dan Barisan Nasional.SPRM gagal di Pulau Pinang.

Apabila Najib mengambil alih Umno Selangor, sasaran pertama Najib ialah untuk menggulingkan kerajaan PR Selangor. Dan sekali lagi SPRM dipergunakan. Tak perlu sesiapa yang membuat laporan…SPRM akan bertindak walaupun hanya laporan akhbar.

Tan Sri Khalid menjadi sasaran awal. Kes lembu korban pun boleh dijadikan alasan untuk SPRM membuat siasatan. Dan mereka serius!! Kalau kes Anwar pun boleh dicipta…apatah lagi terhadap Khalid. Pakatan Rakyat Selangor boleh dikatakan kukuh kalau mengikut jumlah kerusi. Ini sukar untuk Najib merampas Selangor tetapi Najib mempunyai seluruh jentera kerajaan untuk dipergunakan.

Siasatan yang dilakukan terhadap EXCO-EXCO Selangor merupakan langkah terdesak kerana Najib sudah hilang sabar. Najib perlu melakukan semua ini sebelum sidang Parlimen penggal depan yang akan bermula September atau Oktober ini.

Keruntuhan kerajaan PR Perak memberikan impak negatif kepada Umno. Rakyat bangun memberontak dan Najib tidak mahu perkara ini berlaku di Selangor. Dia mahukan rampasan kuasa yang akan dilakukan di Selangor akan dilihat seolah-olah mendapat restu rakyat. Sebab itu beliau bersungguh-sungguh mempelopori Kerajaan Perpaduan dengan Pas.

Dan sebahagian daripada pemimpin Pas termakan dengan perancangan Najib ini. Kalaulah perancangan Hj. Hadi dan Ust. Nasha untuk mengadakan UG dengan Umno ini diterima dalam Muktamar Pas yang lalu, Selangor sudah lama jatuh ke tangan Umno.

1 Julai 2009 merupakan tarikh yang dinantikan oleh perampas-perampas kuasa UBN. Tarikh tersebut ialah tarikh Anwar akan dibicarakan. Pendakwa akan memohon supaya jaminan yang diberikan terhadap Anwar ditarik balik dan Anwar akan dihantar ke Sungai Buloh. Untuk mengimbangi impak yang akan berlaku akibat dari peristiwa ini, SPRM juga akan menahan seorang bekas Timbalan Menteri dari BN dan juga…Tan Sri Khalid.

Pakatan Rakyat akan kehilangan ketua, Selangor juga akan kehilangan ketua. Dan pada masa itu, Najib akan bertindak. Apakah yang akan berlaku sekiranya Muktamar Pas bersetuju dengan UG?

Anwar dipenjara Sungai Buloh, Hj. Hadi sudah bersedia dengan UG dan apakah yang boleh dilakukan oleh Kit Siang?

Beberapa ADUN dari PKR dan PAS sudah boleh dibeli dan Selangor akan menjadi model Kerajaan Perpaduan, dimana ia akan di kuasai oleh Umno tetapi Menteri Besar dari Pas. Begitulah mulianya Umno…sanggup menyerahkan kerusi Menteri Besar kepada Pas. Dan ulama-ulama dari Pas akan mengeluarkan nas-nas dan hadis bagi menghalalkan rampasan kuasa itu. Demi bangsa, agama dan negara. Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP semuanya korup dan tidak bermoral, maka lebih mulia untuk bersekongkol dengan Umno.

Itu sebabnya mengapa Nik Aziz bermatian mempertahankan Pakatan Rakyat. Malah sanggup ‘menghalau Timbalan Presiden Pas’ sekiranya masih mahu meneruskan usaha Kerajaan Perpaduan.
Mengapa SPRM tidak berminat untuk mencari kesalahan pemimpin Pas? Ataupun adakah kerana memang tidak ada pemimpin Pas yang korup?

Kalau dibandingkan dengan kes lembu dan kereta Tan Sri Khalid, apa yang berlaku di Kedah lagi teruk. Tapi SPRM tidak berbuat apa-apa. Biaq pi la. Kerana Umno masih mengharap Ust. Azizan akan bersama mereka satu hari nanti. Pernahkah Ustaz Azizan mengkritik UG? Malah beliau ‘menasihati’ Nik Aziz pula!.

Lupakanlah Kerajaan Perpaduan. Lupakan lah niat untuk berbaik dengan Umno.

Apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock hanyalah salah satu dari ‘kekejaman’ Umno dan Barisan Nasional. Kematian Teoh Beng Hock juga sepatutnya menjadi ‘catalyst’ kepada Pakatan Rakyat untuk memperkukuhkan pakatan. Kejatuhan PR di Perak bukan hanya disebabkan oleh Jamal, Osman atau pun pemimpin-pemimpin PKR yang tidak bermoral. Kejatuhan PR di Perak adalah angkara Umno dan SPRM.

Altantuya dah mati…Bala dah hilang…Kugan mati dalam lokap…Raja Petra juga hilang…Adi Anwar Mansor masih memerlukan ‘life support’ akibat disiksa dalam lokap polis.

Berapa lagi nyawa yang diperlukan untuk mempertahankan nafsu Umno dan Barisan Nasional? Jangan tunggu sehingga anak kita sendiri mati dilokap polis atau membunuh diri di pejabat SPRM - Mat Saman Kati (MSK)

21 Jul 2009

Laman Web ADUN dan Ahli Parlimen Kedah yang tak aktif.

Laman web atau Blog wakil rakyat Kedah yang tidak aktif:


Sekiranya laman web wakil rakyat di jadikan kayu ukur prestasi, senarai diatas merupakan yang tercorot. Walau bagaimana pun masih ada wakil rakyat yang tidak mengwujudkan lama web masing-masing.

Hukum SALAM kepada bukan Islam.

Dipetik dari Blog "China Islam"

Diharamkan seorang Muslim mendahului mengucapkan salam kepada orang Non Muslim. Rasulullah SAW bersabda:”Jangan kalian mendahului mengucapkan salam kepada orang Yahudi atau Nashrani” (HR. Muslim).

Tetapi apabila forumnya telah berbaur antara orang Muslim dengan Non Muslim, maka diperkenankan kita untuk memulai mengucapkan salam. Demikianlah yang dilakukan Rasulullah SAW ketika melewati suatu majelis yang berbaur antara orang Muslim, musrikin penyembah berhala dan Yahudi. Beliau mengucapkan salam kepada mereka” (HR. Bukhary dan Muslim).

Apabila orang Non Muslim memulai mengucapkan salam, maka jawaban yang diperkenankan oleh syari’at adalah:”Wa ‘alaikum!” (Semoga anda juga). Itu saja, tidak usah diperpanjang lagi. Rasulullah SAW menasihatkan:”Jika orang-orang Ahli Kitab (Non Muslim) memberi salam kepada kamu, maka jawablah:”Wa ‘alaikum” (HR. Bukhary dan Muslim).

MAKNA SALAM

Makna salam adalah do’a seorang Muslim kepada saudaranya seiman. Kata “Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh” mempunyai makna “Semoga seluruh keselamatan, rahmat dan berkah dianugerahkan Allah kepada kalian”. Nilai do’a dalam kandungan salam ini menjadi salah satu dasar mengapa salam tidak dapat diberikan kepada orang-orang Non Muslim..

Karena do’a seorang Muslim kepada Non Muslim akan tertolak, meskipun ditujukan kepada orang-orang yang dekat dalam kehidupannya. Demikian pula Rasulullah SAW tertolak do’anya ketika ditujukan kepada pamannya yang masih kafir, Abu Thalib. Dan Allah mengingatkan dengan firman-Nya:”Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki- Nya. Dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk” (Al Qashash [28]: 56).

Do’a seorang Muslim kepada Non Muslim adalah do’a supaya mereka mendapat petunjuk masuk dalam pangkuan Islam. Demikianlah do’a Rasulullah SAW kepada orang Non Muslim:”Ya Allah berilah petunjuk kepada kaumku, karena sesungguhnya mereka orang yang tidak mengerti” (Sirah Nabawiyah, Abul Hasan ali An Nadwi). Atau do’a Rasululah SAW kepada Umar Bin Khaththab ketika masih kafir:”Ya Allah, berilah kemuliaan kepada Islam dengan masuk Islamnya salah satu orang terkasih kepada-Mu, yakni Abu Jahal atau Umar Bin Khaththab”.

Demikian pula sebaliknya. Seorang Non Muslim tidak mungkin mendo’akan seorang Muslim, karena tuhannya tidak sama. Bagaimana mungkin seorang tuan menggaji seseorang yang bukan pegawainya. Sehingga, bila seorang Non Muslim memberi salam kepada kita, cukup kita balas dengan ucapan:”Wa’alaikum (Semoga kamu juga)”, tidak lebih dari itu....Wallohu A'lam bissowab...


Peluang kerja di Kulim

[xxxxxxx.jpg]

14 Jul 2009

Thaksin: Saya dijaga SB M'sia



Bekas perdana menteri Thailand yang dikehendaki di negaranya, Thaksin Shinawatra, mengesahkan beliau menginap semalaman di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini dan mendakwa mendapat perlindungan daripada anggota polis Cawangan Khas.

"Jet peribadi saya singgah untuk mengisi minyak di Malaysia dan mereka menghantar 20 anggota polis untuk mengawal saya.

"Mereka sayang dan mengambil berat tentang saya," katanya seperti laporan akhbar The Nation yang memetik perbualan telefon beliau dengan stesen FM 97.5 di negara itu pagi semalam.

Awal bulan ini adalah kali pertama Thaksin dikesan berada begitu hampir dengan Thailand sejak beliau melarikan diri tahun lalu.

Pihak berkuasa Thailand sebelum ini dilaporkan berkata Thaksin berada di Malaysia pada 4 Julai lalu dan berlepas ke Fiji pada hari berikutnya sebelum sempat pihak polis bertindak.

Thaksin pulang ke Dubai, Jumaat lalu.

Awal minggu lalu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand, Thawon Sennian dilaporkan berkata, Thaksin berjaya melarikan diri daripada pihak berkuasa Malaysia sewaktu berada di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Thaworn dilaporkan berkata, dalam insiden tersebut pegawai kedutaan Thailand memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa Thaksin ketika itu sedang menginap di Hotel Shangri-La.

"Pegawai-pegawai kedutaan (Thailand) memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia berhubung kehadiran Thaksin, namun entah bagaimana Thaksin dapat tahu mengenainya dan berjaya melepaskan diri," Thaworn dipetik berkata di Pattani pada 6 Julai lalu.

Thaworn bagaimanapun tidak memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai insiden itu berlaku.

Pusat Khidmat ADUN Sungai Puyu disimbah cat


BUTTERWORTH: Selang enam hari selepas Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu, Phee Boon Poh di Taman Dedap dekat sini disimbah dengan cat merah, hari ini kejadian itu berulang lagi.

Kali ini bukan sekadar bahagian depan rumah kedai dua tingkat berkenaan yang disimbah cat mereka, malah terdapat juga lukisan berbentuk lambang dacing beserta tulisan Cina yang dikatakan nama seorang Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dengan menggunakan pula cat berwarna biru pada pintu pusat tersebut


Kedah dan Penang.....Macam2 Ada

Assalammualaikum....
 
Bila tamat sahaja isu kerajaan perpaduan kita ingatkan boleh lah menarik nafas lega sementara menanti pilihanraya kecil manik urai yang akan berlangsung tak lama lagi. Rupa2nya banyak lagi isu yang makin mencabar yang mendatang. Sebagai warga yang perihatin kepada politik Malaysia serta penyokong Pakatan Rakyat setiap hari kami berbicara dan berbincang hala tuju politik semasa merasa amat teruja dengan beberapa isu yang berlaku dalam hari2 yang lalu. Kekecohan yang berlaku walau pun dianggap tidak lah meruncingkan tetapi keadaan yang berku ini di manipulasikan oleh berita arus perdana secara menggila dan seolah olah peristiwa yang berlaku telah menggoncangkan negeri negeri pakatan Rakyat. Tujuan utamanya agar menghilangkan keyakinan rakyat kepada pemimpin pakatan rakyat. Namun atas kepintaran dan sikap terbuka Pimpinan Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah yang di hadapi secara bersama menyebabkan media arus perdana terkedu dan terus menggelapkan berita cerita tersebut kerana bagi mereka berita sebegini tidak mempunyai nilai komersial atas arahan pimpinan Ameno.
 
                 Di Kedah antara yang menggairahkan media adalah isu meruntuhkan tempat penyembelihan babi yang mana tempat ini lansung tidak menjadi isu  semasa pemerintahan UBN dulu. Samada mereka membiarkan saja untuk mendapat sokongan murahan atau kes terpencil ini tidak mendatangkan laba bagi pimpinan UBN masa itu. Bayangkan berapa lama penduduk sekitar yang menderita akibat pencemaran yang berlaku selama tempat penyembelihan itu ujud. Pemberita lansung tidak menyiarkan persetujuan perobohan tempat tersebut dari penduduk sekitar tetapi yang ditunjukkan adalah protes dari dua tiga kerat pemimpin desprado yang cuba menjadi jaguh kaum mereka walau pun majoriti penduduk dari kaum tersebut pun bersetuju tempat tersebut di robohkan dan dipindahkan ketempat lain yang lebih sesuai. Antara yang kuat melompat untuk menjadi jaguh adalah Adun Kulim yang cukup kuat dasar perkaumannya dan sebenarnya tidak sesuai menjadi adun Pakatan Rakyat. Salah saorang Adun yang mungkin mencari helah atau boleh menghalalkannya melompat dengan sentiasa mencari isu walaupun sekecil kuman. Saya tertarik juga dengan artikel ketua penerangan Pas pusat ustaz Idris Ahmad yang lalu mengatakan Ameno menikus di kedah dengan kebijaksanaan Menteri Besar Kedah sekarang. Bagi Saya Ameno bukan nya menikus tetapi Ameno sekarang di Kedah seperti harimau yang lapar yang bersembunyi disebalik lalang yang akan menerkam mangsanya yang lalu didepannya. Percayalah kerja pujuk memujuk masih berlaku sehingga kesaat ini. Mereka tidak akan berhenti sehingga mereka berjaya merialisasikan impian mereka. Walaupun Kedah antara negeri termiskin di Malaysia tetapi Kedah kaya dengan sumber alam yang berharga untuk diniagakan. Pemimpin pakatan lain sibuk mendengar taklimat di Mentaloon tentang kes DSAI tapi ada Adun kita sibuk dengan perancangan mereka di Rumah Adun Ameno di Baling. Juga yang tidak hadir ke majlis taklimat tersebut adalah antara Adun2 yang disyakki mau berpaling tadah. Mereka ini lansung sudah hilang penghormatannya pada DSAI kerana pada majlis sepenting ini pun mereka tidak hadir. Setelah menang mereka lupa pada jasa dan pengorbanan DSAI. Sepatutnya mereka lah orang yang patut paling kuat menyokong dan bersimpati pada DSAI bila pertuduhan dan fitnah melanda kepada beliau. Kalau tak kerana jasa DSAI mereka tidak naik sampai kepuncak ini sekarang. Saya masih ingat DSAI berkempen pada PRU ke12 lalu. Komitmen DSAI datang berkempen walau pun sejam dua tapi menyemarakkan sokongan kepada tempat yang ditandingi PKR dulu. Tapi 3-4 kerat Adun ini seolah olah lupa atau sengaja buat2 lupa apabila nampak harta dan habuan dunia didepan mata. Cukup cepat kelabu mata kata orang utara. Mereka merasakan diri mereka cukup hebat sekarang. Tak apalah hampa tunggu PRU akan datang samada hampa dipilih atau tidak. Pengundi hampa dok sesal undi hampa dulu. Pelaq sungguh....................
 
                Di Pulau Pinang keadaan mungkin telah reda sikit kot. Mungkin masalah Kg Buah Pala akan diselesaikan oeh KM Pulau Pinang sikit masa nanti. Bacalah media gila UBN memainkan isu seolah olah KM melepaskan tangan tidak membantu penduduk Kampung tersebut. Hal tersebut bukanlah boleh diselesaikan semudah itu kerana membabitkan akta akta yang perlu dikaji dengan mendalam. Media gila tiga suku tidak menjelaskan dan menceritakan bagaimana perkara sebenar berlaku dan bila ianya telah dijual kepada pemaju. Tetapi yang diceritakan kenapa Pimpinan Kerajaan Pakatan rakyat tidak mengambil tindakan agar tanah tersebut dapat diselamatkan. Berdentam dentum media UBN memainkan isu tersebut. Tambahan pula kempen PRK Manek Urai sedang berlaku. Konon ingin menunjukkan Pakatan Rakyat tidak perihatin kepada permasaalahan rakyat. Syukurlah masalah ini dijangka akan dapat diatasi dalam waktu terdekat. Begitu juga dengan hal pemecatan ahli majlis MPSP sdr Johari Kassim. Dengan permuafakatan Pimpinan Pakatan rakyat dapat menyelesaikan hal tersebut antara KM dengan PKR Negeri. Ibarat menarik rambut dalam tepung rambut ditarik elok tapi tepung tidak berselerak. Diharap pengkritik Sdr Johari Kassim dapat menerima kes tersebut dengan hati terbuka. Kalau asyik dok bongkar dalam rumah tangga sendiri satu hari kelak berantakan rumah tangga sendiri. Nanti di pihak Johari Kassim pula kata " takpa la hari ini hari aku,nanti satu hari ada hari engkau pula". Maka sampai bila kerja dok bongkar ini akan selesai demi melepaskan dendam masing2. Lainlah kalau dok bengkarkan kerja2 pengkianatan kepada Parti dan Negeri. Jadikanlah perkara yang telah berlaku sebagai ikhtibar untuk mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat. Rakyat marhaen dan rakyat Malaysia tidak boleh mengharapkan lagi dengan UBN untuk memerintah Malaysia. Lagi lama mereka memerintah lagi banyak Malaysia yang akan mereka JUAL.......Nak hapuskan PPSMI pun kena tunggu sehingga tahun 2012....Lamanyer...................
 
Suara Rakyat Suara Keramat.
 
 
Jin Brabus.


10 Jul 2009

Arkib gambar berkaitan Natrah, 1950

12.jpg

10.jpg

7.jpg

14.jpg

9.jpg

1.jpg

28858-Bertha Hertogh Arrival in Bergen op Zoom.jpg

28848-Bertha Hertogh arrival at Schiphol.jpg



Susur Galur Kehidupan Nathrah.

  • 1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
  • Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
  • Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
  • 15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
  • 1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
  • September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senamanSekolah Perempuan Melayu Chukai. di padang
  • 19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
  • 12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
  • 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura
  • 24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura
  • 28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
  • 19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .
  • 28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
  • 1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.
  • 2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
  • Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
  • 12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman – Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.
  • 12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.
  • 13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
  • Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.
  • 15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk ‘Welcome Back Bertha’. Mereka dari ‘Bertha Hertogh Comittee’ yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.
  • Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang ‘Di mana masjid di Bergen Op Zoom?’. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
  • Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
  • 9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
  • 10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
  • 17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
  • Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya ‘Bertha Hertogh’.
  • 25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah
  • 20 Julai 1953 Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
  • 1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
  • 26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
  • 20 April 1956 Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
  • 15 Februari 1957 Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.
  • 20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
  • 3 Februari 1959 Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail ‘Personal – Mansor Adabi’ di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
  • 25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.
  • 16 Ogos 1976 Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru – tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom BallermansAdrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap. dan
  • 26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
  • 1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
  • Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans – lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.
  • 1983 Bertha bercerai dengan Tom Ballermans
  • 1984 Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
  • 15 September 1984 Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben PichelBen Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat. dan hidup tanpa kahwin hingga…
  • Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.
  • Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.


Natrah, 72 kembali ke rahmatullah.


Maria Bertha Hertogh was five years old when the Japanese soldiers took her mother & father away from Bandung, Java, where papa Adriaanus Hertogh was a sergeant in The Netherlands East Indies army. Bertha was too young to remember just how it happened, but while she was staying at the home of Che Aminah, a Malay woman known to her parents, the rest of the family disappeared into prison camp.

The war years passed. Che Aminah loved the girl, gave her the Moslem name Nadra, moved with her to a jungle village north of Singapore. After VJ, the Hertoghs were repatriated to Holland. As best they could, they tried to find Che Aminah and their lost daughter, finally found them last May. Then they ran into fierce emotional barriers. Che Aminah insisted that mama Hertogh had given her Bertha. The girl, now 13 years old and brought up as a Moslem, did not want to leave her foster home.

The Hertoghs brought suit in the British colonial courts. Countrymen back in Holland contributed funds to rescue the "jungle girl." While lawyers argued, Bertha was married to a young (22) Moslem schoolmaster, Inche Mansur Abadi; since she had passed the age of puberty, the marriage was proper under Moslem law. 

393061-mansor-baru.jpg

Early this month, the Singapore Supreme Court ruled that Bertha, Dutch by nationality and Roman Catholic by baptism, should be returned to her parents. By British law, she was under the age of consent and therefore her marriage to Mansur was annulled. The girl bride wept over the verdict. "I am a Moslem," she wailed. "I don't want to go to Christian parents." She turned to Che Aminah. "Mother, what can I do?" The Malay woman fainted.

393059-nadra-aminah.jpg

Screams of "Nadra!" The Moslems of Singapore (Malays, Pakistanis, Indonesians) had followed the case with mounting religious and racial excitement. Cried Schoolmaster Mansur's enraged kinfolk: "This is a fight between European and Asian!" In the mosques the mullahs spoke of an affront to Islam. Last week the Moslem anger erupted in the most vicious rioting in Singapore memory.

A fanatic mob, 5,000 strong, ranged the streets, shouting "Nadra!" and "Allah!", stoning and cudgeling Europeans and Eurasians, overturning automobiles, driving whites into terrified hiding. Singapore's Malay police seemed to have no heart to restrain their coreligionists. British and Gurkha troops, with bayonets and riot shields, barred the mob from a march on the Convent of the Good Shepherd, four miles outside the city, where Bertha and mama Hertogh waited for a plane to Holland. There the girl doffed her Moslem veil for European dress, tried to remember her Dutch, fondled a doll, told her mother: "It's hard having two mothers. I love you, and I love Aminah."

After three days, Singapore came under control again. Scores of demonstrators were in jail, and seething Moslem leaders vowed to carry on the legal fight for Bertha's return to her husband. The Singapore "Nadra Fund" collected $3,000 to keep it going. The riots had cost 17 dead, more than 150 injured.

28851-Bertha Hertogh Arrival in Bergen op Zoom.jpg