27 Mar 2010

Kuliah Mingguan AnNadhoh.

27.03.2010 Sabtu. (Penanti) Kuliah mingguan di AnNadhoh Penanti, lokasinya berhampiran pekan Penanti, dalam DUN Permatang Pasir, Parlimen Ptg Pauh. Dalam kawasan parlimen Ptg Pauh terdapat empat pusat pengajian agama tradisonanal iaitu Pondok Kubanh Ulu, pondok ust Bakar, pondoj Masriyah dan AnNadhoh. Kewujudan pusat pengajian sebegini mempeekuatkan lagi pengaruh Islam di kalangan penduduk setempat, menjadikan kawasan kubu kuat Pas di Pulau Pinang.

20 Mar 2010

Program pagi ni

Setiap sabtu kuliah Ust Mutalib di AnNadoh penanti dihazari ribuan orang. Hari ni juga ada perhimpunan menggesa ZulEmpatKulim meletakkan jawatan sebagai AP, diadakan di Serdang. Lepas tu sidang akahbar akan diadakan di Dewan Ust Fazil Nor, Serdang. Mungkin ramai reporter dan blogger hazir. Maaf la kerana aku tak dapat hazir.

16 Mar 2010

KEDAH NEGERIKU.......Hikayat Sang Katak.

Assalamualaikum..


Maka tersebutlah sebuah kesah dinegara antah berantah di utara peta Semenanjung Buana dan berjiran dengan Negeri Pasir Berdengung. Negeri antah berantah ini juga di panggil Negeri Kedahaq oleh rakyat jelata yang hidup dalam aman damai dan makmur yang di perintah oleh Rakyat Berpakat yang diketuai oleh Mamak Bendahara(bukan mamak Penang).

Mamak Bendahara adalah gelaran untuk Negeri Kedahaq. Mamak Bendahara ini bernama Azazam memerintah dengan adil dan saksama walau pun kadang2 suaranya agak berdegaq dan agak kasar didengar oleh panglima2 Istana di dewan Seri Negeri. Tak ada makan suap dan membalun harta negara seperti bendahara sebelumnya.

Semua hasil mahsul negeri masuk kekantung perbehandaraan negeri walau pun yang dulu suka masuk kekantung sendiri. Negeri Kedahaq ni walau bukan negeri yang kaya raya kerana tiada cecair hitam dari perut buminya tapi Negeri Kedahaq ni mempunyai hutan rimba yang kaya dengan batang2 kayu yang bernilai tinggi dipasaran seantero buana. Kedahaq juga mempunyai tanah landai yang subur dengan tanam tanaman terutamanya padi dan buah2 kayu yang enak dimakan secara mentah mau pun digoreng atau ditanak.

Arakiannya walau pun dalam keadaan aman damainya negeri Kedahaq ni rupa2nya dicemburui oleh Bendahara lama yang di tolak rakyat jelata semasa pengundian rakyat untuk Negeri Kedahaq yang lalu.Maka Bendahara lama pun memanggil lah panglima2nya yang masih setia untuk berbincang bagaimana nak mengambil semula jawatan tersebut dari Azazam.

Maka bermesyuaratlah mereka tujuh hari tujuh malam sehingga lah mencapai 2 purnama. Masih gagal untuk menumbangkan kerajaan Azazam. Berbagai tektik digunakan menggunakan Sperman walau pun ianya bukan superman,menggunakan segala yang ada termasuk juga bekas2 ketua rakyat berpakat. Akhirnya setelah bermesyuarat begitu lama sehingga tumbuhnya janggut dan jambang dek kerana tak sempat bercukur kerana asyik dengan cita2 untuk mengmbil alih negeri Kedahaq maka adalah satu cadangan dari seorang bekas pegawai rakyat berpakat yang bernama Zamilang.

Maka cadangannya adalah dengan memberi imbuhan berupa harta rakyat kepada panglima2 Azazam. Zamilang tahu bahawa ada dikalangan panglima Azazam ini yang akan terpengaruh dengan tawaran ini terutamanya Panglima yang menjaga penjuru istana dari rejemen Pasukan keris rencung atau selalu dipanggil PKR. Sayugianya dimaklumkan kepada pembaca budiman rancangan ini telah berjaya memerangkap seorang panglima yang berjaga didaerah Lanas. Maka melompatlah panglima Lanas kedalam kumpulan gerombolan ini. Walau pun seorang melompat  masih belum mencukupi untuk mengambil alih Kedahaq. Maka peninglah kepala Bendahara Lama memikirkannya..........

Bendahara lama tau untuk mengambil alih Kedahaq memerlukan 3 atau 4 orang panglima lagi untuk mencukupkan kurum, Dia akan mengambil contoh bagaimana Negeri Pasir Berdengung dirampas sehinggakan dewan seri negeri diambil alih menyebabkan Bendahara yang berkuasa waktu itu terpaksa bermesyuarat dibawah pokok. Bendahara lama tahu perkara ini akan dihalalkan oleh Gabenor Gajet yang memerentah Semenanjung Buana.

Gunalah apa cara sekali pun janji tampuk pemerintahan Kedahaq dirampas. Telahan Bendahara Azazam pun bernah berkata hampa nak tawan Kedahaq pun tawan lah kerana dah tak larat nak halang lagi panglima2nya dari melompat dan menyeberang. Maka terketaq ketaq lah kegembiraan Bendahara lama untuk mencuba sehingga berjaya. Maka semakin dicubanya sehingga sanggup menawarkan seberapa banyak yang diminta waima bendahara lama perlu meminta pada perbehendaraan Gabenor Gajet.

Maka dihantarlah Panglima Lanas untuk berhubung dengan teman2nya dari Pasukan Keris Rencung untuk sama2 melompat dan menjadi kaya sepertinya. Panglima Lanas berkata kepada mereka lompatlah kerana rakyat tak akan marah dan membuat perkara yang tidak diingini kerana Panglima ini semua akan dijamin selamat dibuana ini. Bila termakan saja pujukan ini dan segala impian mereka untuk menjadi kaya raya terlaksana maka melompat lompatlah mereka semua kegembiraan.

Lompatan mereka lebih tinggi dari Panglima Lanas kerana imbuhan mereka lebih tinggi dari Panglima Lanas...maka akan tumbanglah Negeri Kedahaq jatuh ketangan Bendahara Lama dari Kumpulan Gerobolan yang ditolak Rakyat.....lalu aku sebagai tentera terus menghunuskan keris........

Tiba2..........Bang.....bang....bangun bang...dah nak maghrib ni...tu la sapa suruh tidoq petang2 kan dah meracau.....Aku pun duduk termangu mengenangkan mimpi di petang hari tadi. Ada kah akan menjadi  kenyataan. Mungkin dalam seminggu dua ni....aaaah lantak lah. Aku bukan ada kepentingan apa, Aku bukan ahli politik atau ahli majlis.

Aku bukan ada jawatan pun. Aku cuma pemerhati Bebas macam ADUKA TARUNA. Aku cuma maukan yang terbaik saja yang memerintah Negeri dan Negara. Lantaklah kalau Katak2 PKR ni nak melompat. Esok depa jawab lah di akhirat kelak.....atau depa tunggulah rakyat mengajar mereka pada pilihanraya ke 13 nanti..........

LALU AKU TERFIKIR APAKAH AkAN MENJADI KENYATAAN MIMPIKU TADI........ Jikalau tida beruk masakan pokok bergoncang. Cuaca pun dah hujan balik maka Katak2 pun mulalah berbunyi.......ong..ooooong....oooooooooooongg.



Jin brabus

13 Mar 2010

8 Mar 2010

NASR1, ciptaan terbaru Iran

Menteri pertahanan Iran, General Ahmad Vahidi, baru-baru ini mengumumkan peluru berpandu jarak dekat yang baru yang diberi nama NASR1. Peluru berpandu ini  berupaya mengelak dari radar dan boleh memusnahkan sasaran sebesar 3000 ton.

Walau bagaimana pun kecangihan peluru berpandu ini tidak dapat menyaingi pesawat tempur Malaysia yang boleh beroperasi tanpa enjin.

PAS: ada duri dalam daging.


“Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan UMNO. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat.

Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, ”Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?”.

Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.”

Di atas adalah ucapan Ustaz Ahmad Awang dalam Muktamar PAS di Shah Alam tahun lepas. Ini membuktikan memang terdapat kumpulan proUMNO dalam PAS di peringkat kepimpinan tertinggi. Ahli PAS akar umbi perlu sedar akan perkara ini. Kalau nak walak pun jangan membabi buta. Kalau nak beli daging, belilah daging yang tak ada duri.
Reblog this post [with Zemanta]

PAS tidak perlu Zulkifli

 Petikkan dari: http://gemasuara.blogspot.com/2010/03/pas-tidak-perlu-zulkifi.html

“Mungkin dia (Tuan Ibrahim) berniat dakwah, tapi saya anggap kenyataan itu masih bersifat peribadi yang tidak perlu dipolemikkan,”

Keterbukaan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempelawa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Nordin menyertai PAS seperti yang dilaporkan akhbar elektronik mStar hari ini wajar diteliti terlebih dahulu oleh kepemimpinan tertinggi PAS.

PAS seharusnya mengormati etika kepartian yang dipegang secara bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Kita tak boleh ambil ahli-ahli yang ditolak oleh parti kawan-kawan kita, apatah lagi kalau seseorang itu ditolak disebabkan mengganggu muafakat Pakatan Rakyat, kerana ini etika yang dipegang bersama,"

Sekiranya PAS menerima Zulkifli, PAS boleh dilihat tidak menghormati ketetapan berupa disiplin yang ditetapkan oleh PKR sendiri.
Ini kerana, dengan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS, boleh mengakibatkan isu disiplin yang dialami oleh PKR mungkin berpindah pada PAS pula.
"Selepas PKR, mungkin PAS pula berdepan dengan ahli-ahli yang tidak disiplin, yang akhirnya tidak juga menyelesai masalah pokok (disiplin) dalam Pakatan Rakyat sendiri.
“Orang yang tidak ada disiplin dalam parti kawan kita, tiba-tiba kita (PAS) pula atas nama 'terbuka' nak ambil orang itu masuk ke dalam parti kita,”

Sekiranya Zulkifli dibawa menyertai PAS, saya menjangkakan bahawa PAS sendiri bakal dilihat serong oleh para pemimpin Pakatan Rakyat serta rakyat sendiri. Zulkifli yang dilihat acapkali bersikap provokasi, tidak beretika menurut prinsip organisasi serta tidak dilihat bersikap toleransi dengan penganut agama-agama lain sebelum ini, membolehkan PAS sendiri dilihat serong kelak.
“Dia dilihat cukup provokatif dalam isu kalimah ‘Allah’ umpamanya, kadang-kadang dilihat begitu 'mengganggu' muafakat Pakatan Rakyat (atas nama) Melayu, sedangkan Islam tidak mengajar sedemikian (dan) PAS pula adalah parti yang toleransi lagi (bersikap) sederhana dengan semua kaum dan penganut agama sebagaimana yang ditunjukkan (oleh) Nabi Muhammad s.a.w.”
PAS seharusnya membuat pertimbangan yang sewajarnya mengikut kaedah yang disarankan menurut disiplin ilmu Islam.
“Seingat saya, Islam ada ajar kita ‘menolak kemudharatan itu lebih baik dari mengambil maslahah (kebaikan)’ (maka) kalau dia (Zulkifli) ini kita boleh anggap sebagai suatu mudharat (disebabkan) tidak disiplin dalam PKR, apakah jaminan kebaikan yang PAS akan dapat kalau dia sertai kita (PAS),”.
“Kita (PAS) dalam Pakatan Rakyat sedikit sebanyak pun turut terganggu dari segi organisasi walaupun dia (Zulkifli) sebelum ini bermasalah dalam PKR, kalau dia duduk dalam PAS (maka) lebih-lebih lagilah,”

Pun begitu, saya menganggap masalah disiplin Zulkifli hanya masalah berkaitan organisasi parti semata-mata. “Masalah dia ini (adalah) masalah berkaitan organisasi parti, maka saya anggap masalah disiplin dia setakat itu saja, tak lebih dari itu.
“Etika dalam parti penting bagi saya, (maka) elok PAS menerima pemimpin yang berdisiplin saja,”
Reblog this post [with Zemanta]

6 Mar 2010

Poooodah Zul !

Zul Empat Kulim yang baru dipecat dari PKR petang tadi mula membebel dalam blog dia. Antara tulisannya ialah:

Ini adalah permulaan satu titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi yang bermula pada 02.09.1998. Ia juga adalah permulaan kepada kejatuhan dan kehancuran PKR. Ternyata perjuangan untuk memartabatkan nilai kemanusiaan, mengembalikan hak asasi manusia, dan mendaulatkan nilai dan prinsip-prinsip keadilan sejagat (universal value of natural justice) hanyalah sekadar laungan palsu. Keputusan ini juga membuktikan bahawa bagi Fir’aun-Fir’aun Kecil yang menguasai PKR, ianya adalah satu dosa besar yang tidak boleh dimaafkan bagi memartabat, membela dan mempertahankan Islam.

Bukan titik hitam, sebenarnya dengan pemecatan hang ini bermakna satu titik puteh dalam perjuangn reformasi. Pemecatan ini juga membuktikan puak munafik yang bertopeng agama berjaya disingkir.

Ini bukan sahaja bercanggah dengan prinsip dan nilai keadilan sejagat, malah merupakan satu penghinaan terhadap Islam dan umat Islam. Sebagaimana umat Islam merasa terhina bila Natrah dibicarakan oleh hakim Inggeris, dan kes kalimah ALLAH dibicarakan oleh hakim bukan Islam! Saya berasa terhina dihadapkan ke panel yang bukan Islam untuk membicarakan aqidah, kepercayaan dan agama saya!
Apa pulak penghinaan kepada Islam. Jangan jadi munafik la Zul. Hang di soalsiasat pasai kes saman Khalid Samad, bukan pasai kes kalimah Allah. Nak kelentong pun jangan la sampai terok macam tu sekali, orang bukannya bodo.

Keputusan MPP pada hari ini jelas membuktikan bahawa PKR sudah dikuasai sepenuhnya oleh Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mempunyai agenda dan rancangan jahat yang sempit lagi anti Islam. Keputusan MPP PKR hari ini juga membuktikan kepada saya bahawa PKR tidak mempunyai sebarang agenda untuk perjuangan Islam. Mereka yang bercita-cita mahu memartabat dan mendaulatkan Islam menurut kerangka Perlembagaan Persekutuan akan menjadi korban.
Bukannya PKR dikuasai oleh firaun kecil, tapi PKR telah dibersihkan dari munafik besar. Bila hang kena pecat hang kata orang pulak yang anti Islam. Kononnya hang yang jadi korban, pirraah cakap tak serupa bikin. Sepanjang hang jadi ahli parlimen Kulim Bandar Baharu apa yang hang buat? Jawatan hang nak, kerja suruh orang lain buat.
Reblog this post [with Zemanta]

Hureeee, Zul Empat Kulim di pecat !

Pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat di Kulim Bandar Baharu merasa lega dengan berita pemecatan Zul Noordin dari keahlian parti. Zul adalah merupakan seorang Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat yang mempunyai prestasi terburuk sepanjang hampir dua tahun perkhidmatan setelah menang dalam PRU12 yang lalu. Beliau tidak disenangi oleh pengundi di Kulim Bandar Baharu berdasarkan sifatnya yang bermuka-muka. Beliau lebih gemar untuk membaca khutbah pada solat jumaat atau solat hari raya di masjid atau disurau dalam kawasan parlimen, sedangkan tugas sebagai wakil rakyat tidak dijalankan dengan sempurna.
Reblog this post [with Zemanta]

5 Mar 2010

Mufti Perak kata PAS angkuh tolak kerajaan perpaduan

Mufti Perak adalah merupakan dalang UMNO di Perak mengatur kerjaan perpaduan sebaik sehaja BN kalah dalam PRU12 lalu. Perkara ini sudah berkali-kali diceritakan oleh Ust Ahmad Awang dalam ceramah-ceramah beliau sebelum ini. Kepimpinan PAS tertinggi di peringkat pusat juga memang ada yang terlibat, siap telefon Ust Ahmad Awang supaya bersetuju bergabung dengan UMNO membentuk kerjaan negeri Perak.
 --------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR, 5 Mac — Ketika hampir genap dua tahun selepas pilihan raya umum ke-12, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendakwa PAS bersikap angkuh dengan menolak syor agar dibentuk kerajaan campuran di negeri itu pada 2008.

Beliau menceritakan keangkuhan PAS Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

“Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).

“Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.

“Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.

“Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.

Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud PAS akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.

Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.

“Kenapa PAS tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju,” katanya.

Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi PAS telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.

Beliau mendakwa, PAS Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.

“Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat,” katanya.

Bagaimanapun kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat dengan menteri besar dari PAS hanya bertahan 10 bulan.

Ia digulingkan apabila tiga ADUN Pakatan Rakyat keluar PKR dan DAP, sekali gus menjadi wakil rakyat Bebas.

3 Mar 2010

Lompat Katak!!! Yang sebenarnya...........

Oleh Jin Brabus

Assalammualaikum.......

Gawat politik hari ini.......semuanya pasal fuluus...ada masyuk maka banyaklah lagi lompatan. Lagi cepat lagi tinggi melompat. Cuma kurang bunyi sebab musim panas tapi herannya bersahutan macam musim hujan pula. Lepas satu, satu yang melompat. Ini adalah kerja orang2 yang terdesak. Membeli orang2 yang tak bermaruah. Guna duit rakyat untuk kepentingan politik yang semakin hancur dan semakin di benci rakyat bahkan dah dipandang rendah oleh seantero dunia. Inilah kerja pemimpin gerombolan sekarang. Mereka akan memerhati dan meneropong setiap ahli Parlimen pakatan rakyat yang bermasaalah dan berhubung dibelakang tabir dengan janji habuan wang ringgit. Juga hal ini diusahakan juga oleh bekas2 pemimpin PKR yang mempunyai hubungan baik dengan ahli2 parlimen ini. Mereka ini saling berhubungan sesama mereka sambil pujuk memujuk dengan habuan yang lumayan dengan perantaraan pemimpin gerobolan yang mereka kenali. Semuanya kerana duit. Telah hilang kewarasan dan sifat bertanggung jawab kepada amanah yang telah diberikan rakyat terbanyak walau pun berkepiah tak lekang dikepala.......berjuang seolah olah hanya Islam lah yang dibela dan akan mempertahankan Islam bermati matian. Tapi oleh kerana memang dah perangai jenis mangkaq kata orang utara berlakun macam mana pun memang jenis mangkaq dan pelaq.

Sebenarnya kerja2 melompat ni telah diketahui umum. Saya selalu membongkarkan perkara tersebut sebelum ini. Perkara ini juga telah saya maklumkan kepada seorang dua pemimpin PKR yang saya kenali. Ahli2 Parlimen Kulim Bandar Baharu, Nibung Tebal dan Bagan Serai..... tambahan pula maklumat ini diperolehi dari seorang kawan yang mempunyai hubungan dengan AP tersebut yang telah membincangkan hal tersebut di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Semuanya beres cuma memntikan habuan sahaja. Lagi cepat dapat lagi cepat sidang media dibuat. Nah akhirnya senuanya menjadi kenyataan. Saya juga bertanya kepada teman2 di Perak berkenaan dengan AP Bagan Serai...jawapannya AP tersebut tidak dapat dihubungi dan memang beliau seorang bermasaalah terutamanya di Cabang Bagan Serai sendiri.   aduhaaaai...mungkian jadi lompatlah kalau macam ni!!!!!. Tentang AP Kulim Bandar Baharu pula......dah hilang dikawasan parlimen dah. Tak nampak muka lansung. Mungkin sibuk berkuliah dan berkutbah kot. Katanya pergi Korea pun parti tak suruh. Banyak duit nampak.....banyak orang susah di Kulim Bandar Baharu yang memerlukan bantuan hang oii.... Nasib baik lah ada Ahli Majlis di  Parlimen hang yang bekerja. Mengumpul dana seadanya dan menyelesaikan masalah semampu. Harap kat hang,,Hancuqqq. Dengaq kabarnya sidang media lompat melompat Ahli Parlimen Nibung Tebal ni hang yang URUS kan....Betol ke? Hebat hang jadi pengkianat rakyat lanie.....sampai begitu dasyatnya mainan hang.. Hang bila nak lompat lagi?... Lagi cepat lagi bagus..Pimpinan di Kulim Bandar Baharu termasuk rakyatnya dah tak kebuloq kat hang Zul Nordin oiiii...

Khabarnya dari bekas Setiausaha Agong PKR memaklumkan terdapat dalam 10 orang Ahli Parlimen dari PKR yang akan melompat dan keluar dari PKR. Bermakna lagi ramai keluar lagi besarlah dana dan wang rakyat yang akan digunakan. Ini tak termasuk komisyen broker politik yang bekerja siang malam untuk merealisasikan impian mereka dengan  habuan yang akan diperolehi jika Ahli Parlimen ini melompat. Tak percaya tanya Zamil Ibrahim bekas ahli PKR yang kerja buatnya adalah perniagaan politik sehingga menjadi kaya raya. Tapi kaya lagi mentornya siraja kotak Ezam Mohd Noor. Mereka ini lah yang berkerja kuat dengan berhubung dengan Ahli2 Parlimen yang sealiran dengan mereka dulu. Sebab itulah sebelum ini terdengar juga ura2 AP Kuantan dan Kapar juga nak melompat...Apa pun kita tunggu adakah berita ini menjadi kenyataan atau tidak tapi bak kata orang politi sekarang masakan pohon bergoyang jika tidak ada berok yang menggoncang.......

Sebenarnya impian mereka ini adalah impian gerobolan.....ingin menjatuhkan kredebiliti Ketua Umum PKR DSAI. Mereka mahukan jumlah ahli Parlimen PKR berkurangan. Dan jika PKR berkurangan ahli parlimennya maka Ketua Pembangkang perlulah diganti dengan Ketua pembangkang yang baru. Dan pastilah diganti dengan Ahli Parlimen dari DAP. Dan makin senang dan mudahlah keja buat mereka di Parlimen kelak dan semakin mudahlah di mainkan isu2 perkauman nanti dalam kempen2 politik mereka terutamanya kepada orang2 Melayu. Pakatan Rakyat juga akan bercelaru dan berantakan. Inilah tujuan sebenar Gerombolan. Mereka tidak sanggup berhadapan dengan hujah2 Ketua Pembangkang di Parlimen.Mereka tidak mahu Pakatan Rakyat kukuh dan bersatu. Jadi mereka sanggup membayar dengan harga yang mahal...tambahan pula ada Ahli2 Parlimen yang memang  lapaq duit untuk menjadi kaya segera. Lupa kepada amanah dan harapan rakyat agar berjuang untuk rakyat Malaysia. Mereka sanggup persetankan amanah dan tanggung jawab yang diberi semata mata harta dunia. Tambahan pula mereka juga sedar ini lah peluang terakhir mereka unyuk menjadi jutawan segera kerana mereka tahu mereka tidak akan dipilih semula untuk pilihanraya yang akan datang......Akhir kalam kami sebagai rakyat yang memilih hampa sebagai wakil kami dan kamu mekompat dan tidak memikul amanah yang diberi maka kami tidak akan halalkan duit yang kamu dapat di DUNIA dan AKHIRAT.....Amiin....
Reblog this post [with Zemanta]

WARGA PENDIDIK DI SOALSIASAT EKORAN DIKATAKAN EGEN PEMBANGKANG

OLEH;Amir Amiruddin

Pulau Pinang , 2 Mac: Seramai 32 guru telah di soal siasat oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang sejak minggu lepas. Soal siasat ini berpunca dari tindakan Umno negeri yang menggunakan jabatan Pelajaran Negeri sebagai salah satu tindakan “menekan” guru-guru yang dianggap sebagai “pembangkang” atau pun “menyokong pembangkang”.Tindakan tidak demokratik ini di lihat cuba kembali di zaman “Mahathirisme” dimana pada ketika itu, umno dianggap sebagai “tuan” kepada yang lain.Hanya ahli Umno sahaja yang boleh bercakap soal politik,hanya ahli Umno sahaja yang boleh berkempen, orang lain,parti lain tidak boleh berkempen.Jika tidak akan di tukar serta merta.

Menurut beberapa guru yang di Tanya oleh Era Pakatan, memberitahu bahawa mereka adalah orang biasa yang berbual sekali dan kadangkala tentang politik, dan adakah ini di anggap sebagai pembangkang?

“Malah kami dapati bahawa Timbalan Pengarah JPN, Ahmad Tarmizi Kamaruddin dan Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPNPP, Daud Hasanuddin merupakan 2 orang wakil JPNPP yang bertanggungjawab menyoal kami, malah kami menganggap bahawa mereka adalah menjalankan tugas seperti yang di arahkan Umno negeri.”

“Badan perhubungan Umno Pulau Pinang yang membuat aduan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan KPPM yang arah Pengarah JPNPP mengadakan siasatan tidak rasmi itu.,” jelasnya kumpulan terbabit.

Menurut beliau, Pengarah JPN, Ibrahim Mohamad terpaksa bersetuju mengadakan siasatan tidak rasmi tersebut mungkin disebabkan tidak selesa dengan desakan berkali-kali daripada pihak atasan.

Selain itu, ada juga maklumat yang menjelaskan bahawa ekoran keengganan beberapa pengetua,guru besar tidak mahu terbabit dengan program “Umno Juara rakyat” , dimana pihak Umno mahu menggunakan sekolah sebagai tempat untuk mereka menjalankan aktiviti di sekolah , dan ada pengetua dan guru besar yang tidak mahu mengunakan sekolah mereka sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti mereka.

“Sebab Umno negeri sendiri banyak kali mendesak Ibrahim Mohamad sebelum ini agar ambil tindakan kepada guru-guru terbabit yang didakwa agen pembangkang di sekolah,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, sumber dalaman dalam JPNPP sendiri memberitahu bahawa Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaksa JPN mendapatkan latar belakang keluarga dan ideologi politik kedua-dua ibu dan bapa bagi kesemua guru-guru terbabit.

Menurut maklumat yang di berikan, punca utama ialah bagaimana seorang pion yang mengadu untuk bertukar ke sekolah lain.Namun pertukaran beliau tidak di layan.Dalammasa yang sama apabila tidak di layan beliau berjumpa datuk Shahbudin dan menyatakan bahawa Umno sudah tidak punya kuasa dan pertukaran beliau tidak dilayan.Maka Shahbudin sendiri juga telah mengarahkan agar peon tadi ditukar.Dalam masa yang sama Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Pengerusi perhubungan Umno, mengarahkan agar mereka di siasat aktiviti mereka.

“Malah ada Pengetua dan guru besar juga di soal siasat, pegawai PPD juga di soal siasat hanya kerana berbual biasa dengan rakan-rakan berkenaan dengan politik.Apa salahnya berbual tentang politik dan kita bukannya negara diktaktor yang langsung tidak boleh berbual soal politik.

Dalam perkembangan yang lain, beliau menasihatkan JPNPP supaya tidak menganggap mereka sebagai agen pembangkang disebabkan segelintir mereka yang terbabit mempersoal inisiatif Umno memaksa guru-guru menyertai demontrasi anti Lim Guan Eng baru-baru ini, dan ada sesetengah pengetua dan guru besar yang tidak mahu sekolah mereka dijadikan tempat untuk sebarang aktiviti Umno.

“Kami kesal kerana Umno cuba menjadikan sekolah sebagai tempat untuk aktiviti Mereka, malahan memaksa pula orang ramai dan kaum guru hadir bagi menjayakan program mereka.perkara ini tdak pula bersalah bagi mereka,hanya kerana Bn memerintah.Umno adalah parti sebuah parti yang sama sahaja dengan parti lain.Kerajaan adalah rakyat.” Demikian jelas kaum guru yang di temui.

Sementara itu kumpulan terbabit tidak pula bercadang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pegawai yang menyoal mereka kerna memahami mereka hanya menjalankan tugas atas arahan Umno .Ini adalah kerana tindakan ini seolah-olah mengganggu privasi dan hak asasi kaum guru, walupun ianya mengganggu emosi mereka ekoran surat panggilan itu datangnya dari bahagian tindakan dispilin JPNPP.

“ Kita tidak pula bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kerana kita tahu ini bukan arahan sesiapa kecuali perhubungan umno negeri dan walau kita tahu Umno di sebalik semua tindakan ini.Malah tindakan terkebelakang inilah yang menyebabkan makin banyak yang menolak parti tersebut akhir-akhirnya . Malah mungkin ada orang yang bercita-cita hendak menjadi Timbalan Perdana Menteri gamaknya “, kata seorang guru yang terbabit yang mengakui tidak lagi menyokong parti tersebut akhir-akhir ini kerana tidak demokratik dalam tindakan mereka.


Nota kaki:

1) Bukan saja JPNPP menjadi sarang UMNO, sebenarnya semua JPN di setiap negeri adalah sarang UMNO. Seorang peon dalam JPN lebih berkuasa dari Pengarah sekiranya dia adalah ahli UMNO. Kepincangan ini perlu di rawat, Pakatan Rakyat perlu mandat dari para pengundi untuk menjatuhkan BN diperingkat pusat untuk meperbaikki sistem pentadbiran negara di semua peringkat.

2) Minggu lalu, JPN Seberang Perai Selatan telah menjalankan satu program yang di panggil Program Meningkatkan Prestasi, khas untuk pekerja peringkat bawahan dalam JPN, termasuk tukang kebun, jaga dan sebagainya. Majlis itu sebenarnya majlis UMNO nak brainwash gologan bawahan ini supaya menyokong UMNO. Malang nya peserta yang hazir bukannya bodoh, penganjur telah ditempelak sakan.