25 Apr 2011

Ucapan Ust Hassan Razak pada malam perasmian meyuarat agong PAS Kulim Bandar Baharu



Dalam ucapan Ust Hassan ini beliau telah menceritakan berkenaan sejarah penubuhan PAS di Kulim Bandar Baharu. PAS Kulim Bandar Baharu adalah antara yang tertua di Kedah, sudah menjangkau setengah abad.

19 Apr 2011

Mayat Makhlok Asing Di Temui Di Siberia


Satu klip video yang bocor di Internet menunjukkan satu bangkai mahkluk asing ditemui di wilayah Siberia, Rusia, lapor laman Allnewsweb.com kelmarin.
Bangkai berkenaan ditemui di kawasan bersalji selepas satu objek besar dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya merah jambu dan biru menjunam ke Bumi sebelum terhempas di wilayah Irkutsk lebih sebulan lalu.
Kejadian itu disaksikan ratusan penduduk setempat manakala satu pasukan terdiri daripada beberapa ejen perkhidmatan rahsia dan pegawai Kementerian Sains Rusia tiba di lokasi kejadian beberapa jam kemudian.
Insiden yang jarang berlaku itu turut mendapat liputan meluas di Rusia termasuk agensi berita rasmi Interfax tetapi ia dipinggirkan oleh media Barat, dipercayai bagi menyembunyikannya daripada pengetahuan umum.
Klip video tersebut yang menunjukkan bangkai makhluk asing yang ditemui di wilayah Republik Buryatia, Siberia, tidak jauh tempat UFO itu terhempas di wilayah Irkutsk kini boleh ditonton di laman YouTube.
Makhluk asing itu terselamat dalam nahas udara itu ia tetapi mati tidak lama kemudian ekoran iklim sejuk Rusia yang ekstrem.

17 Apr 2011

Sujud Sahwi - kuliah oleh Ust Abdul Mutalib Maarof.



Kebanyakkan daripada kita tidak mahir sagat dalam bab sujud sahwi ni. Oleh kerana jarang berlaku kesilapan atau terlupa dalam sembahyang kita tak begitu ambil berat perkara ini.

Kuliah dari Ustaz Abdul Mutalib Maarof di Annadhoh, Penanti pada hari Sabtu 16 April 2011 lepas menjelaskan persoalan sekitar masaalah Sujud Sahwi ini. Setiap individu yang beragama Islam eloklah isi ilmu fiqah bab sujud sahwi ini dalam pengetahuan. Kadang-kadang kita terlupa atau tersilap dalam solat, jadi dengan panduan dari kuliah ini bolehlah kita putuskan apa perlu dilakukan. Sebagai seorang mukmin, tambah lagi sebagai pejuang Islam, pengetahuan fiqah yang mendalam amat perlu.