11 Jan 2010

Hishamuddin Aw Aw suruh pembangkang bertaubat.


Setelah UMNO terperangkap dengan lakonan yang tak menjadi, Menteri Dalam Negeri menyeru supaya pembangkang bertaubat?

Kesian UMNO, harapkan dapat simpati dari PAS dalam isu kalimah ALLAH, sebalikya menjadi onak tajam menikam UMNO.

Rakyat bukannya bodoh, hatta orang kampong bukan bukannya bodoh sebagaimana yang disangka UMNO. Hanya yang bodoh-bodoh saja yang masih sokong UMNO.
clipped from utusan.com.my
HULU SELANGOR 10 Jan. - Pembangkang diminta supaya bertaubat kerana sanggup memperjudikan kestabilan dan kemerdekaan negara dengan menjadikan isu kalimah Allah serta kejadian serangan ke atas gereja sebagai modal meraih sokongan politik walaupun sedar perkara itu boleh menyemarakkan api perkauman.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan pembangkang mengeskploitasikan isu itu sangat tidak bertanggungjawab kerana ia boleh meruntuhkan keharmonian dan kestabilan yang dinikmati sejak merdeka.
"Kalau pun hendak berpolitik, berpolitiklah dengan cara bertanggungjawab dan bukannya mengeksploitasi isu sensitif seperti ini. Saya menyeru kepada mereka (pembangkang) bertaubatlah kerana kesan daripada perbuatan ini sangat besar.
"Menuding jari mengatakan UMNO yang sengaja menimbulkan isu adalah satu tuduhan jahat kerana adalah tidak masuk akal kita hendak menghancurkan kestabilan yang telah dibina sekian lama oleh kerajaan," katanya.

blog it

Nyahkan YB yang seorang ini!!

Petikkan dari blog Mother of 3 Mohd

Sudah hampir seminggu tak berpeluang untuk menziarah blog rakan-rakan di alam maya kerana kesibukan tugas harian dan otak kepenatan kerana memikirkan pelbagai hal.

Pagi ini apabila aku membuka dan membaca posting-posting baru dan lama dalam blog wartamaya, aku seolah-olah terpanggil untuk menulis posting ini. Ia ada kaitan dengan tajuk satu posting bertajuk Khalid bersama DAP atau Zulkifli bersama UMNO?

Dulu pada tahun 1998, semasa Anwar dipecat daripada jawatan TPM dan diaibkan dan dizalimi dengan tuduhan-tuduhan tak masuk akal... nama Zulkifli Nordin meletup. Sikap dan pendirian dia dalam kes konspirasi menjatuhkan Anwar sangat aku kagumi. Sejak itu, aku respek habis pada mamat ni.

Tapi kini.... pandangan dan perasaan aku terhadap dia mula berubah. Sejak menjadi YB PKR/Pakatan Rakyat, dia aku anggap sebagai satu liabiliti. Ini kerana, tindak-tanduknya yang 'terover' terhadap isu-isu yang ada kaitan dengan Islam. Masalahnya, segala isu-isu ini boleh diselesai dan dibincangkan dengan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat. Mengapa perlu dikecoh-kecohkan sehingga dimainkan dan disensasikan oleh akhbar-akhbar arus perdana?

Semua itu boleh merugikan kita dan memberi persepsi yang negatif terhadap PKR, parti yang diwakilinya serta Pakatan Rakyat. Sebab itu, aku kata dia sudah menjadi liabiliti kepada PKR/Pakatan Rakyat.

Memang itu hak demokratik dia sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk bersuara mempertahankan hal-hal yang menyentuh Islam. Tetapi sebagai seorang anggota parti, dia juga ada tanggung jawab terhadap parti. Kalau dia, MP bebas... lantak pi hanglah.

Mempertahankan martabat Islam adalah kewajipan tetapi biarlah berhemah. Bukan apa... janganlah bertindak seolah-olah tidak siapa lagilah yang tersangat kuat semangat keislamannya. Tak siapalah yang lebih islamik. Dia seolah-olah sudah terlalu riak. Semangat cintakan Islam boleh... tak salah. Siapa tak sayang agama weh... Nak memperjuangkan martabat Islam juga kena ada strategi terutama dalam negara seperti Malaysia. Tidak boleh membabi buta!!

Berjuang secara solo... lone ranger, pasti tak menjadi punya. So, ramai yang menyertai persatuan atau pertubuhan... tak kiralah NGO atau parti politik. Bersatu... kita lebih teguh!!

Oleh demikian, apabila kita menyertai parti politik, kita mesti bertindak ikut dasar dan aspirasi parti yang kita wakili. Ini kerana... segala tindak tanduk kita akan mencerminkan parti. Ia juga akan memberi pelbagai persepsi kepada parti dan gagasan yang kita sertai. Kalau kita bertindak banggang, maka imej pasti rosak. Orang akan mempunyai persepsi negatif terhadap parti. Dan... ia boleh mencacatkan strategi dan merugikan parti.

Lantaran itu, kita mesti bersedia akur dengan dasar parti, maupun dalam hal-hal berkaitan dengan agama Islam. Ia mesti dibuat melalui saluran parti. Bertindak secara individu atau solo akan membuatkan tindakan kita seolah-olah sumbang... tak kena gaya. Sedangkan, segala permasalahan boleh dirundingkan dan diselesaikan dengan semangat setiakawan dalam pakatan yang kita sertai.

Namun... kalau rasa diri kita sudah tak boleh terima dan tak boleh sesuai lagi dengan dasar dan aspirasi parti, sebagai seorang individu yang bertanggung jawab, letak jawatan dan keluar.... dari parti dan sebagai MP.

Kita mesti sedar.... di Malaysia Bolehland, tidak banyak perubahan yang boleh kita lakukan, selagi kita tidak ada kuasa politik. Sebab itu, kita mesti rentap kuasa politik itu daripada UMNO/BN. Untuk tujuan itu, kita mesti ada strategi. Penubuhan Pakatan Rakyat merupakan satu strategi. Aha... strategi yang sudah menampakkan hasilnya. Peluang kita untuk mendapatkan kuasa daripada UMNO/BN sudah menampakkan laluannya. Jadi, mengapa kita perlu mempersiakkannya pulak?

Apa yang memelikkan kita ialah tindak tanduk YB Zulkifli Nordin. Sejak dua menjak ni, banyak kerenah YB Zulkifli yang dilihat merugikan PKR/Pakatan Rakyat dan ini memjejaskan peluang kita untuk menuju Putrajaya. Aku bersetuju dengan kengkawan lain yang berpandangan YB Zul tidak ada semangat setiakawan. Dia sering bertindak ikut kepala sendiri tanpa mempedulikan imej parti yang dianggotainya. Satu tindakan yang tak rasional.

Bagi Pakatan Rakyat yang berhasrat menguasai politik Malaysia, perjalanan ke Putrajaya pasti akan menjadi perlahan selagi ia sarat dengan liabiliti dan bebanan. Oleh itu, mana-mana individu yang jelas lagi nyata menjadi liabiliti dan bebanan yang boleh menjejaskan peluang untuk menguasai Putrajaya.... mesti dinyahkan. Nyahkan mereka!!! Don't worry.... akar umbi no hal punyer. Mereka pun dah getik dengan kerenah tak semiak pihak yang menjadi bebenan ini, baik dalam PKR, PAS mau pun DAP. Dalam PRU13 nanti... harapan kami, mereka tak wujud lagi dalam senarai calon Pakatan Rakyat.

Dan... apa jawapan aku bagi soalan, sama ada Khalid bersama DAP atau Zulkifli bersama UMNO?

Well... aku akan pastinya berkata... Zulkifli bersama UMNO!! Bermentaliti dan bertindak sebijik macam UMNO. Dalam berpolitik.... aku rasa YB Khalid Samad lebih matang dan lebih bijak.
Mengapa??

Sebab, pada aku... dia tahu misi dan dia tahu strategi dan tindak-tanduknya tidak lari dari kedua-duanya. Besides lain-lain sikap positifnya, dia aku lihat lebih rasional dalam tindak tanduknya mengharungi pelbagai permasalahan bagi memenuhi cita-cita dalam perjuangannya untuk melihat sebuah negara pelbagai kaum yang lebih adil dan sejahtera selaras dengan Islam.

Dewan Penyokong PAS akan menjadi realiti.

Petaling Jaya, 11Jan 2010 - Perlembangaan PAS akan di pinda abagi membolehkan Kelab Penyokong PAS di naiktaraf menjadi Dewan.

Dewan Penyokong PAS akan dilancarkan pada April akan datang.

Dengan pindaan ini PAS berharap akan dapat meraih lebih sokongan bukan Islam. Penasihat bagi Dewan Penyokong PAS adalah YB Salahuddin Ayub.

Dengan taraf sebagai DEWAN, penyokog PAS akan denga resminya akan dapat menghantar wakil mereka dalam muktamar akan datang.

Kelab penyokong PAS yang di tubuhkan pada 2004, mempunyai ahli lebih dari 20,000 orang terdiri dari ethnik India, China Siam dan Iban.

Dewan Penyokong PAS akan dipimpin oleh seorang ketua, timbalan ketua, lima nib ketua, setiausaha, penolong setiausaha, bendahari dan 18 orang ahli jawatan kuasa.

Dewan penyokong PAS ini akan beroperasi di peringkat nasioanal, negeri dan kawasan.

8 Jan 2010

Katun oleh Zunar

clipped from 3.bp.blogspot.com
[style.gif]

blog it

Sapa yang bakar gereja akan kena ISA

Hishammudin Aw Aw kata, sapa yang bakaq gereja akan kena ISA. Maka ramai la muka umno yang akan kena tahanan ISA termasuklah yang cuba timbulkan sentimen perkauman berkaitan isu kalimah ALLAH.

Salah sorang yang akan masuk dalam senarai tersebut mungkin "Zul Empat Kulim". Galak sungguh dia kempen dalam blog. Khalid Samad pun dia suruh keluaq dari PAS pasai tak mau lawan mahkamah tinggi yang bagi keputusan benar Katolik guna perkataan ALLAH dalam majalah Herald.

Khalid Samad cool, buat tak tau saja bila "Zul Empat Kulim" cucuk.  Buat apa dok lawan nooo, kot nanti kena hingus pulak. Buat kotoq baju saja.
clipped from thestar.com.my
KUALA LUMPUR: Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said the Government would not hesitate to use any means necessary, including the Internal Security Act, on anyone who threatens the security of the country.
He also ensured the safety of everyone in Malaysia, including the minorities.
Hishammuddin also said that the Inspector-General of Police has confirmed that three churches have been attacked.
“We have also received a report that a church has been threatened. The police will monitor all churches in the country,” he said.


blog it
Reblog this post [with Zemanta]

Naib Presiden PAS kutuk serangan keatas gereja.

PETALING JAYA, Jan 8 — Satu lagi gereja Katolik, kali ini yang terletak di sini diserang manakala Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengutuk serangan ke atas rumah ibadat Kristian tengah malam tadi.

“Kami mengutuk keras tindakan macam ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider pagi ini.

PAS telah pun meminta ahlinya tidak menyertai perhimpunan protes yang akan diadakan di ibu negara dan beberapa kawasan lain di seluruh negara berhubung keputusan mahkamah membenarkan Herald menggunakan perkataan “Allah” tengah hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata Islam tidak membenarkan umatnya memusnahkan rumah ibadat masyarakat bukan Islam.

“Walaupun ketika peperangan, masyarakat yang berlindung di rumah ibadat tidak boleh dibunuh ataupun rumah ibadat mereka dimusnahkan,” katanya lagi.

Kira-kira empat jam selepas gereja di Taman Melawati dibakar, Church of the Assumption di Jalan Templer di sini diserang kira-kira 4 pagi tadi.

Ia tidak mengakibatkan kesan besar.

Pengurusan gereja Roman Katolik ini berkata bahan letupan buatan sendiri dibaling ke arah premis itu tetapi tidak meletup.

“Ia tidak meletup,” kata editor akhbar Herald Father Lawrence Andrew kepada The Malaysian Insider.

Pihaknya akan membuat laporan polis.

Dalam pada itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dijadual mengadakan sidang media kira-kira 11.30 pagi di Bukit Aman.

Tengah malam tadi serangan ke atas gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dibakar oleh sekumpulan tiga hingga empat lelaki.

7 Jan 2010

Berhala Orang UMNO !

Gambar di sebelah merupakan berhala UMNO. Setiap tahun akan diadakan upacara khas memuja dan memuliakan berhala bekenaan. Walau pun Majlis Fatwa mengatakan amalan yang dilakukan itu adalah bertentangan dengan Islam kerana terdapat unsur-unsur syirik, namun semua itu tidak dipedulikan oleh pembesar-pembesar UMNO.

Berhala ini akan terus dimuliakan pada tahun ini, 2010. Tak percaya? tunggu dan lihat sendiri nanti.

Kemudian, gologan yang memuliakan berhala ini juga cuba muncul untuk menjadi juara memperjuangkan nama "ALLAH" dari disalah guna , kononnya.

Keputusan mahkamah di Malaysia akan dibuat selari dengan kehendak UMNO. Sudah banyak kes yang dibuat penghakiman oleh mahkamah bukannya berdasarkan undang-undang yang ada.

Rakyat juga mempunya persepsi yang sama dalam kes membenarkan majalah Herald menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya. Hakim mungkin diarahkan berbuat demikian.

Maka riuh rendahlah UMNO dan ulamak yang sewaktu dengannya memainkan isu. Maka lalailah rakyat dengan isu kenaikkan harga gula dan kehilangan injin jet TUDM. Berita polis Perancis akan panggil Najib untuk beri keterangan berkenaan pembelian kapal selam telah menjadi terlalu kecil untuk di lihat oleh rakyat.

UMNO akan merayu ke Mahkamah Rayuan. Keputusannya sama dengan Mahakamah Tinggi, perkataan "ALLAH" tetap dibenarkan penguaannya oleh Katolik di Malaysia dalam majalah Herald. UMNO terus berlakon, membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Orang Melayu dan ulamak separuh masak akan diheret bersama.

Masa berlalu. Pilihan Raya ke 13 menjelang tiba. Tiba-tiba Mahkamah Persekutuan, dengan hakim-hakim yang telah dicucuk hidungnya oleh UMNO, akan istiharkan, membatalkan keputusan Mahlamah Rayuan. Herald tidak dibenarkan guna "ALLAH" dalam sebarang penerbitan.

UMNO menang. UMNO akan mendabik dada merekalah pejuang Islam sebenarnya.

Kemudian, Pilihan Raya ke 13 pun di adakan.

UMNO mahu orang Melayu berada dipihaknya, menjadi pejuang mempertahankan "ALLAH". UMNO mahu orang bukan Islam menganggap orang Melayu adalah anti mereka. Dengan ini akan lemahlah Pakatan Rakyat. UMNO akan menang lagi dalam PRU13.

Itulah isu yang direka oleh UMNO, seperti mana yang di nasihatkan oleh Yahudi.



7.1.10 Pagi Tadi, jam 9.20 DS Nizar kemalangan jalan raya di Ipoh.


DS Nizar kini ditempatkan di wad 8C Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh untuk direhatkan selepas mengalami kemalangan tadi. Keadaannya akan dipantau sebelum dibenarkan pulang. Kebanjiran orang ramai yang bertali arus datang ke hospital sebaik menerima berita kemalangan DS Nizar sebentar tadi juga dilihat sebagai sebab beliau dipindahkan ke wad. Antara yang bergegas mengunjunginya adalah pimpinan Pas Perak seperti Ust Misbahul Munir, Ust Nor Azli Musa, pimpinan PKR Perak seperti YB Chang Lih Kang, juga pimpinan DAP Perak seperti YB Kulasegaran dan YB Sam.

6 Jan 2010

Siapa agaknya Jawatan Kuasa UMNO Tasek Gelugor itu ya?

Kalau taraf Jawata Kuasa UMNO bahagian perangai macam ni, agakya macam mana pula perangai Ketua Bahagian UMNO, perangai Ketua Perhubungan UMNO , Perangai Presiden UMNO ?

Tak kan nak sokong parti UMNO ni lagi, pemimpin atasan perangai macam binatang, puak bahawahan di kampong-kampong jadi barua, di perbodoh macam lembu.
clipped from mstar.com.my

Bekas Madu Noraniza Idris Dakwa Suami Pernah Tiduri Lebih 10 Wanita

KUALA LUMPUR: Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris semalam mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54, pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka.
Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya.
"Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya,” katanya semalam ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh.
Dalam pada itu, Mastura mendakwa Muhamad Mustafa yang juga ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor itu pernah melakukan hubungan seks luar tabii setelah dia enggan tidur bersama.

blog it

5 Jan 2010

Isu ALLAH; Kenyataan Rasmi PAS

KENYATAAN RESMI PAS
A green version of http://commons.wikimedia.or...Image via Wikipedia

PAS sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11
Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun demikian, dalam kontak masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Hari Jumaat

Sedang berlaku:

  • 1 Muharram 1431 - Hari Jumaat
  • 1 Januari 2010 - Hari Jumaat
  • Gerhana Bulan jam 2.30 pagi pada 8 Januari 2010 - Hari Jumaat
  • Gerhana Matahari jam 3.00 tpg akan berlaku pada 15 Januari 2010 - Hari Jumaat

Telah berlaku:

  • Peritiwa Karbala (pembunuhan Saidina Husin) - Hari Jumaat.
  • Nabi Adam dan Hawa di keluarkan dari syurga ke dunia - Hari Jumaat
  • Terselamat bahtera Nabi Noh dari banjir besar - Hari Jumaat.

Akan berlaku:

  • Tiupan sangkala hari kiamat - Hari Jumaat.
  • Kemunculan Imam Mahadi - Hari Jumaat.

    Banyak peristiwa penting dalam Islam sebenarnya berlaku pada Hari Jumaat. Hari Jumaat dalah hari penting dalam Islam. Malahan Hari Jumaat lebih mulia dari dua hari raya.

    Mungkin BN akan hancur juga pada Hari Jumaat.

    Isu kalimat 'Allah' : Zulkifli Kulim patut jilat hingusnya sendiri

    Petikkan dari blog "ALHUSSEYN"


    Sebelum ini, berbagai pandangan berbelah bagi daripada pemimpin PAS dalam memperkatakan isu penggunaan kalimah Allah.Masing-masing ada hujahnya.Tapi manalah nak lawan hujah yang bersandarkan nas dari al-Quran.

    Alhamdulillah, dan kita semua berharap , dimasa hadapan, agar PAS dapat segera menangani isu nasional dengan kadar segera terutamanya apabila ada kaitannya dengan agama.

    Namun, timbul persoalan : Adakah YB Zul Kulim akan keluar Pakatan Rakyat dan menjilat hingusnya sendiri apabila kenyataan rasmi PAS yang dikeluarkan oleh Presiden parti selepas bermesyuarat hampir tiga jam di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur adalah konsisten dengan pandangan Khalid Samad disini

    Jangan Terlalu Laju, Bahaya!

    Petikkan dari blog "Bila Sauh Di Bingkar"

    http://bongkarsauh.blogspot.com/2010/01/jangan-terlalu-laju-bahaya.html

    Ada orang Umno yang marah kalau saya kata Umno memang seronok dengan keputusan mahkamah mengenai penggunaan nama Allah.

    Macam mana pula, bukankah ada gambar orang Umno mengangkat tangan membantah penggunaan nama itu oleh akhbar berkenaan?

    Dan, jangan lupa, gambar yang mengangkat tangan itu adalah orang Umno Pulau Pinang. Mengapa Pulau Pinang?

    Agaknya begini…

    SATU - Umno berharap sangat supaya PAS bangun menentang keputusan mahkamah itu, kalau boleh bermati-matian, berdemontrasi besar-besaran.
    Harapan mereka bila PAS bertindak sebegitu, sedikit sebanyak akan menyumbang kepada rasa tidak puas hati di kalangan pendokong PKR yang beragama Kristian.
    Rasa tidak puas hati itu mungkin akan diluahkan. Pada waktu itu Umno berjaya memasukkan jarumnya untuk memecahkan kesepaduan Pakatan Rakyat.
    Kalau ini berlaku, perangkap Umno memang mengena. Hasrat Umno untuk memburukkan PAS pada mata orang-orang bukan Islam dikira berjaya.

    DUA - Katakan pula PAS menyokong keputusan mahkamah iaitu membenarkan penerbitan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, Umno memasukkan pula jarumnya di kalangan orang Islam.
    PAS tidak lagi berjuang Islam kerana menyokong keputusan mahkamah itu. Pada masa itu, imej PAS di kalangan orang Islam sendiri diburukkan oleh Umno.
    Umno boleh mencanang kemana-mana, PAS bukan berjuang Islam sebab menyokong keputusan tersebut. Perangkap Umno mengena lagi kalau PAS mengambil sikap begini.

    TIGA - Katakan PAS diam sahaja, ini pun akan dicanangkan juga oleh Umno. Tengok, PAS sudah jadi kuda tunggangan DAP, tidak berani membela agama sendiri kerana menjaga hati DAP.
    Kalau PAS berani mengapa diam? Belalah agama…! Kesitu pulak perginya Umno.
    PAS ada keutamaannya, membela agama. Mana satukah makna membela agama yang sebenar? Berkelahi dengan orang bukan Islam atas isu penggunaan nama Allah? Atau, tampilkan Allah sebagai Tuhan yang menurunkan rahmat untuk semua termasuk kepada orang bukan Islam?

    Mana lebih besar mudaratnya? Orang Kristian guna nama Allah dalam penerbitan mereka? Atau, membiarkan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, perampasan hak berleluasa?

    Saya sering terpandang di cermin-cermin kenderaan stiker yang bertulis, ‘Speed Kills’ . Saya harap Ustaz Idris dan Ustaz Nasharudin jangan terlampau laju. Bahaya ustaz…!

    Reblog this post [with Zemanta]