28 Jul 2008

Anwar umum tanding di Kulim, jentera telah bersiap sedia

DALAM ceramahnya di Kulim malam tadi, Ketua Umum, Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding di Kulim - Bandar Bharu setelah Ahli Parlimen berkenaan menawarkan kerusi berkenaan kepada beliau.

“JIKA tidak ada aral melintang,dalam masa terdekat ini saya akan umumkan untuk bertanding di Kulim-Bandar Bharu ini.Terima kasih kepada Zulkifli Nordin yang menawarkan kawasan ini.Beliau adalah contoh anak muda yang faham akan erti perjuangan ini ” kata Anwar di hadapan 10,000 yang hadir.

Pada pilihanraya lepas, Zulkifli memenangi dengan majority 5583 dimana beliau memperolehinya sebanyak 22255 manakala Aziz pula sebanyak 16,672. Kulim Bandar Bharu mempunyai 67.93% undi Melayu,21.135 cina dan 11.48% undi India dimana jumlah keseluruhan pengundinya ialah sebanyak 51444 pengundi yang berdaftar.

Katanya lagi, Barisan Nasional akan menggunakan pelbagai taktik bagi menghalang beliau untuk menjejakan kaki ke Parlimen.

“Baru-baru ini saya dipaksa mengisi borang yang mengaitkan saya mangsa rogol,malah dikatakan diarahkan oleh orang atasan.Seluruh badan saya diperiksa dan ini amat memalukan saya,saya menghalang gambar saya dari diambil kerana menjaga maruah saya.Kenapa saya di buat begini adalah kerana saya melawan mereka ”

“Saya dipenjara , saya keluar saya lawan,saya di telanjang,saya pakai baju dan saya lawan,saya di pukul ,saya berubat dan saya balik dan bebas , saya akan lawan habis –habisan,” katanya lagi.

Anwar juga menyatakan bahawa UMNO kini yang berada dalam keadaan tidak tenteram dan tidak stabil dan mana mungkin mereka memikirkan masaalah orang Melayu,malah sebelum pilihanraya dulu pun UMNO tidak pernah bercakap mengenai nasib bangsa Melayu.dan kenapa dalam keadaan sekarang mereka baru menyebut untuk membantu orang melayu .

Anwar turut menyatakan bahawa beliau telah menghubungi Presiden Pas, Hadi Awang bagi menyatakan hasratnya untuk bertanding di Kulim-Bandar Bharu dan Presiden Pas telah mengatakan seluruh jentera Pas akan dikerah membantu beliau.

“Sebelum saya ke Kulim saya telah menghubungi Ustaz Hadi dan menyatakan hasrat untuk bertanding di Kulim.Beliau telah memberi jaminan dan komitmen dengan menyatakan bahawa jika saya bertanding di Kulim seluruh jentera Pas di Kedah akan dikerah membantu saya, malah di seluruh Malaysia jentera PAS akan digerakkan bagi membantu saya di Kulim. Begitu juga dengan Lim Kit Siang yang datang kerumah saya bertanya di kawasan manakah yang saya akan bertanding, dan memberi sokongan malah akan menggerakkan jentera DAP untuk membantu dimana sahaja saya bertanding” Jelas Anwar.