23 Jul 2008

Kes Petisyan Kerusi Bandar Baru - Kulim Ditangguh Pada 18 Ogos

MAHKAMAH Tinggi Alor Star yang sepatutnya mendengar perbicaraan
petisyen untuk membatalkan kemenangan Zulkifli Nordin bagi kerusi Kulim
- Bandar Baru hari ini bagaimanapun ditangguhkan kepada 19 Ogos depan.

Ahad lalu mahkamah berkenaan menangguhkan perbicaraan itu yang sepatutnya didengari hari ini.

Petisyen itu dikemukakan oleh calon BN Abdul Aziz Fadzil.

Tidak
dapat disahkan apakah punca penangguhan berkenaan. Kes petisyen itu
menjadi perhatian kerana sekiranya ia kosong Penasihat PKR Anwar
Ibrahim dikatakan bercadang untuk menyertai pilihan kecil bakal
diadakan.