11 Feb 2009

Berita berkenaan ADUN Kulim, Kedah



Mengikut kata YB Lim, ADUN Kulim dari PKR, berita berkenaan ugutan beliau akan keluar dari menjadi ADUN Pakatan di Kedah hanyalah mainan politik BN. Beliau di lapurkan tidak berpuas hati dengan cara PAS mentadbir Kedah.

Akhbar China Press (online) hari ini menyiarkan berita tersebut di muka hadapan.

Sejak kebelakangan ini, beliau menerima tekanan dari pihak BN supaya lompat parti menyertai BN dengan tawaran yang lumayan.

Beliau adalah sasaran berikutnya selepas ADUN Bukit Selambau, V.Arumugam, yang telah pun melepaskan jawatan ADUN dan EXCO.

Baru-baru ini, YB Zulkifli Noordin ada membuat komen dalam akhbar Sinar Harian (versi utara) berkenaan YB Lim yang tidak berpuas hati kerana Ustaz Yaakob Husin dipanggil menyampaikan bantuan zakat kepada fakir miskin di Kulim. Dalam komen tersebut, YB Zul telah menyebut bahawa PAS Kedah mengamalkan dasar buli dalam pentadbiran Negeri Kedah.

Ustaz Yaakob adalah ADUN Bandar Baharu.

YB Lim Soo Nee menganggap perkara ini sebagai menghina beliau, ADUN Kulim.