24 Sept 2010

Laluan Feri Yang Rosak

Isnin lepas laluan atau ramp kereta untuk menaikki feri telah pecah. Berlaku di Pangkalan Raja Uda, disebelah George Town sana, berth no.3.

Feri yang berlabuh sedang menanti kereta masuk. Setelah separuh kereta yang akan ke Butterworth masuk, ramp yang di gerakkan dengan kawalan hidrolik telah pecah pin yang sebelah kiri. Masaalahnya kereta sudah tidak selamat melalui ramp tersebut. Malangnya lagi, ramp pula sudak tidak boleh dinagkat oleh sistem hidrolik kerana pin yang pecah tersebut. Oleh kerana ferri tidak dapat berlepas, kereta yang dah masuk kedalam feri terpaksa menuggu disitu sementara pihak Pelabuhan Pulau Pinang mencari jalan penyelesaian.

Lima unit Chain Block di gunakan untuk menarik balik ramp yang ranggang ke posisi yang selamat. Setelah dua jam kerja pembaikkan sementara dijalankan baru lah kereta yang terperangkap dalam feri debenarkan keluar untuk menggunakan feri lain bagi meneruskan perjalanan ke Butterworth.

Pin baru sedang dibina di bengkel, dua hari lagi mungkin siap. Dijangka 26 Sept 2010 baru dapat Berth No.3 berfungsi semula.

Pangkalan feri di sebelah George Town di beri nama Pangkalan Raja Tun Uda, sempena nama gavenor Pulau Pinang yang petama. Sementara di sebelah Butterworth di beri nama Pangkalan Sultan Abdul Halim, sempena nama sultan Kedah sekarang.