Berikut adalah antara isi kandungan didalam manifesto Najib Razak untuk kempen sebagai Presiden UMNO yang di petik dari Pahang Daily.
........................................................................
Saya telah diserang oleh musuh-musuh saya kononnya saya mengamalkan upacara agama Hindu. Semua bolehlah merujuk kepada Dato' Sri S Samy Vellu yang mana beliau boleh mengesahkan bahawa saya tidak pernah bersama-sama dengan beliau di sebarang majlis upacara agama Hindu. Saya sanggup bersumpah dengan nama Tuhan bahawa saya adalah seorang Muslim yang beriman denganNya.
Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya berkenaan dakwaan saya terlibat dalam skandal perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725. Ianya dibuat melalui proses dan peraturan seperti yang ditetapkan. Kementerian Pertahanan menerima keputusan dan persetujuan dari Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter dan Kementerian Pertahanan mengeluarkan LOI kepada penender itu pada 15 September 2008. LOI boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan secara kebetulan ia dikeluarkan pada 15 September 2008. Saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk disiasat oleh PAC atau BPR!.
Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Perwakilan khususnya amat bijak dalam membuat pilihan mereka untuk menentukan pemimpin pada Mac depan. Mereka bijak menilai siapakah pemimpin sebenar yang membela bangsa dan siapakah yang pernah belot kepada perjuangan UMNO dan menjadi agen negara asing
Tawaran Saya Sebagai Presiden UMNO
Saya akan mempertahankan ketuanan Melayu sehingga ke titisan darah yang terakhir sekiranya saya mendapat mandat Perwakilan Umno sebagai Presiden UMNO pada Pemilihan Mac 2009. Inilah janji dan ikrar saya kepada Almarhum ayahanda saya sebelum beliau meninggal dunia. Saya akan membentuk Majlis Penasihat Presiden dengan dianggotai oleh tokoh-tokoh Umno yang telah bersara terutamanya Bekas Perdana Menteri bagi menghargai pandangan dan idea mereka dalam membawa negara mencapai Wawasan 2020. Saya akan memastikan bahawa keluarga saya tidak akan terlibat dalam perniagaan atau campur tangan dalam urusan pentadbiran negara. Saya akan menunaikan tanggungjawab saya tanpa sebarang pengaruh negara luar.
Kita sedar bahawa BN agak tercalar sedikit dalam keputusan Pilihanraya Umum Mac lepas. Saya akan melakukan apa sahaja bagi mengembalikan kegemilangan UMNO dan Barisan Nasional. Saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan apa cara sekalipun bagi menghapuskan elemen-elemen perosak kestabilan dan keamanan dalam negara. Akhir sekali saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk bekerjasama dengan mana-mana pemimpin Umno yang mendapat mandat Perwakilan Mac depan. Masa depan bangsa yang bersifat "Glokal" akan terus megah berdiri dalam mengharungi arus globalisasi. Kepada Tuhan saya berserah!
...............................................................
Najib bersumpah lagi, dengan nama Tuhan dia tidak mengamalkan upacara agama Hindu seperti tuduhan yang terkandung dalam Akuan Bersumpah seorang pemandu.Manifesto ini diakhiri dengan Kepada Tuhan saya berserah!
Nampaknya Naiib lebih selesa menggunakan perkataan Tuhan berbanding dengan perkataan Allah. Tuhan, perkataan bahasa Melayu, sangat luas pengertiannya. Tuhan boleh di ertikan atau dipakai kepada tuhan agama-agama lain juga, Kristian, Budha, Yahudi, Majusi dan Hindu juga.
Pergerakkan Arqam yang telah diharamkan pun selesa menggunakan perkataan TUHAN dalam buku-buku, artikel dan syarahan mereka. Ashaari sendiri pun gemar menggunaan perkataan TUHAN dalam ucapannya, jarang sangat beliau sebut perkataan ALLAH. Kalau nak kepastian cuba rujuk buku-buku yang pernah diterbitkan oleh alArqam.
Ayah Pin, ketua Kerajaan Langit, tak tahu la pula, mungkin dia guna perkataan TUHAN kerana dia adalah ketua bagi banyak agama. Kalau guna perkataan ALLAH tak sesuai sangat untuk merujuk kepada ramai Tuhan yang lain lagi.
Manifesto Najib ni mungkin di tulis oleh bekas orang Arqam atau oleh Ayah Pin sendiri kot!