1 Nov 2008

Menunggu Tembelang MP Kulim/BB Pecah

(Artikel petikkan dari Laman Marhaen)

Asalammualaikum pembaca semua....

Dari hari ke hari kami penduduk dan pengundi dok menunggu bila telor tembelang YB ni nak pecah dan baunya akan menusuk lubang hidung semua rakyat Malaysia terutamanya bagi penulis2 yang hebat menyokong dan mempertahankan YB sorang ni yang kononnya mempertahankan Islam...dari riak dan tingkah laku beliau akhir2 ini jelas seolah-olah ada udang di sebalik batu.
Sebagai penyokong dan pengundi Pakatan Rakyat saya memerhatikan tingkah dan laku YB ini dengan cukup perihatin kerana sayangnya saya pada perjuangan pakatan rakyat yang mena telah memerintah Kedah dan akan Insyaallah memerintah negara tidak lama lagi. Bagi penulis dan pemerhati yang cenderung kepada YB ini bacalah hujah2 yang akan saya tuliskan dengan penuh telitian dan rasionalkan pemikiran anda kerana kita cukup sayangkan Parti kita dan perjuangan Pakatan Rakyat agar tidak dikianati oleh spesis jenis ini. Segala maklumat yang akan dituliskan ini adalah berdasarkan maklumat yang di perolehi dari teman2 kita yang simpati dan amat benci dengan perbuatan khianat dan perlakuan kepura-puraan YB ini seolah-olah beliau bertopengkan Islam tetapi penuh dengan kejurdanaan.

1. Telah dimaklumkan di dalam satu mesyuarat UMNO bahagian, pegerusi telah dimaklumkan bahawa beliau telah dihubungi oleh YB ini agar menarik balik petisyen di mahkamah dan sebagai balasannya beliau akan melompat masuk UMNO setelah beliau berjumpa dengan kepimpinan UMNO Malaysia. Malah UMNO bahagian tidak berpuashati dengan ketetapan ini dan telah menghantar rombongan menemui pemimpin tersebut dan ini disahkan oleh pemimpin tersebut agar petisyen ini ditarik dan dalam waktu terdekat YB ini akan mengistiharkankan diri menjadi YB UMNO walaupun beliau memenangi kerusi Parlimen diatas tiket PKR dan diundi oleh pengundi2 pakatan rakyat.

2. Dengar khabarnya borang keahlian UMNO telah siap diisi. Mungkin tunggu masa sahaja untuk tujuan tersebut dan sanggup hanya menjadi MP tetapi hanya sebagaii ahli UMNO biasa. Betapa hinanya maruah seorang pejuang yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi sanggup mengkhianati demi untuk harta dan habuan keduniaan. Mungkin kepiah yang dipakai cuma untuk menutupi sesuatu yang tiada diatas kepala.Malah pernah beliau memakai topi Baretta dalam satu majlis yang dihadiri oleh beliau.

3. Dengar khabarnya peguam-peguam yang mewakili beliau amat tidak berpuas hati dengan beliau mungkin tidak memenuhi sebagai mana yang telah beliau janjikan kepada mereka. Dan barisan peguam ini akan dan telah mengumpul dan menyenaraikan perbuatan dan perangai hodoh MP ini dan akan mendedahkan pada masa yang sesuai atau selepas beliau mengkhianati rakyat Kulim Bandar baru dan rakyat Malaysia amnya.

ADA LAGI.........Tunggu pendedahan seterusnya......
JIN BRABUS....