PETIKKAN DARI FORUM GERAK REFORMASI
Pertamanya saya memohon ampun dan maaf dari para pengkagumnya di seluruh negara, apatah lagi ketika ini didendangkan betapa ia seorang pejuang Islam yang amat berani. Namun saya terpaksa menerima cemuhan mereka yang juga sealiran pemikiran dalam perjuangan politik ini atas dasar perlu diberitahu kepada umum siapa sebenarnya manusia bertopeng ini.
Bukanlah suatu yang pelik dan anih apabila ia begitu disanjung terutamanya memandangkan gelaran ustadz yang sering di pangkalkan pada namanya serta kopiah/ketayap yang tak lekang di kepala. Sanjungan itu bertambah darjahnya memandangkan akan kebolehan beliau membaca khutbah sekaligus menjadi imam bersembahyang. Memang hebat lakonannya!
Namun hakikat sebenar, Zul ini memang manusia pembelit, penipu serta pembohong yang amat sangat. Para peguam yang membela kes petisyen tempohari sudah pun mengenali siapa Zul sebenarnya. Ia terkenal sebagai tangkai jering yang menggenggam rapat wang yang masuk ke tangannya. Bagi tempoh lapan kali mereka turun ke Alor Setar menghadiri perbicaraan kes yang kemudiannya ditarik balik, mereka berenam hanya dibayar RM1000 setiap orang. Dan mereka juga tahu banyak rahsia jahat serta kotor Zul sepanjang tempoh itu. Mereka juga tahu sikap pecah amanah Zul semasa mengutip derma dan infaq dari golongan kaya yang mengerjakan umrah lewat Ramadhan yang lalu.Semasa mahu berpergian mengerjakan umrah di penghujung Ramadhan lalu, Zulkepliarq telah memujuk mereka menggunakan perkhidmatan Agensi pelancongan kawannya dengan pujukan syarikat kawannya itu memberikan diskaun 60 peratus. Rupa-rupanya mereka telah dikenakan siut itu, mereka terpaksa membayar penuh juga. Jika menurut jati diri puaka duit dalam dirinya, kita boleh berspekulasi yang bahagian diskaun itu telah disebatnya dari syarikat pelancongan tersebut!
Sebenarnya pun, jentera parti dari awal-awal lagi dapat menghidu sikap buruk Zul di sebalik perwatakan zuhud yang ditampilkan di khalayak. Bedebah ini manusia bermulut celupar dan mudah memfitnah orang melarikan duit serta kununnya menghilang atau menjual bendera parti. Bab duit memang tak boleh dipercayai. Menurut sumber, wang peruntukan parti yang dikhususkan untuk pilihanraya DUN YB Lim Soo Nee turut dikebasnya menjadikan RM20,000 semuanya. Akan tetapi yang luruh kepada jentera hanyalah ciput sahaja.
Apabila jentera bertanya tentang bajet untuk pilihanraya, ZulKipeliarq akan memaki dan mencarut yang bukan-bukan sehingga menimbulkan rasa malu di kalangan mereka. ( Kalau aku yang kena, mampoih dia hari tu!!) Siut yang sekor ini akan mereka-reka cerita kununnya beberapa pegawai parti menyelewengkan duit pilihanraya. Rata dijajanya cerita bohong itu tanpa rasa bersalah sedikit pun. Memang dahsyat. Ketua Bahagian serta Rosli yang juga Pegawai Penerangan yang merupakan salah seorang pengasas parti Bahagian itu menjadi mangsa ‘Ustadz’ yang berkepala botak itu! (Betul!! itu sebab ia memakai ketayap atau topi baretta.
Atas sikap buruknya yang begitu serta sering pula mengenakan orang yang berada di sekelilingnya, ramai yang telah meminggirkan ia. Seorang bernama Dato’ Azlan yang membawa ia semasa awal kempen telah angkat kaki, begitu juga seorang guru dari Kelantan. Ramai dari jentera penting parti mula mengetahui sikap buruknya, namun mereka bertahan demi perjuangan parti yang jauh lebih besar dan penting. Bukan setakat di kalangan pemimpin PAS malah juga PKR sendiri.
Hanya dua tiga kerat aktivis parti yang masih membodohkan diri seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Pembantu Peribadi beliau yang bercita-cita tinggi menjadi Ketua Bahagian serta Penolong Setiausaha Kak Ros dan beberapa orang lagi masih terpesona dan fanatik kepada Zulkipeliarq. Mereka ini sering menjadi jongos serta tukang sebar cerita bohong siut yang sekor itu. See No Evil, Hear No Evil and Talk No Evil.
Penulisan serta komentar yang dibuat orang perihal kisah Zulkipeliarq yang mempunyai janji sulit dengan Najib demi mengekalkan jawatan yang juga bermakna elaun RM 12,000 terus masuk ke tangannya bukanlah suatu dongeng! Ia adalah benar dan sahih. Khabarnya nilai perjanjian Syaitan itu ialah RM 3 juta dengan ia terus menjadi Ahli Parlimen di bawah UmnoBn.
Menurut sumber yang amat kredibel, Zul dikatakan telah berjumpa sebanyak 5 kali dengan Najib si Timbalan PM. Ia akan terus menjadi Ahli Parlimen di bawah wadah Umno dengan hanya menjadi ahli biasa Umno. Peruntukan pembangunan akan luruh melalui Zul dengan kawalan pemimpin Umno Bahagian.
Sepertimana yang ditulis Tinta Merah, memang benar insiden Majlis Peguam, slot meluas untuknya dalam debat Parlimen serta medan di dada akhbar adalah ruang serta petunjuk yang ia akan melompat masuk Umno. Mangkuk ini akan mewujudkan suasana supaya ia dipecat dari parti PKR dan Pakatan Rakyat. Memang itu lakonan sahaja apabila ia menyebut tentang perjuangan Islam serta bangsa Melayu. Perjuangan apa bendanya apabila ia membiarkan saja wakil calonnya Ustadz Ismail terkial-kial memenuhi keperluan hidup. Jangan tidak, selepas menjadi Ahli Parlimen si puaka duit ini hanya membayar Rm1000 sahaja atas tugas yang dibuat. Itu pun setelah berkali-kali sms dihantar merayu bantuan kewangan. Walhalnya hamba Allah itu dengan patuh memikul tanggungjawabnya di kawasan Parlimen itu. Ustadz Ismail juga akhirnya angkat kaki apabila merasakan dia telah dipergunakan oleh si cabuk itu.
Begitu juga dengan segala janji serta berita dalam blognya. Hampir kebanyakan itu hanyalah pembasuh mulut sahaja dan bertaraf halwa telinga. Apa yang ditulis itu kebanyakannya dibuat oleh pecacai tersohornya yang bernama Fadhil. Entah sampai bila hamba Allah itu akan sedar! Mungkin pada hari Zul isytiharkan yang ia menjadi Wakil Rakyat Umno!
Bab duit ringgit ni memang satu kepantangan besar bagi Tangkai Jering ini. Yang terbaru ialah kisah ia memungkiri janji untuk memberi bantuan kepada magsa banjir kawasan Bandar Baru di Masjid Junjong dengan alasan tiada wang!! Amat memalukan sekali sehinggakan Zul dilarang dari datang membaca khutbah di Masjid tersebut! Bab berbohong ini, cukuplah dengan kita mengamati apa kata para peguam yang membela kesnya, “Apabila Zul bercakap, kita tak tahu yang mana satu benar dan yang mana satu bohong”! Oi, dahsyat kalau peguam yang kata begitu. Apatah lagi yang diperlecehkan itu juga seorang peguam. Dalam kata lain, Zulkipliarq adalah seorang ‘pathological liar’. Dalam bahasa kampong, dikatakan yang cakap-cakap nya tak boleh pakai. Kaki kelentong atau pelebong kata orang Terengganu.
Sekali lagi saya memohon maaf kepada pengkagum Zul. Namun ini adalah kebenaran yang harus diketahui semua orang. Tidak adil kebenaran itu hanya membebani mereka-mereka yang lurus dan ikhlas dalam perjuangan. Sekaligus juga menyebabkan mereka yang menaikkan ia tertipu dengan topeng ustadz dan watak zuhudnya.
Kita mahu penduduk Kulim serta rakyat seluruh negara tahu dan bersedia mental serta kukuhkan pegangan politik mereka tatkala Zul mengisytiharkan dirinya AP UmnoBn. Paling lewat tatkala Najib memegang jawatan PM kerana memang tujuannya ialah untuk memalukan Anwar Ibrahim. Manusia opportunis sebegini akan celapak ke hadapan mendabik dada sebagai pejuang rakyat jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Kita bersyukur kerana ditakdirkan tahu awal akan kemakaran Zul melalui sumber yang sahih.Cepat-cepat lah keluar Zulkipeliarq oii!!!!
Memang hang layak berada dalam kem Umno Bn yang penuh dengan sepsis penipu, penyangak serta pembohong seperti kamu.
Mi Itik