(Artikel di petik dari Forum Gerak Reformasi)
Isu ini berputik dalam tempoh kes petisyen Parlimen Kulim Bandar Baru. Latar belakangnya, calon yang kalah yakni Aziz Sheikh Fadzir (Ketua Bahagian Umno KBB) telah mengemukakan bantahan melalui Suruhanjaya Pilihanraya dengan mendakwa Zulkifli Nordin tidak mengemukakan penyata kewangan bagi pilihanraya yang disertainya dahulu di Selangor. Tentu kita bengong bagaimana keadaan ini boleh terjadi! Kenapa ketika tempoh bantahan penamaan calon isu ini tidak ditimbulkan?
Hakikatnya, ketika itu calon Barisan Nasional sudah pun tahu akan kekurangan dokumen serta kesalahan Zulkifli akan tetapi mereka terkaku kerana pegawai SPR Kedah tidak pun menyemak serta tahu akan kesalahan itu.
Sebenarnya masalah ini berpunca dari sistem SPR itu sendiri yang mempunyai ‘check list’ calon pembangkang untuk membatalkan pencalonan mereka. Malangnya SPR bergerak secara berasingan dan bebas di setiap negeri. Bermaknanya jika Zulkifli bertanding di Selangor, dia pasti akan kantul dengan calon BN akan diisytihar sebagai pemenang sepertimana kes yang berlaku kepada calon PKR Peguam Saifol Izham Ramli yang tewas di DUN N25 Bukit Selambau atas kesalahan yang sama.
Ustadz Zul- nang bo ti nang, koi bo ti koi!!
Ini ialah panggilan manja serta keramat bagi pengundi di kawasan Parlimen Kulim tempohari. Ia bukan setakat mengikat jiwa para pengundi malah juga petugas parti berbangsa Melayu yang terdiri dari parti Pas dan PKR sebelum mereka mengetahui kisah sebenar perwatakan dan peribadi manusia yang seorang ini. Dengan berkopiah putih dan sedikit kumis di atas bibirnya dan lagak yang zuhud dengan berselipar Jepun, ia telah berkempen ke sana-sini memenangi hati pengundi. Memang hebat akan penampilannya di atas pentas ceramah.
Lalu ditambah kesan tsunami politik yang besar terlantiklah ia sebagai Yang Berhormat membawa suara penduduk Parlimen Kulim.
Namun sejak awal kempen lagi Zul telah dikatakan menampakkan tembelang serta sikapnya yang amat hodoh. Mulut beliau begitu celupar laksana bontot ayam yang keciritan serta amat mudah mengeluarkan kata-kata menghina serta menabur fitnah terhadap petugas. Beberapa petugas parti yang merupakan ‘otai’ sudah dapat menghidu sikap buruknya. Tambahan pula perkhabaran dari kawasan pilihanraya yang disertainya dahulu serta aktivis PAS Bandar Tun Razak mendedahkan akan kejelikan serta kehodohan akal budi manusia bernama Zulkifli ini.
Pergeseran serta perbalahan di kalangan jentera terjadi akibat dari gelagat buruknya itu. Sewenang-wenangnya ia telah menuduh pegawai parti yang setia menyonglap wang peruntukan pilihanraya serta menuduh pula mereka melarikan dan menjual bendera parti.
Sepanjang kempen yang dijalankan sikap Zul amat mengguris hati serta memeningkan kepala pengarah pilihanraya. Ia seperti orang yang tidak tahu menghormati petugas apabila tidak memenuhi program yang diatur oleh bilik gerakan. Sebaliknya ia menyalahkan pegawai terbabit kununnya telah menyusahkan ia dengan memandai-mandai.
Yang tersohor dan menjadi bualan di kalangan petugas ialah sikap kedekut tahi hidung masinnya. Ia bagai jelmaan Haji Bakhil sehinggakan untuk membelanja makan petugas yang mengiringinya pun ia enggan dan memberi pelbagai alasan bodoh dan meloyakan seperti kununnya ia merupakan rasuah politik. Satu lagi sikap buruknya yang amat menjengkelkan ialah gemar mempergunakan orang. Bagi yang rela dipergunakan seperti pembantu nya sekarang ianya bersebab, kerana beliau sedang mengintai dan kepingin jawatan Ketua Bahagian PKR Kulim Bandar Baru. Lalu ia rela menelan semuanya demi mendapat sokongan MP bagi menyandang jawatan Ketua Bahagian parti. Manakala bagi mereka yang ikhlas berjuang tanpa mengharap apa-apa imbuhan amat terasa dan marah sekali.
Zul diberitakan telah menumpang di sebuah rumah hinggap satu keluarga aktivis parti PAS ketika kempen dengan percuma tanpa perlu membayar apa-apa. Akan tetapi dia merupakan seorang yang tidak membalas budi. Sewenangnya ia membiarkan rumah itu kotor dan tidak menjaga kebersihan rumah tersebut. Yang lebih dahsyat lagi ialah dia telah memandai-mandai membuat salinan kunci pendua tanpa memberitahu tuan rumah dan melatam rumah itu tanpa kebenaran setelah habis tempoh pilihanraya! He overstayed his welcome!! Apa punya manusia ni?
YB yang tidak efisien lagi eksyen
Keadaan menjadi lebih teruk dan bercelaru sebaik ia memenangi kerusi Parlimen. Sebagaimana juga masalah YB Lunas, Zul turut menjadi seperti kacang lupakan kulit. Dia berpeleseran di Kuala Lumpur dengan pembantu nya pula terpaksa menjaja cerita bohong. Sekejap Zul berada di Dubai, sekejap UAE dan menemani Dato Seri Anwar pulak tu. Dengan bantuan teknologi moden, sekejap saja pembohongannya terbongkar apabila diselidiki dengan pemimpin atasan PKR.
Sikap Zul yang malas turun ke kawasan parlimen begitu merupakan sikap pemimpin UmnoBn. Hanya pembantunya yang terpaksa memikul tugas bertemu dan menangani masalah penduduk. Kita faham itu bukan lah tugas hakikinya, namun apabila terlalu jarang turun atau mungkir janji; ia segera menjadi buah mulut pengundi. Yang terjejas nanti ialah nama baik parti. Sedangkan Aziz boleh dikatakan telah berkampong di kawasan Kulim!! Di mana ada bencana di situ Aziz Sheikh Fadzir ada!! Manakala Zul tidak pun menjengahkan muka. Harapkan pembantunya sahaja yang akan menjaja kisah kununnya YB sebok berpergian ke luar negara. Saya masih teringat satu pepatah kaum Kikuyu di Somalia dalam sebuah buku yang dibaca yang mengatakan, “Siapa yang sentiasa mencuci bontot kaldai, satu hari pasti akan terkena tendangannya!”. Satu hari mereka pasti akan terkedu malu atas mainan politik Zul kerana mereka tertipu bontang.
Kegemaran YB sekor ini ialah membaca khutbah dan menyertai program yang diatur orang dengan dia tidak perlu mengeluarkan satu sen pun! Malah dikatakan dalam program kelas pengajian pun dia meminta hak untuk mengutip infaq untuk memenuhi koceknya. Maka setiap kali turun, aktivis parti pun mengatur peluang khutbah di masjid-masjid. Namun hobinya itu akan terkandas sebaik semua orang tahu akan sikap kedekut serta pembohong nya ia.
Puaka Duit Rupanya si Sekor Ni
Apa saja yang dibuat oleh spesis ini, laba menjadi perhitungan kira-kiranya. Kita mengimbau sedikit pra pilihanraya kecil Permatang Pauh. Di khalayak serta media internet, bukan main dia menonjolkan diri kununnya sanggup berkorban kedudukan MP nya demi memberi ruang untuk DS Anwar kembali ke gelanggang Parlimen. Pada malam program DSAI di Dewan CRC Kulim itu, dia sendiri mendabik bukan main untuk melepaskan kerusinya tanpa menunggu keputusan mahakamah! Akan tetapi keadaan sebaliknya telah berlaku tatkala perundingan mahu dibuat untuk dia melepaskan jawatan.
Pada jam 5.30 petang yang dijanjikan, Zul tidak kunjung tiba dalam mesyuarat khas itu, sehinggakan esoknya, YB Johari Abdul terpaksa berkejar ke rumahnya mengatur pertemuan berikutnya. Itu pun dia hanya hadhir satu jam lewat dengan helahnya yang bolak-balik. Itu lah sebabnya kenapa DS Anwar bertanding di Permatang Pauh. Manakala dari pemantauan yang dibuat Zul hanya hadhir ketika kempen sudah di penghujungnya. Ketika itu telah pun tersebar desas-desus ia membuat pertemuan dengan Najib. Pada satu malam di Markas Utama Yayasan Aman Permatang Pauh, Zul dibiarkan sahaja duduk bersendirian tanpa dipedulikan orang. Kenapa? Kerana rahsia pembelotannya sudah mula dihidu dan didedah orang.
Apakah benar seperti dakwanya yang dia seorang yang memperjuangkan agama dan bangsa? Apakah benar ia tidak kisah menjadi Hang Jebat dalam hal itu sehinggakan sanggup melanggar kod etika dan amalan MP Pakatan Rakyat. Melihat kepada rekod sejarahnya, Zul memang seorang yang serba boleh dan serba mungkin.
Menurut sumber, hasil dari pertemuan dengan Najib, Zulkifli segera mengatur laluan untuk ia menyertai Umno. Suasana harus dicipta supaya ia disingkirkan dari PKR. Sambil menjulang imejnya, kesan buruk dan kerugian mesti dihalakan kepada Pakatan Rakyat. Semasa mengerjakan umrah di penghujung Ramadhan lalu, Zul dikatakan banyak menghabiskan masa berjumpa dan berbincang dengan YB Zahid Hamidi dalam melicinkan janjinya menyertai Umno! Dikatakan dia sudah pun mengisi borang Umno.
Dalam kesempatan itu juga ia tanpa segan silu mempergunakan peguam yang mewakilinya bagi mengutip infak dari sebarang tokoh perniagaan yang ditemui. Haji Nasuha seorang ahli perniagaan dari Johor yang terkenal dengan produk Mak Siti hampir sahaja menjadi mangsa skim ‘in...’ Zul dengan meminta RM 20,000. Dia menggunakan intro perkenalan diri sebagai YB dengan bermodalkan masalah mahkamah yang dihadapinya beserta yuran untuk para peguam dan keperluan mereka yang turun naik mahkamah. Ada ketika ia sebagai saluran bantuan kepada para pelajar Agama yang memerlukan bantuan. Ramai yang telah menjadi mangsa termasuk melalui rayuannya dalam blog internet!
Hakikatnya Peguam Haji Radhi yang berasal dari Merbok dan kumpulan 5 orang peguamnya hanya dibayar RM1000.00 seorang bagi tugasan mereka dalam kes petisyen tersebut yang memerlukan mereka turun dari KL sebanyak lapan kali! Menurut para saksi ini puluhan ribu RM berjaya dikutip Zulkifli, sedangkan tiada bantuan yang luruh secara berterusan kepada mereka yang memerlukan di kawasan Parlimen itu. Bantuan pembinaan rumah orang miskin yang bernilai RM 20,000 merupakan duit infak seorang Sheikh Arab yang diperkenalkan blogger Fudhail!! Berapakah nilai bantuan yang sebenar?
Kemana pergi agaknya wang sedekah serta zakat yang disalurkan melalui Zul? Barangkali untuk mengubati rambut maya di atas kepala nya yang gersang itu? Atau diperuntukkan bagi pembinaan banglonya di Baling?
Tembelangnya sudah merekah
Pelbagai saluran sumber memang mengesahkan yang YB Zulkifli sudah pun melekatkan kakinya ke sebelah politik sana, laksana seekor pacat yang kemarukkan darah. Sumber sulit PKR dan Umno sendiri sudah mengesahkan pembelotan yang akan YB Zul lakukan. Manakala pehak bebas pula saling bertingkah membisikkan bukti pembelotan Zul. Tulisan terbaru MSO mendedahkan ujudnya surat perjanjian yang mengikat Zul!
Paling lama kita menjangkakan sekitar masa Najib naik takhta sebagai PM. Ini perjanjian syaitan yang tidak mungkin Zul akan mungkiri! Keuntungan di pehak Umno ialah ia dapat menjimatkan ratusan juta RM dari hangus dalam kempen pilihanraya kecil yang tentunya kalah (ini menurut laporan perisikan tentera yang berkampong di Kulim beberapa minggu lalu). Umpama serampang dua mata, sekaligus ianya diharap dapat memalukan serta menjatuhkan imej pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DS Anwar Ibrahim.
Kita merasakan kepimpinan atas sudah pun tahu akan permainan anak Ulu Baling ni! Manakala jentera pertengahan parti Pakatan Rakyat sudah mula memahami apa yang terjadi melainkan dua orang Sang Setia Zulkifli- yang katanya bernama Fadhil dan Ros. Bermula dengan Masjid di Junjong, pentadbiran masjid sudah mula menolak program khutbah YB Zulkifli. Kenapa agaknya? Tidak lain tidak bukan kerana sikap pembohong dan bakhil anak kelahiran Baling ini yang mungkir dari memberi bantuan kepada mangsa banjir dengan alasan tidak ada duit!!! Perghhh…..
Menurut maklumat yang sampai ke telinga saya, barisan peguam dalam kes petisyen beserta rakan-rakan mereka di Kuala Lumpur sudah mula mengumpulkan maklumat atau kata lain ‘jerangkung dalam almari’ Zul sebagai senjata balas pada hari Zul dijangka mengisytiharkan siapa diri nya yang sebenar. Saya merasakan ianya perlu didedahkan lebih awal supaya pembohongannya terkancing.
Ada juga individu yang menyoalkan apa beza YB Zulkifli nak melompat ke dalam pelukan Umno dan MP BN yang menyeberang ke Pakatan Rakyat. Oii…..banyak bezanya!! Yang sekor tu nak buat semata-mata atas kepentingan peribadi. Demi mempertahankan elaun yang katanya sehingga RM 25 ribu. Manakala apa yang diperjuangkan DS Anwar adalah demi kebaikan seluruh rakyat. Kan berbeza tu?
Apa yang kita tulis ini adalah kebenaran dan hakikat sebenar tentang YB Zulkifli.
Kita tidak mahu rakyat Malaysia ditipu bontang manusia sebegini yang tidak layak menjadi pemimpin. Akibat dari menyembunyikan sikap buruknya oleh aktivis PAS Bandar Tun Razak dahulu, akhirnya ia berjaya menyelinap menjadi MP dengan membawa fe’el yang keji dan memalukan. Ini terjadi kerana kejahilan jentera Kulim Bandar Baru yang tidak pun tahu siapa sebenarnya Zulkipeliarq.
Kesimpulan yang panjang!
Sebelum berundur mari kita lihat sejenak apa yang digambarkan tentang watak Zulkifli Nordin oleh barisan peguam yang mewakilinya tempohari. Pertamanya ia manusia tangkai jering- genggam tak tiris kata mereka. Keduanya Zul banyak mempunyai sifat hipokrit atau munafik. Yang paling menarik ialah apabila mereka mengatakan yang apabila Zul bercakap, mereka tidak tahu yang mana satu betul dan yang mana satu bohong! Wah… itu sudah dikira masalah besar. Jadi bagaimana mahu menelan bulat-bulat hujahnya di dada akhbar?
Manakala beberapa aktivis parti yang lain pula menyatakan kekesalan yang amat sangat apabila petisyen itu ditarik balik. Ada yang terasa lembut lutut sehingga tidak berselera selama beberapa hari. Ianya bertitik tolak dari fakta yang Zul bukanlah seorang yang layak menjadi pemimpin masyarakat. Mereka tidak menafikan kehebatannya atas pentas ceramah, namun ianya jelas menggambarkan betapa hipokritnya Zul apabila mengetahui kisah sebenarnya.
Gerakan memberi penjelasan serta peringatan akan pembelotan Zul sudah pun berjalan di akar umbi. Kita mahu menyediakan penduduk serta pengundi dengan mental yang jitu dan tidak terfana dengan perbuatannya itu. Rupa-rupanya kerja itu amat mudah sekali kerana topeng hipokritnya sudah pun terlondeh.
Eh! Zul usah la bersandiwara lagi di bawah ketayap tu!
Cepat la sikit!! Ezam, Ghani dan beberapa teman sealiran sedang menanti tuh!
Mi Itik
p/s Artikel ini dihasilkan setelah menemubual sebahagian saksi serta dari artikel sedia ada dalam internet.