30 Apr 2008

Sidang Parlimen bermula

Antara berita paling menonjul berkaitan dengan persidangan parlimen yang baru bermula ialah berkenaan kehaziran Anwau Ibrahim di parlimen setelah 10 tahun di sisih, dan berita kedua berkenaan Zulkifli Noordin ke parlimen dengan menunggang motosikal kuasa tinggi.

Liputan video You Tube yang di taja oleh akhbar The Star boleh di tonton kalau nak tengok YB baru kita ni naik motorsikal ke parlimen. Ahli parlimen yang lain semuanya datang dengan menaikki kereta, hanya sebuah motosikal saja yang berada di tempat letak kereta ahli parlimen.

17 Apr 2008

Kerajaan Kedah lantik ahli majlis PBT baru berkuat kuasa hari ini


ALOR STAR, 17 April (Hrkh) - Semua ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kedah dan Majlis Bandaraya Alor Star yang lama telah ditamatkan perkhidmatan mereka bermula semalam dan perlantikan ahli majlis baru berkuat kuasa hari ini, demikian diumumkan Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak.

"Mesyuarat Exco hari telah bersetuju untuk membatalkan khidmat ahli majlis daerah dan bandaran yang lama berkuat kuasa hari ini dan yang baru dilantik berkuat kuasa esok," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman semalam.

Menurutnya, semua perlantikan baru itu membabitkan lantikan wakil parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta pegawai-pegawai (ex-officio) mengikut peruntukannya iaitu tidak melebihi 24 orang.

"Mereka yang dilantik akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua (YDP) Majlis masing-masing," ujarnya.

Sementara itu, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Mohamed Taulan Mat Rasul yang ditemui kemudian menjelaskan perlantikan tersebut membabitkan seramai 243 orang ahli tidak termasuk YDP.

Secara terperincinya, perlantikan tersebut Majlis Bandaraya Alor Star seramai 24 orang, Majlis Perbandaran Sungai Petani (24 orang), Langkawi (21 orang), Kulim (24 orang), Kubang Pasu (22 orang), Baling (18 orang) dan Pendang (21 orang).

Sementara itu, Sik menerima perlantikan ahli seramai 16 orang, Padang Terap (20 orang), Bandar Baru (17 orang), Kulim HiTech (21 orang ) dan Yan (15 orang).

12 Apr 2008

Sedutan dari Forum Gerak Reformasi.

http://disc.yourwebapps.com/Indices/29561.html

tentalum
kenali sifat umno bila dah kalah!!
Sat Apr 12, 2008 10:47AM

sifat umno setelah kalah:
1.terus menipu
2.terus memfitnah
3.terus menjadi hantu raya
4.terus memecahkan perpaduan rakyat
5.terus menjadi org utan tak faham undang2 dan perlembagaan
6.terus menjadi samseng koboi lama.
7.terus merogol media tv radio dan suratkhabar
8.terus menaikkan harga barang (teknik baling batu sembunyi tgn.)
9.terus mengugut pelajar ipt
10.terus angkuh ,sombong ,pekak dan buta terhadap rakyat marhaen.
11.Terus menghina Agama,Sultan dan pemimpin PILIHAN RAKYAT!!!

..........................................................................

tentalum bersin pagi
NATANG UMNO SEMAKIN JAHAT
Sat Apr 12, 2008 10:29AM

para puok umno semakin jahat,mereka terus menyerang kerajaan
Pulau Pinang
Terbaru mereka mula menjadi batu penghalang pada penubuhan
Majlis Silaturahim Antara Agama (IRGC)

Alasan natang umno : bagi mengelakkan kontroversi.
dan menyamai tuntutan IFC !!

Namun
fahaman kebebasan dan toleransi beragama tidak sama dengan fahaman
pluralisme agama yang diterima pakai di peringkat antarabangsa,”
katanya,si umno Yang Dipertua PUMPP, Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor


...........................................................................

140408 Anwar Merdeka !

Selepas 14hb April 2008, Anwar Ibrahim akan bebas dari sekatan undang-undang. Beliau akan bebas untuk aktif semula dalam arena politik.

Khabarnya satu sambutan akan di adakan di padang Kelab Sultan Sulaiman pada malam itu. Sudah tentu satu sambutan yang sangat bermakna kepada senario politik tanah air. Peristiwa ini akan menjadi igauan buruk kepada UMNO.

Laungan REFORMASI akan bergema di tengah-tengah ibu kota.

Ayuh, kita kesana jam 8.45 malam pada 14 April 2008.

10 Apr 2008

Abdullah Diminta Berundur

Petikkan dari blog Kuda Kepang.

Majoriti pemimpin UMNO peringkat bahagian di Kedah sependapat bahawa kekalahan teruk BN dalam PRU12, termasuk di Kedah, adalah angkara kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Khairy Jamaluddin selaku menantu Abdullah juga turut menyumbang kepada kekalahan berkenaan.

Oleh itu, hampir keseluruhan pemimpin UMNO Kedah menggesa Abdullah untuk segera mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri, pengerusi BN dan Presiden UMNO.

Khairy juga didesak meninggalkan UMNO dengan serta merta. Pendapat dan gesaan di atas disuarakan oleh majoriti kepimpinan UMNO Kedah peringkat bahagian dalam satu majlis tertutup dengan delegasi UMNO Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, di Kelab Cinta Sayang, Sungai Perani. Kedah, padi tadi. (10 April 2008)Kepimpinan UMNO yang hadir juga mencadangkan supaya Najib diberikan mandat jadi Perdana Menteri dengan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang turut menyertai delegasi berkenaan, sebagai Timbalannya.

Saranan ini menerima tepukan gemuruh daripada hadirin.Perkembangan di Kedah ini mencerminkan realiti sentimen sebenar anggota dan pemimpin UMNO akar umbi pasca PRU12 di seluruh negara. Malangnya, Abdullah yang terus berada dalam state of denial tidak mahu menerima hakikat ini. Sebab itulah Abdullah kini dalam proses memburu pihak-pihak yang kononnya mensabotaj UMNO dan BN sehingga kononnya menyebabkan BN kalah teruk dalam PRU12.

Lantaran itu, wajarlah kepimpinan UMNO peringkat akar umbi terus bersuara dengan lantang, jelas dan nyata seperti apa yang disuarakan oleh kepimpinan peringkat bahagian UMNO Kedah hari ini.Fikir-fikirkanlah. Bulan depan UMNO akan merayakan harijadinya yang 62 tahun. Mungkinkah sempena hari berkenaan semua pimpin dan ahli UMNO akar umbi di seluruh negara akan memberitahu Abdullah bahawa masanya sudah tiba untuk beliau berundur secara terhormat daripada persada kekuasaan negara dan kepimpinan parti? – Ruhanie Ahmad

Perlantikan JKK Persekutuan tidak demokratik, wujudkan perpecahan - Teras

KUALA LUMPUR, 10 April (Hrkh) - Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal dengan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat yang meminta Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang dilantik untuk meletakkan jawatan di peringkat negeri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat yang kemudian dilantik semula dibawah kerajaan persekutuan .

Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid berkata menurut pengumunan yang telah dibuat oleh beberapa pemimpin Umno di Kedah , Selangor dan Pulau Pinang dengan jelas menyatakan bahawa JKKK yang dilantik oleh kerajaan BN sebelum ini akan terus dikekalkan untuk bertugas bagi menyalurkan peruntukan secara langsung dari kerejaan Persekutuan.

"Tindakan ini tidak demokratik dan bercanggahan dengan konsep kerajaan berpersekutuan , malah ia akan memberi kesan yang negatif kepada rakyat.

"Kesannya di peringkat kampung akan wujud dua JKKK yang saling bersaing untuk menyalurkan khidmat kepada masyarakat," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily.

Selain itu katanya akan berlaku perpecahan di kalangan masyarakat bawahan kerana dipaksa untuk merujuk kepada dua kepimpinan masyarakat di peringkat paling bawah.

"BN nampaknya tidak mahu bersikap terbuka dan menerima keputusan rakyat. Mereka sanggup berbuat apa sahaja bagi menyukarkan kerajaan negeri-negeri PR berfungsi dengan lancar.

Beliau juga berpendapat tindakan kerajaan Sabah yang telah mendesak agar Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dimansuhkan kerana menunjukkan pertindihan fungsi dengan kerajaan pusat dan negeri.

Langkah ini kata Azmi sewajarnya diikuti oleh semua negeri yang sudah ada JPP seperti di Kelantan dan di Trengganu.

"Kita membantah tindakan politik pecah belah ini yang akan menyebabkan rakyat terus dimanipulasi oleh parti politik melalui proses menyalurkan peruntukan.

"Sikap bebal dan angkuh dengan kuasa di pihak BN perlu dihentikan segera.

Teras melihat kesan perpecahan yang semakin mendalam akan timbul bila saluran bantuan dan skim kepada rakyat akan terdedah kepada penyelewengan dan diskriminasi JKKK BN yang menyusahkan rakyat, dakwa Azmi.

"Kami mendesak supaya kerajaan pusat menghentikan tindakan melantik semula JKKK yang telah diarah meletakkan jawatan dan sekaligus menghormati pilihan rakyat untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri," katanya.

Presiden PAS masuk hospital

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, telah dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Terengganu awal pagi ini ekoran aduan mengalami keadaan kesihatan yang tidak selesa sejak sebelum Subuh tadi.
Beliau kini sedang menerima rawatan dari pakar-pakar perubatan di sana dan para doktor menasihatkan agar beliau berihat sepenuhnya. Beliau sendiri baru sahaja menghubungi Pejabat Agung PAS dan menyatakan yang keadaannya tidak membimbangkan.

Semua ahli dan para penyokong PAS serta seluruh rakyat Malaysia diharapkan agar bersabar dan sama-sama mendoakan agar Tuan Guru segera pulih.

YB DATO' KAMARUDIN JAFFAR
SETIAUSAHA AGUNG PAS