4 Dec 2009

BOLEH LAND...Melayu dibodohkan Dengan Isu...

Assalammualaikum...

ISU KELANTAN.

Walau pun isu ini bolehlah dianggap telah diselesaikan dengan perletakkan jawatan oleh Ariffahmi sendiri namun masih ada lagi yang menangguk diair yang keroh. Masih ada lagi ura2 perhimpunan mendesak perletakan jawatan di segerakan dan juga beberapa alasan yang kononnya menghantui rakyat Kelantan. Atas apa alasan pun sebenarnya adalah keinginan puak gerombolan untuk menjatuhkan kerajaan Kelantan yang kita sayangi. Hampir 20 tahun mereka cuba untuk menjatuhkan kerajaan Pimpinan Tok Guru Nik Aziz pada setiap kali pilihanraya umum tapi semuanya hampa dan gagal belaka. Berbagai isu dicipta dan berbagai selogan dibina tapi semuanya hampas. Kerajaan PAS terus berdiri kukuh dan semakin kukuh diera PRU 2008. Desakan semakin kuat untuk merampas Kelantan bila Kerajaan Pusat terpaksa membayar royalti minyak yang berjumlah billion ringgit atas inisiatif pepimpin kerajaan PAS Kelantan sendiri. Mereka sanggup merentas lautan bergelora untuk membuktikan hak Rakyat Kelantan yang telah dinafikan selama ini.Duit bhai......duit........siapa yang tak meleleh ayaq lioq....Begitu juga dengan isu mendesak MB TGNA menamakan penggantinya seolah olah ada pimpinan yang tidak sabar2 untuk menjadi MB Kelantan. Yang peleknya isu ini ditimbulkan oeh pimpinan Pas Kelantan sendiri.Ini yang menyebabkan rakyat marhain menjadi keliru.apabila isu ini juga disambut oleh juak2 dan pecacai gerombolan. Mutakhir ini diwar war pula isu doa laknat kepada PM jika tidak memberikan royalti kepada Kerajaan Negeri sehinggakan berlakunya domonstrasi berok2(meminjam istilah KJ) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri oleh puak2 yang kononnya amat perihatin kepada PM yang mereka cintai. Yang peliknya tiada semburan air kimia dan kepulan gas pemedih mata pun kelihatan. Kelihatan barisan topi merah yang beradap dan bersopan santun berbaris tanpa menyentuh pendemonstasi. Rakyat boleh nampak dan menilai bagaimana layanan diantara dua darjat. Apa yang dibuat oleh gerombolan semuanya halal dan dan dibolehkan belaka.Betoilah sahabat bloggers kata kita tinggal di Negara BOLEHLAND. Kita sama2 berdoa agar kemelut kelantan walau pun hanya diperbesarkan oleh media gila dapat diselesaikan. Kita tahu makin kuat Kerajaan Negeri PR semakin kuat tekanan yang akan dibuat oleh gerombolan yang disokong oleh ahli2 bersekutunya.

ISU BTN.

Walau pun BTN dikatakan memberi kursus yang menatangkan faedah untuk samangat cintakan negara melalui modius kursusnya tetapi ianya nya ditentang oleh Negeri PR kerana mendakwa kebanyakkan kursus yang dijalankan adalah bersifat perkauman dan amat merbahaya kepada masyarakat majmuk seperti Malaysia ini. Saya semasa bertugas sebagai kakitangan Kerajaan dulu berkesempatan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Pihak BTN. Memang benar seperti yang digembar gemburkan adalah bersifat perkauman dan racist. Kononnya negara kita dijajah dan sebagainya. Bila semangat melayu ditiupkan maka fasilitator akan mengarahkan peserta kursus bergandingan tangan dan menyanyikan lagu wajib iaitu anak kecil main api...maka akan adalah peserta yang kononnya bersemangat melayu yang menitikkan air mata sedih dengan apa yang berlaku pada orang melayu malah ada peserta yang agak berumur jadi slop dan terpaksa dihantar kehospital. Begitulah kuatnya propaganda yang dilakukan oleh BTN kepada setiap peserta kursus. Habis kursus semangat akan menyala nyala tapi selang 3-4hari semangat pun jadi layu semula. Begitulah hampas sebenarnya kursus BTN ini. Menghabiskan duit rakyat sahaja. Gerombolan pada mulanya menafikan kursus anjuran BTN ini bersifat perkauman tapi akibat tekanan ahli Parlimen PR akhirnya mengaku dan akan mengubahsuai modius kursusnya.Satu kemenangan buat Rakyat sebenarnya.

ISU KERAJAAN PERPADUAN @ UG

Isu ini telah banyak didedahkan oleh banyak bloggers terutamanya TULANGBESI yang mendedahkan tingkahlaku dan kerja buat puak2 yang berkepentingan peribadi yang mungkin untuk mencapaikan hajat mereka sehinggakan didedahkan rakaman perbualan puak2 ini bersama bloggers yang cenderong kepada gerombolan. Syabas di ucapkan kepada TULANGBESI dan rakan2 yang lain. Semangat mereka memang bersama PR. Perjuangan mereka juga untuk rakyat. Cuma perjuangan puak UG ini untuk perut dan nafsu mereka sendiri. Rakyat narhaen yang berkesempatan saya temui apabila bersembang dikedai dan warung kopi amat menentang UG ini. Sungguh bencinya mereka kepada penaja2 UG dengan pihak gerombolan.Tak sedarkah mereka ini apa kerja buat dan tekanan yang diberikan oleh gerombolan kepada pejuang2 demokrasi dan pejuanga rakyat. Kecuali sorang dua yang boleh diketegorikan Pokok Bohe dalam Pas yang wala'nya tak ada hujung punca. Kita cakap berdasarkan maklumat yang diperolehi puak ni marahkan kita kerana katanya mereka pantang pimpinan mereka dikecam.Kalau lah ramai ahli jemaah semacam ini maka akan rosaklah parti yang ditunjangi. Begitulah akidah ahli jemaah jika kerap mengepit harian metro dan utusan malaysia.Bagi ahli PKR pula menyokong saranan Pimpinan Pusat terutamanya DSAI yang mana ahli yang takmahu mengikut garis panduan parti sila keluar dari PKR. Betul....buat menghabiskan boreh aje. Sampai ada cabar mencabar antara pimpinan. Eloklah yang berasa tu cepat2 keluar. Ada serupa takada.......nak tau banyak tanya orang Kulim la.....Apa ceritaJK Displin PAS.....sengap aje!!!!

ISU PIJAK DAN BAKAR GAMBAR PEMIMPIN.

Malas nak ulas isu ini, Macam budak2 sekolah rendah aje. Rakyat sendiri boleh menilai jika gerombolan yang bakar dan pijak gambar pemimpin satu ayat pun tak terpancul dari mulut mereka.Kalau PR yang buat macam2 yang diulaskan oleh pencacai dan juak2 gerobolan. Bila DAP pijak gambar maka riuh rendahlah seantero media yang ada tapi bila gambar Lim Guan Eng dibakar berok2 gerombolan diamnya mereka seribu bahasa.....yalah.....Diantara dua darjat.

KESIMPULANYA.

    Kesimpulannya bagi saya semua isu ini sebenarnya adalah untuk mengalihkan isu besar yang ada. Seperti isu Bala yang tiba2 muncul mendedahkan perkara yang sebenarnya, isu MCA yang bercelaru dan tak nampak akan kesudahannya, PPP parti semut yang berkocak berkelahi sesama sendiri. Isu yang paling penting yang diketahui rakyat terbanyak iaitu rasuah dan hilangnya berbilion duit rakyat dalam skandal PKFZ. Pembelian besi buruk kepala keretapi berjumlah RM 30juta duit rakyat, Isu kapal selam yang tak boleh menyelam seperti yang didedahkan oleh AP Macang dan yang terbaru isu bangunan MATRADE, isu MB N9 yang memindahkan RM10juta keluar negara dan banyak lagi isu yang melanda gerombolan yang tidak boleh ditutup dan disorokkan lagi dari pengetahuan Rakyat Malaysia dan Dunia. Jadi untuk meredakan sebentar semua isu tersebut maka gerombolan telah mencipta isu terutamanya memperburukkan PR untuk di highlightkan dalam media propaganda mereka.Maka adalah sebahagian rakyat Malaysia yang terpengaruh dengan gula2 mereka. Dok bersembang perkara yang remeh temeh tapi hal dan isu besar telah dipendamkan. Inilah dia projek besar gerombolan iaitu PROJEK MEMPERBODOHKAN MELAYU. Dah 52 tahun melayu kena tipu tu pun masih tak serik2 lagi. Betullah TUN M sendiri yang kata Melayu mudah lupa dan terbaru untuk Rakyat Malaysia beliau mengatakan Bahawa Gerombolan ni Sudah Busuk dari Perut Sehingga Ke Usus Kecil. Busuk lagi Membusukkan...............

Jin Brabus