“Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan UMNO. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat.
Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, ”Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?”.
Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.”
Di atas adalah ucapan Ustaz Ahmad Awang dalam Muktamar PAS di Shah Alam tahun lepas. Ini membuktikan memang terdapat kumpulan proUMNO dalam PAS di peringkat kepimpinan tertinggi. Ahli PAS akar umbi perlu sedar akan perkara ini. Kalau nak walak pun jangan membabi buta. Kalau nak beli daging, belilah daging yang tak ada duri.