Ini adalah permulaan satu titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi yang bermula pada 02.09.1998. Ia juga adalah permulaan kepada kejatuhan dan kehancuran PKR. Ternyata perjuangan untuk memartabatkan nilai kemanusiaan, mengembalikan hak asasi manusia, dan mendaulatkan nilai dan prinsip-prinsip keadilan sejagat (universal value of natural justice) hanyalah sekadar laungan palsu. Keputusan ini juga membuktikan bahawa bagi Fir’aun-Fir’aun Kecil yang menguasai PKR, ianya adalah satu dosa besar yang tidak boleh dimaafkan bagi memartabat, membela dan mempertahankan Islam.
Bukan titik hitam, sebenarnya dengan pemecatan hang ini bermakna satu titik puteh dalam perjuangn reformasi. Pemecatan ini juga membuktikan puak munafik yang bertopeng agama berjaya disingkir.
Ini bukan sahaja bercanggah dengan prinsip dan nilai keadilan sejagat, malah merupakan satu penghinaan terhadap Islam dan umat Islam. Sebagaimana umat Islam merasa terhina bila Natrah dibicarakan oleh hakim Inggeris, dan kes kalimah ALLAH dibicarakan oleh hakim bukan Islam! Saya berasa terhina dihadapkan ke panel yang bukan Islam untuk membicarakan aqidah, kepercayaan dan agama saya!Apa pulak penghinaan kepada Islam. Jangan jadi munafik la Zul. Hang di soalsiasat pasai kes saman Khalid Samad, bukan pasai kes kalimah Allah. Nak kelentong pun jangan la sampai terok macam tu sekali, orang bukannya bodo.
Keputusan MPP pada hari ini jelas membuktikan bahawa PKR sudah dikuasai sepenuhnya oleh Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mempunyai agenda dan rancangan jahat yang sempit lagi anti Islam. Keputusan MPP PKR hari ini juga membuktikan kepada saya bahawa PKR tidak mempunyai sebarang agenda untuk perjuangan Islam. Mereka yang bercita-cita mahu memartabat dan mendaulatkan Islam menurut kerangka Perlembagaan Persekutuan akan menjadi korban.Bukannya PKR dikuasai oleh firaun kecil, tapi PKR telah dibersihkan dari munafik besar. Bila hang kena pecat hang kata orang pulak yang anti Islam. Kononnya hang yang jadi korban, pirraah cakap tak serupa bikin. Sepanjang hang jadi ahli parlimen Kulim Bandar Baharu apa yang hang buat? Jawatan hang nak, kerja suruh orang lain buat.