Pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat di Kulim Bandar Baharu merasa lega dengan berita pemecatan Zul Noordin dari keahlian parti. Zul adalah merupakan seorang Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat yang mempunyai prestasi terburuk sepanjang hampir dua tahun perkhidmatan setelah menang dalam PRU12 yang lalu. Beliau tidak disenangi oleh pengundi di Kulim Bandar Baharu berdasarkan sifatnya yang bermuka-muka. Beliau lebih gemar untuk membaca khutbah pada solat jumaat atau solat hari raya di masjid atau disurau dalam kawasan parlimen, sedangkan tugas sebagai wakil rakyat tidak dijalankan dengan sempurna.