25 May 2010

Baju Merah di Thailand, Baju Merah di Malaysia.


Golongan baju merah yang buat kacau di Thailand diharap jangan merebak ke negara kita pula. Berkampong di Bangkok di pusat perniagaan di tengah bandar menjejaskan institusi kewangan dan perlancongan. Pejabat kedutaan asing juga banyak terdapat di sini.

Bila gologan Baju Merah ala Thai ini akan muncul di Malaysia? Jawabnya selepas Pilihan Raya Umum ke 13 nanti. Bila Umno/BN kalah depa akan bertindak macam geng baju merah Thailand, merusuh di bandar utama, bertindak tidak mengikut lunas undang-undang.



Hanya Umno/BN yang akan dapat mengekalkan keamanan, hanya Umno/BN akan mengekalkan pertumbuhan ekonomi. Ini lah racun yang ditanam dalam minda sebahagian dari pegawai kerjaan sekarang termasuk pasukkan keselamatan.

Aku cadangkan supaya Umno buat kursus kepada ahli disemua peringkat, kursus macam mana nak jadi pembangkang. Kejutan besar akan berlaku dalam PRU13 nanti, kalau tak tune kepala hotak orang Umno supaya dapat menerima kelalahan, ramai juga rasanya yang akan sewel dan masuk Tanjung Rambutan. Nak buat macam mana, masa tu peluang rasuah dan peluang untuk songlap duit rakyat sudah tertutup. Bersedialah untuk diheret kemahkamah sorang demi sorang. Time tu mahkamah sudah tak boleh dirasuah macam sekarang.