14 May 2010

Kedah tidak akan bubar DUN

Menteri Besar,  Ust Azizan Razak tidak akan membubarkan DUN Kedah kerana kerjaan negeri masih kukuh. Tidak ada masaalah dalam Pakatan Rakyat Kedah, yang bermasaalah cuma wakil rakyat Barisan Nasional.

Menteri Besar membuat komen ini berikutan kenyataan Zul4Kulim mengandaikan kerajaan PR Kedah akan tumbang dengan berlaku lompat katak dikalangan wakil rakyat PR. Wakil Rakyat dari PAS tetap teguh berpegang pada bai'ah semasa bertanding dalam pilihan raya 2008 lalu.

MB juga mencabar Zul4Kulim agar meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu sekiranya dia sangka mempunyai pengaruh. Zul4Kulim boleh bertanding dalam PRK yang diadakan. Ada berani ka?

Pakatan Rakyat ada 20 daripada 36 kerusi DUN Kedah. PAS 16 kerusi, PKR 3 dan DAP satu. Dua ADUN katak iaitu Radhi (Lunas) dan Tan Wei Shu (Bakar Arang) yang pro-BN. Kerusi Kota Seputeh pula tak boleh ambil kira kerana masih dalam kes mahkamah. So, BN+katak-Kota Seputeh cuma ada 15 kerusi. So what? 20 lawan 15, tak kan nak bubar DUN kot, bodo la kalau bubar.

Najib mungkin telah memberi satu assignment kat Zul4Kulim. Kerja yang Zul4Kulim kena buat ialah menjatuhkan kerajaan PR Kedah. Peruntukkan mungkin ada berpuluh-puluh juta ringgit.

Baru-baru ni kerjaan BN telah meluluskan lesen judi bola sepak piala dunia kepasa Vincent Tan dari Berjaya Group. Vincent Tan akan buat keuntungan hasil judi tersebut dianggarkan berjumlah RM500 juta. Komissen kerana luluskan lesen tersebut tak kan RM10 juta saja kot. Logiknya habuan yang akan di keluarkan ialah RM200 juta, di beri kepada orang tertentu. RM100 juta masuk poket sendiri, RM100 juta lagi kasi kat UMNO (APCO). Sebahagian duit ini pula akan di guna untuk kerja melobi menjatuhkan kerajaan PR Kedah. Zul4Kulim, hang ada hun, dont worry, be happy.

Ini agaknya hasil rundingan hang dengan Najib di New York baru-baru ni.
Ini hanya satu theory saja, Zul4Kulim hang jangan gabra pula.


ZUL, hang bila nak balik KULIM, melawat kawasan? Ramai orang kampong dok tunggu nak maki hang. Hutang sewa pejabat, hutang gaji kerani bila nak bayaq?


Reblog this post [with Zemanta]