19 Sept 2008

Teresa Kok Bebas

clipped from www1.mstar.com.my

Teresa Kok dibebaskan

(Mutakhir)PETALING JAYA: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) tengah hari tadi.

Peguam Teresa, Sankara Nair berkata, beliau dibebaskan kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

"Saya baru bercakap dengan beliau (Teresa). Sebab-sebab beliau dibebaskan belum dimaklumkan kepada saya," katanya ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Sankara dikatakan telah pun mengambil Teresa di Balai Polis Jalan Travers, Brickfileds.

Teresa merupakan individu kedua yang ditahan di bawah ISA pada Jumaat lalu selain penulis laman berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, dalam sidang medianya pada Sabru lalu, Teresa ditahan di bawah ISA berhubung kenyataan beliau yang meminta laungan azan pada waktu pagi dihentikan.

Teresa sebelum ini dikatakan akan ditahan selama 28 hari untuk disoal siasat.

 blog it