29 Sept 2008

YB Lim Soo Nee memberi sumbangan Aidul Fitri

(Gambar: YB Lim sedang memberi sumbangan kepada seorang warga emas India di Kg Permatang Tiong, Junjong)

YB Lim Soo Nee, ADUN Kulim, telah memberi sumbangan berupa makanan kepada fakir miskin yang orang yang memerlukan pada 28hb September 2008 di Mukim Junjong, Kulim, Kedah.

YB Lim yang menang dalam PRU12 lalu, mengalahkan calon cari BN (MCA). Selama ini Kulim adalah merupakan kubu kuat BN di Negeri Kedah.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Zulkifli Noordin, tidak mempunya sebarang aktiviti khas sepanjang Ramadhan ini kerna beliau ke tanah suci menunaikan ibadat umrah.




SMS Palsu

Pihak tertentu yang tidak bertanggung jawab telah menyebarkan SMS palsu mengatakan pejabat MB Kedah akan memberi sumbangan raya sebanyak RM50.00 seorang, esok 29hb September 2008.

SMS palsu in telah disebarkan, terutama kepada rakyat Kedah, bertujuan untuk menimbulkan suasana tidak selesa.

Walau bagaimana pun pihak pejabat MB Kedah telah menyebarkan SMS (Gambar diatas) menyangkal SMS palsu tersebut. Oleh itu sesiapa yang ada menerima SMS berkenaan sumbangan duit raya oleh MB Kedah esok, adalah berita palsu.

19 Sept 2008

Karpal saman UTUSAN

clipped from www1.mstar.com.my

Karpal saman fitnah RM10 juta terhadap Utusan Melayu (M) Berhad

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini menyaman Utusan Malaysia sebanyak RM10juta berhubung artikel fitnah mengenai ulasannya tentang Islam.

Writ saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta melalui syarikat peguam Karpal Singh & Co.

Karpal, yang juga seorang peguam mendakwa artikel yang diterbitkan pada 25 Ogos bertajuk:"DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu" telah menyebut bahawa Karpal membuat kenyataan mengenai Islam dalam ucapan aluannya pada Kongres Kebangsaan DAP ke15 pada 24 Ogos.

Beliau mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu yang difahaminya membawa makna antara lain bahawa Karpal adalah ahli politik yang berniat jahat di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini, adalah salah dan berniat jahat untuk menjejaskan karier politik dan profesionalnya.

Karpal yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan itu berkata beliau telah secara konsisten mempertahankan dalam ucapannya di khalayak dan semasa menjadi anggota Parlimen di Dewan Rakyat lebih 26 tahun lalu bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini seperti yang termaktub di bawah Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Karpal berkata beliau telah memberikan notis kepada Utusan untuk menarik balik dan meminta maaf tanpa menjejas haknya dalam prosiding undang-undang terhadap akhbar itu dan menyatakan bahawa demi kebaikan Utusan, akhbar itu perlu mengikut kehendaknya untuk tujuan pengurangan gantirugi yang mana akhirnya akan diarahkan oleh mahkamah terhadap akhbar itu.

Katanya Utusan akur permintaan itu dan telah menerbitkan Ralat pada 26 Ogos dan memberikan permohonan maaf tanpa syarat kepada beliau dan menerima bahawa perkara yang diadukan tidak berasas.

Katanya penerbitan perkataan fitnah itu oleh Utusan sehari sebelum hari mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bertujuan memalukan beliau dengan kedudukannya sebagai pemimpin gabungan Pakatan Rakyat dalam usaha memastikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kalah dalam pilihan raya itu.

Beliau menuntut RM10 juta bagi ganti rugi am, gantirugi teruk, faedah gantirugi teladan, kos dan sebarang relif yang dianggap patut oleh mahkamah. BERNAMA

blog it

Teresa Kok Bebas

clipped from www1.mstar.com.my

Teresa Kok dibebaskan

(Mutakhir)PETALING JAYA: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) tengah hari tadi.

Peguam Teresa, Sankara Nair berkata, beliau dibebaskan kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

"Saya baru bercakap dengan beliau (Teresa). Sebab-sebab beliau dibebaskan belum dimaklumkan kepada saya," katanya ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Sankara dikatakan telah pun mengambil Teresa di Balai Polis Jalan Travers, Brickfileds.

Teresa merupakan individu kedua yang ditahan di bawah ISA pada Jumaat lalu selain penulis laman berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, dalam sidang medianya pada Sabru lalu, Teresa ditahan di bawah ISA berhubung kenyataan beliau yang meminta laungan azan pada waktu pagi dihentikan.

Teresa sebelum ini dikatakan akan ditahan selama 28 hari untuk disoal siasat.

 blog it

18 Sept 2008

Sidang Media DSAI 18.09.08 ;14.30

SIDANG MEDIA ANWAR IBRAHIM PADA 18.09.2009 JAM 2.30 PTG DI IBUPEJABAT PKR

Antara perkara yang di bangkitkan dalam sidang media yang baru tamat pada jam 3.00 ptg tadi ialah:

1) DSAI minta diadakan sidang parlimen pada Selasa 23 Sept 08
nak buat usul tidak percaya di parlimen. Perdana menteri mempunyai kuasa untuk
memanggil sidang parlimen tergempar.

2) DSAI kesal dengan tuduhan PM mengatakan DSAI adalah
mengancam keselamatan negara dan kejatuhan ekonomi negara.

3) Bursa saham jatuh selepas penguman menteri kewangan
baru.

Apabila di tanya pemberita kenapa tidak di umumkan senarai AP yang menyertai Pakatan, Anwar menjawab, senarai tersebut tidak dapat diumumkan demi menjamin keselamatan mereka yang terlibat.

17 Sept 2008

Kenyataan Nik Aziz yang di Gam oleh Harakah.

BERIKUT ADALAH KENYATAAN NIK AZIZ YANG DI BUAT MINGGU LEPAS TETAPI TIDAK DI SIARKAN OLEH AKHBAR HARAKAH:

RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS. 

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”. 

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar. 

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa. 

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main. 

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam. 

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno. 

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno? 

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini. 

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya. 

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT 

Pertisyen Kulim

Keputusan mahkamah di tangguhkan lagi hingga 13/14 Oktober akan datang. Dengar cerita, Aziz Sh Fadzir masuk hospital.

Sekiranya mahkamah memutuskan YB Zul hilang kelayakkan sebagai calon pada PRU March lepas, makan pilihanraya kecil perlu di adakan di Parlimen Kulim Bandar Baharu. Sama-sama kita tunggu keputusan mahkamah pada 14 Oktober nanti.

Ucapan Nik Aziz hentam Harakah

16 Sept 2008

Anwar tidak umum senarai lompat parti.



16 Sep 2008 2:52PM


SELESAI sidang media Ketua Pembangkang di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya sebentar tadi menyaksikan teka-teki perubahan kerajaan yang diwar-warkan masih belum menjadi kenyataan. 

Pakatan Rakyat mahu menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terlebih dahulu berhubung pelan sasaran mereka membentuk kerajaan baru persekutuan.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya, beliau tidak mahu peristiwa 8 Mac lalu berulang di mana peralihan kuasa di Selangor dan Perak tidak berlaku dengan aman.

Anwar mendakwa ada dokumen-dokumen kerajaan dihapuskan pada 8 Mac lalu ketika pakatan pembangkang berjaya mengambil-alih kedua-dua negeri tersebut.

Anwar juga tidak mengumumkan nama ahli-ahli Parlimen BN yang didakwa mahu melompat parti itu sebagaimana dijangkakan sebelum ini.

Semalam Anwar yang berucap di hadapan kira-kira 12,000 penyokong di majlis sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Kelana Jaya.

Anwar juga mendakwa satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri nanti untuk membincangkan perkara berkaitan dakwaan beliau mengenai peralihan kuasa.

Beliau juga menggesa kedua-dua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu exco kerajaan negeri Selangor yang juga Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dibebaskan.

"Untuk pertahankan negara yang bebas, bukan dicengkam oleh undang-undang yang zalim. Kalau kita (Pakatan Rakyat) memerintah, saya janji ISA akan dimansuhkan dan tahanan politik dibebaskan," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berjanji akan mengangkat martabat bahasa Inggeris dan bahasa Cina kerana Malaysia akan hebat jika dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.




Powered by ScribeFire.

Hashim Jasin ADUN Sanglang, Perlis

KEBENARAN mengatasi kebatilan! Hari ini Mahkamah Persekutuan mengistyharkan Pesuruhjaya Pas Perlis, Ustaz Hashim Jasin (foto) sebagai pemilik sah kerusi Dewan Undangan Negeri Sanglan Perlis. Pada pilihan raya 8 Mac lalu calon BN Abdullah Hassan diumumkan sebagai pemenang kerusi berkenaan dengan kelebihan undi sebanyak 140 undi.
Kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu Hashim membuat petisyen di Mahkamah Tinggi dan mahkamah berkenaan pada 18 Jun lalu mengistyharkan kerusi itu kosong. Berikutan itu Hashim mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan mahakamh itu dan meminta beliau diistyharkan sebagai pemenang sah.
Dengan pengistyaran itu Pas kini mempunyai dua orang wakil di DUN Perlis. Satu lagi kerusi ialah Simpang Empat diwakili Rus'sele Eizan.
 blog it

15 Sept 2008

Pengumuman Penting

Tidak ada perhimpunan esok, jangan terpedaya dakyah palsu - KeADILan

Isnin, 15 September 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

KUALA LUMPUR, 15 SEPTEMBER (SK) - SETIAUSAHA Agong KeADILan, Sallehudin Hashim menafikan sebarang bentuk perhimpunan yang dianjurkan KeADILan esok di Istana Negara seperti diwar-warkan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi ini, beliau telah dimaklumkan beberapa poster dan kain rentang di beberapa lokasi di Kuala Lumpur yang mengatakan satu perarakan ke Istana Negara akan dianjurkan esok yang kononya dianjur oleh parti ini.

Walaubagaimanpun menurutnya, KeADILan tidak sama sekali terlibat dengan mana-mana perhimpunan mahupun perarakan ke Istana Negara seperti yang diwar-warkan.

“Penyebaran maklumat palsu yang melibatkan KeADILan ini dilihat sebagai suatu usaha terdesak pihak tertentu yang mahu menimbulkan kekacauan dan mencetuskan ketidaktenteraman awam dan akan seterusnya menimbulkan kebimbangan kepada warga penduduk Kuala Lumpur,” katanya.

 blog it

14 Sept 2008

Mahathir cuba halang Ku Li sertai Anwar

KUALA LUMPUR, 10 Sept:

KUALA LUMPUR, 10 Sept: Langkah Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong Tengku Razaleigh Hamzah dalam perebutan pucuk pimpinan Umno akan datang disifatkan sebagai usaha beliau (Mahathir) untuk menyekat bekas musuh politiknya itu menyertai Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat.

Menurut sumber yang rapat dengan Siasah, Ku Li dikatakan antara tokoh politik Umno yang dikatakan akan memimpin para anggota Parlimen Umno menyertai Anwar bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk.

Tun Dr Mahathir dikatakan sedar dengan kemungkinan ini lalu bersetuju untuk menyokong Ku Li bagi merebut jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Disember ini.
"Ia bertujuan untuk menyekat Ku Li dari bersama Anwar membentuk kerajaan baru kerana Tun (Dr Mahathir) memang akan berbuat apa sahaja untuk menyekat Anwar," kata satu sumber kepada Siasah.
 blog it

Nurul Izzah diserang

clipped from perakexpress.com
Nurul Izzah diserang

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul izzah Anwar diberitakan telah diserang oleh sekumpulan lelaki ketika melawat Pasar ramadan dikg. Kerinci jam 5 petang tadi.

aktivis parti, Sdr. Partibhan, Sdr Amin mian dan beberapa lagi pendokong keadilan Lembah Pantai telah cedera dibelasah ketika cuba menyelamatkan Nurul Izzah. Beliau kini selamat.

Siasatan sedang dibuat untuk mengenalpasti identiti penyerang.

 blog it

13 Sept 2008

Komen Nik Aziz

clipped from www.tranungkite.net
KOTA BHARU : “Soal maruah sudah tidak timbul lagi di negara kita, Malaysia sudah tidak ada maruah,” kata Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan baru pada 16 September adalah suatu perbuatan yang tidak bermaruah kerana Ahli Parlimen Barisan Nasional akan lompat ke pakatan tersebut.
"Waktu BN kempen memburuk-burukkan Datuk Seri Anwar dengan isu liwat menunjukkan mereka sendiri tidak ada maruah. Hari-hari televisyen, radio, suratkhabar melaporkan, mana mereka ada maruah."
“Maruah Malaysia akan musnah kalau biar UMNO jaga (tadbir), Malaysia dah tak ada maruah. Ini sangat bahaya,” kata Nik Aziz pada satu sidang media di pejabatnya, pagi tadi..
“Saya tak soal dari segi teknikal. Masalah 16 September ke, 17 September ke yang penting orang (ahli parlimen BN) tu nak pergi ke Taiwan berapa bulan pun, lepas ini mereka pulang dan berdepan dengan 13 haribulan pula.
 blog it

ISA: Teresa Kok turut ditahan

clipped from malaysiakini.com

Pemimpin DAP, Teresa Kok turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini.

Beliau merupakan orang ketiga ditahan hari ini di bawah ISA, selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

federal territory round table retrieat 170408 teresa kokDifahamkan, ahli Parlimen Seputeh itu ditahan pada kira-kira jam 11.18 malam ini.

Beliau yang juga exco kerajaan Selangor ditahan ketika pulang daripada menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

Teresa yang setiausaha organisasi kebangsaan DAP, ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan Teresa mengikut Seksyen 73 (1) ISA.

Menurut pemimpin DAP, Lim Kit Siang, tiga kereta polis bersama 10 anggota menahan Teresa di pintu masuk kondominiumnya .

Katanya, Teresa baru pulang daripada menghadiri satu majlis festival kuih bulan di pejabatnya di kawasan pilihanrayanya.

 blog it

Guan Eng minta wartawan dan Teresa Kok dibebaskan

clipped from malaysiakini.com

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta supaya kerajaan dan polis membebaskan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dan Anggota Parlimen DAP, Teresa Kok yang ditahan menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi.
lim guan eng vs koh tsu koon penang 080808 03Beliau berkata, tindakan menahan mereka dilihat seolah-olah kerajaan dalam keadaan terdesak terutamanya menjelang tarikh 16 September ini, tarikh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan mengambil alih  pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.
"Sementara pemberita berkenaan hanya menjalankan tugasnya dan tidak sepatutnya beliau dipersalahkan," katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, demikian menurut laporan Bernama.
Sehubungan itu, Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, parti itu akan membincangkan mengenai perkara tersebut pada mesyuarat parti hari ini di Kuala Lumpur.
 blog it

Ditahan ISA untuk siasatan



Powered by ScribeFire.

8 Sept 2008

Masjid al Aqsa terancam




Asas tapak masjid ini kini sedang terancam akan runtuh di sebabkan pihak pemenrintah Israel membina beberapa rangkain terowong di bawahnya. Terowong ini di bina unut tujuan perlancongan, mengikut alasan yang di berikan oleh pihak kerajaan Yahudi.

Pihak negara-negara Islam sepatutnya menangani isu ini dengan lebih sirius terutamanya negara-negara OIC.

2 Sept 2008

Bendera BN masih belum di turunkan


Gambar menunjukkan pekerja sedang membersihkan bendera BN yang jatuh ke dalam longkang. Masih banyak terdapat bendera dan banner BN yang tidak ti turunkan selepas PRK 26 Ogos lalu.
Posted by Picasa