21 Apr 2009

GEROMBOLAN DAH TAK ADA TELOQ

Oleh: Jin Brabus

Assalammualaikum,

Umum tahu bila Adun Penanti meletakkan jawatannya dan Speker DUN Pulau Pinang menyerahkan surat tersebut kepada SPR maka PRK perlulah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh tersebut. Maka bersiaplah Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kembali kerusi yang telah dimenangi pada PRU ke 12 yang lalu. Tapi bagi gerombolan BN terpancullah keluar beraneka ulasan dan alasan oleh ketua dan juak2 mereka seperti Pakatan Rakyat sengaja untuk mencari populariti dan meraih simpati untuk menaikkan imej di kalangan rakyat dan berbagai alasan lagi seperti yang keluar di media cetak dan eletronik. Dengan adanya ulasan dan alasan ini maka terkeluarlah ungkapan oleh sang ketua gerombolan bahawa BN tidak akan bertanding pada PRK Penanti kali ini kerana akan menghabiskan banyak duit rakyat dan masa yang terbuang yang sepatutnya boleh digunakan untuk membantu rakyat......Kahkahkah.....apabila ketua gerombolan habis berkata-kata maka menyalak lah juak2 dan pecacai menyetujui dan menokok tambah mengiayakan apa yang dikatakan oleh ketua mereka. Maka tersebarlah seantero Malaysia seolah olah rakyat menyetujui tiada perlu PRK diadakan dan Pakatan Rakyat perlu mengkaji perkara tersebut bilamana SPR sendiri hanya akan bersidang pada hari rabu ini dan keputusan akan diumumkan pada jumaat pula. PELIKKAN?......Tidak mustahil perkara luar jangka akan berlaku. Apapun saya akan menukilkan beberapa perkara yang perlu kita renungkan bersama....

1. Bila mana dulu PAS memboikot PRK Batu Talam di Pahang kita perhatikan apa yang gerombolan tidak kata dan memfitnah kepada Pas dan kepimpinannya seperti yang keluar pada semua media cetak dan eletronik pada masa itu. Walau pun gerombolan hanya berkata tidak akan bertanding tapi pendekatannya sama saja iaitu BOIKOT. Apakah rakyat Malaysia sudah lupa perkara tersebut. Mungkin bagi gerombolan mereka memamang mudah lupa tetapi pada ahli2 Pakatan Rakyat tidak semudah itu untuk melupakan hal itu. Betapa sakitnya hati bila membaca dan mendengar berita yang disampaikan bak kata Tuan Hj Mat Sabu kalau TV semurah RM2 mau ditendang aje TV tersebut,esok beli lain..kahkahkah...Bagi ahli2 yang menyimpan keratan berita2 tersebut dedahkan lah pada blog yang ada agar dapat mengingatkan Pemimpin gerombolan. Biaq depa telan balik segala kahak2 yang depa ludahkan......

2. Mengenai perbalanjaan yang banyak dikeluarkan bila adanya PRK biar kita ingatkan pemimpin gerombolan!....Duit tak akan habis banyak jika gerobolan BN bertanding secara anak jantan dan bermain diatas padang yang sama rata. Ini tidak, mereka menggunakan segala jentera kerajaan yang ada di Malaysia dan melakukan pembangunan mee segera.. Bagi pengundi,mereka telah bijak menilai. Begitu juga dengan kehadiran begitu ramainya anggota polis dan segala kekengkapan. Ini tentulah memerlukan perbelanjaan yang banyak seperti yang didedahkan olah akhbar New Straits Time. Berjuta ringgit dihabiskan untuk anggota dan kelengkapan polis setiap PRK yang telah dijalankan. Tapi yang menghabiskan banyak duit tabungan gerombolan adalah kerenah ahli2nya sendiri. Tak ada masyuk maka kerja2 parti pun tak jalan. Ini sebenarnya yang memeningkan kepala ketua mereka........

3. Pakatan Rakyat sengaja menguji populariti?...jawapannya TIDAK. Pemimpin Pakatan Rakyat mengamalkan pimpinan yang telus,jujur dan bertanggung jawab. Mana2 pimpinan yang bermasaalah dan tejebak dengan perkara2 yang tidak bermoral wajib meletakkan jawatan. Rakyat telah dijanjikan dengan pemimpin yang bersih dan bermaruah sahaja yang akan meneruskan khidmat. Ini akan memberikan sesuatu yang terbaik kepada rakyat. Lihatlah di Jepun, negara yang baik dan majunya bepuluh kali ganda dari Malaysia. PM nya silih berganti. Apabila terdapatnya skandal maka PM nya meletak jawatan secara hormat. Kita baru satu PM tapi Jepun hampir berbelas PM silih berganti. Tak ada masalah pun............

4. SPR sedang mengkaji untuk menghadkan penyokong yang hadir semasa penamaan calun dan semasa berkempen. Jawapannya TAK PAYAH.....Nak risau apa, penyokong pakatan hanya 5k hingga 10k aje yang hadir. Kenapa SPR bagi anggaran 100k hingga 200k yang hadir. Sedangkan media cetek dan eletronik mengatakan tidak mendapat sambutan. Akhirnya depa yang buka pekong didada mereka sendiri. Dan ini juga bermakna SPR sendiri tidak percaya kepada media yang ada.Kahkahkah..... Renungkanlah......

Sebenarnya banyak lagi perkara yang ingin diperkatakan. Jadi rengkasnya apa saja alasan yang diberikan oeh pemimpin gerombolan hanya satu yang boleh disimpulkan. Mereka sedang mengalami SINDROM TAKUT.....Trauma ini telah pun mereka alami di 4 PRK di Semenanjung Malaysia...............


LAWAN TETAP LAWAN.