27 Apr 2009

Tiada pondok panas - SPR

Kalau dah tak ada peraih undi pada hari pengundian maknanya bas-bas yang membawa perayu undi pada malam tu tak perlu datang. PRK PENanti mari kita tengok ada ke tidak bas bawa perayu undi UNMOre tiba selepas tengah malam.
clipped from mstar.com.my

SPR larang adakan pondok panas dan peraih undi

PUTRAJAYA: Parti-parti politik tidak lagi dibenarkan mengadakan barung atau pondok panas selain dilarang memancing undi ketika hari pengundian.

Langkah ini akan dikuatkuasakan mulai pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kerusi Penanti bulan depan.

Ia diputuskan susulan pertemuan dengan parti-parti politik di sini Khamis lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan langkah itu sebentar tadi.

"Bila kita buat (undang-undang larangan berkempen) selepas 12 tengah malam, maknanya tidak ada kempen pada hari berikutnya sehingga pukul 5 petang.

"Kita tak boleh tahan orang nak masuk... itu hak individu. Tetapi kalau dia berkempen atau mendirikan pondok parti serta berkempen di pondok parti, itu yang menjadi fokus penguatkuasaan ini.

"Kalau kita dapat laksanakan budaya aman dan tenang dalam pilihan raya di negara kita ini, kita sudah berjaya," katanya.

 blog it